Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..
Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.
Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.
Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.
Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.
Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.
Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.
Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.
Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.
Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.
Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:
1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.
Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?
Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.
Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.
2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur
Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.
Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.
Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.
Belajarlah menjadi bijak.
Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.
Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.
3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?
Tidak semudah yang disangka.
Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.
Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.
5. Hanya anda boleh mengawal diri anda
Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.
Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.
It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.
6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan
Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.
Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.
Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.
Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.
Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.
7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?
Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.
Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.
Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.
Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.
Bersabar.
8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?
Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.
Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.
Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.
Giving up and moving on are two very different things.
9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.
Bersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.
Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.
Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.
Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.
10. Belajar daripada kesilapan lepas
Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.
Past is the past. Learn from it and begin again.
This time always pray Allah shows you better way.
11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..
..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.
Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.
Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.
12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?
Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.
Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.
Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.
Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.
13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.
Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.
Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.
14. Jangan sedih yang keterlaluan
Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.
Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.
Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.
Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.
Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.
Beritahulah setiap apa yang anda rasa.
Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
[Al-Maidah:7]
15. Bila kita dapat melihat hikmah?
Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.
Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.
Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.
Belajar daripadanya.
Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.
This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.
16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati
Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.
Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.
Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.
Tetapi yang pasti, semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.
Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..
17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.
Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.
Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.
Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.
So, accept the change and be happy with it.
Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..
Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.
Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..
Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.
Namun semuanya sudah terlambat.
The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.
Life is more than that. live your life.
Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.
Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.
Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.



Insyaallah…pasti ada hikmah… dan insyaallah yg pergi kerana Allah nak gantikan yg lebih baik…memang skrg kita nmpk syangnya untk melepaskan org sebaiknya…bila kita sayang…kita cenderung smua kbaikannya…walau kekadang saat marah kita berkata kasar untk krna emosi….insyaallah sma2 mencium haruman bunga segar esok pagi….dan senyum memulakan hidup baru
Saya dah kawen,dah ade anak 2 orang..tertarik dengan artikel ni tajuk besar MOVE ON…saya hanya nak berkongsi sikit pengalaman pasal lepas kan kisah masa silam..and this mylife..saya tak tahu laa dah berapa banyak saye bercinta dengan orang ..tapi cinta pertama saya tetap suami saya…tapi dalam kisah cinta pertama saya ni jugak saya banyak selitkan cinta hati yang lain.sebab ape .?sebab ego ,tamak dan hati yang tak pernah bersyukur saya ni.tapi dalam banyak banyak cinta hati selapas cinta pertama saya(suami) ade cinta hati sorang ni dah tambat hati saya az**…nama nya.tak tahu saye nak cakap macam mane.dia ni seorang yang berani pantang dicabar..saya berkawan dengan dia dan pada yang sama jugak saya bercinta dengan first love saya..saya keluar dengan Az** ni..tapi tak kekal semua tu sebab first love saya dah kantoikan saya…seperti biasa dia pon hanya manusia biasa tipu laa kalau die tak marah.tapi dia pon same.ade keistimewaan dia jugak walaupun die marah die tetap berlembut dengan saye.die banyak sedarkan saya untuk keluar dari semua ni,dia suruh buat pilihan antara dia dengan AZ**..tapi hati saye lebih pihak kan lagi untuk AZ**.. dan disitulah terjadinya pergolakan.tapi tak lah sampai bergaduh antara diorang..first love ajak Az** bersemuka dan bersaksikan saya first love nak jawapan dari mulut saya dihadapan diorang.ternyata mulut saya hanya ada AZ**.saya tak tahu ape yang saye buat ,tak pernah terfikir langsung pengorbanan first love buat at saye sebelum wujudnya ada si AZ** ni .kenapa cepat sangat hati saya berubah.saye ingat ape yang jadi dan bersemuka antara 3 orang dah selesai.tapi muncul lagi masalah.bile parents saye cakap saye ade affair lagi dengan first love saya.pelikk kan..kenapa tak suka first love saya ni??..sebab dia adalah anak saudara kepada abang ayah saya.jadi tu jugak sebab saye wujudkan si AZ** ni..saye masukkan AZ** ni dalam hidup saya ni sebab saye nak jernihkan keadaan family saya .tak nak diorang bergaduh sebab hubungan terlarang saya dan first love saya.tapi akhirnya parents masih tak percaya yang saya dah move on dah tak berkawan lagi dengan first love jadi berlaku laa sebuah lagi pergolakan keluarga.saya ambik keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggalkan segala yang baru saye ada termasuk AZ**..saya dah tak nampak ape dah mase tu melainkan first love saya untuk bantu saya keluar dari rumah tu.akhirnya saya berjaya jugak keluar dari rumah parents saya tu…dan tak terduga juga first love membuka hati dia sekali lagi untuk saya balik ke pangkuan dia..dia bawak balik saya ke kampung nenek kami.nenek kami pon kebingungan ape yang sebenar terjadi antara kami.tapi kami berdiam dulu demi menjaga banyak hati…lama kelamaan dengan berkat kesabaran kami family mengalah dan menerima hubungan kami.sekarang saya dah kawin dengan first love saya,tapi hati saya tak tenteram jugak.masih ingat kan lagi AZ**…Walaupun si Az** ni ada pengganti dah move on tapi diri saya tak boleh buat benda yang sama…sikit sikit saya cuba nak buka kan hati dan cuba nak isikan balik nama AZ** dalam hati saya ni yang dah lama saya lupa, entah kenapa tiba tiba muncul balik dengan nama tu ?….
Apa saya perlu buat sekiranya sy sdh move on 15 tahun lalu, tetapi kekasih lama tiba2 muncul bulan lalu, menyatakan msh sygkan saya sedangkan dia tahu sy sdh berkeluarga dan menyalahkan sy tdk menunggunya. Dia seorang lelaki, apa yg terjadi adalah disebabkan dia membiarkan saya dan hanya janji manis, sy anggap tiada jodoh semua takdir Allah. Pada masa yg sama sy baru sambung belajar semester 1, adakah ini ujian Allah buat saya, ay sdh move on tetapi knp dia muncul kembali setelah hati sy hancur dan sy terima dgn hati yg pasrah. Alhamdulillah sy dpt terima sbb sdh berkeluarga. Tetapi skrg sy bingung knp dia muncul kembali
Assalammualaikum w.b.t
Saya akui move on memerlukan kekuatan dan ketabahan. Saya anak ke2 drpd 4 adik beradik kesemuanya perempuan. Ibu surirumah dan bapa baru bersara. Dibesarkan dalam situasi ibu bapa yang pilih kasih sehinggalah saya di alam pekerjaan. Zaman persekolahan..saya jarang diberikan wang saku kerana tidak banyak karenah. Gaji dan bonus saya salurkan untuk kebajikan keluarga dan simpanan ibu menunaikan haji. Sehinggalah saya dapat tahu ibu menggunakan semia simpanan tadi untuk keperluan peribadi dan MLM. Apabila saya bangkitkan…katanya duit itu hak dia sebab dalam akaun dia. Ibu melenting dan tidak mahu bertegur sapa sehinggalah saya terpaksa berpindah keluar. Adik beradik (keluar rumah tanpa izin suami masing2)juga menjadi punca utama saya terpaksa berpindah. Mereka tumpang menetap sebumbung di rumah ibu bapa hampir 1 tahun. Saban hari, ada sahaja sindiran drpd mereka. Ibu bapa saya hanya diam membisu kerana masing2 berkereta sedangkan saya hanya ada motosikal. Setiap kali..ada peralatan elektrik yang rosak…ibu akan minta duit drpd saya untuk penyelenggaraan. Apabila saya menegur..ibu akan bagitahu yang saya bujang, tidak terikat dengan membayar ansuran kereta spt mereka. Saya juga menjelaskan bil telefon dan internet. Bapa saya cuma beli brg dapur & byr bil api air. Adik beradik saya tidak menghulurkan duit dan cekap menghabiskan brg dapur. Apabila saya menegur mereka…ibu akan mempertikaikan itu duit bapa bukan duit saya. 31 Januari ini genap setahun saya di rumah sewa. Ibu bapa saya tidak pernah bertanya khabar melalui telefon/ datang melawat atas alasan takut kereta akan rosak. Saya move on dan menerima dengan berlapang dada. Selang 1-2 bln saya akan melawat mereka dgn buah tangan dan sedikit wang saku. Baru2 ini, mereka mendesak saya untuk menjejaki kakak saya yang berpindah keluar tanpa maklum mereka. Dan mereka juga meminta saya memohon pelekat kereta untuk kereta adik saya. Bapa saya baru bersara dan tidak layak memohon pelekat (Kuota setiap kakitangan, 2 kereta & 2 motor). Mujur saya telah hantar permohonan lebih awal dan saya berikan alasan bhw saya telah lama bertukar organisasi. Saya rasa terkilan dengan sikap ibu bapa saya. Bila saya move on & beri peluang kedua…ibu bapa saya akan ambil kesempatan. Saya terfikir jika saya ini bukan anak kandung mereka..sebab jenis darah saya berbeza dan saya pembawa thalassemia. Saya memilih untuk hidup membujang kerana penyakit ini dan kekasih2 saya bermain kayu tiga. Saya kerap sesak nafas sekiranya saya kepenatan. Ibu tahu tentang keadaan kesihatan saya tapi ibu tak pernah endah atau menemani saya ke temujanji. Sekiranya saya ponteng kerja & tidur kerana tidak larat..ibu melenting & mendesak saya membuat pilihan nak ke pejabat/ membuat kerja2 rumah. Sedangkan adik beradik saya jika mereka ponteng keje, mereka boleh membuta hingga ke tengahari. Semua cara saya usaha untuk move on tetapi akhirnya saya kalah kepada desakan mereka. Saya bukan jenis yang warak, bersosial hanya di pejabat, ..cuma apabila emosi saya dilukai, saya abaikan solat sehingga emosi saya pulih, saya akan solat seperti biasa. Adakah saya perlu pedulikan ibubapa sebegini? Setiap kali saya memberi peluang…hati saya pasti akan terluka entah ke berapa kali.
Ibu Bapa jugak blh menjadi ujian utk kita. Percayalah setiap ujian tu pasti ada rewardnya. Ikatan keluarga sebolehnya dikekalkan. Initiatif yg balik rumah jumpa ibu tu bagus. Paling penting berhuznudzon la terhadap keluarga kita sendiri. Pasti ada amalan baik yg mereka lakukan kita tidak tahu. Contohnya, mereka mungkin bagi duit ibu bapa and ibu bapa pun takkan bagitau kita. Selagi kita blh berjasa utk ibu bapa kita, selagi itu pintu syurga buka utk kita. Cuba google Uwais, seorg pemuda miskin yg doanya senantiasa diijabkabulkan org. Sikao pilih kasih ibu bapa tu kita tak blh ubahkan, kita cuma blh ubahkan reaksi, emosi kita terhadapnya. Kekal kemarahan tu tak akan bwk manfaat utk kita. Semoga sentiasa bersabar and semoga Allah SWT rewards you with all the goodness u deserve
Sy Diya. Sy terluka. Alhamdulillah selepas membaca artikel ini, sy punyai keyakinan utk lakukan move on. Tq so much. Semoga Allah merahmatimu. Aamiin.
Terima kasih atas nota itu.. alhamdulillah.. saya rasa lebih tenang..syukur
Terima kasih dgn kata2 nasihat,sgt memberi manfaat utk sy .sy Bru shja d tglkn kekasih dgn alasan sy trlalu brfikiran negatif Dan sekat kebebasannya.kmi tlh brsama selama 4 tahun lebih Dan merancang utk brtunang.slma brsama kmi telah breakup lebih Dr 7kali dan akhirnya sy sedar yg dia sdh x suka pd sy.semua apa yg sy lakukn slh d matanya.kini sy kuatkn diri sy untuk move on dan bina kekuatan diri semula.sukar utk terima kenyataan tp sy harus kuat untuk diri sy.life must go on no matter what happens.
assalamualaikum encik naim..
kata2 di atas sedikit sbyk memberi sy kekuatan..
sy dlm dilema.. masih keliru.. membiarkan diri sy disakiti.. masih mencari2 petunjuk untuk memilih kehidupan yg mne satu..
sama ade teruskan bermadu (gantung x bertali) atau tuntut fasakh..
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.
Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.
Oleh sebab fasakh hanya boleh berlaku jika terdapat kelemahan ketara di pihak suami.
Penceraian adalah diharuskan tetapi sepatutnya menjadi pilihan terakhir selepas bersungguh-sungguh dan jujur dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan.
Jika perkahwinan ini lebih membawa mudharat kepada puan, mungkin puan boleh merujuk kepada jabatan agama dahulu untuk mendapat khidmat kaunseling sebelum membuat tuntutan fasakh
Artikel yg amat bermanafaat & amat membantu….
Alhamdulillah.
Semoga memberi kebaikan kepada sesiapa yang memerlukan.
memang best bang, sangat best dan power. Harap dapat buat lagi cerita lebih panjang atau lebih cepat untuk tidak biarkan saya kesunyian dan saya dapat hadamkan kata kata itu menjadi semangat. saya lebih suka membaca dan menghadam dari meluahkan kepada seseorang kerana apabila memulakan suatu percakapan, perlu di susun rapi dan boleh jadi gagap kerana perasaan serbasalah dalam hati tertalu kuat. Bimbang percakapan itu di salah erti dan bertambah luka pada orang yang mendengar. Ibarat setitik hitam di kertas putih tadi, Walau kecil kebenciannya itu, lama-lama menjadi besar. penulisan yang lahir dari hati umpama kita sedang berbicara dari hati ke hati. penulisan yang baik dan tahu di mana perlu ditanya, di fikir, dan di hadam sehingga menyentuh hati. Dalam perniagaan dulu jika buat copywriting, saya suka taip apa yang di hati berkata dan membuatkan orang terhibur dan gembira untuk membaca. kemudiannya terus membeli. Semoga suatu hari nanti, saya akan di temukan dengan abg untuk kenal lebih rapat dan belajar lebih dalam lagi tentang kehidupan. Semoga Allah perkenankan doa ini untuk bertemu. Dua kali sudah ikut cerita dari blog aku islam. Jalan ceritanta dan ceritanya tepat dan sesuai ikut situasi semasa. Terima kasih sekali lagi . Assalamualikum bang.
Alhamdulillah. Semoga memberi kebaikan bersama kepada kita.
InsyaaAllah, ada rezeki dan waktu kita boleh bertemu :-)