
Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki.
Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”
Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki
Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?
Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?
Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?
Hanya kerana satu sebab.
— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.
Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?
Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.
Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.
Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.
Move on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”
Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.
Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”
Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.
Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.
Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.
Demi kehidupan masing-masing.
Perasaan tak boleh dipaksa
Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa
Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.
Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana?
Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha?
Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:
Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya
Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah.
InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah.
Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.
Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Pernahkah anda menghadapi perkara ini?
Bagaimana anda settle down?
Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.


Alhamdulillah.. ketika hati sy mulai lemah sy akan mencari ssuatu kekuatan dgn mbce artikal2 sbegini.. alhamdulillah artikal bergini mmpu utk pulihkn hati sy.. skrg sy pujuk hati utk redha.. diri sy mulai dekat dgn Allah.. alhamdulillah sy sntiasa buat tahajjud isthikarah dan dhuha.. semoga Allah redha khdpn sy kini.. semoga Allah gantikn pnderitaan sy skrg dgn kebahagiaan yg berlipat ganda.. allahu
Amin InsyaaAllah.
Pasti suatu hari awak akan nampak hikmahnya terhadap semua perkara yang terjadi dalam hidup.
Allah tidak pernah zalim. Cuma kita perlu bersabar untuk melihat hikmah itu muncul satu persatu
Alhamdulillah ditemukan article ini disaat aku hilang segalanya sekelip mata… kerjaya,cinta dan masa hadapan aku hilang sekelip mata… hubungan yang dibina selama 6 tahun dan ikatan pertunangan 5 bulan… aku lemah apabila dengan secara tiba2 dia berubah mendadak… sebelum ini tidak pernah berlaku curang terhadap aku tapi berlaku curang ketika mengikat tali pertunangan… aku masih tidak percaya dia boleh mengayat terlalu ramai perempuan… aku tolong bantunya untuk simpan duit kahwin… aku usaha betul2… kecewa bila dia buat aku macam tu… aku tolong family dia… aku jamin abangnya masuk penjara kes gaduh hasil duit aku simpan untuk lahwin aku tlong…. tapi luluh hati aku bila dia boleh cari perempuan lain untuk suka2 dan cari aku ketila dia susah…. aku terlalu kecewa… terima kasih atas article ini… article ini menyedarkan tahap hubungan aku dengan Allah… insyaAllah doakan aku gais… aku belom masih bagi jawapan untuk putuskan prtungan ini… masih blom ada kekuatan… doakan aku semoga dipermudahkan urusan aku dunia akhirat…
Aminn.. semoga dipermudahkan hidup dan dikuatkan hati
InsyaaAllah sampai masanya nanti, hikmahnya cukup indah. Pasti semua yang terjadi adalah bersebab.
Allah itu Maha Adil. Kita perlu yakin :-)
7 tahun pernah tinggalkan dia sekejap sebab tak ada rasa sayang 2 bulan lepas tu .. aku cakap aku nak balik kat dia .. dia cukup cukup menghargai permintaan aku .. bhaagia .. lepas 3 bulan baru dia bagi tahu dia ada pakwe .. dan pakwe dia rakan sekampung aku .
dan dia cakap dia tak boleh lepaskan keduanya.. aku cukup begang n cukup kecewa.. aku amik keputusan nak pergi tapi sampai sekarang … seolah aku dihukum ngan masa lalu aku .. aku benci ngan perasaan ni .. dan 6 bulan berlalu aku still tal dapat lepaskan dia ..
lagi dia ni memanng dngar cakap.. aku berjaya labuh kan baju dia n pakai stokin bagai ..
tapi pada hakikatnya .. aku sedar .. sedangkan aku jauh dari Allah bagaimana Allah nak bantu aku ..
aku ada company .. terumbang ambing mujur ada patner yang cover dah dkat sebulan aku tak kuat nak hadap benda ni ..
aku jadi lalai pantang sorang nangis…
Allah bantu aku untuk kembali jalan mu ..
malu nya aku dgn allah sebb dia manusia aku lemah macam ni
la tahzan untuk diri sendiri .. insyallah aku akan bangkit ..
thnks untuk entry yang baik dan bagus .. thnks sebab ingat kan aku tentang penting nya Allah dari segalanya
Semoga tuan kuat dan istiqamah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
InsyaaAllah bila kita sentiasa mengutamakan Allah, Dia akan memudahkan jalan kehidupan kita.
semoga kita sama2 tabah
Assalamualaikum..
apa yg berlaku terhadap saya.Saya tahu Allah tak mungkin izinkan kami bersama.Allah pisahkan kami kerana itu yg terbaik buat semua.
Apapun saya masih mengenangkan dia.Tapi sedaya upaya melupakan dia..Ya saya ingin dia bahagia.Semoga hati ini ikhlas..Amin.
InsyaaAllah.
Semuanya pasti berhikmah
sudah 2 tahun sy putus tp sy masih x dapat lupakan dia…sy sedih kerana sy yang lemah…berbagai cara sy buat tp ht sy masih x kuat utk lupakan dia…sy kadang2 x faham dan keliru sbb knp sy masih sayang dia? adakah sbb sy sunyi sy x dpt lupa dia…sy mohon Allah jauhkan dia dari saya…mohon Allah buang semua rasa syg sy pd nya…sy x nak lg dia tp.hati saya masih teringat dia…sy x tau apa harus sy buat? dia satu tmpt kerja dan sy akan sentiasa nmpk dia…itu menambahkan kesusahan pd sy…sy terima ni ujian Allah pd saya..cuma sy tertekan dlm.mencari jalan keluar utk.buang dia terus dr hati dan ingatan sy sepertimana dia buang sy…sy desperate sngt utk lupakan dia…
Ambil masa.
Sedangkan untuk berhentikan kereta pun mengambil masa untuk brek, apatah lagi perasaan hati.
Dekatkan diri dengan Allah untuk menguatkan hati.
InsyaaAllah masa akan memulihkan.
Assalamualaikum… Saya Zeerah dari Brunei, Saya baca Article ni pun di atas kn sebab kecewa yg amat dalam… Yes, hari ni baru segar hubungan saya dan si dia baru berpisah… Kecewa, sedih, semuanya ada.. Tidur tak lena, Alhamdulillah.. Ni semuanya dtg dri Allah.. Terbangun pkul 3am tetap. Ya Allah.. Saya rasa bsyukur kerana terbgun waktu tu.. Saya tahu ini masanya saya curahkan semua.. Menangis teruk waktu solat.. Ya Allah kuatkan hati ku. Lapas tu… Buka internet cari article untuk ” Move On ” Alhamdulillah.. Tbuka article ini.. Apa2 nasihat perkongsian.. Blh email saya kat ( [email protected] ) Saya xde sesiapa untuk curhat.. Tuhan je..
( 03/11/2018 )
Sekarang saya lagi mngalami hal ini, suami sya pergi tanpa kata cerai dan pergi dgn wanita lain.
Pernikahan kita yg sudah belasn tahun seoalah2 tiada artinya lgi buat dia,sakit kcewa dn merasakan gak ihklas itu yg saya rasakn saat ini.?
Saya ingin melupakan dia dan mngihklasknnya pergi dgn wanita itu tp gak bisa.
Saya slalu intipn wa dia aktip/gak nya dan sya berharap dia tlp/wa saya untuk mnanyakan kabar tp tidk, dia sm skali sudh tdk peduli sm saya lagi?
Semakin saya memikirkn dia dn smakin saya intip wa dia hati saya smkin terluka, saya gak mau ada perasaan begini sya ingin mlupakan dia tp gak bisa,seolah2 bibir dan hati saya gak pernah sincron bibir selalu berucap saya gk boleh lemah saya harus ihklas saya harus kuat tp hati saya rapuh dan lemah hingga mmbuat saya trsiksa sendiri.
sama seperti yang saya rasa saat ini
Segala kata kata yang disampaikan dalam ni , memberi saya kekuatan untuk melepaskan dia demi kebaikan kami . Saya dah buat dia kecewa dengan perbuatan saya , saya rasa saya tak mampu buat dia sayang saya semula walaupun dia beri peluang terakhir . Positive vibes for me .
assalamualaikum..kami tidak pernah ada masalah..tapi terpaksa berpisah kerana permintaan keluarga..walaupun dia dah ada pengganti saya tapi dia masih memanggil saya ‘sayang’ bila kami berhubung semula selepas 4 bulan kami tidak berhubung selepas berpisah..dia memberi semangat untuk teruskan hidup tanpa dia..tapi selepas berpisah saya lebih banyak mendekatkan diri padaNya..saya juga selalu berdoa jika dia memang jodoh saya dekatkn dia dengan saya semula..bila dia masih panggil saya ‘sayang’ saya dapat rasa dia masih sayangkan saya..kadang2 saya keliru kerana dalam setiap doa saya selalu minta dijauhkan jika dia bukan jodoh..tapi saya masih teringtkan dia lebih2 lagi bila dia masih panggil saya sayang..apa yang harus saya lakukan untuk lupakan dia..
Hidup tetap berjalan, walaupun awak pilih untuk kekal dengan kisah silam.
Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?
Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.
Saya rindu dia , dha lama sya putus dgn dia , tapi kami masih kwan lagi , akibat drp kami bukan agama yg sama kami terpaksa berpisah , saya masih tk dpt terima everyhing happen until now dha setahun lebih kami berpisah but kami masih contact like couple , tapi one day sya tahu ade someone dgn dia , sedih yg teramat sgt , sya sndri tk boleh handle sedih tu , but bila jea sya rasa sedih sya akan cari Allah , everything sya luahkan dkt dia , until Him give dia dkt saya balik , tetapi still kwan , sya appreciate wlalaupon tuhan pinjakan dia sekejap untuk saya , saya hargai semua kenangan dan masa msa dengan dia, everthing happen jangan lupa Allah , sya cuba redhakan diri sya untuk lepaskan dia pergi .. jika itu yg tuhan nk , saya terima , sya harap Dia bahagia , dan saya dpt jumpa yg terbaik amen ,
Ye. Sy rasa xboleh hidup tnpa dia 2hari dia pergi dan dia ingin sy pergi dri hidupnye . Allahuakbar bagi sy . Susah sy xkuat . Sy xmampu untuk lalui seorang diri. Dia block sy sana sini. Dia tingglkan sy dgn luka yg sy sediri tak kuat. Sy dgn dia setahun lebijh. Makan minum besama . Bila sy sakit dia ada selalu dgn sy. Banyak bende kami buat bersama. Tolong sy mcm mana nk buat sy lupkan dia. Sy dah buat bermcm cara tapi susahh sy dah bakar semua . Sy dah buang semua yg berkaitan dia. Tapi hati ni degil . Tolong sy bagitau sy ape patt buat. Usaha dan doa berulang kali sy buat . Tapi kenapa hati ni makin kuat ingat dia.
assalamualaikum sis,
sy pnh lalui pengalaman yg sama..last year,berkawan 5 thn tp tiba2 dia bgtau sruh lupakan dia. mmg sedih sgt..perasaan tu mmbawa sy kesini jugak,bbrpa bulan lps tu sy dpt tahu dia akn bkwin, sy ingt lg tarikh perkahwinan dia, tapi ni semua perancangan ALLAH,skrg ni hanya doa utk dia bhgia hingga jannah bersama psgan,sy ikhlaskn semuanya tu,kalu sis rasa down perlukan sokongan boleh letak email nnt sy contact sis..amik masa utk lupakn..biarlah dia pergi..jgn merayu utk dia kembali kt sis, sis kuat,Allah aturkan yg terbaik utk sis…jgn sorang2 jugak..cari benda utk sibukn diri ..masa akn mengubat luka tu.. back to ALLAH..ikhlas dan redha tau :)
Setiiap orang berlainan kisahnya. Penuh pancarragam. Aku dibuang oleh dia,dipermalukan depan keluarganya, dipersalahkan semua yg terjadi. Kau tahu kau ape aku rasa . Hati aku hancur tergamak dia menghina aku. Saat tu aku xmampu nk berkata ape2 . Aku mampu pndng dia dgn pandangan simpati . Air mata aku berjurai tuhan je tahu. Selama aku hidup dgn dia . Aku bercinta dgn dia. Bersama dgn dia. Inilah balasan dia terhadap aku.ape selamani aku xcukup buat untuk dia. Berkorban xkira ape keadaan yg sellu kisah pasal dia. Tapi dia perlukan bila dia rasa sahaja.bila dia kata dia rimas . Dia akan buang kau.aku dia buat mcm sampah, dia pukul aku,dia sepak aku sampah berdarah,dia hempas aku tanpa belas kasihan. Tapi aku tahan sehingga harini aku masih kejar dia. Dia yg dah buanng aku sekarang . Sayang aku susah nk bertukar benci. Aku xpernah berubah perasaan sedikit pun. Dulu dia pernah tipu aku sbb perempuanyg sebaya dgn dia.jarak dgn aku 7tahun.pd dia mungkin aku xmatang,budak lagi yg xde masa depan. Sampai lah aku tahu 3bulan dia bersayang lain . Dia explain pd aku, buat pilihan antara aku atau dia. Mlm tu dia pilih aku. Aku xpercye . Naluri aku kuat mengatakan dia dgn perempuan tu berhubung semasa aku kerja dijohor. Akuberhenti disbbkan dia,hari hari kami gaduh sehinggakan dia ckpdia xsyg pd sy lagi. Mlm tu sy jumpa dirumah maksy.sy nk mak sy jdi saksi bahwa dia curang dgn sy atau tidak.kuasa Allah. Allaj tunjukkan kebenaran sebenar benarnye. Ye dia tipu aku lagi . Aku menyamar menjadi dia mengunakan phone diasendiri . Kau tahu ape perempuan tu kata. Mana awak xdgr khabar.lama sy tunggu. Hancur demi tuhan . Hati aku hancur.lepastuh aku minta dia call perempuan tu putuskan hubungan tu. Dia call akhirnye xtiada lagi curang berlaku diantara kami. Sejak dri tu. Sy xleh kawal perasaan marah , sampailah dia berubah. Aku sedar setiap ape yg aku buat semuanye salah. Dan hari semalam didepan mak dia. Dia kata dia xnk aku. Aku syg dia , aku sanggup jadi bodoh demi dia.tapi dia xpernah hargai aku walau sezarah pun. Aku yg bodoh menanti dia. Sungguh aku xkuat untuk hadapi semua ni. Kerja aku aku rasa ak xnk teruskan lagi.
Assalamualaikum.. Harsp awk bole contact sy.. 0183180638
teruskan beristiqomah. sampai suatu saat andai dia bukan jodoh awak. hati awak sendiri yg mngundur diri dgn redha, in sha Allah.
Jika memang ini semua adalh takdir yg terbaik pada saya ,saya rela dan ikhlas menerimanya..dan terimakasih .dengan saya baca artikel ini saya lebih mudah dalam menerima dan memahami apa yg allah berikan pada saya..
Dalam lagi beberapa bulan sebelum tarikh plan nk nikah, si perempuan pilih lelaki lain. Saya belum boleh tenang. Putus bulan lepas
Saya nak tahu, macam mana pula kita kehilangan dia bukan dengan cara berpisah. Tapi dengan cara, Allah s.w.t lebih sayangkan dia dari semua orang yg sayangkan dia juga? :)
Itu adalah hak Allah.
Kita semua adalah hak Allah.
Yang penting kita harus redha :-)
Artikel yg menarik.. Redha dgn segala ketentuanNya… Semoga hati menjadi lbh tenang..
InsyaaAllah
knp akan jadi mcm ni…bile xnk syng dia …dia ada je kat depan mata dalam otak kite …saya dah xtahu nk buat apa untuk dia lagi …awak susah saya je yang tolong awak xada sehari yang aku xsayang kau la…kerja penat2 pun untuk masa kite je …knp kena sampai kite yang hilang akan awak…hati saya yang xnk awak pergi dari saya …saya kat rmh seseorang pun jadi nangis seorang sbab awak …awak macm tak pena nk risau saya pun apa pun diam …sampai sekarang …tolong la kalau betul awak nk lepas saya …saya terima je apa yang jadi …kira saya yang bodoh sayang awak seorang …masa yang saya nk awak …awak tak ada dengan saya …masa saya susah awak pergi mana …sbab awak saya susah kan diri saya …doa yang baik2 untuk awak …lepas siapa yang doa untuk saya …cari masa sikit untuk saya pun xada …hari2 busy buat kerja sendiri ..saya tak marah kalau awak jujur ….ye saya orang cina xada cantik macm awek2 yang awak nk …saya ada hati yang betul sayang awak …kalau ckp sekarang pun dah xguna sbab hati awak dah dengan orang lain …teriama kasih semalam ni jaga saya …tq wan
terima kasih untuk artikel ni.. sakit nye rase bile tahu org yg kite syg, rupenye2 ada org lain…lebih sakit bila kita tahu perkara ni bukan dari mulut dia sendiri, tp dr pihak lain… bertabah la hati..akan cuba ikhlas kan hati dan redha …
alhamdulillah… sedikit sebanyak ianya memberi kesan di hati..
Sedih btul hati nak mule ikhlaskan orang yg btul” kte sayang… Trime kseh pnulis dah kasih support and motivation kpd kmi pra pembace yg dang hadapi mslah yg sungguh pelek kan hati… Smoga suatu hati Allah kasih kte ganti sesorang yg bnar” trbaek bg kt yg kan tuntun kte brjlan brsm” mnuju syurga nye Allah Amin
saya takpernah dapat melupakan dia walaupun saya dah mempunyai orng yang mampu membahagiakan saya . saya tetap mengingatinya dan berharap dia menjadi milik saya ‘)