La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

la tahzan

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,

Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.

Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

 

La Tahzan

Optimislah dengan ujian.

Itu hadiah Tuhan.

Bersyukurlah. Beruntunglah.

Dari jutaan, engkau pilihanNya.

 

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya.

Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on.

Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia.

Dulu, Kini. Dan selamanya.

Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.

Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

 

Jalan takdir Allah tak pernah salah.

Berbaik sangkalah dengan aturanNya.

Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.

Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected.

Miracle things may come soon. Soon.

Engkau harus percaya.

Ya, percaya.

 

La tahzan.

Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.

Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.

Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.

Itu pasti.

Senyum.

 

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.

Tak mampu nak bangun.

Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.

Just beside you.

Selalu.

Allah akan ubat luka di hati kita.

Perlahan. Perlahan.

Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!

Tears.

 

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.

Tak mudah. Siapa kata mudah?

Tapi inilah kasih sayang Tuhan.

Berdamailah dengan takdirNya.

Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.

Dan tertulis di Luh Mahfuz.

Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.

Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.

Pasti akan damai hatimu.

Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.

Allah ada.

Allah tahu.

Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”

[Al-Maidah:7]

 

Dan ingatlah,

Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.”

— Hasan Al-Banna

 

La tahzan,

Jadilah wanita yang paling bahagia! :)

La tahzan (2)

Artikel ini adalah perkongsian daripada Nor adibah Saihen ke inbox emel akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca =)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

151 thoughts on “La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia”

  1. Assalamualaikum ustadz izin copy paste kata katanya untuk penyemangat diri sendiri dan untuk wanita2 yang lain.. Jazakallahu Khairan ustadz

    Reply
  2. Tadinya saya hopelles , tapi setelah membaca ini saya seperti di beri petunjuk dan kekuatan . Terimakasih ya Allah ?

    Reply
  3. Subhanallah, ianya mengubat kelukaan. Betapa semuanya berlaku dengan kehendak dan keizinanNya belaka, tanda kasih sayang dari Allah

    Reply
  4. Saat kita ingin melepaskan sangat sakit Tetapi kita mesti yakin Allah dah merancang yg terbaik untuk kita..

    Reply

Leave a Comment