Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

kebahagiaan
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan * love will tear us apart by karoluzz

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki.

Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

 

Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?

Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?

Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?

Hanya kerana satu sebab.

— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.

Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.

kebahagiaan

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.

Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

kebahagiaan

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.

Demi kehidupan masing-masing.

Perasaan tak boleh dipaksa

 

Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.

Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana?

Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha?

Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

 

Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya

Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah.

InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah.

Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.

Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, pasti banyak air mata yang jatuh dalam proses menguatkan kembali hati.


Pernahkah anda menghadapi perkara ini?

Bagaimana anda settle down?

Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

444 thoughts on “Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu”

  1. Saya antara yang menerima tkdir perpisahan..7 bulan bertunang dia nekad tingalkan saya.atas alasan ptnjuk slt istikharahnya..lama saya cuba untuk redha kerana sayangnya saya kpdnya & menganggap itu hnya sbg alsnnya.lama saya ambil msa utk bangkit setelah brjnji utk mbina rmhtangga akhirnya ditgglkan begitu sj tnpa rsa belas kasihan kpd sya..
    Sekarang sdh ckp 2 tahun perpisahan itu.kmi bhubung untuk pkra penting sj.tp bila bertemu dia msih mlyn sya sperti dlu.pgln mnja,pergi ke tmpt2 kgemaran kmi.sungguh sya msih mengharap dia kembali.
    Saya tak pernah putus utk berdoa agar dia d beri petunjuk,dilembutkan hatinya.saya letakan pengharapan hnya pada-Nya.amat bersyukur saya dikurniakan hati yg tenang utk menghadapi semua ini & terus bangkit utk teruskan khdpn

    Reply
  2. …sy slalu pgang prinsip..jgn pnah letakkan kbahagiaan dtgn org lain..sbb bla org itu pergi..bmksud kbhgiaan kta juga akan pergi bsamanya..namun letakkan lah kbhgiaan kta pada Allah sbb Allah xkan pernah mengecewakan hambanya….Alamdulillah sy dh move on dan tgh mngjr cita2 mngelilingi Malaysia..dan inshallah akan mulakan bisnes pada tahun hadapan..

    Reply
  3. Assalamualaikum…sy skdr berkongsi…sy pnh alami perhubgn yg tdk drestui dri pihak kluarga sblh perempuan…Kami sma2 bljr di university dan hbgn kmi drestui oleh ibu bpaa sy..bonda sy amat sukakan dia.nmun..ppshn blaku dsbbkan oleh kmi bdua bbeza agama…dia seorg Kristian Catholic….dan sy mnganggp pbezaan kmi sbgai stu yg unik..sbb sy dlhirkan dlm kluarga kwen cmpur..bonda sy seorg mualaf..jdi phbgn pbezaan kaum dan agama ini bkn stu mslh bg kmi…mmg smasa berakhir sbuah phbgn tue mmg amat mnyakitkan…namun alhamdulillah.setelah dua tahun blalu..sy bersyukur pnah knl si dia.dia mmg kngn dan mantan yg “terindah”..trindah yg sy mksudkan bkn byk manisnya..tp sbb pahitnya..

    Reply
  4. Saye bru putus perhubungn jarak jauh pada 29.10.2014..dgn saye nk final exam..sye mncari kekuatan sbnyk yg mungkn..mnjln hubgn jarak jauh bkn senang..sye dipermainkn..dia mnjalinkn hubgn dgn ramai perempuan diblakang saye..bila saye mohon kejujuran dgn dy..dy msih x mngaku yg dy sdang mnjalinkn hbungn dgn perempuan lain shingga lah sye mndpt bkti yg kukuh..Hanya Allah je yg tahu hati wanita ini..Saye tahu..Allah slamatkn sye dri lelaki buaya mcm 2..Allah masih sygkn sye..Semoga dirinya mndpt hidayah Allah..Amin~

    Reply
    • Fokus pada final exam. Jangan musnahkan masa depan hanya kerana satu perasaan. Satu perpisahan. Jarak jauh bukan alasan. Andai nak setia, dekat atau jauh tetap akan setia. Andai nak curang dengan sesiapa, dekat atau jauh semua itu akan tetap berlaku :) Kuatkan semangat. Mohon Allah permudahkan segalanya. Tanpa dia, bukan bermakna semua berakhir. Allah nak jaga kita. Nak kita sedar kita tersalah pilih. Sebab tu dia hantarkan perpisahan. Supaya kita yang terleka ni kembali pada Dia. Allah akan berikan yang terbaik. Serahkan semuanya pada Allah. InsyaAllah hati akan tenang walaupun luka masih dalam. Goodluck untuk final exam Erda. Saya doakan awak tabah. Doakan saya jugak :)

      Reply
  5. Assalamualaikum..terima kasih kpd yg berkongsi sy Cuba aplikasikan dalam diri saya sebaik mungkin.. Tapi sampai sekarang sy masih rndukan dia.Hanya Allah saja yang tahu remuknya hati bila hubungan 7thn terbina terlerai di tengah jln… Dulu kami sama² study di kampus yang sama last² sy transit kampus ke so dia putuskn hbgn ats sbb xpcya cnta jarak jauh n mcm² alasan lagi laa.. Sy betol² kecewa dengan dia kali ke2 dia tinggalkan saya demi prmpn 2. Tp yg Sy betol² xfaham bila gadow dgn pasangan baru dia atau semester break dia cari saya balik.. Macam mana ikhlaskn hati kalau terus²an dia buat saya ni??

    Reply
    • Jarak xkan ubah apa2. Dekat atau jauh, bergantung pada hati dan diri masing-masing. Lupakan dia. Saya pernah lalui benda yang sama. Dia pernah tinggalkan saya demi perempuan lain. Bukan sekali. Dan dia akan cari saya balik tiap kali ada masalah dengan hubungan tu. Masa tu, saya masih terlalu mentah. Terlalu mudah menerima. Terlalu mudah dipermain. Bila dimaafkan, perubahan hanya sementara. Dan akhirnya semua kembali seperti biasa. Dia akan berubah ke perangai asal. Dia manusia. Sukar berubah kalau bukan benar-benar ikhlas. Dan sekarang alhamdulillah. Kesakitan lampau buat saya makin matang dalam buat keputusan. Sampai bila kita nak biarkan dia terus permainkan hati kita ? Hanya diperlukan saat dia perlukan seseorang. Jangan terus bazirkan masa menanti. Berjalan ke depan. Serahkan segalanya pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik. Mohon Dia kuatkan hati kita. Mohon supaya Dia berikan petunjuk untuk setiap keputusan kita :)

      Reply
  6. Sedang melalui semuanya. 4 tahun berteman dan Hampir bertunang tp Allah penentu segalanya. Dipisah kan dlm masa 2 mggu sebelum majlis. Tiba tiba perancangan segalanya berubah. Dan skrg hampir 3 bulan segala nya jd. Permulaan nya agak menyakitkan dan menyukarkan. Jiwa dan hati betul2 diuji. Tp Alhamdulillah. Allah ambil dan Allah gantikan dgn rezeki yg tk pernah terfikir dek hati. Dr seorg yg jahil dgn agama kini bangkit kerana Dia. Kembali pd jalan Allah. Dan mungkin Allah rindu dgn aku yg bertahun2 mencipta dosa. Dia mahu aku kembali pd jalan Nya. Alhamdulillah. Jgn pernah merajuk dgn takdir Allah. Dia sebaik2 perancangan.

    Reply
    • Sangat sakit bila diuji tapi perancangan Allah lebih indah. Dia tahu yang terbaik. Kita pendosa. Dia nak kita kembali ke jalanNya. InsyaAllah dari situ kita bermula dan segalanya akan berakhir dengan sesuatu yang tak dijangka. Kita akan bahagia bila tiba waktunya. Saya doakan awak terus kuat dan tabah. Doakan saya jugak ye :)

      Reply
  7. Artikel ini berjaya mengalirkan air mata saya. Sungguh, perpisahan amat menyakitkan hingga kadangkala kita seolah-olah tak mampu menerima apa yg terjadi. Saya salahkan dia sedangkan dia hanya mahukan yang terbaik utk saya. Bila saya baca artikel ini, barulah saya benar benar faham maksud dia akan perpisahan kami. Ianya kerana dia tak mungkin dpt membahagiakan saya dlm tempoh terdekat. Saya bersyukur kerana Allah hadirkan dia utk mengajarkan kpd saya apa itu cinta sebenar. Kini setelah hampir 5 bulan berlalu, saya sudah boleh menerima takdir ini seadanya dan mengorak langkah ke hadapan. Mungkin ini yg terbaik buat kami. Semoga Allah terus beri saya & dia kekuatan serta kesabaran.

    Reply
  8. Ya Allah sakitnyer nak melepaskn dia……bila rasa syg mengatasi rasa cinta……moga kekuatan ini ada padaku…demi kebahagianmu…..

    Reply
  9. saya akui saya masih sayangkan dia, rindukan dia..saya akui sya tidak beri perhatian saya pada dia..dan dia cari alasan bahawa perpisahan adalah disebabkan saya…dalam masa yang sama dia melayan perempuan lain..dan disebabkan itu, saya memutuskan utk tidak ada hubungan lagi dengan dia..tapi saya amat merindui dia..hampir 5 tahun hubungan ini..tapi sia-sia kesetiaan saya pada dia.

    hati saya redoh dgn apa yg telah lepas & telah terjadi..tapi cara untuk melupakan nya adalah amat sukar..hati saya sedih..terluka..

    Reply
    • YA Allah,..xsgka,.cerita kita sma miss ann..cuma 1 je tak sama,.sya masih mgharap kan dia,.walaupun dy bkal berkhwin bln 12 nt..dan saya antara wanita malang dan agak kurg bijak krana masih bole menerima si dia yang menjalin hubugn dgn org lain semasa msih dgn sya.si dia mgmbil ksemptan di atas kpercyaan sy taruhkan,..dari crite hnya rpt sbb dh lma knl,.aggp adik agkt smpai lah sy diberithu dlm phone shj tntg prkhwinan dia,kejam kenyataan itu..sdgkn sglanya mjlis msti ad prncgan,..masakkn,.sy msih bermesra,bksih syg smpai bln 15/10/2014.sy tak diberithu brtntg mta,.dissb cinta jrk jauh,..ad stu kjadian yg memg normal trjdi,..bila sy mgdu,.hasilnya jwpn mtk maaf,.prtemuan 15.10 trakhir,.sbb bakal brkhwin bln 12,..bukan kerna trpksa or cmpur tgn klurga,.ni pilihan dia yg sec snyap dirancg,..luluh hati brulam jntung,…dan trkahir setlh pujuk rayu hati ni trlalu trktn nk ketahui crite sbnr..1 crite baru keluar,..xsgka,.slma 4 thun dgn dia,..si dia boleh menjaga,support gadis tu ketika bljr,…bygkn la,..klu bukan benr syg,.mapukah seorg laki jadi mcmtu?..yg sya terkilan,..dy xpnh mgaku ad hubugn dgn gadis tu,..sya lbih rela diptuskn dari awal,..dari saat dy sdr dy lgi syg dn perlukan gadis tu,…dari sy memendam cinta 4 tahun,..sya xpnh pksa dy syg sy,..bila bertemu,..galak seperti biasa,..malah si dia yg mtk berlebihan,..di sygi…at last,.crite nk kwen,..kecewa bukn keplaang,.alasan melepaskan diri kern ktanya slh sy,.trtkn la bgduh,..klau mctu,..nape xbtrus trg xdpt trima diri sya seadanya,..cerita cinta sya agk dasyat tuk sy bygkn,.tak trjagkau pe kemahuan lelaki tu,.pe pun,..g brutung gadis tu,.dari dijaga oleh bf sya,.smpai dh da keje tetp,..pasni dh nk kwen,.algkah bertuah gadis itu,.jln hidup dy….selain krn jodoh,..sy trkilan lelaki yg bsikap sambil lewa dlm prmainankn hati prmpuan tp xnk menikahi.nasihat sya,..klau skdr nk knl mna yg trbaik,.jgn la diajak libatkan hati,..berkawan la sermai mana pon,…bila tiba pilihan xda sape yg trluka,..ape sy boleh ktakan,..Allah Maha Tahu,..dan sglanya diserahkan pdNya

      Reply
      • ALLAHU… Subhanallah..sabarlah dan yakinlah ALLAH ingin memberi yang terbaik untukmu. mungkin, ALLAH ingin menguji kekuatanmu dan mengajarmu supaya jangan terlalu mudah meletakkan kepercayaan kepada orang. baik setara mana pun kita dengan seseorang itu kita mesti mempunyai rasa was-was walaupun sedikit. sabar, ALLAH ingin memberi yang terbaik untukmu mana tahu ALLAH ingin memberi seorang insan yang jauh lebih baik dan mampu mendidik kita untuk berubah ke arah yang benar. ketahuilah, bagimu gadis itu beruntung kerana setiap perkara ditanggung oleh dia tetapi bagiku kamu beruntung kerana setiap nafasmu, setiap kerdip matamu ALLAH sentiasa memberimu rezeki dan menanggungmu dari semua perkara. itu lebih hebat dan itu lebih istimewa! ketahuilah, ada yang sangat mencintaimu dan selalu menjagamu dan selalu merinduimu iaitu ALLAH! yakinlah, ALLAH sentiasa bersamamu! c: keep smile

        Reply
  10. Assalamualaikum..
    Artikel ini bagus untuk menenangkan hati yang sedang bergelora menghadapai ujian perpisahan. walaupun saya tidak pernah melalui fasa perpisahan (harap tidak terjadi pada saya), tetapi saya yakin anda yg sedang diuji sedikit sebanyak telah merasa lega dengan membaca artikel ini. ada beberapa bait ayat yang saya suka untuk jadikan motivasi kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

    ….“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

    Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

    Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”….

    Terima kasih penulis!Semoga ianya memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah..

    Reply
    • Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Saya menulis sekadar berkongsi pengalaman diri sendiri. Saat hati masih belum kembali kuat, menulis salah satu cara saya lepaskan segalanya. Walaupun saya tak kenal siapa yang membaca, tapi saya tahu saya bukan bersendiri. Banyak lagi hati yang sedang kecewa. Banyak lagi hati yang berusaha untuk bangkit kembali. Allah hantar ujian pasti ada sebab. Kita ada Allah. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Doakan untuk saya juga :)

      Reply
  11. Terima kasih atas entry ini. Entry ni betul betul membuka pintu hati saya untuk terus melangkah ke hadapan. Kadang-kadang kita harus merelakan sesuatu yang bukan untuk kita demi kebahagiaan orang lain. Moga Allah sentiasa memupuk sifat redha dan memberikan kekuatan dalam diri kita :)

    Reply
    • Sakit bila terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain kan ? Tapi bile kita belajar redha, insyaAllah kebahagiaan untuk diri kita pula yang akan kunjung tiba. Hanya menanti waktu dan masa yang betul. Hanya berserah. Allah tak kejam. Kebahagiaan setiap ada untuk setiap hambaNya. Melangkah dengan penuh keikhlasan. Stay strong dan doakan saya juga :)

      Reply
  12. Sy tlh kali cuba utk lepaskn dia… begitu juga dia. Kami saling menyayangi tetapi apakan daya, sy tidak mahu menghancurkan hati insan lain oleh kerana perasaan ini…. Sgt susah utk sy melupakan dia. Semakin ingin melupakan semakin kuat rase syg itu…
    Sehingga skrg sy masih mencuba & berdoa agar perasaan itu
    hilang…..

    Reply
    • Memang sangat susah untuk melupakan seseorang yang pernah kita sayang. Kena kuatkan semangat. Makin kita layan perasaan yang datang, makin kita akan susah lupakan dia. Perlahan-lahan buang semua kenangan yang pernah tercipta. Cuba untuk bangkit kembali walaupun tanpa dia di sisi. Kita masih ada keluarga, kawan-kawan dan yang penting kita ada Allah. Semoga Allah kuatkan hati awak untuk lupakan dia dan doakan untuk saya juga :)

      Reply
  13. Salam. Sy pernah menghadapi situasi begini . Setiap insan pasti diuji “kehilangan” sbb Allah nak tahu kita mampu redha atau sebaliknya . Bertabah dan berdoa . :)

    Reply
    • InsyaAllah setiap kehilangan Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Hanya memohon dan meminta pertolongan dari Allah semoga dikuatkan hati untuk menerima semua dugaan ini dengan hati terbuka. Allah akan bagi yang terbaik untuk kita di saat kita bersedia :)

      Reply
  14. Mata menyimpan beribu airmata. Senyuman menyimpan beribu rahsia. Dan hati menyimpan beribu luka. Ayuhlah menari dan terus tertawa. Orang tidak tahu melainkan Dia yang maha mengetahui. Lupakanlah kemarahan semalam. Berikan yang terbaik untuk hari ini. Hapuskan dendam marah dan dengki agar dapat mencapai ketenangan dalam hidup. Redha itu tak semudah perkataan. Dalam redha ada tangisan, dalam redha ada kedukaan yg tak mampu diungkap dengan perkataan. Mudah mengatakan sabar pada orang yg diuji tapi tak mudah untuk kita bersabar saat kita sedang diuji. Allah tau segala2nya walaupun doa kita bisu. Allah mendengar semuanya. Walaupun tidak meminta Allah tau apa yg kita mau. Allah jugalah yang kita akan cari untuk mengadu & menceritakan segala-galanya disaat kita tak mampu luahkan apa yang dirasai kepada sesama manusia.

    Reply
    • Ya, redha memang tak semudah perkataan. Hanya hati yang merasa kesakitan itu yang akan faham. Setiap tangisan, setiap kali kita belajar redha, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan :)

      Reply
  15. salam alaik.
    benar segala yang tertulis diatas.
    cuba lah ikhlas lepaskan.
    cuba lah yakin dengan yang Maha Esa.
    pasti tangis berganti senyum.

    Reply
  16. Assalamualaikum. Artikel yang memberi Kesan utk diri sy.Perpisahan yang tak disangka, melaluinya hampir setahun. Tapi saya bersyukur hingga kind Allah beri saya kekuatan dan kesabaran untuk mengharunginya. Saya sendiri takpercaya saya bertahan hingga kind. Benar janji Allah itu pasti. Selagi mana kita ingat dengan Dia, Dia akan tolong kita. Percaya segala hikmah yg akan diberikan. Yang pasti Allah is the best planner and knows the best for us.

    Reply
  17. Sedang melalui fasa ni..memang susah utk lepaskan pergi..namun kne tetap redha dgn ketentuan Allah..insyaAllah..ada hikmah disebalik perpisahan yang berlaku..

    Reply
  18. Saya akui perpisahan mmg sukar n pedih. Sakitnya tak terperi bila melihat org yg saya pnah bersama bertahun-tahun lamenya akhirnya mencintai org lain. Tp byk yg diplajari, sgala salah n silap yg dlakukkn mndewasakn pemikiran, mmbuka mata n pintu hati yg sgt ego untuk mngaku slah n silap selama ini.. Artikel yg dikongsi diatas bjaya mngetuk hati ini, yg perlukn nasihat n dorongan. Terima kasih banyak2 n semoga Allah sentiasa merahmati anda :)

    Reply

Leave a Comment