17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On

Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

melepaskan masa lalu yang menyakitkan
Lepaskan masa silam yang menyakitkan…

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..

Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.

Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.

Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.

Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.

Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.

Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.

Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.

Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.

Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.

Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:


1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.

Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?

Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.

Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.


2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur

Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.

Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar.

Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.


3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.

selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.

Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.

Belajarlah menjadi bijak.

Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.

Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.


3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?

Tidak semudah yang disangka.

Sebab, kadang-kadang…

…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.

Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.

kita harus melepaskan masa silam


5. Hanya anda boleh mengawal diri anda

Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.

Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.

It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.


6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan

Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.

Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.

Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.

Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.

Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.


7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?

Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.

Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.

Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.

Bersabar.


8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?

Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.

Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.

Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.

Giving up and moving on are two very different things.


9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.

move onBersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.

Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.

Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.

Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.

 


10. Belajar daripada kesilapan lepas

Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.

Past is the past. Learn from it and begin again.

This time always pray Allah shows you better way.


11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..

..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.

Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.

Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.


12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?

Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.

Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.

Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.

Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.


13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.

Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.

Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.

Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.

Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.

move on


14. Jangan sedih yang keterlaluan

Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.

Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.

Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.

Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.

Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.

Beritahulah setiap apa yang anda rasa.

Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.

Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”

[Al-Maidah:7]

15. Bila kita dapat melihat hikmah?

Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.

Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.

Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.

Belajar daripadanya.

Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.

This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.


16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati

Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.

Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..


17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.

Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.

Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.

Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.

So, accept the change and be happy with it.

 

Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..

Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.

melepaskan masa silam

Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..

Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.

Namun semuanya sudah terlambat.

The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.

Life is more than that. live your life.

Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

377 thoughts on “17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On”

  1. ustaz, kenapa llaki sekarang terlalu jahat.. kejam… tidak ada lgsg peri kemanusiaan terhadap manusia lain.. saya terluka dengan perbuatan tunang saya.. kaki judi, kaki betina,, kaki kikis, panas baran, maki hamun2 saya. sedangkan sy terlalu sygkn dia.. dh 4 tahun kami bersama. selama dia susah, saya lah dunia dia. susah senang dia. sakit demam dia.. tp bila dh senang sikit, sy ditingalkan mcm sampah. perempuan keliling pinggang. jahattt, kejammm

    Reply
    • Saya memiliki cerita yang sama dengan anda… sakit rasanya.. mejalin hubungan 4th dan sudah mempersiapkan pernikahan tetapi 2 bln menjelang pernikahan dia meninggalkanku tanpa pamit dan tanpa kabar… setelah saya selidiki dia dibawa disembunyikan oleh keluarganya terutama adiknya… memang tidak ada janji yg baik selain janji pernikahan. Sampai saat ini saya pun tidak tau hubungan kami akan seperti apa.

      Reply
  2. saya mengalami kesedihan yg terlampau sampai saya tidak bole maafkan suami n keluarga.bermulanya dari mcg antara suami dan kakak kandung sy , mcg yg mlampau bermanja ktika sy di tmpt kerja. bila tnya taknk mgaku masing2 akhirnya sy tunjuk bukti baru mereka mgaku sedihnya hnya allah yg tahu , dan pd masa yg sama slama ni mereka mgunakan ank sy utk brjumpa n mlpaskan kerinduan berlakunya pd mlm raya taun lps.klurga suami pun slhkan sy sbb tak pndai jaga suami , sampaikan mereka kata sy ada mslah mental sbb ta maafkan ank nya . sbulan berlalu sy dpt tau sy mgandung 3bulan , tp disbb kan sy stress n terlampau tekanan sy gugur . masa dlm proses prjumpaan kluarga, sy memaksa mereka megaku dihadapan smuaorg akhirnya mgaku dan kslahan itu jatuh dkt sy . bagaimana sy nak maafkan mereka ? dan mcamna sy nak lupakan mereka tikam belakang sy ? semuaorg pksa sy lupakan n maafkan suami tp dia slalu mnipu bila mcg dgn org lain bila di tnya ta cmna sy nk bg peluang ke 2 ?saya tak kuat .

    Reply
    • Assalamualaikum kpda pembaca…sya juga mempunyai kisah silam yg hitam..dan masih mengalaminya skrg…sya kenal dgn seorg llki ttpi non-muslim…selepas bbrapa lama mengenali dia sya tau yg dia sudah mempunyai seorg isteri dan isteri dia tidak duduk bersma dgn dia…dan pda msa yg sma juga dia mempunyai seorg perempuan yg sdg duduk di umahnya dan sdg mengandungkan ank dia…mslhnya skrg sy ingin pergi dari dia ttpi dia mengugut sya untuk menyebarkn gmbr sya yg boleh menjatuhkan maruah sya…pernah sekali sya lari daripada dia…dan dia telah buat perkara yg di luar dugaan sya…dia telah menceritakan kpda adik bradik perempuan sya apa yg telah sya lakukan…skrg sya rsa sya semakin jauh dari Allah dan hati sya sentiasa terdetik untuk bertaubat…mslhnye skrg llki nie tak nak lepaskn sya..apa yg perlu sya buat?adakah perlu bersma dgn dia atau biarkn dia sebarkn maruah sya??untuk apa sya bersma dgn dia kalau sya rsa sakit hati?

      Reply
  3. sy bru berpisah atas alasan yg tak munasabah. hanya kerana gambar sy keluar mkn mlm bersama lelaki yg sy anggap abg sy dan sy jgak knl famly lelaki itu. gmbr itu jgak diambil sebelum sy knl dgn bekas teman lelaki. sy syg kn dy tulus dr aty sy. tp dy tgl kn sy atas sebab itu sje. tanpa langsung dengar penjelasan dr sy. sdgkan sy banyak bantu dy. langsung dy ta nampak. sy down. asyik teringatkan si dia. apakah cara terbaik untuk sy move on dan lpekan si dia.

    Reply
  4. Sy nk move on tp sy xdpat maafkn diri sy yg jahil suatu ktika dhulu akibat slap mmilih pgaulan. Sy malu dgn diri sy, malu dgn allah. Sy kcewa. Sy ptus asa. Sbb sy bt slah dlm keadaan sy sdar. Stiap hr sy cuba bt kbaikkan agr allah pulihkn dn brsihkan hati sy. Sy nk brubah. Tp sy rsa sy xlayak. Ya allah..sakit rasa ni. Sy trlalu mghukum diri sy..sbb sy trlalu kcewa knp sy bt slah sdgkn sy twu… Ya allah…xkuat..

    Reply
    • Assalam sis..

      Allah maha pengasih, penyayang & pengampun.
      Jangan lah berputus asa, sis. Apa yg terdetik di hati sis adalah kerinduan Allah pada sis sebenarnya. Syukur sis masih lagi perasaan tersebut. Berdoa lah, bykkan solat sunat & taubat. Allah maha mendengar & pasti DIA tidak akan mengecewakan hambaNya.

      Sy doakan sis tenang dan diberkati oleh Allah selalu.

      Reply
  5. Assalammualaikum .. saya mungkin bakal diceraikan .. kerana suami sudah tiada perasaan kasih pd saya .. sy tdk dpt menerimanya apabila tiba2 shj dia boleh berubah hati .. beralih kasih trhadap wanita lain .. wanita yg baru dikenali beberapa bulan melalui penipuan juga .. maksud sy wanita itu tdk tahu dia suami org .. tapi mereka sdh smpai tahap terlanjur .. saya pula tlh pn memaafkan suami dan menerima perbuatan suami krn sy juga dulu nya bukanlah seorang wanita yg baik juga .. sy aggp ini ujian dan kifarah diatas dosa2 saya , tpi suami tdk nmpk mnyesal dan masih tidak mahukan sy atas alasan hatinya tiada perasaan trhadap sy lagi .. kami masih belum berpisah secara sah .. krn sy yg meminta begitu .. skrg ni suami mghantar sy ke kpg .. dia perlukan masa utk berfikir tntg keadaan kami dan juga utk mnyelesaikan segala penipuan dia trhadap wanita itu .. apa yg perlu sy lakukan ? Adakah berbaloi sy menunggu dan meminta pd Allah agar suami kasihkan sy kembali .. atau sy harus move on ??? Pd hakikatnya jauh disudut hati sy, sy mmg mgharapkan kehadiran suami kembali dlm hidup kami .. buat pengetahuan kqmi masih blm mempunyai anak .. tq

    Reply
    • Assalam sis..

      Berat sungguh dugaan sis & alhamdulillah sebenarnya sis berada dlm pandangan Allah.

      Allah turunkan dugaan & ujian kerana dia rindukan hambanya. Apa yg sis lalui, adalah sama dengan cerita hidup saya.

      Pasrah, menangis segalanya sy dpt rasakan apa yg sis lalui. Tapi sis, Allah kan ada.

      Dr pengalaman sy lalui, sebenarnya byk kekurangan diri sy dan disebabkan kekurangan sy ini suami berubah hati. Tipulah klu sy x marah langsung semua tu. Tidak sapa yg bole control hati kita kecuali Allah dan apa yg terjadi Allah sudah tentukan utk melihat bagaimana kita menerima dugaan yg dia berikan.

      Bersabar , kena sabar, bykkan sabar & solat awal waktu, selalu menangis masa tahajud & solat hajat mintak Allah tenangkan hati & redha smua dugaan itu.

      3thn sy lalui, dicerai & dirujuk dan Alhamdulillah, Allah maha agung, maha adil, maha mendengar .. Ditakdirkan Allah, perhubungan mereka putus akhirnya. Suami sudah berubah, lebih fokus pada keluarga( kami masih blum ada zuriat) dan org ketiga akhirnya telah berkahwin dgn org lain.

      Sis, ingat Allah sayangkan sis. Bersabar lah dengan dugaan. Cuba berbincang elok2 & solat istikharah selalu.
      Sy doakan sis tabah melalui dugaan ini dan diberikan ketenangan & pertunjuk dr Allah.

      Reply
      • Alhamdulillah .. terima kasih sis atas nasihat yg sgt2 baik ini .. sy tdk tahu samada sy harus terus berharap ataupun mive on shj dan mulakan hidup baru .. setiap hari sy membuat solat hajat dgn harapan Allah kembalikan kasih suami pd saya.. jauh disudut hati mmg sy mgharapkan sgt2 suami menyayangi sy semula agar kami blh memulakan hidup baru .. apakah salah apa yg sy harapkan nie ? Apakah sy trlalu tamak krn tdk rela membiarkan suami pergi ??

        Reply
        • Salam sis,

          Kami hanya dpt mendengar & memberi pandangan. Selebihnya keputusan adalah ditangan sis kerana sis yg akan melaluinya. Semua yg terjadi adalah dr Allah. Dan ini semua adalah hikmah & kebaikan utk kita.

          Kesilapan kita adlah terlalu byk sayangkan manusia, tp sebenarnya Allah lagi sayangkan kita. Allah akan menguji dgn apa kita sayang. Trust me this true. So kurangkan rasa pengharapan pada manusia & lebihkan harapan pada Allah utk mendapatkan keredhaan Allah & syurga Allah.

          Sy sarankan sis byk dengarkan ceramah motivasi dr ustazah norhafizah musa di youtube. In shaa Allah moga Allah berikan keredhaan hati sis utk dugaan yg sis lalui.

          Bersabar, doakan hati agar redha dgn dugaan inu, dekatkan diri dgn Allah.

          Perbaiki hubungan dgn Allah, in shaa Allah, pasti Allah akan perbaiki hubungan kita dgn manusia.

          Berbincang dgn suami baik2 & baiki hubungan suami isteri, mungkin ada beberapa sebab yg kurang disenangi oleh suami yg perlu diperbaiki, berikan lah peluang pada suami.

          Kerana kita sendiri yg penuh dosa pun, ingin Allah ampunkan dosa kita walaupon byk kali dosa kita buat & bertaubat.

          Hati manusia adalah dlm gengaman Allah. Hanya Allah sj yg mampu mengubahnya

          Reply
  6. Pngalaman sy dua kali. Pertama kali sy lepaskan sbb dia cinta org lain. Kedua kali sy bgi peluang pda org yg tckle sy sbb nampak kesungguhan dia dan seolah dia boleh trima apa sja kekurangan sy. Tpi mmg sy tak yakin sgt dgn dia sbb sy tahu llki pasti akan berubah juga 1 hari nnti mcm pgalaman lalu. Then, sdh jumpa family n dia sllu ckp rancang kahwin tapi tiada tindakan untill 1 hari sy dpt tahu sy ada kanser dan x boleh mengandung, sy bgitau dia dan beri ruang fikir balik tentang kemahuan dia uyk inginkan anak. Sy putuskan berkorban dgn melepaskan dia utk dpt apa yg dia impikan dgn insan lain..tapi belum selsai sysuarakan, dia tunjuk gambar pmpuan yg mmg dia tgh layan..haha..rupanya beberapa detik lalu firasat dan insting sy tntang perubahan dia yg makin kurang prhatian adalah btl. Dan sy x sakit hati sgt malah brsyukur Allah jauhkan dgn org yg bukannya cinta sy dgn tulus dan ikhlas. So skg masa yg ttsisa sy gunakan utk brcinta pda Allah

    Reply
  7. Assalamualaikum.. saya nak move on!! Seumur hidup saya, tak pernah rasa sesakit ini. Ditipu dan dipermainkan. Allahuakbar .. mungkin bila saya bersama dia, banyak dosa maksiat yang kami lakukan. Mungkin Allah nak jauhkan saya dari menuju ke arah zina. Saya sungguh malu, malu dengan Allah. Iman saya tak cukup kuat untuk tepis godaan syaitan supaya melakukan maksiat. Lelaki lain tak pernah sentuh saya, dan saya tak tahu kenapa saya merelakan diri saya disentuh oleh dia,. Iman saya sungguh lemah. Saya malu sangat. Saya ingat janji dia boleh pakai, tapi hampa! Konon sayang sangat, tapi baru kenal perempuan lain terus jatuh cinta dengan perempuan tu kononnya perempuan tu mampu ubah dia. Tapi perempuan tu reject dia. Sedih!! Ya sedih sangat! Sebab masa dia tinggalkan saya, dia tak ada sikit pun perasaan sedih atau kecewa sedangkan selama ni dia tunjuk kat saya yang dia tu sayang sangat ngan saya. Tapi dalam sehari boleh ubah hati ke org lain. Lepas perempuan tu reject dia, dia boleh bersedih dan kecewa sedangkan tak sampai sebulan pun kenal! Lepastu dia cari saya balik, dan dia cari jugak ex2 dia yg sebelum ni!! Saya tak paham. Kenapa dia nak cari ex dia yang sorang tu. Ex dia yg sebelum saya tu, dia baik, penyabar, lemah lembut(kitorang contact as friend). Berbeza sgt ngan saya. Xpnybr dan agak kasar. Saya sedih, dalamasa dia contact ex dia yang sebelum saya tu, dia mintak nak getback balik dengan ex dia tu! Sedangkan dulu, dia tinggalkan perempuan tu sebab kononnya sayang saya! Ya Allah. Lepas tahu yang dia minta getback balik dgn perempuan tu, hati saya hancur sgt! Dia cakap kat perempuan tu yang dia harap perempuan tu jodoh dia. Habistu selama ni? Dia tggalkan perempuan tu sbb saya untuk apa? Untuk lepaskan nafsu lelaki dia tu kat saya, tapi simpan perempuan tu untuk lepas kawin! Kejam sangat!!!! And now, dia still contact saya dan cakap dia serious dengan perempuan tu (ex dia yg sblum sy) tapi dalam masa yang sama dia cakap dia sayangkan saya lg. YA ALLAH! Ujian apa ni. Sakit sangat hati ni. Dia sakitkan hati saya berkali kali, tapi still saya tak boleh move on. Sakit sangat. Apa saya perlu buat??!

    Reply
    • Sabar sis..sy pernah melalui jalan cerita yg sama..sebelum berkahwin dan selepas berkahwin dgn org yg sama iaitu suami sy.

      Sy paham perasaan sis. Sabar ye sis. Nagis puas depan Allah. Mintak ketenangan. Yg terbaik dr allah.

      Reply
  8. Sy seorg lelaki..baru di tinggalkn oleh seorg wanita yg sy anggap terlalu ISTIMEWA.. di sebabkan masalah yg melanda si Dia..yg turut terpalit sekali dlm masalah tu sy. sy ingin bertanya kpd kalian adakah sy salah bila mana sy bertanyakan soalan ini kpd si dia? ” Busy ke? Senyap je dari tengahari smpi skrg smpi tak dan nak msg” DIA balas. ” Sabar boleh tak? ” sy bls lgi..knp ni? Ada masalah ke? DIA balas.. tak faham bahasa ke apa? Bangang ke?.. esoknya sy pujuk. Sy tanya . Sy minta maaf. sy bgtau kalau sy buat salah sy minta maaf. Jgn la ada masalah smpai libatkan sy dan hubungan sampai mcm ni sekali. Kalau dah tak sudi bgtau la.Akhir sekali dia rasa sy nak sgt putuskn hubungan then dia putuskan akhirnya.. sy terkilan sebab sy tak dpt penjelasan n di perjelaskan knp sampai mcm tu sekali..sy call tak jawab.no sy di block.. Sakitnya sampai ke saat ni sy tanggung..apa salah sy yg besar sampai dia buat mcm tu sekli kpd sy. . Allah is the best planner.. Dia Maha Mengetahui apa yg terjadi antara sy dgn dia.Biar lah. Sy tak rugi apa² pun..yg ruginya si dia..meninggalkn seseorg yg blh terima buruk baik diri dia seadanya sejak dri pertama kali kami berkenalan.. Let it be.. Mungkin ada hikmah yg bakal menyusul di kemudian hari.

    Reply
  9. Alhamdulillah.. syukran yg tidak trhingga kepada penulis artikel ini.. membuat sy merenung kembali tentang kehidupan ini.. sentiasa muhasabah dan yakin Allah telah susun perjalanan hidup ini dengan cantik d akhirnya.. wlupun ribut tak henti melanda.. Memang sukar untuk move on atas semua kesakitan yang saya lalui.. lebih lebih lagi d khianati berulang kali.. Semoga saya sentiasa kuat dan dapat membuat keputusan yang terbaik dalam hidup ini.. sentiasa percaya pada qada dan qadar Allah swt..

    Reply
  10. Terima kasih ats artikel ini.bila membacanya,hati saya sedikit terubat biarpun acapkali saya akan down semula.pedih di hati ni lebih terasa sakitnya dari luka di luar.saya harap saya mampu kuat dan tabah melalui penderitaan ini.hanya masa yang mampu menyembuhkan.

    Reply

Leave a Comment