17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On

Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

melepaskan masa lalu yang menyakitkan
Lepaskan masa silam yang menyakitkan…

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..

Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.

Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.

Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.

Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.

Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.

Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.

Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.

Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.

Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.

Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:


1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.

Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?

Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.

Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.


2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur

Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.

Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar.

Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.


3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.

selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.

Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.

Belajarlah menjadi bijak.

Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.

Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.


3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?

Tidak semudah yang disangka.

Sebab, kadang-kadang…

…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.

Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.

kita harus melepaskan masa silam


5. Hanya anda boleh mengawal diri anda

Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.

Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.

It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.


6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan

Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.

Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.

Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.

Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.

Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.


7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?

Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.

Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.

Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.

Bersabar.


8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?

Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.

Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.

Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.

Giving up and moving on are two very different things.


9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.

move onBersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.

Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.

Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.

Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.

 


10. Belajar daripada kesilapan lepas

Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.

Past is the past. Learn from it and begin again.

This time always pray Allah shows you better way.


11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..

..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.

Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.

Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.


12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?

Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.

Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.

Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.

Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.


13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.

Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.

Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.

Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.

Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.

move on


14. Jangan sedih yang keterlaluan

Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.

Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.

Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.

Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.

Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.

Beritahulah setiap apa yang anda rasa.

Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.

Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”

[Al-Maidah:7]

15. Bila kita dapat melihat hikmah?

Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.

Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.

Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.

Belajar daripadanya.

Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.

This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.


16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati

Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.

Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..


17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.

Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.

Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.

Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.

So, accept the change and be happy with it.

 

Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..

Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.

melepaskan masa silam

Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..

Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.

Namun semuanya sudah terlambat.

The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.

Life is more than that. live your life.

Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

377 thoughts on “17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On”

  1. semoga kata2 ni mberi kekuatan untk sy megharungi hari2 mendatang,dgn menghadapi penceraian dan terpaksa melepaskan ank yg masih kecil demi masa depan nya yg lebih baik(sy tahu zaman skrg duit yg lebih berkuasa) dan sy jugak kehilangan teman baik sy tulang belakang sy yg selama ni sering memberi semangat meneruskan hidup ini.. sy tahu sy byk berdosa terutama kedua ibu bapa sy yg sy byk membelakangkan mereka ap2 jua keputusan yg sy lakukan sebelum ini,akhir nye saya jatuh terduduk mereka la mengutip diri ni, sambil hati sedih dihurung rindu seorg ibu kpd anak.. allahu kuatkn ati ku,andai dugaan ini mmbuat kn aku dekat pdMU ya Allah,aku redha…..

    Reply
  2. Terima ksh atas kata2 semangat yg dtulis..sy mkin tenang slepas membcanya.. Sy sdang mcari kta2 utk mulakan hdup bru,melupakan segala kesakitan sy alami. Sy thu Allah punya rncangan terbaik utk hdup sy & ank2.. Cma sy yg msih blm blh mnerima hakikat.. Smga sy trus tabah hadapi ujian dariNya..

    Reply
  3. Hampir 5 tahun bersama, sentiasa ada waktu susah senang dia. Tapi dia tinggal kan saya untuk perempuan yg dia baru kenal sebulan. Peluang demi peluang saya beri tp tak dihargai. Tetap di sia sia kan. Saat akhir saya masih beri peluang. Tp dia masih dgn sikap nya tidak jujur. Saya akui, walaupun saya kejar mcm mana pun cinta nya, tetap akan berakhir dgn kesakitan. Saya lupa, hati Allah yg pegang. Sedaya upaya mana pun saya amek hati dia, kalau Allah kata dia bukan jodoh saya, amek lah masa berapa lama pun dia tetap bukan jodoh saya. At the last, saya tunaikan permintaan akhir dia. Saya lepaskan dia. Walaupun saya tau hakikatnya akhirnya yg sakitnya, saya sendiri. Semoga org baru ni dapat memahami awak, sayang awak. Semoga orang baru ni dapat terima kekurangan awak sepenuh hati. Saya ikhlas kan awak pergi. :’)

    Reply
    • ye situasi yang sama , dari tiada kerjaya , dari kawan pulau kan dia sampai dia punya kerjaya , dan bila berjumpa dengan seseorang lain , dibuang begitu , dipaksa utk menerima hakikat dan dipakaa utk buang segalanya kenangan sampai hati ini hancur , smpai tak terdaya menangung segalanya , dipksa utk melupkan segalanya . bila dh berubah , tiada apa yang lagi yang disukai , syg menjadi benci , cinta menjadi hilang . Begitu manusia , ada ketika lupa daratan , moga keinsafan , dan moga penyesalan muncul dalam dirimu . Dan moga engkau kaca dan permata yang engkau buang smpai jatuh di dasar .

      Reply
    • Lepas 2 tahun saya cari balik komen saya yg satu ni, jumpa! ? Alhamdulilah, bila kita letak pengharapan kita sepenuhnya pada Allah, Insha’Allah Allah tunjuk kan jalan pada kita. Lepas setahun saya ditinggalkan ex bf saya dtg kembali, katanya menyesal apa yg jadi. Tiada lagi peluang ketiga atau seterusnya bg saya cukup lah saya pernah dikhianati. Setahun lebih saya rawat luka dihati. Tiada apa yg mampu saya kata sesungguhnya Allah sebaik baik perancang. Saya bahagia dgn hidup saya yg sekarang, hidup saya tanpa dia. Terima kasih Ya Allah. ?
      Semoga kalian yg diuji hari ini, semoga tabah dengan segala ujian yg Allah beri. Semoga ada pelangi selepas hari hujan. Jgn pernah putus asa dengan rahmat Allah. Sebab Allah tahu apa yg terbaik utk kita. xx

      Reply
  4. Nota2 yang sgt bermakna. Saya suka. Membuat saya lebih bersemangat dan lbih kuat ats apa yg telah terjadi. Walaupun sukar untuk mlepaskan seseorang yg sudah lama bersama. Demi kebahgiaan dia, kita harus juga melepaskan nya.

    Reply
  5. It does hurt so much… I never felt this before ???????????? Forever should be forever. Selamanya bukan bermaksud setahun dua. Tapi, saya kene sedar, bukan saya yang memegang hatinya, tapi Allah.. Semoga Allah merawat hati-hati yang terluka. Semua yg terjadi ada hikmah.

    Reply
  6. Assalammualaikum .. sy tidak tahu ingin meluah dimana sebenarnya .. harap sy dpt sedikit pandangan dan sokongan disini

    Saya telah berpisah dgn suami .. beberapa hari yg lepas .. ex suami mnceraikan sy krn tidak syg pd sy lagi .. dan ex suami tlh pun ad org lain dihatinya .. ex smpai tlh tahap terlanjur brsama ppuan itu , dan ex memilih utk btggjwb trhadapnya lalu melepaskan sy ..

    Sukar utk sy move on sbnrnya .. krn sy tidak ready utk berpisah dan semua ini berlaku trlalu pantas bagi saya .. baru beberapa bulan sy mngetahui kecurangan ex dan dia nekad utk ceraikan sy .. kami juga tidak mmpunyai anak lgi stlh 6tahun bersama..

    Apa yg sgt2 memedihkan hati saya , sy bru dpt tau bhw itu bknlah kecurangan ex suami yg prtama kali .. tlh beberapa ppuan ex brskandal tetapi tidak pnh brjumpa hnya di fone shj .. apa yg mngecewakan sy, ex jgk kerap brmsg, brcall dan mghantar gmbr lucah brsama ppuan trsebut .. malah dia juga mngaku pnh brsama bapuk utk sekadar cuba2 ..

    Sy tak tau mengapa sy merasa sgt kecewa bila mngetahui nya .. sdgkn kami sudah sah berpisah .. tapi hati sy amat sakit .. sy seolah2 tidak mngenali dgn siapa sy pnh brkahwin dlu .. sejujurnya sy masih mgharap ex berubah dan kembali pd saya

    Reply
  7. Assalamualaikum. Ap y prlu sy bt klu orang y sy syg brtrus trang bhawa prsaan syg dia trhdp sy smkin bkurangan. Perit ht ini bla mndengarnya. Dlu km kja skli. Tp tba tba dia dpt smbung bljr dan km brpisah. Akibat prpisahan itu km sudh tidak mesra. Km juga brbrza umur. Sy tua 5 thun dr dia. Apakah dia tdk blh mnrima umur sy itu. Sy skrg rsa tdk tenang. Dan hr hr sy bdoa agr Allah tenangkn ht sy. Tlalu bnyk pngorbanan y sy lakukn utk dia. Tp sdkt pun tdk dihargai. Ya Allah mgkin dia tdk trtulis utk mnjadi jodoh sy. Skrg sy sukar sgt nk move on. Hilg smgt utk bkja. Jd seorang y muram. Admin berilah sdkt nsht. Adkah ini ujian drNya

    Reply
  8. memang sangat2 pedih.. sangat2 sakit nak move on dari orang yg sangat kita sayang, insan yg setiap hari sentiasa bersama kita, kalau xda depan mata pun kat hp sntiasa berhubungan dgn dia.. setiap pagi menerima ucapan ‘morning baby’… sebelum tdo ‘nyte b’… mana nak pergi sentiasa bagitau.. buat apa sentiasa bagitau… tak balas text sekejap dah cari… kita rasa sgt2 dicintai.. sgt2 dperlukan…tapi sekelip mata segala kebiasaan tu lenyap.. terpinga2 dgn keadaan.. menangis hampir tiada lagi airmata yang mengalir keadaan tetap takkan kembali… itula yang sgt2 menghancurkan hati.. sepanjang sy bersama dia sy akui mmg kami jauh terpesong dari ajaran Tuhan.. kini dia telah berubah jd lbh baik.. solat tak tinggal.. segala perbuatan tak baik dia dulu dh dia tinggalkan.. wpun sy tak bersama dia lagi sy gembira dan bersyukur dgn perubahan dia.. tapi hati sy tetap hancur kerana sy telah merancang untk mengambil dia sebagai isteri tapi atas sebab2 yg tak dpt dielakkan dia memilih untuk meninggalkan saya… kami berbeza agama… sy kristian.. saya tak pernah salahkan dia atas pilihan yang dia buat.. sy tau dia terlalu kecewa kerana dia juga mengimpikan untuk punya anak bersama saya, tapi kita hanya merancang… Allah yang tentukan.. Allah bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan… sy dlm proses nak move on.. mmg sukar sebab kami satu pejabat… hari2 kena jumpa..

    Reply
    • Seriously mcm sama lah story kita.. satu pejabat… but in my case we are both Alhamdulillah Muslims.. whatever it is.. it is tough.. but we cn do it.. ????????

      Reply

Leave a Comment