Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..
Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.
Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.
Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.
Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.
Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.
Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.
Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.
Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.
Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.
Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:
1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.
Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?
Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.
Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.
2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur
Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.
Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.
Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.
Belajarlah menjadi bijak.
Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.
Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.
3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?
Tidak semudah yang disangka.
Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.
Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.
5. Hanya anda boleh mengawal diri anda
Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.
Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.
It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.
6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan
Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.
Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.
Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.
Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.
Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.
7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?
Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.
Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.
Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.
Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.
Bersabar.
8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?
Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.
Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.
Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.
Giving up and moving on are two very different things.
9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.
Bersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.
Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.
Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.
Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.
10. Belajar daripada kesilapan lepas
Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.
Past is the past. Learn from it and begin again.
This time always pray Allah shows you better way.
11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..
..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.
Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.
Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.
12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?
Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.
Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.
Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.
Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.
13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.
Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.
Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.
14. Jangan sedih yang keterlaluan
Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.
Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.
Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.
Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.
Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.
Beritahulah setiap apa yang anda rasa.
Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
[Al-Maidah:7]
15. Bila kita dapat melihat hikmah?
Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.
Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.
Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.
Belajar daripadanya.
Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.
This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.
16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati
Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.
Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.
Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.
Tetapi yang pasti, semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.
Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..
17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.
Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.
Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.
Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.
So, accept the change and be happy with it.
Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..
Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.
Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..
Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.
Namun semuanya sudah terlambat.
The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.
Life is more than that. live your life.
Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.
Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.
Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.



terima kasih atas kata2 yang sangat positive.. saya dalam masa Move on lagi , alhamdulillah dah lupakan , cuma kadang2 teringat buat saya jatuh balik , cepat2 saya buat benda lain yang boleh lupakan semua ni . moga saya dapat Kegembiraan saya balik seperti dahulu . Saya yakin Allah ada Rancangan yang Terbaik untuk saya <3
Alhamdulillah, saya sangat bangga dengan kekuatan awak. Move on memang bukan proses yang mudah dan kadang-kadang rasa rindu itu datang semula, tetapi apa yang penting ialah bagaimana awak cepat-cepat alihkan perhatian dan fokus kepada hal yang lebih baik. Itu adalah langkah yang sangat bijak dan menunjukkan bahawa awak betul-betul berusaha untuk sembuh.
Teruskan yakin bahawa Allah ada rancangan yang terbaik buat awak. Setiap kali awak rasa jatuh, ingatlah bahawa setiap ujian adalah tanda kasih sayang Allah dan satu peluang untuk membina diri yang lebih kuat. Semoga Allah menggantikan segala kesedihan ini dengan kebahagiaan yang lebih besar dan memberikan ketenangan serta kegembiraan seperti dahulu, malah lebih lagi. Teruskan berusaha dan bersabar. Awak sedang melakukan yang terbaik, dan itu sudah cukup luar biasa. ❤️
Insya Allah Sy Cuba usaha sedaya upaya Untuk melupakan kisah duka sy.Bukan Senang melupakan seseorang yang pernah hadir Dalam hidup Kita .Namun saya redha dgn ketentuanNya.Sy percaya ada hikmah di atas apa yg terjadi.Mungkin Allah tidak mahu saya terluka lebih Dalam Dan inilah jalan cerita nya .Doakan Sy bole melupakan dia Dan bole focus kepada cita2 sy.Sy sedar sekiranya saya terus bersedih.sy terus kerugian masa,tenaga Dan tiada peningkatan dlm hidup Sy.Dan mgkin dia sedang bergembira skrg di saat saya berduka.Sy yakin Sy mampu utk menghadapi dugaan ini .Insha Allah
Sy tak tahu macam mana nak mulakan cerita saya.
Bukan soal diduakan, curang orang kedua tu. Tapi lebih kpd sesuatu yg merubah hidup..
Sy sedih tapi tak tahu nak susun ayat tu macam mana. Kadang sampai dah tak tahu nak cakap apa.. ahhh apa nak buat ni.
assalamualaikum. terima kasih atas kata2 .alhamdulillah
Terima kasih , sebab sedarkan saya , saya tak boleh melupakan kisah silam saya , tolong doa kan saya supaya saya dapat teruskan hidup seperti biasa dan dapat melupakan kisah2 silam saya .
Sy ade berkenalan dgn seseorg yg mnjanjikan mcm2 pada mulany. Dia mmg baik org ny. Dia ade ckp dia nak halalkan hubungan. So saya cabar lah bawak doa jumpa mak ayah. Dia turuti jugak. Tpi suatu hari tu Allah nak bagi petunjuk. Saya jumpa ade perempuan tag dia kt fb. Sy tnye la kt dia itu sapa. Itu ex dia dlu katany. Tpi sya rasa xda ragu. So saya dm lh perempuan tu diam2. Rupanya itu bakal tunang dia! Ya Allah hancur kecewa sakit saya rasa masa tu Allah je tahu. Baru dia nk jujur lps kejadian itu. Sepanjng saya knl dia itu la penipuan yg saya terima. Mungkin kehadiran dia dlm hidup saya Allah nak bagi pengajaran. Jgn terlalu behrp sgn seseorg. Saya hrp dia bljr lebih setia, jujur dan perubah mnjdi lebih baik je. Sejak kes itu, dia lebih memilih perempuan itu sbb dia mmg dh knl sgt dgn fmly diorg banding dgn saya. Mmg sgt sukar utk saya bangkit pada mulany. Alhamdulillah, Allah perlahan lahan sembuhkan hati saya yg luka ini. Byk pengajaran yg saya dpt dan saya akn perbaiki kekrga saya.
Ada hikmah disebalik yg terjadi..semoga awak dijodohkan dgn org yang soleh
InsyaAllah
Saya pernah di kianti dgn syuami Sya dgn prepuan perepuan tu gila dkt suami Sya dan minta suami dri Syabertapa skt hti dgn mcn tu Sya tak buat dkt dia hya mengis jer tu syuami Sya ckp nk. Khdk dia buat mcn tu dkt Sya syuami syg Sya prepuan dtg minta maaf dgn Sya tpi LPS tu mi tak suami Sya dgn Sya spa tk skt hti dia ckp mcn tu suami dh minta maaf dgn keselahan dia kak Sya dgn ankk suami nk mula hidup baru dgn Sya dgn ank tpi Sya ada trima maaf nyer tapi nk melupa apa yang dia buat kak dgn perepuan tk MKN blh Ker Sya pendan skt Sya sela ini rasa mrh suami dgn prepuan rasa sedih dlm hti Sya rasa sakit jiwa saya asik mengis jer kdg bila emosi rasa nk mrh kdg kdg mengis skt hti
Tulisan yg memang di cari2 dlm mencari jawapan yg tiada.
Move on ..susah
Soalan yg bermain apa yg akan kita buat if kita tahu perkara ini awal…ye macam menyalahkan takdir.
It’s really a great article…. love it.
Walaupun sudah hampir 2 tahun sy diceraikan dan kesalahan diletakkan kpd saya apabila dia curang berkali kali dari awal perkahwinan sehingga usia 10 tahun perkahwinan… tp kenapa sy masih berasa sedih apabila risau dan berfikiran bahawa dia turut juga sedih… sedih yg sy xleh kawal.
apa sy perlu sy buat…
Saya dalam fasa utk move on .apa tuan/ puan tulis mmg betui.. saya xnafikan..sifat manusia bernama wanita tu ada masanya lemah.. ada masanya kuat.. semoga Allah bantu saya untuk pulih dr kesedihan.. 10 thn perkahwinan kemudian berpisah bkn sesuatu yg mudah.. saya percaya Allah lbh tahu apa yg terbaik utk saya.
Sama sy 10 tahun perkahwinan