Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

kebahagiaan
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan * love will tear us apart by karoluzz

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki.

Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

 

Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?

Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?

Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?

Hanya kerana satu sebab.

— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.

Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.

kebahagiaan

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.

Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

kebahagiaan

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.

Demi kehidupan masing-masing.

Perasaan tak boleh dipaksa

 

Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.

Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana?

Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha?

Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

 

Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya

Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah.

InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah.

Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.

Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, pasti banyak air mata yang jatuh dalam proses menguatkan kembali hati.


Pernahkah anda menghadapi perkara ini?

Bagaimana anda settle down?

Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

444 thoughts on “Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu”

  1. Aku pun dalam proses yang sama…apepun aku boleh cakap untuk yang lain2 yg tengah hadapi situasi macam aku ni selain redha… “buang orang yang buang kita”

    Reply
  2. Assalamualaikum..
    Sy sedang cuba untuk ikhlaskan perpisahan yang terjadi.
    Sy sedang berusaha untuk melepaskan dia sepenuhnya..
    Sakitnya Ya Allah.. Ya sy mohon kepada Allah, hilangkan rasa sakit ini..
    Kuatkan hati sy untuk terus menerima segala ujian yg mendatang,
    Sy cuba terima…
    Allah sy sayangkan sy kan, sebab itu Allah uji sy..
    Allahuakbar….

    Reply
  3. Saya sekarang mengalami hal ini tapi saya tidak bisa ikhlas .. di setiap doa saya hanya ingikan dia kembali untuk saya …

    Reply
  4. MasyaAllah…
    Sungguh mengharukan…

    Saya pun rasa hal yang sama namun
    Saya adalah sebaliknya… Walaupun saya
    Seorang lelaki tetapi saya menjadi kuli kuli wanita.. Yang saya cintai…
    Hmmm.. Sungguh menyedihkan tau…

    Tangisan siang dan malam…

    Spm tahun ni…
    Nak target 10 A tapi… Dia hmm…
    Suka hati nak hmmm.. Ya Allah…

    Reply
  5. Melepaskan itu sakit. Paling sakit dalam kehidupan. Tapi sudah tertulis di dalam fitrah alam setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hanya orang yang alami saja yang pasti mengetahui peritnya perpisahan. Redha atau tidak, untuk apa kita mengejar seseorang yang sudah terang terang menjauh. Untuk apa kita mempertahankan seseorang yang sudah jelas tidak mempedulikan kita lagi. Kenangan, itulah yang membuatkan kita semakin sakit untuk melepaskan. Benarkah kita ikhlas untuk berpisah jika hati masih ada pengharapan buat si dia. Benarkah hati ini sudah redha menerima hakikat dia bukan lagi bersama kita. Hari yang kita lewati, namanya masih di hati, tapi dia? Dia bahagia tanpa kita di sisi. Lepaskan dia pergi. Bissmillah ..

    Reply
  6. Semoga Allah memberikan aku jdooh yg lebih baik lg dr sekarang, yang mampu membimbingku, dan bukan hanya menuntukku jd sempurna tapi mau membantuku berubah jd lebih baik, sayang kepadaku, memanjakanku memperlakukan laksana perempuan, daj yg terpenting dia sayang dan cinta kepada anakku dr pernikahanku saat ini, krna sungguh malang nasib anakku ini ditinggalkan tanpa dipikirkan lg, kalo memang dia benci kepadaku setidaknya dia sayang kepada anaknya yg masih perlu kasih sygnya , menafkahinya bukan melupakannya, semoga allah menyadarkannya dalam rumah tangga suamilah jembatan, aku menyesal sekali mengenalnya ya allah??

    hilangkanlah secepatnya dia dr kehidupanku, Amin ya Allah amiiinn..

    Reply
  7. Macam mana pula perempuan berkahwin dengan orang lain kerana terpaksa atas sebab-sebab tertentu bukan pilihan keluarga tapi kerana tanggungannya dalam masa yang sama dia masih dengan kekasih lamanya.

    Reply
  8. bertahun-tahun sekali pun die dgn kite blm tntu die hak kite..cube untuk menerima walaupon perit, & bertmbah perit bile trpaksa hidup dengan org yang x pernah kenal kite & org yg kite x cinta..hnya kerna keluarga aq tglkn kan org yg aq cinta n syg..aq percaya allah sebaik2 perancang..insyallah aq mampu nk menerima pelan2..

    Reply
    • Like it or not, life goes on.
      Takdir jadi tak tunggu kita setuju atau tak.

      Kitalah yang kena redha terima apa yang terjadi.

      InsyaaAllah kalau kita kembali kepada Allah, semuanya akan baik2 saja.

      Reply
  9. saya banyak kali pernah terjadi dalam hidup saya,yang sebelum2 ni saya mampu hadapi..tapi makin lama makin sukar ujian yang dihadapi…tapi selepas saya baca artikel ni buatkan saya sedar , perasaan sseorang kita tak boleh nak paksa walaupun berbagai cara kita lakukan…sebab Allah larang kita bercinta sebelum nikah.bila saya down..saya banyak cari cara macam nak buat saya boleh redha dengan semua ni..even saya masih sayang kan dia ..tapi saya teima takdir dari Allah..

    Reply
  10. demi akhirat saya tinggalkan dia…walaupun saya menyayangi dia tapi saya memilih untuk lebih menyayangi Allah

    Reply
  11. Sy mnjlani hubungan yg bisa di blng cukup lama juga dengan seorang laki2.. sy sngat lha syng , cinta, bahkan berharap bisa bersamanya selamanya,, tapi sy tau tdk lah mungkin bisa terjadi klu hnya sy yg berusaha. Sy sangat percaya pada smua yg dia katakan , saking sangat percaya sy pdnya sy perlu wktu yg ckup lama untk mndptkan bukti dari smua bicara atw janjinya.. bertahan dengan wktu yg ckup lama pun sy tdk dpt bkti apa2 dari smua yg sy yakini darinya, sy pun bertnya2 dalam hati sy. kenapa, ada ap dengan smua ini. Pdhal sy suda bgtu yakin dia pilihan sy, padahal bukanya sy selalu berdoa ke pada allah agar di berikan jodoh yg ia ridohhi ,yg baik, sy bisa menuntun sy di jalan allah , yg bisa mnjadi iman untk sy dant keturunan ku , yg mau menerimah segala kekurangan ku dant beryukur memiliki ku.. padahal sy suda bgtu yakin, dia lah suda dari smua doa2 dant keinginan ku.. tapi kenapa bnyak hambatan untk niat baik kami.
    Sy mnta petunjuk kpda allah, sy pun dengan sekejap dapat jawaban dari hati sy kalau dia bukanlah yg terbaik buat sy. Singkat cerita sy memilih berpisa baik2, wlapun sy masi ada rasa padanya, sy berfikir positif sy ambil hikma dari smua perjalanan ini sy lepaskan dia dengan iklas . Sy memulai haranpan baru semoga dia bisa temukan kebagianya, begitupun dengan sy . Karna pada intix smuanya ingin yg terbaik dari yg baik,, selang beberapa bulan kemudian sy bertemu dengan seorang lelaki , dia tidak memenuhi tipe lelaki idaman ku,, tapi dia memenuhi kualitas keinginan ku.. sy mencoba jalani hungan denganya dant sy dapatkan bukti yg tidak perna ad jnji.. sesunggunya menjalani smua dengan iklas dant selalu berdoa akan mendapatkan kebahagiaan yg tdk akan perna terduka ALLAH HUAKBAR

    Reply
  12. Tapi bagaimana jika dia masih sayangkan kita cuma dia tak mampu lupakan kesalahan kita dan cuba untuk lupakan , dan saya insaf atas perbuatan saya dan berubah seperti yang dia mahu. Dia happy sangat dengan perubhn saya tapi masih lagi tidak mahu kembali , tetapi bila tengok dia nampak dia macam sayangkan kita. Adakah dia terlalu ego ? Apakah yang patut saya lakukan ? Bagaimana untuk menjadikan si dia jodoh kita ? Kerana hati ini terlalu sayangkan dia dn ingin bersama dia hingga ke hati tua.

    Reply
  13. Saya masih dalam proses mencari redha. terjumpa artikel ni, akan saya cuba utk meredhai apa yang bukan milik saya dan tak akan jadi milik saya sebab dia dah jadi milik org lain. Lelaki pertama yang mampu buat saya beri hampir separuh hati saya kpd dia. kena pula namanya sedikit sama mcm nama En. Admin. In Shaa Allah saya akan cuba semampu saya mampu,, tolong doakan saya tuk mampu redha dan melupakan dia.. Doakan saya selalu berada di jalan Allah yang mana saya hampir berputus asa dengan janji Allah.

    Reply
  14. Apa yang saya lalui sekarang ni saya susah nak lepaskan kekasih saye yg telah bersama 6 thn. Walaupun saya dh mengetahui segala galanya tentang kecurangan yang dia buat tapi saya masih memperjuangkan hubungan ni sbb dia xnak lepaskan saya. Jujur saya masih sayang tapi saya penat di permainkan dan juga saya x kuat nak hadapi hari2 tanpa dia. Alhamdullilah bila bace artikel ni sikit demi sikit saya cuba bersedia untuk melepaskan dia sepenuh nya :”)

    Reply
  15. saya berkahwin 9 tahun, suami saya seorang playboy dan minggu lepas saya mendapat kad kahwin dari seseorang tentang perkahwinan suami saya.bila saya bertanya padanya, dia tidak lagi balik rumah dan block saya.saya gagal menghubunginya dan sekarang digantung tak bertali.

    Reply
  16. Terima kasih utk article ni.sangat padat pengisian.In Shaa Allah sy akan amalkan sehingga sy menjadi seoarang yg kuat semangat dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat aminn.terima kasih admin?

    Reply
  17. Mengejar redha Allah utk merasa bahagia Hingga hujung nyawa.10 tahun menyimpan Duka dihati,nampak tenang sbb Allah bg kekuatan luar biasanya pd sy.Tapi akhir2 ini benar2 menguji keimanan saya.Dia yg dahulunya setia berubah arah.Pasrah dgn ketentuan ilahi jika perpisahan jalan terbaiknya.Allah maha mengetahui yg terbaik utk saya Dan anak saya.Moga keredhaan ini memberikan hikmah yg luar biasanya utk sy membesarkan permata Hati yg Satu ini dengan penuh ksh syg berlandaskan syariat Allah.Moga permata Hati ini menjadi anak soleh Yang membahagiakan ibu Dan org disekelilingnya.Artikel ini menampakkan kekuatan sy utk terus berjuang hidup dengan tenang dibumi yg sementara ini.Istiqamah dlm sujud dan bahasi bibir dgn ayat suci Al-quran menambahkan ketenangan buat sy skrg.Dhuha,solat hajat Dan solat sunat taubat memberikan saya kekuatan yg X pernah sy perolehi sblm ini.moga urusan sy mengerjakan umrah Dan Haji Pula dipermudahkan Allah selepas ini.Inilah ketenangan yg Dicari selamat ini.Cinta pd Allah kekal Dan abadi.Bagi yg pernah kecewa Dan dikecewakan, kembalilah bersujud kpd Allah, anda semua akan mendapat kebahagiaan Dan ketenangan yg X pernah anda semua rasai sebelum ini.Yakinlah dengan Allah pasti akan bahagia.

    Reply
  18. 13tahun berumahtangga bukan satu tempoh yg singkat. semua org tengok kami keluarga bahagia. suami seorang yg sangat lemah lembut dan penyayang. tiba² keluarkan hasrat untuk menikah lagi satu. sy tahu keputusan dia nekad kali ni. dia cakap sy isteri yg sempurna. tp xtahu knp dia mahu berkahwin lagi. sy sgt kecewa.. ikotkn hati mmg nk bercerai..tp kebaikan dan kasih syg dia buat sy terikat. sy cuba untuk terima…tp hati sy terluka dan kecewa.. sy tak tahu apa perlu sy buat…?

    Reply
    • Yup… nasib kita serupa, tapi saya punca keretakan. Kebahagiannya tiada pada saya. Saya x cuba untuk membeli jiwanya. Semoga puan diberi kekuatan pada ujian ini. Berdoalah agar kebahagian ini milik puan & keluarga hingga ke jannah

      Reply
  19. Ya, saya mengaku susah nak lupakan betul-betul orang yang pernah singgah dihati saya. Saya fikir saya orang yang setia. Tapi rupa-rupanya saya salah, saya telah korbankan perasaan saya kepada orang yang saya tak yakin dia akan bersama saya. 11 tahun saya jaga cinta ni. Kami tak berhubung lepas 11 tahun. Cuma saya selalu fikir dia lah jodoh sy sbb sy sndri x mmpu nk lupakan dia. Hari ni sy sedar, sy patut lebih peka dgn sekeliling drp menharapkn dia yg berjauhan dan tidak pernah berhubung. Ya, satu perkataan utk sy, sy harus redha dan kuatkan hati utk menerima perpisahan ini. Doakan saya agar dikuatkan hati dan berubah lebih baik agar saya x sia-siakan org disekeliling sy.

    Reply

Leave a Comment