
Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..
Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”
Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..
Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.
Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.
Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.
Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:
1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.
Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.
2. Kita jenis tidak sukakan konflik..
.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.
3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.
Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.
Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”
– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.
4. Mudah terpengaruh dengan pujian.
Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.
Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.
– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.
5. Takut untuk merasa berbeza.
Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.
Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.
Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.
Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.
Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?
Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?
Siapakah dia?
Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.
Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.
Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.
Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.
Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri
Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.
Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.
Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)
Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?
Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.
Aku seorang yang tak kisah.nak kata aku nak hina aku nak bandingkan aku.janji bulan2 gaji masuk.seposen pun xpotong. Bila aku dah kena mcm tajuk di atas, aku lebih selesa bersendiri.
Jauhkan diri dari manusia suci yg mengkia Ati dan biarkan sj..
Aku tak mengata dia..dan berharap dia xperlulah nak bercakap hal aku.
Lagipun aku xpernah nak brkongsi cerita dgn dia manusia suci.
Nasihat aku laaa nak berkawan pandang kiri kanan.Lebih baik berkawan dengan manusia yg suka bercakap hal kucing, hal kesihatan hal harga emas dan berat badan.
Hahaha…dari bercakap hal org.
Tataulah nk kata. Saya ni bkn org jenis yg malas wat keja. Nk kata bagus pn tidak. Tapi saya seorang yg ikhlas dan jujur dalam kerja saya. Sayang nya…bila kita buat kerja dengan baik. Maka ramailah yg ambil kesempatan. Ditempat kerja saya ade seorang suka sgt minta tolong bantu kerja2 dia. Pada awalnya kata hanya tolong shja. Tetapi, kerja itu terus menjadi hakiki saya. Wal hal itu adalah kerja dia. Apabila saya tegur dia saya pula dimarahi. Sehingga menghasut pekerja lain untuk membenci saya. Depan kita dialah intan payung, nyawa. Tapi dibelakang kita. Dialah punca saya jadi makin lama makin menyampah lagi nk kerja disitu. Isu yg saya tak puashati . Pegawai atasan pula back up dia. Kononnya tindakan dia terhadap saya adalah betul. Saya rasa tertekan dengan situasi ini. Kwn2 kerja yg lain pn suka mengambil kesempatan. Kerja yang diberi adalah bkn kerja hakiki saya dan tidak adil demgam agihan kerja yang diberi. Tapi kerja dia…sampai bila saya boleh bertahan begini ? Sampai bila ? Apakah jln penyelesaian yg saya kena buat agar saya dpt lepas dri dibelenggu masalah ini. Minta bantu saya. – insan teraniaya.
sy mengalami situasi di mana ada satu group sukan ni.. diorg adalah classmatte sy dan mereka tahu kelemahan sy.. sorg bdk lki ni selalu tnye dgn sye.. pastu bila sy jwb kwn kwn mereka gelakkan sy.. mcm mereka mencabar seorg bdk lelaki tu utk bercakap dgn sy.. and sy rasa mcm dipermainkan.. perkara ni berlaku after mereka tahu kelemahan yg sy ada.. sy takut bila di dlm class nanti dia mengejek sy… admin, ada tak doa utk dijauhkan dri org yg suka memperbdohkn org ni..?
Robbi najjini minal qoumizzolimin.. tryla berhasil..doa nabi musa.
Sy pernah mengalami situasi sebegini..dipergunakan..sy tak sampi hati nak menolak permintaan dan bila org mintak tolong..sy akn jd serba salah..padahal bile kita tolong memudahkan urusan dia..duit minyak kereta kita pon dia xhulur soh isi..mcm sy ni dreba dia lak nk bwk dia kesana kesini..naik teksi boley bayar lak tambang..naik kereta sy nk free jer..lama2 bile sy mula bosan dengn situasi ni..sy mula tolak ajakan dia dengan bg berbagai alasan lama2 dia fhm sendiri..dan skrg tiap kli dia mula nk mintak tolong..sy akn berkata jujur sahaja..maaf sy xdpt tolong ade hal..skrg sy dh jd cerdik sikit laa..
Bagus
Plg sedih dimanipulasi org terdekat.
Caranya:
Love yourself first
Kenali kekuatan dan kelemahan diri
Benarkan diri buat kesilapan. Kita bukan sempurna. Bila org sebut2 kelemahan diri just say “yes, saya macam tu. So what???”
Biarkan org cakap apa.
???
Assalamualaikum saya adalah salah seorang pekerja swasta..saya sedih saya jadi mangsa politik di ofis..asalnya saya bukan seorang yang pandai cakap no kepada siapa2..apa saja mereka suruh saya buat..disebabkan sikap ini saya sangat disenangi mereka..semuanya berubah selepas bos besar selalu melebihkan saya sehingga timbul perasaan tak suka dalam diri mereka sehingga mereka mula tidak pedulikan saya..saya rasa sunyi sangat tiada lagi pedulikan saya..
Tq d atas perkongsian ini…..sgt bagus utk dijadikan renungan and get back to the right lane again. Tp harus belajar mengubah diri dan karakter terlebih dulu…….saya terkesima dengan ungkapan stetmen diatas yg mengatakan bila kita mudah dipergunakan x suka konflik dan selalu berbuat baik dan mengelak konflik dgn selalu mengalah maka kita sangat dsukai ramai tapi kita takkan dihormati sesiapa pun jua malah sekiranya kita ingin melangkah sedikit maju ke depan tiada yg memberi semangat dan galakan malah cuba mendownkan kita seolah2 dia ingin khabarkan satu dunia bhw kita tidak layak hanya kerana kita terlampau baik…..pelik tapi benar…..seharusnya biar ada gap antara kita kan?
Benar… Itulah yang peliknya dunia realiti ini. Ingat kita tidak kacau orang, selalu menjadi kawan yang akan memberikan aura positif ini akan mendapat kawan yang banyak dan kawan yang baik…. Tetapi malang sekali, itu semua tidak benar, yang benarnya kita akan terua dimain2kan, menjadi bahan ejekan, dan tidak dihormati hanya kerana kita “terlalu baik” tidak sanggup sakitkan hati orang lain. =)
Betul
Entah lah xtahu nk percaya ke x baik di balas baik jahat dibalas jahat ni nmpak mcm yg jahat ni xde apa2 pun ?
Salam. Saya ada baca seoraang commenter cakap yang orang yang senang dipergunakan ni orang yang pendiam? No, saya seorang yang ramah, suka senyum dan boleh kata tak pernah marah. Saya bercita- cita nak ada kawan baik tapi hampeh semua tak jadi sebab saya tahu mereka ambik kesempatan. Saya seorang pelajar jadi faham fahamlah apa yang mereka selalu pergunakan saya. Macam2. Saya tahu apa puncanya. Saya bukan orang yang tegas dan tak reti untukcakap NO. Sampai satu tahap saya nangis sorang2 sebab saya rasa dan tahu yang sebenarnya saya dibuli. Saya tak reti nak marah orang tapi orang suka marah2 saya (lepaskan marah) lepastu suka buat apa saja dekat saya (cth macam pukul2 saya dengan alasan bergurau) sedangkan saya cakap sakit pun diorang buat jugak. Masa taip ni sumpah saya menangis saya tak tahan divuli macam ni. Bukan tu je, saya selalu dimalukan depan ramai orang. Sampai satu tahap saya rasa semua orang benci dan menyampah dengan saya. Saya pulak seorang yang mudah berkongsi rahsia sebab mula2 saya fikir diorang ikhlas nak kawan dengan saya. Jadi saya cerita banyaaaak benda. End up, diorang merendah2 kan saya saya jadi less self confidence. Sedih. Saya hanya percaya kepada Allah dan family je sekarang. Saya benci manusia lain :)
bersabar yea,, Allah bersama orang2 yang sabar. Faham sangat… jadi kadang2 kena jadi anti sosial, sebab akhir zaman ni mmg susah nak cari sahabat sejati
situasi sama
Pernah rasa benci semua orang time rase dibuli
Situasi kita agak sama,,,sedih tu mmg sedihh arr,,baik jgn fikirkan,,sbb saya rasa mcm nk pecah kepala ni ,,sbb benda ni bermain dlm kepala,,kawan rapat pon dh jdi jarak
Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung itu jauh lebih baik…insyallah… jangan berharap apa2 pada mahluk..yg penting etikat diri kita… kdg2 itu pun utk didikan kita…huhu maaf ya.. sebenarnya sy nasihatkan diri sy juga ni cerita kita lebih kurag ja…sedang bertabah sy pun..Allahuakbar Ya Allah ampunkan hambaMu ini?
Saya mcm awk jugak tapi kalau bab beritahu cerita ke Rahsia tu x lah
Be strong ok
Assalamualaikum, kisah ni terjadi awal bulan ni. Susah juga nak terima buat masa sekarang sebab baru lagi kejadian ni. Saya dipergunakan oleh pakwe saya. Kisah dia macam ni, saya dengan dia dah almost 3 yrs & plan nk nikah tahun depan. Dia pn ad minta dengan my umi utk tunang dengan saya dulu.
Btw, family saya dgn dia pn dh saling mengenali antara satu sama lain. Last saya jumpa family dia bln 8 this year. Dlm bln 10 dia dah lain, dia selalu cari salah saya tapi dia akan muncul kalau dia perlukan pertolongan. Bulan 11 dy ada iv utk polis & time tuu dy mtk tlg utk fotostap semua sijil dkt my ofis sbb kedai fotostap lain mesin rosak (lagipun mlm bnyk kedai dah tutup). So sy dengan senang hati pi tlg dia sbb dy nk pergi iv kn so sy mudahkan urusan dia. Lepastu dia buat xlyan saya lagi, saya sabar jer sbb syg (kteorg dh 3 yrs kn) & family saling kenal. 1/12/18 saya dating dgn dia , dah lama xkeluar even duduk dekat sbb busy kn. 5/12/18 kantoi (mlm tuu dia dtg pinjam duit sebab mata dia luka ~tapi dia buat2 jer kot sbb mnggu lepas akak saya jumpa tengok mata dia elok jer~ ). Mlm tuu jgk lha blh kantoi sebab saya amk dompet dia diam2 & letakkan duit dlm tuu (xnak family tahu saya bg pinjam duit sbb nanti dia segan kan). Tetiba mlm tuu saya terdetik nak tgk fon dia sebab saya bkn jenis sllu nk check phone pakwe & mlm tuu saya rasa nk nangis tapi saya segan dgn family & dia ada kt luar rumah dk borak dgn abg ipar saya. Saya tgk contct no perempuan tuu @…… tunang. Saya down giler time tuu tapi sy sabar sbb sy nk dgr penjelasan dari dia. Time dia nak balik saya xmampu nk cakap apa dh, saya suruh dia balik & dia just tnya kenapa tetiba camni. Then dia balik, tp dy xngaku lagi & siap bgtahu tuu adik dy pnya awek. Sy cntct perempuan tu & bru tahu kebenaran tapi sy sakit hati sbb perempuan tuu ckp ‘sekarang dh terbukti hak sape’. 6/12/18 baru dy ngku & just wish minta maaf (senang kan awak) sbb dy tunang bln awal bln 11 2018. Kalau dia lepaskan saya awal2 sy xde nk sedih (tp tulah dy syg nk lepas sbb saya ni mudah untuk dy gunakan bila dy susah). Saya terkilan juga dgn family dy sbb awal bln 11 sy ad lha singgah jap rumah dyorg tapi xmsuk pn sbb sy pi tnya pakwe kerja lagi ker (sbb kbtlan dkt gn rmh dy time tuu so saje g tanya) & ayah dy jwb ap sy tnya je. Family dy pn bersalah jgk kn sorok bnda camni dari sy & family. Sekarang saya faham dah apa itu gunakan org lain utk kepentingan diri sendiri & wujudnya manusia cmni. Semoga dia happy buat saya camni. Bln 3 tahun dpn dyorg nk nikah.
???.
Sedih mengenang nasib diri sendiri. Hanya Allah yang tahu..
saya sgt sedih sbb diri ni asyik dipergunakan oleh *** sy sendiri..Dia pantang utk mendengar org menghina,mencaci,memburukkan dia….Tapi hal sy dia buat x tahu je…Sy dah la xde rakan yg terdekat skrg..adik beradik semua lelaki…pastu *** pula perangai camtu..sy x sgka *** sy sendiri mempergunakan sy demi kepentingan dirinya..SAYA BENCI DIA..sY NAK MATI…SY X TAHAN KERANA DIPERGUNAKAN SETIAP HARI..Tolonglah admin bantu sy untuk hilangkan semua ni..Sy xtahan dgn hidup ni…Mcm dlm neraka dunia..Tolong ehh admin
Assaalamualaikum Saudari, kita dihidupkan atas muka bumi ini untuk menjadi hamba Allah , mintalah pertolongan dan bantuanNya. Dekatkan diri dengan Allah untuk menghindari bisikan syaitan. Anda mungkin mengalami stress yang keterlaluan hingga menjadi destress mintalah bantuan pakar untuk keluar dari kemelut ini. Saya doakan semoga anda berjaya.
Sy juga mengalami mslh spt ini..dipergunakan oleh jiran yg kononnye org susah bagai..suami sy siap tlg d beri dia duit rm100.. Dia buat2 baik dgn sy cuma utk gunakan sy minta tlg hntr sane sini sdgkn dia tau sy ada suami d anak kecil..mula2 sy tlg tp lame2 dia mkin menjadi..pnh dia srh sy pg kedai sdgkn sy br blk dr belanja brg dapo.. sy ckp klu sy keluar sy beritau dia tp ia xblh terima d tuduh sy mcm2 d x tegur sy hampir 2 bln..last2 dia jilat blk ludah dia..lpstu dia juga cuba mengorek rahsia sy utk dkabarkn pd jiran sblh yg tidak berbaik dgn sy…sbnrnye sblm terima dia jd kwn sy ad buat istikharah d jwpnnye pon dh jls dia tetibe tuduh sy mcm2 d jauhkn diri dr sy tp sy msh lyn dia d anggap dia jiran wlu sy tau sapa dblkg dia..tp dia sgt x menghargai sy..nsb baik sy kebetulan dpt rmh d ms pindah tu dia sgt tkejut krn xtau pape..pdn muka dia..sy sgt berhati2 dgn dia psl rahsia peribadi sy wlu dia byk kali korek..smpi sy dh pindah pon dia byk kali msg tnye sy tinggal dimana..tp yg pelik bila sy blk rmh lama sy dia lgsg x bkk pintu..klu bkk tegur pon tidak..anak2 sy yg konon dia suka dlu dia wat xtauje..nmpk sgt dia bkn kwn..mudah2n dia diberi petunjuk d blsn yg setimpal diatas perbuatannye..sbb tu allah uji dia dgn kesusahan d anak yg degil sbb allah nk srh dia sedar ksilapan dia tp dia msh xnmpk kesilapan dia..senjata dia air mata..kelemahn sy juga mudah kesian d rs bslh klu x tlg..dia gunakan kelemahan sy utk kepentingannye..pdnla mak dia pon xthn ddk dgn dia
Penat letih,tenaga, emosi diri,keikhlasan n kejujuran dalam melakukan tugas tidak langsung dipandang n Tidak di hargai,sehingga di buang bagaikn smpah…sekarang dikutip bagaikn permata,..berkemungkinan akan berulang lg,kali ini aku yakin tuhan bersama ku,.pergerakan ku,setiap tapak langkah ku diiringi tanggungjawab ku,payungilah aku dan lindungilah aku ya allah,lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin..amin..
Assalamualaikum.Saya Aimi.Seperti kalian juga,saya juga tak sunyi dari masalah.Saya rasa segala beban atas kepala saya.Sakit kepala lawan tekanan emosi ni hanya Allah saja yg tahu.Selepas ibu meninggal sejak beberapa tahun yg lalu,nenek saya pula jatuh sakit.Sakit tua.Jadi sayalah yg terpaksa membantu ayah jaga nenek.Saya juga ada adik2 yg masih bersekolah dan tidak bersekolah.Sekarang ni saya betul2 stres.Dalam terpaksa harus melayani kerenah nenek,terpaksa juga melayani kerenah adik2.Ibu dan bapa saudara saya hanya dtg menjenguk nenek.Apa yg kita kena di mata mereka.Mereka akan komplen itu dan ini.Saya cuma cucu.Mereka ialah anak.Kenapa bukan mereka yg menjaga.Saya juga ingin membina masa depan.Dalam masa yg sama sy terpaksa menghadap kerenah mulut orang yg asyik pertikaikan masa dpn sy.Mereka kata sy tidak bekerja.Sy tiada jodoh.Sy tak maju seperti org lain.Sy tersepit.Sy pernah dihina.Semua pahit itu sy telan.Mereka fikir jaga org tua ni mudah.Kalau dia tak nak mandi,dia tak akan mandi.Bila ibu dan bapa saudara datang mereka komplen itu dan ini.Mereka tak fikir letih sy.Jujur nenek sy ni mmg banyak kerenah.Kdg2 suka cerita benda yg tidak betul.Alih2 sy yg kena.Sy saja yg selalu kena faham org,org tak pernah nak faham sy ni.Mereka hanya fikir kesibukan mereka saja.Saja juga nak fikirkan masa dan sendiri.Boleh saja bergilir2 jaga nenek.Sy pun perlukan ruang utk diri sy sendiri.Sy pernah bersuara tp mereka buat tak endah.Hari2 sy penuh dgn tekanan.Sy bertahan hanya kerana berkat kesabaran.
Buatlah semua benda dgn ikhlas mksud saya buat dan lupakn kbaikan yg anda lakukan..jgn prn ingat setiap ap yg perna kmu lakukan…???? Allah tlah janjikn perbuatan baik dblas baik ..knp harus tkut untuk urusan jodoh jika kmu percaya dgn kbesaran Allah????maaf mnasihati
Allahu…bersabar dik.. Banyak pahala awak..
InsyaAllah pasti ada jalan keluar.. Berdoalah merayulah pada Allah..keluar drpd kebuntuan yg membelenggu…insyaAllah pasti ada jalan.
Cmna nenek hidup lagi
Yakin setiap kebaikan walaupun sebesar zarah Allah akan balas dengan kebaikan dan vice versa. Rasa kecewa bila niat kita nak membantu dipergunakan. Jadi, perlu audit niat semata kerana Allah. In shaa Allah, kecewa tu akan terubat. Tiada sesuatu yang berlaku dalam hidup kita secara kebetulan. Yakin pada perancangan Allah. Pengalaman akan matangkan kita. Di masa hadapan, kita akan jadi lebih berhati-hati dan bijak untuk baca tingkah laku atau emosi orang yang cuba mempergunakan kita. Tak salah kalau kita rasa mudah bersalah atau empathy terhadap orang lain, cuma perlu pada tempatnya. Tak salah untuk berlembut dengan orang lain tapi dalam kelembutan perlu ada ketegasan. Wallahualam. ????
Saya ada mslh ..Dari kecil sentiasa disishkan & dipersalahkn walaupun itu bukn kslhan sy ,ibu & adik2 sering btngkar dgn sy ..terutama bila nk dekat raya nie ,makin dorg mjdi ..sy ttkan ..khdpn sy bbza dr org lain .. Sy kuat mberontak apabila seringkali di persalahkn ..smpai ketahap sy rs nak bunuh diri ..adik2 dh hilang rs hormat kpd sy ..sy sulung ..x berapa pandai bljr sgt ,bljr pun takat spm je ..adik 2 org dh msuk u ..sorg nk bljr kat Australia ..yg lain msh bsklh rndah n rndah ..kmi ada 6 beradik ..sy cuba cari kelemahan sy bila selalu di sycho .. Dikutuk ,dihina ,diperbodohkan ..sy sntiasa mengalah ..dulu ..khdpn sy liar ,bgaul dgn budak2 x bpljrn ,minum & sglanya ..semua tu disebabkn sy nk lepaskn tekanan dr rumah kerana rs diri x berguna ,kslpan yg pling kecil sentiasa menjadi yang tbesar ..sy cepat menangis bila disalahkan ,cepat marah ..tp tu dulu ..Mak selalu ckp cm gini ,perangai x berubah ubah ,perangai sy yg mana x berubah? Sy dh ada kluarga sendiri pun Mak ckp mcmtu depan anak2 sy, sy tertanya2 perangai sy yg mana x prnah berubah? Dr pmls ,jd rajin ,dr pemarah jadi penyabar,dari bruk kpd baik ,
Bila sy tb blik ,sy rs dorg yg x pernah berubah dr sikap sntiasa myalahkn org lain , ..sy seorg yg cepat Sgt kshan ,cepat memaafkan,cepat diperbodohkan,diprgunakan ,
Perempuan semua nya Tak berguna. Sebb tu laki takut kahwin
Tak baik cakap macam tu..
Assalammualaikum… Nama saya Danish, saya baru menginjak ke usia 18 tahun. Sebenarnya sejak dari umur 16 tahun, saya menyukai seseorang perempuan ini. Tetapi perasaan saya selalu tidak dilayan dan dia hanya mau menggangap saya sbgi kawan baik sahaja.Kerana beliau takut utk bercinta dan mau bercinta slps kahwin tetapi kata2 manusia ibarat pasir yang tidak bererti apa2 manakala hati manusia ibarat lautan .Sejak dri itu saya mula menjadi obsesif utk menarik perhatiannya sehingga saya mengorbankan byk masa dan duit utknya, senang cita saya menjadi HAMBA CINTA semata2 utknya. Dan saya bukan seorang yang betukar2 pasangan. Saya sgt setia terhadap seseorang sehingga saya sanggup buat perkara2 di atas. Saya mula broken dan putus asa ketika beliau sudah memasuki ke IPT dan meninggalkan saya keseorangan.Beliau meminta pertolongan juga seperti Assignment dan paper work dri lecturer, jadi kebanyakan nya saya yang menolong dia utk tugasan beliau di IPT. Dan akhirnya dia berkongsi berita gembira bhawa dia sudah mempunyai teman mesra. Saya hanya mampu senyum dan ucapkan tahniah… Sebagai seorang KAWAN
Cinta tak semestinya kita bahagia. Kadang-kadang melepaskan orang tersayang untuk kebahagiaan dia juga adalah cinta . Cinta tak semestinya dua hati menjadi satu . Kadang kadang hati manusia tak serasi dengan hati orang lain . Tapi cinta kepada Allah adalah yang sebenar benarnya cinta .
Mungkin ada orang cakap ” Ala kau tak rasa apa yang aku rasa”
Aku dah rasa lebih perit dari itu
Aku mencari di mana kesilapan aku, apa kekurangan aku,
Rupanya aku kekurangan Allah di Hatiku
Sebab itu hati aku gelisah sebab dalam hati aku ini hanya ada manusia
#letak Allah dalam hati
# Cinta Allah itu benar , apabila kita mencintai Allah , Allah akan cari cinta untuk kita
Perempuan adalah makluk yang paling di benci oleh lelaki
Salam..
Sy sll jgk alami bnda2 cmni tp zmn dl2 lh..sebenarnya,dlm hdup ni hnya de 2 kmungkinan,klu kite xamik ksmpatan kt org,org akn amik ksempatan kt kite..so,langkh pncegahan,pastikan kite tegas,ramah,bergaul dgn sume org. Biasanya org yg dipergunakan org yg jns pndiam,lemah,xska bergaul. Cth: si A suh kite buat apa2,pd ms yg lain kite suh si A buat apa2 tuk kite plk,pastikn de win2 situation,klu si A td xnk,kite de point utk tolak jg permintaan dia..jd lama2 si A akn fhm & hormati kite…dlm khidupn msti diperguna & memperguna…seimbangkn….so,pd sesiapa yg sll diperguna tu,pastikn anda mempergunakan dia blk..msti hdup rs tenang…
Haha ni mmg btol thanxZ…asyk kta je yg baik..erm sy nk jd dri sndri n maju n bjaya..ni duk dgr n tgok org je aiii kta ni mcm pnguuk rndu kn bln ke kih kihhhh
saya terlalu kecewa dengan stuff tempat kerja,dj sebab kan saya stuff baru,saya selalu di buli,di hina,dyorang cakap2 buruk pasal saya di belakang saya,dyorang fitnab saya cakap saya suka mengata dkt orang2 satu tempat kerja,sedangkan saya tak pernah mengata dekat sesiapa pun di tempat kerja,supervisor saya perempuan,dia selalu marah2 kan sya,pernah 1 hari dia campak barang kuat2 depan saya,saya x boleh melawan sbb saya perkerja baru n banyak benda perlu tahu n belajar oleh beliau,sampai kn sya kemurungan sekarang ni,dia kadang2 x nak bercakao dengan saya,saya x tahu ape sebab nya,saya tegur dia elok2 tp dia selalu buat tak indah,layan pun macam x suka,pekerja lain pun x mau kawan dengan saya di sebab kan dyorang rapat dengan supervisor saya tu..kalau sekali pun stuff lain dtg nak berbual dengan saya,semua nya untuk cari kelemahan saya dan akan hina sya selepas itu dan memalukan sya di hadapan orang2 lain .sya sngt2 sedih dan stress,saya tak tahu kalau saya berhenti kerja,dekat mana saya nk pergi,kerja susah nak dapat sebab saya mohon banyak sangat sebelum ini..tp bila saya dapat kerja ini saya di peralat kan macam tiada hati dan perasaan..sya sangat2 sedih..
Semangat melawan perlu untuk itu….berdoa kemudian lakukan tindakan menyedarkan mereka ….asalkan untuk mereka sedar akan kesilapan mereka ….tetapkan jiwa kebenaran yang perlu diwaktu diri difitnah dan dikeji…..maafkan andai mereka telah sedarkan salah laku mereka .
A.slm saya azerul sya seorng pelajar sya selalu mengalami masalah kawan2 sya yng selalu permainkan sya.dan sya selalu di persalahkn sedangkn sya xthu apa slh sya. mereka selalu suruh sya buat itu buat ini dan sya buat sbb sya suka sifat tolong menolong tp makin lama mkin keterlaluan surh sya ambik air pom sya kena jugk air tu xlh jauh sgt kdng2 mereka arah sya beli mknan mereka di kantin. sya dri blok ats skali terpksa turn smpai bwh. tiap hari sya buat perkara sma smpai sya rsa geram dan meluat tgk kwn2 sya tak kira di rumh atau di skolh sya selalu di permaikn.kdng2 spupu sya pom permainkn sya.sya rsa diri sya ni mcm bodoh ikut arahan orng teruk sgt ke sya ni ke sya ni memg di takdir mcm ni klu di ingat igtkan rsa sedih tp sya pemdam semua prasan dlm hati dan sentiasa seyum dlm kecewa…
Salam Azerul.. awak pun bersalah dalam hal ni.. Yang awak jadi hamba kawan2 awak tu kenape.. Hukum WAJIB ke atau BERDOSA BESAR ke klu xtolong kawan? Awak sendiri yang menzalimi diri sendiri. Klu awk bertegas kate TIDAK, sekurang2nye awak tidak bagi peluang orang menganiaya diri awak.
Sya pun pernah dipermainkan tapi apa yang saya buat? Sya menjauhkan diri dari orang2 seperti ini atau saya buat muka tak suka, sebabnya saya tak pandai nak berbalas cakap dan kurang keyakinan diri. Biasanya bila kita pun buat muka marah atau diam (dlm marah), orang2 yang suka permainkan ni akan takut….atau kurang nak buli kita. Buat serius atau belajar cakap ‘tidak’ , tunjukkan sikap ego sikit atau standard kita. Pedulikan apa diaorang nak cakap dik…yang penting kita jaga diri dan hati kita dulu.
Beroa bersungguh pada Tuhan agar dikuatkan iman dan dirubah segala ketetapan…cuba kuatkan semangat untuk melawan rasa rendah diri dan sering dibuli…..tak salah melawan mereka atau minta nasihat usta untuk mengetahui cara terbaik menanganinya ….insyaAllah semoga berjaya