
Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki.
Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”
Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki
Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?
Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?
Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?
Hanya kerana satu sebab.
— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.
Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?
Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.
Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.
Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.
Move on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”
Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.
Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”
Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.
Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.
Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.
Demi kehidupan masing-masing.
Perasaan tak boleh dipaksa
Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa
Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.
Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana?
Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha?
Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:
Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya
Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah.
InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah.
Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.
Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Pernahkah anda menghadapi perkara ini?
Bagaimana anda settle down?
Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.


Assalam. Perkongsian yang memberi Kesan positif dikala hati sedang berduka. Allah swt Berikan ujian pd hambaNya yang mampu. Barangkali ujian yang didatangkan pada kita jauh lebih ringan dari hamba yang lain. Izinkan saya berkongsi pengalaman saya yang Tak seberapa jika dibandingkan dengan insan lain.
Saya menanti -A- sejak kami berkawan 13tahun yanglalu. Kebanyakan temanteman yang berusia sebaya telah beranak pinak Dan bahagia besama keluarga. Ramai yang menanyakan kenapa Tak kahwinkahwin?
Sebenarnya kadang kadang kita terlalu setia tidak bertempat. Andai melepaskannya membuat kita redha Dan bahagia, mengapa tidak? Sebenarnya kebahagiaan itu kita yang memilihnya. Samada hendak bahagia atau terus terluka dibuai janji Dan kata dusta.
Saya yakin Akan janji Allah laki laki yang baik untuk perempuan yang baik Dan sebaliknya. Ada sebab kenapa seseorg itu tidak menjadi jodoh kita atau Teman sehidup semati kita. Allah is the Best planner.
Akhir sekali, kita tidak memiliki sesiapapun. Suami bukan milik isteri Dan isteri juga bukan milik suami. Kita semuanya milik Allah Swt. Jadi, bagaimana dengan kelukaan dalam perhubungan? Bukankah kita meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya? Kita memilih untuk disakiti, dilukakan Dan tidak bahagia.
Berbalik kepada cinta pada Maha Pencipta. Satusatunya cinta yang abadi. Semoga saya dapat berdepan dengan realiti kehidupan dari melayari kisah yang tiada kesudahan Dan merugikan diri sendiri.aminnn. Semoga anda juga diberikan kekuatan Dan bertemu dengan kebahagiaan hakiki. InsyaAllah. :)
Saya mendapat musibah hadiah dari Allah SWT..berupa perpisaham selamanya dr Alm suami saya tercinta.saya Ikhlas melepaskan..ikhlas atas perpisahan ini.sesungguhnya ini adalah ujian terindah dr Allah buat saya..walaupun dalam beberapa tahun sayan menjalani bersama Alm tidak di karuniai Anak..Namun sesungguhnya kehidupan kami bahagi.waktu itu atas kepergian Alm.hanya bila keadaan saya sendiri menyaksikan..kepergian terakhir Alm suami saya.di pangkuan ini..di kedua tangan ini merangkul memeluk..menagisi..benarkah Ya Allah..Bangunkan dia ya Allah..Dia untuk ku yaAllah..dia Suami ku Ya Allah..Dia Orang yang snagat saya sayangi cintai Ya Allah…dengan tak kuasa air mata tumpah tanpa seizinku.dan memijak bumi ku pun terasa lembah..hari berlalu dengan melalui kehidupan dengan sendirinya..ditemani tanpa dia..tak kuasa ku tahan tangis..mengingat semua yg terjadi dan kami lalui bersama membuat saya terhenyak tersentak dan terjerembab…
Semoga Allah mempermudahkan sgala urusan puan. Kekal tabah Dan kuat dalam mengahadapi harihari yang mendatang. InsyaAllah
Saya sangat. Menyayanginya. Bnyak harapan yg ingin sya lalui bersamanya. walaupun saya tau. Menggantungkan harapan pada manusia sejatinya akan menimbulkan kekecewaan. Egois memang saya hanya ingin dia tetap di sampingku. Karna dia pun juga masih menyayangiku. Tapi rasa malu untuk memperbaiki begitu besar. Karna sya tidak ingin memaksakan dia untuk kembali. Sya hanya ingin melihat perjuangan dia sebagai laki2. Jika memang dia serius dia pasti akan kembali
Sya juga mengalami hal yg sama.. Semoga kita ikhlas menerima apapun ketentuan Allah
Saat isteri meminta utk lepaskan dia, mmg sy rasa bgai x bernyawa. Mungkin dia terseksa bersama sy, mungkin dia derita bersama sy. Mungkin dia bukn jodoh abadi sy, mungkin jga penceraian ini ada hikmah utk kmi berdua. Maka, sy minta tempoh selama 100 hri utk sy kuatkan hati sy, dan utk dia muhasabah kembali. Kini tinggal lg 80 hri, sgala usaha yg sy lakukan ternyata sia2 bg dia. Saat ini, sy terjumpa artikel ni, dn mula beransur utk meredhakan. Doakn sy kuat dlm tmpoh yg ad ni ya para pembaca sklian.
Takut sebenarnya utk terima hakikat yang hati ini sudah remuk…cuba utk beraksi setenang dan seceria mungkin namun riak kecewa tdk dpt diselindungi
Bkn mudh untuk m’lupakn seseorg…dsebalik kesedihan ada kebahagiaan yg tersembunyi…insyaallah..amin
Saya mmg ta kuat untuk semua ni..walau pun saya llaki..saya punya perasaan..mmg bnyak org ckap bnde yg sama ntuk tawakal dgan Allah..sungguh berat betul ujian dia..dan susah nak hadapinya
Thanks for this article… Actually lpas bca article ni prasaan da OK sikit…just remember not one only y mengalami masalah mcm ni… Mereka smua boleh redho ja knapa pla sy xleh kan… Just wait for a something sure…:)
Terima Kasih..alhamdulillah tenang..
Syukur dengan apa yang kita ada sekarang..apa yang dah tercicir, itu bukan rezeki kita..apa yang bakal kita dapat nanti, itu bonus yang Allah janji nak bagi..
Tak kisah bagaimana kita bermula, itu semua kenangan..yang penting pengakhiran yang baik, itu kurniaan Tuhan..
Allahuakhbar..terasa dekatnya Tuhan..
KINI AKU TENANG..
Aku di gantung x bertali… bernikah di luar negara… bahagia hanya seketika di ganggu oleh bekas isteri nye mungkin ex dia cemburu tgk kami bahagia dn ingin kembali dgn suami atas alasan ank2 suami tiba2 berubah di saat sy dapati sakit breast cancer stage 2, mungkin suami rasa membebankn dia hanya Allah yg tau perasaan sy… suami suruh sy blik msia atas alasan bg dia ruang utk bersendiri… setelah blik msia suami terus senyap tanpa tanya kabar bila sy tanya dia balas sehari selepas itu pn kalau dia nk balas kalau x terus diam dh hampir 2 bulan senyap bila sy tanya ape kesudahan Kita terus suami lepaskn sy melalui txt di Whatsaap Allah sj yg tau perasaan sy lepaskn sy tanpa lafaz sy dh tunjukkn pd pejabat agama mereka kata cara lafaz tidak lengkap dn byk yg keliru so pendekkn cite x lengkap bila sy suruh suami buat cara yg lengkap dia jwp nnt bila free dia buat sehingga kini sy menanti xde jwpan dn sy halalkn semua dn sy redha kalau dia mmg berniat hendak buat sy gantung x bertali… sy dh block semua dn sy teruskn hidup dgn kekuatan yg ade alhamdullilah sy semakin dekat diri pd Allah sy tenang walaupn sy syg sgt suami sy dn sy isteri yg taat di perlakukn begini sy redha semoga Allah buka hati dia utk selesaikn benda yg tergantung andainye sy dh tiada di dunia ini lg sy dh ampunkn semua semoga Allah beri sy kekuatan lg utk habiskn sisa2 hidup sy…. doakn sy lebih kuat dn tabah ????
Semoga Allah berikan puan kekuatan, doakn sy jga ye.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan puan.
Karna saya yakin setiap ada kesulitan pasti ada kemudahan jika kita mau berusaha,belum tentu yg baik dimata manusia baik juga dimata allah. Saya bersyukur bisa melepaskan nya memang awalnya sulit berat ngga akan kuat tapi seiring berjalan nya waktu nanti juga terbiasa menghadap semuanya. Jangan takut jangan sedih jangan risau inallaha ma’ana (sesungguh nya allah bersama kita).
Pelik kn? Kata ada pelangi selepas hujan, selepas kesusahan ada kemudahan, tp x pnah pn ada kemudahannya.. Berdoa tiap masa tp.ini yg sa perolehi
Ckp memang senang, klu di uji di khianati wanita yg berkenaan dlm gati, org tua tgh sakit teruk, kakak yg tidak sihat, kekadang pndai berdialog ckp sndri2, hilang perkerjaan sb jga org tua, xda sumver pndptn, jual sdh keta, rumah kena ckp di sihir tu sb perlu tinggalkn rmh, apa kamu smua fikir ujian ni x berat? Sdh la d khianati teman pmpuan akan di paksa kawin dgn org lain oleh keluarganya, berkwn sdh 6thn lebih, pengorbanan dr segi kewangan dan masa x perlu ckp. Jga hati wanita sebelum ni separuh mati, slu jga perangai x pnah selingkuh, tapi…. Ini pula yg sa dpt?? Adil ka utk sa ni smua. Pa slh yg sa bt..sa nak bertanya di maba keadilan, kebahagiaan ygdi janjikn bg org yg berusaha. Ikhlas, jujur dlm setiap hal..x jeadilan utk sa..tersepit dlm smua sudut ujian, alahai pa la guna hidup lg ni
biasanya benda macam kita tngk dlm DRAMA MELAYU ..tapii bila kena ats batang hidung sndri..Allahu menangis takk berlagu …
Pedih weyy nk hadap smua ni walaupun dia dh betul betul buang kita ,, org lain ckp senang laa sbb dia xrasa apa yg kita rasa ..
Aku malas nk ckp & taip panjang panjang.. dh xde guna .. cukup 6 tahun aku jaga JODOH org …
p/s : skrg baru aku sedar, impian aku terus ingin bersama dgn dia hnya lah mimpi yg xpernah aku lupakn..tapii hakikat nya kita kena igt,, apa yg kita CINTAI xsmua kita akn MILIKI …
belajar move on !
What a nice article. May Allah forgive our sins :’) and grant us jannah :)
Assalamalaikum…ini kisah saya….pada mulanya saya tak jangka untuk jatuh cinta dengan dia nie..satu tempat keje sy…2 thn lps on my birhday tiba2 dye ajak celebrate sama2…dri situ perasaan sayang itu muncul..bila semakin dekat..hari2 contact..hadirlah perasaan cinta..dia pernah ckp “kami suka sama suka tapi tak boleh bersama…”sy terima n saya undur diri..pada masa yang sama sy menjauh n senyapkn diri…mencari kekuatan sndri….sebulan sy hilang…tiba2 dye muncul cari sy…sy trima dia kembali sbb xsanggup tak ada dia….sy engt dye mmg jodoh sy tetapi sy dikejutkn dengan video dye brsama perempuan laen….ALLAHHUAKBAR….berkecai hati sy….dengan rela hati sy lepaskan dye walaupn dlm hati sakit sngt2….InshaALLAH akn ada yg terbaek untuk sy….
Insha allah.ade yng trbaik karna janji allah itu pasti
ini adalah kisah ku,,aku adalah seorang istri..sekarang posisi ku di luar negeri.tepatnya 3 bulan seseorang dimasa lalu ku hadir kembali,,disaat hubungan ku dengan suamiku tidak lagi baik..intinya hanya satu,,ku temukan sosok imam yg baik di dirinya..agama nya kuat..
Dia pun menasehati ku agar tidak terlarut dengan perasaan ku.
Dan tak ku temukan itu di diri suamiku..
Hari semakin hari ku sulit untuk melupakan nya..walau pun kami jarang komunikasi..tapi hati ku selalu memikirkan nya..aku tau ini slah,,dan ini tak patut ku rasakan..maka mulai dari hari ini ku hapus semua akun ku yang terhubung dengan dia..ku berusaha iklas melepasnya..karena dia bukan lah jodohku..aku yakin rencana allah lebih baik..
Aku yakin itu..
Dan apa yang ku ingin kan belom tentu baik untuk ku..
Untuk teman bagaimana pendapat anda..
Macam sye sekarang ni..susah nk lepaskan dye tuk org len..sye dh serabut sngt skarang ni..sye cuba nk lepaskan dye..tp sye x mmpu.. Sebb sye cintakan dye..klaw boleh..sye nk melamar dye..tp dye belum bersedia..jika adew jodoh..kami disatukan..klaw xdew..sye kene redha..perlu Kew sye kene berkwn ngn dye..sebb sye x boleh kehilangan dye..tolong la sye..sebb dia satu tempat kerja dengan sye..tu yg buat sye terkejar ² dia..
insyaallah kalu ada jodoh tak ke mana2, sekarang ni tenang2 je saudara, serahkan semua padaNYA jodoh telah tertulis di loh mahfuz, tak mungkin tertukar.
Terimakasih atas motivasinya yang begitu indah, awalnya saya tidak sanggup untuk diceraikan suami saya,tapi saya yakin Allah tidak akan pernah menelantarkan saya dan anak saya, sekarang saya harus ikhlas demi masa depan anak saya????
Ini pengalaman sya yg sya rasakan sekrang istri sya pergi meninggalkanku mungkin krna ulah yg sya buat di tahun2 sblumy tpi sya paham kesalah saya sperti apa,sya sdh mencoba mnjelaskannya smua pda istriku pada kluarga istriku tpi tdk ada kata maaf.sya berjuang demi dia sya perbuatan yg sya lakulan adalah perbuatan yg merendahkan diri sya sendiri,tpi apa daya smu hay siasia,sya serahkan smuay pada ALLAH.stelah membaca artikel ini sya paham arti smua.ikhlas memang sulit.ruba pola hidup kluar dari bingkai masa lalu.mksi