17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On

Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

melepaskan masa lalu yang menyakitkan
Lepaskan masa silam yang menyakitkan…

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..

Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.

Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.

Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.

Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.

Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.

Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.

Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.

Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.

Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.

Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:


1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.

Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?

Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.

Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.


2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur

Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.

Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar.

Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.


3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.

selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.

Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.

Belajarlah menjadi bijak.

Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.

Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.


3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?

Tidak semudah yang disangka.

Sebab, kadang-kadang…

…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.

Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.

kita harus melepaskan masa silam


5. Hanya anda boleh mengawal diri anda

Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.

Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.

It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.


6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan

Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.

Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.

Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.

Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.

Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.


7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?

Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.

Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.

Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.

Bersabar.


8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?

Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.

Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.

Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.

Giving up and moving on are two very different things.


9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.

move onBersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.

Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.

Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.

Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.

 


10. Belajar daripada kesilapan lepas

Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.

Past is the past. Learn from it and begin again.

This time always pray Allah shows you better way.


11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..

..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.

Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.

Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.


12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?

Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.

Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.

Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.

Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.


13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.

Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.

Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.

Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.

Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.

move on


14. Jangan sedih yang keterlaluan

Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.

Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.

Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.

Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.

Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.

Beritahulah setiap apa yang anda rasa.

Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.

Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”

[Al-Maidah:7]

15. Bila kita dapat melihat hikmah?

Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.

Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.

Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.

Belajar daripadanya.

Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.

This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.


16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati

Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.

Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..


17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.

Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.

Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.

Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.

So, accept the change and be happy with it.

 

Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..

Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.

melepaskan masa silam

Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..

Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.

Namun semuanya sudah terlambat.

The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.

Life is more than that. live your life.

Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

377 thoughts on “17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On”

  1. saye cuba…selepas 6 thun break up..
    saye rasakan saye mampu untuk jdi seorang kawan pd die.
    tapi after jumpa semula,saye terasa seolah2 semua antara kami berlaku bru semalam.
    dan saye masih mengharapkan die kembali pd saye.
    saye tahu saat ini die dah anggap saye sebagai kawan…alangkah baiknya kalau saye mampu jd seperti die..
    melupakan semua dan jalani hidup dengan bahagia tanpa saye.

    Reply
  2. Alhamdulillah, wallahi. Syukur saya bertemu artikel ini saat saya sedang breakdown. Tiap bait kata2 sangat menyenangkan dan menusuk jiwa. Buatkan saya terfikir lebih sekali. Benar sama sekali. Alhamdulillah, saya kuat dan inshaAllah let keep faith on Allah. Saya surrender, dan saya bersyukur. Allah sentiasa ada. Terima kasih kepada juga penulis. Moga Allah rahmati kamu.

    Reply
  3. Assalamualaikum … terima kasih atas perkongsian ini…. ini lah yg sedang saya lalui sekarang… semoga terus diberi kekuatan.. in sha Allah

    Reply
    • Wassalam,

      Sama-sama. Semoga terus tabah dalam mengharungi kehidupan. Lihat ke depan apa yang Allah bakal sediakan :)

      Reply
  4. Apa yang saya rasa skrg ni sama mcm bro naim ni ckp. Even though saya dah ade pengalaman dikecewakan berkali2 saya masih rasa utk susah nk move on bila berdepan dgn situasi yg sama. The fact, saya rasa masih mengharap pada di lagi. The thing i do right now is always keep praying to Allah. He knows what the best for us. He send to us the wrong person just because He want to make us strong and remind us to fully rely on Him.

    Reply
  5. Assalamualaikum.. a great article and sharing. I can feel what the writer had gone through and well done to you writer that you have successfully moved on. I wish i can be like you but im still struggling , trying.

    I have been stabbed, hurt , cheated by my own husband, repeatedly and i cant really recall that i have kehidupan bahagia with him. 2 yrs journey was a devasted journey of marriage. What most makes me hurt was too much true stories i knew about him and the woman. It has became a bad memory to me. It is reality and it is hard to swallow and it’s already past. From the bad memories, I scared to take a step forward and becoming extra careful and full of suspicious. In deed the bad memories i had gone through has torn my heart apart into pieces. I could not able to pick up it and seal it anymore. The trust has gone, the love feeling has slowly faded.

    Sometimes when the bad memories came to my mind, the hatred feeling came together. Ya Allah, memang struggle nak elak, and I have no sabar and redha.. thats makes me angry to him and regret that I choose him as my husband.

    But, all this is well planned by Allah. Who am I to deny this? Allah is more powerful than me, a sinner.

    I always pray to Allah, and I know Allah loves me so much. HE wants me to bersyukur and redha all what he has planned for me. But my feeling always carried away with angry and sadness. Am i trying to be better person but sometimes i failed.

    Iam struggling but i will keeping trying for sake of Allah.

    To those people out there struggling like me, I pray Allah grant you ketenangan, kedamaian.” and hati yang redha and bersyukur. Lets berdamai dengan takdir. Lets motivate and give moral support to each other for Allah. We really need this to bring back us to right track

    Feel free to contact me..as I need the support as well

    Reply
    • Same goes what i feels right now. I’m Still struggling to forget her. wish i can forget her easier as like i did before. But sometimes i feel weak to getting through the these thing all over again. But we should be never give up to keep praying to Allah. He knows what is the best for us????

      Reply
      • yes, it does make us weak. i know the feeling and pain. sometimes i do terbabas as well when the anger come to me.

        am sure she must be someone who really stole your heart completely. It’s okay. Someone will come to your life with izin Allah and she will be the right for you one day. In shaa Allah.

        Reply
        • aamiin. in shaa Allah sis. Hopefully one fine day i will meet someone who will be the right for me. FYI, this is my second time experienced happened to me. The same story line but with different person. Same goes to you sis, hopefully you will meet someone who will taking cares you for your entire life. In shaa Allah..

          Reply
    • Assalamualaikum..

      Sama cerita mcm Sya. Bezanya Sya dah berkahwin selama 10 thn 11bln dan dikurniakan 4 org ank. Mmg sakit nk terima, pedih. But it really makes me semakin dekat dgn Allah. At the same times, tsgt syg pd die, cuma kecewa yg mendalam. Kalaulah dia mengaku dan minta maaf spt yg dia buat dlu, kami xkan bercerai spt ni. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik, prempuan yg jahat pula utk laki jahat. Xpela, cuba terima dan redho.. rupanya org yg sya pilih utk setia hidup bersama adalah jodoh yg salah utk sya.. moga Allah gantikan kehidupan yang lebih baik daripada sblm ni. Semoga ank2 jg kuat menerima perpisahan ini.

      Reply
      • Alhamdulillah.. dh bole move on with al the anger feeling & hatred feeling. Kuncinya bersyukur, syukur & syukur. Sy byk berdoa utk dikurnia kan hati yg mahmunah.. kadang2 ada feeling yg kurang elok.. tp pujuk hati yg Allah lebih sayangkan kita dr smua yg ada didunia ni. Last kurangkan perasaan syg tu dkt pasangan… lebih kan pada maha pencipta & rasul..

        Reply
  6. Assalamualaikum,

    Saya punya jalan cerita yang lebih kurang sama dengan org lain…kisah cinta yang ptus di tgh jalan slpas hampir 10 tahun bertahan…mungkin jodoh tiada atau ujian utk buatkanku lebih kuat dan dktkan diri padaNya…tp sy hanya manusia biasa, penuh dgan kelemahan…masih lagi menghrp walau mungkin tiada lagi hrpn utk saya…saya masih cube mengumpul sisa kekuatan daripadaNya…
    Saya ingin meminta pendpat wajarkah saya masih berharap dan berdoa dlm diam sambil memperbaiki kelemahan diri atau lepaskan shj dan berserah padaNya?

    Terima kasih…

    Reply
    • Mmg sesuatu yg amat malang fan menyedihkan bila dikhianati pasangan hidup sendiri. Lebih2 lagi setelah bertahun2 hidup bersama dan mempunyai zuriat.

      Bukan lagi kekecewaan sahaja yang dirasai tetapi kepedihan dan kesakitan yang teramat sgt. Nak di tinggalkan kesian pada anak2 dan masih sayang pada pasangan. Nak meneruskan kehidupan bersama, kesakitan masih terasa dan menyakitkan. Bak kata pepatah ‘nak di telan mati mak, nak di buang mati babak’.

      Saya mengalami kecurangan isteri selepas 23 tahun berumahtangga. Bayangkan lah kesakitan ini. Mcm mana nak move on

      Reply
      • Saudara azman,

        Kekdg ujian yg Allah bg adalah utk menguatkan lg keimanan kita padaNya.. saudara diuji bkn kerna Allah x syg pd saudara.. malah ujian ini ptt mendekatkan saudara padaNya..

        Renung semula kenangan2 indah bersama psgn, pengorbanan isteri saat melahirkan zuriat saudara..

        Pada saya, jika psgn saudara telah bertaubat dan berubah maafkan lh dia. Dia juga manusia biasa yg x lps dari membuat kesalahan. Cubalah bljr memaafkan kerana dgn maaf shj hidup saudara akan tenang..

        sy juga mengalami perkara yg sama bkn sekali malah berkali2.. namun mungkin sy pilih utk mencintai Allah lebih dari dia sb itu sy mampu maafkan dia.. manfaatkan hidup sementara msh bernafas dibumi ini..

        All the best saudara, hrp saudara dpt move on!

        Reply
  7. Macam mana saya nak move on. Dia org yg selalu bagi semanagat kat saya. Dia org yg selalu pujuk hati ini bila saya berduka. Sampai satu tahap bila dia dimiliki org lain. Dia mula menjauhkan diri dari saya. Kata2 dia dah x mampu nak tiupkan kata2 sangat dalam diri saya. Dan bila saya dapat tahu dia dah dimiliki org lain. Kecewa tu tak terucap. Dan yang paling menyakitkan saya x boleh nak hilangkan bayg2 dy dari hidup sy. Saya x boleh nak kikis nama dia dari hati saya. Sampaikan satu tahap, saya samapai termimpikan dia. Apa yang patut saya buat.

    Reply
  8. How am I supposed to move on ? He has brought back all the memories to my mind . Those memories are now haunting me . Moving on would be so much more difficult with him around .

    Reply
  9. saya hacur berkali-kali.. dkg2 terasa bodoh sbb mudahnya percaya pd sebuah perkataan “cinta”. cinta saya pd tunang membataskan sagalanya. saya hanya inginkn yang terbaik dalam idupnya. dulunya, hidupnya penuh ngn kisah silam perpecahan family. dia merayu untuk saya membantunya.. dengan keinginan yang kuat, saya cuba membantunya, tp dia xckup kuat untuk berubah. dia jatuh, sy pimpin dia kembali untuk bangkit. semasa pegang tgn dia, rupanya dia bersandiwara. dia curang, dia sakitkn hati sy, dia tipu sy, bkn sekali tp serpuluh2 kali.. bila dia sedar, dia kembali pd saya, n saya masih lg memaafkannya n mnganggap bwh dia xpnh menyakitn sy. kemudian dia mengulanginya lg ya allah… betapa saya pkir kenapa allah mengurniakan sy sekeping hati yg lemah n lembut, penuh kemaafan, cinta pd manusia mmbuatkn sy terduduk lemah n tersungkur…

    Reply
    • terlalu byk yang sy inginkn pendapat personal dr abg naim.. saya berbesar hati agar boleh chatting personal dengan abg naim.. maafkn sy.. saya hrp abg naim boleh reply email sy. terima kasih byk2

      Reply
  10. i hope i can be strong like you. i found sumting unik in your article, in every single word..
    rasa mcm bagi aku aura..
    lain macam.
    .
    thanks n may Allah bless you friend. keep it up..

    last word aku,
    lelaki n perempuan yang dekat kn diri dengan Allah.. dia takkan berani hancur kan hati manusia di sekeliling dia..

    choose wisely ????

    move on ambil masa..
    tapi percayalah dunia ni berputar dan kekecewaan tu akan pergi seiring dengan bergantinya hari dan belalu nya masa..
    .

    Reply

Leave a Comment