Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..
Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.
Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.
Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.
Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.
Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.
Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.
Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.
Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.
Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.
Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:
1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.
Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?
Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.
Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.
2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur
Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.
Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.
Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.
Belajarlah menjadi bijak.
Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.
Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.
3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?
Tidak semudah yang disangka.
Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.
Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.
5. Hanya anda boleh mengawal diri anda
Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.
Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.
It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.
6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan
Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.
Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.
Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.
Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.
Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.
7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?
Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.
Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.
Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.
Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.
Bersabar.
8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?
Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.
Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.
Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.
Giving up and moving on are two very different things.
9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.
Bersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.
Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.
Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.
Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.
10. Belajar daripada kesilapan lepas
Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.
Past is the past. Learn from it and begin again.
This time always pray Allah shows you better way.
11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..
..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.
Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.
Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.
12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?
Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.
Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.
Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.
Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.
13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.
Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.
Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.
14. Jangan sedih yang keterlaluan
Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.
Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.
Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.
Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.
Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.
Beritahulah setiap apa yang anda rasa.
Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
[Al-Maidah:7]
15. Bila kita dapat melihat hikmah?
Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.
Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.
Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.
Belajar daripadanya.
Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.
This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.
16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati
Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.
Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.
Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.
Tetapi yang pasti, semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.
Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..
17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.
Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.
Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.
Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.
So, accept the change and be happy with it.
Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..
Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.
Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..
Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.
Namun semuanya sudah terlambat.
The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.
Life is more than that. live your life.
Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.
Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.
Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.



Terima kasih…siapa pun kamu…..kamu telah memberi kesedaran kepada saya betapa hidup ini indah dengan mengingatNya…….
Alhamdulillah. Saya gembira dapat tahu nota sedikit sebanyak dapat membantu kalian.
Assalamualaikum.. saya pernah mengalami zaman untuk move on dalam dunia dakwah dan tarbiyah selama dua tahun saya hidup dalam dunia saya..Saya begitu attach dengan murrabi pertama saya sehingga saya hilang tsiqah (percaya) dengan murrabi saya yang seterusnya. Alhamdulillah Allah utuskan tenteranya untuk menyedarkan saya dari dunia saya yang dahulu. kerap kali saya pergi ke tempat pertama saya ditarbiyah saya seperti orang gila, terbayang2 saya berpegangan tangan dengan ex murrabi saya dan apabila pergi ke sana juga saya terus demam kerana teringat2 akan kenangan bersama murrabi saya. Yaa.. sangat sakit untuk melupakan kenangan yang dulu tapi lagi sakit jika berterusan menanti perkara yang tidak pasti. Lebih baik move on walaupun susah namun berusahalah untuk melupakan. InshaAllah ada yang lebih baik akan menanti. Nasihat saya jangan terlalu attach dengan manusia kerana manusia itu tidak kekal dan tidak sempurna. Bila sudah attach dengan manusia bersedialah untuk dikecewakan.
Wassalam.. Ya benar, berharap kepada manusia ibarat kita bergayut pada dahan pokok yang kecil dan rapuh.
Semakin lama ia akan semakin menunduk dan akhirnya patah. Kita akan terjatuh.. dan akhirnya sakit sendiri.
InsyaAllah bila kita melepaskan segala attachment di dunia ini, kita akan bahagia. Kita akan gembira. Semoga hati kita semakin kuat untuk hanya mencintaiNya.
Ya musarrif al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Siapa pun kamu, saya sgt2 bterima kasih.moga Allah merahmati kamu. Tulisan yg mbina. ;)
Alhamdulillah. Terima kasih.
Semoga dapat memberi kekuatan.
Saya mengalami kesedihan dan kesakitan itu saat ini walau sudah 3 bulan berlalu. Payah sangat utk melepaskan seseorang yg sudah diletakkan dalam hati ini. Setiap hari dipenuhi air mata, memikirkan kenangan dan impian yg dicipta bersama. Saya pun masih mencuba mncari jalan agar si dia berlembut hati. Namun, bukan mudah. Benarlah, jangan sesekali kita buat salah, kerana orang hanya akan pandang kesalahan itu melebihi seribu kebaikan yang dibuat. Seringkali menyalahkan diri sendiri, namun ianya tiada erti. Kemaafan dan peluang yg diminta seperti tiada apa kesan pada dirinya. Saya yg merana ,terseksa sedangkan insan tersebut sedikit pn tidak memikirkan saya, lgsg tidak teringat kenangan yg lama. Bukan mudah nk move on seperti yg dikata tapi sy perlu move on. Sy mesti move on demi diri sy sendiri. Allah sayangkan saya sebab itu Allah pisahkan saya daripada dia. Fikiran memang boleh fikir waras, tapi kerana hati sy jadi terikat dgn kisah dan insan yg sama. Mohon doa dari kalian moga dipermudahkan menjalani dugaan perit ini. Insyaallah.
InsyaaAllah, berikan sedikit lagi masa dan dekatkan diri kepada Allah. Dengan selalu berfikiran positif, pasti hati kamu akan kuat dan mampu berdamai dengan kisah lama.
Hati redha dan memang ingin melepaskan. Tapi setiap kali ada yg cuba mengetuk pintu hati, serta merta fikiran ini membandingkan mereka dgn dia. Allahu..
Kuatkan hati, tarik nafas dan tutuplah kisah lama..
InsyaaAllah, memang sukar pada mulanya, tetapi dengan meyakini Allah sudah menyediakan yang terbaik buat kita, ia akan memudahkan kita membuka halaman baru baru dalam hidup kita.
Sy rasa lebh molek masukkan lebihhh lagi EMPATI. Awak punn melaluiinyaakan supaya tidak kedengaran seperti you’re giving up… let it go… lebih kurng mksud bila sy bc
Terima kasih atas teguran itu.
Assalamu’akaikum wr wb
Gaya bahasa kita sedikit berbeda jadi kadang baca sampe 2x baru tahu maksudnya tapi pembahasan di atas sangat memotivasi buat saya karena kebetulan sekali belum lama ini merasakan patah hati n susah sekali buat move on
Terimakasih buat ulasannya, moga bermanfaat buat kita semuanya
Saya akan mencoba hal” yang anda tulis di atas, mudah”an saya cepat move on karena hidup itu sekali
Saya tidak mau terlarut dengan rasa sakit ini
Wassalam..
Alhamdulillah, semoga sedikit sebanyak nota ini dapat membantu tuan dalam terus mara ke hadapan.
Terimakasih….sangat bagus dan bermanfaat agar kita selalu yakin dan positif thingking akan skenario Allah SWT dalam seluruh hidup kita…
Sama-sama. InsyaaAllah, tiada yang buruk dalam setiap takdir Allah. Cuma kita sahaja yang perlu meyakini.
Terima kasih .saya juga pernah laluinya..allah ada bersama2 kita..move on.
Sama-sama.
InsyaaAllah, setiap orang ada kisah masing-masing. Yang penting kita sentiasa memandang positif setiap perkara yang terjadi.
Assalamualaikum wbt. Tulisan yang sangat berkesan dan bermakna. Saya juga sedang mengalami kesedihan. Telah sebulan lebih berlalu namun kepedihan belum hilang. Hinggakan kadangkala terasa berat di bahagian dada sebelah kiri dan saya risaukan ia berkenaan jantung. Saya cuba menceriakan diri, dan memang di sekeliling orang melihat saya bahagia, tapi hati menangis tiada yang tahu. Saya punya keluarga, wang, kerjaya. Tapi kesedihan ini terlalu dalam dan menyakitkan. Kepada Allah tempat mengadu, namun andai ditakdirkan berlaku sesuatu pada tahap kesihatan saya kerana kesedihan ini, tidak mampu saya hindari. Kesedihan bukanlah saya pinta, tapi ia hadir sendiri.. Allahu..
Wassalam..
Berikan masa untuk hati dan dekatkan diri dengan Sang Pencipta. InsyaaAllah, kita akan kembali tenang dan beransur-ansur dapat berdamai dengan kisah silam.
Pengalaman saya, dengan selalu membaca surah Yaasin dan solat tahajjud banyak membuatkan saya tenang.. dan menjadi lebih kuat dari sebelumnya.
InsyaaAllah, dengan selalu berfikir positif tentang setiap perkara yang terjadi, kita dengan sendirinya akan melatih diri kita untuk kuat dan bersyukur.
In shaAllah