Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain

kelemahan diri
Jangan biarkan kelemahan diri kita dipergunakan sewanang-wenangnya.

Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..

Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”

Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..

Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.

Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.

Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

 

Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:

1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.

Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.


2. Kita jenis tidak sukakan konflik..

.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.


3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.

Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.

Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”

– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.


4. Mudah terpengaruh dengan pujian.

Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.

Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.

– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.


5. Takut untuk merasa berbeza.

Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.

Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.

Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.

Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.

Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?

Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?

Siapakah dia?

Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.

Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.

Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.

Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.

Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri

Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.

Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.

Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)

 

Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?

Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

73 thoughts on “Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain”

  1. Assalamualaikum.. saya pun rasa begitu..saya rasa diri saya diperalatkan.. kadang-kadang saya rela disakiti daripada menyakiti orang lain..sehinggakan saya rasa , rasa kasihan itu lebih daripada perasaan marah .. kadang-kadang saya sedih kerana selalu dipersalahkan walhal memang ternyata orang itu salah. saya rasa sedih sangat.. ada kawan-kawan yang bila senang buat tak peduli je kat saya, tapi bila susah dating cari saya..tapi, saya bersangka baik sebab saya tak nak simpan rasa marah & dendam terhadap kawan-kawan saya.Kadang-kadang saya fikir, lebih baik saya jadi jahat.Jadi baik tapi selalu disakiti n diperalatkan lebih menyakitkan. Adakah perlu saya berubah? n apa yang perlu saya ubah?

    Reply
    • saya juga mempunyai situasi sama…selalunya saya yang dulu dipersalahkan saya yang dimarah oleh mereka…walhal sepatutnya saya yang patut marah.Apabila saya rendahkan ego,cuba berbaik tapi…mereka buat tak endah…

      Reply
  2. As salam , saya juga pnah diperalatkn utk join biz mlm … krn nak tlg (mungkin ada sdkt keinginan utk brubah ),saya telah bhtg n mlabur sbyk rm42 k…. kwn hilang ntah kmana …. saya jd kruan n rasa mnyesal sbb pcayakan dia … rasa sgt sakit ni…..

    Reply
  3. Sy mengalami pengalaman yg sama, mudah kesiankan org. Sampai sekarang sy masih menolong seorng sahabat dlm bentuk kewangan, kadang2 sy rasa di pergunakan, tapi pada sudut berbeza dia tidak pernah meninggalkan sy,jujur n tidak hipokrit, di saat kawan2 tinggalkan dia, sy sentiasa ada utknya. W’pun dia tidak pernah balas apa yg sy tolong, tp dia sentiasa ingat setiap pertolongan sy terhadapnya. Sy sendiri tidak tahu, ikhlaskan pertolongan yg sy bagi, sebab dulu kami pernah bercinta w’pun seketika. Sampaikan sekarang dia masih bertakhta di hati w’pun kami sekadar sahabat shj. Adakan sy menolongnya kerna persahabatan @ masih syg kan nya???sy pun tak tahu…

    Reply
  4. Assalamu’alaikum, sy bekerja sendiri dalam bidang Interior dan architecture. Sepanjang tahun lepas, bermacam2 cara saya cuba untuk mengelak dari dimanipulasi orang satu individu ini. Jika saya mengelakkan, dia akan cuba untuk gunakan orang lain untuk buat saya setuju menerima projek yang saya tak mahu kendalikan kerana telah tahu perangainya yang suka mengubah Design menyebabkan ramai kontraktor sebelum sy kerugian.

    Saya terpaksa terima selepas dia memanipulasi pegawai2 atasan agar menyuruh sy menghantar proposal dan sebut harga. Dia ada kepentingan lain disebalik memberi sy projek. Dalam pada projek dijalankan, dia bercuti ke luar negara meninggalkan kerja yang dalam progres dan rakan2 pegawai yang lain yang kebungungan tentang maklumat projek. Sy terpaksa menerangkan situasi sebenar kepada mereka dan selama 2 minggu sy ot tidur di site menyiapkan kerja. Sebagai perempuan bujang, agak sukar memujuk ayah dan bonda sy untuk membenarkan sy bekerja begitu.

    Individu itu pulang dan menyalahkan sy tentang byk perkara. Namun akhirnya projek siap dgn seliaan sy. Syukur. Ia merupakan projek construction dan juga Interior. Usai selesai
    Projek, dia menawarkan jv kepada sy, tapi sy tolak. Dia cuba putar dengan cara lain untuk buat sy setuju dan memanipulasi saya. Masya Allah, pada masa itu saya cuma berharap yang Allah tunjuk sesuatu dan beri kekuatan pada sy untuk terus ignore dia supaya sy tidak terus jatuh di lubang yang sama berkali-kali. Saya serik dimanipulasi dan digunakan orang sebegini rupa. Sy tak dpt cerita situasi penuh. Sy cuma harap akan terus kuat berdiri sendiri dgn apa yg sy ada tanpa orang2 yang begini.

    Reply
    • As salam..

      Kadang – kadang memang kita harus bijak dalam menilai situasi dan membuat keputusan yang tepat utk diri kita. Since tindaktanduk kita adalah untuk mempertahankan diri dari dizalimi, kita tidak perlu berasa gusar. Kerana kita bertindak untuk satu keadilan. Inilah kehidupan, mmg kita akan selalu menghadapi mereka – mereka yang suka mengambil kesempatan utk kesenangan diri mereka.

      Yang penting mintalah selalu perlindungan dari Allah. Be strong sis! =)

      Reply
  5. mmg sy ni jenis org yg sering diperalatkan..slalu berendam airmata bila rsa diri bagai dipijak2..tp pd sy itu bkn bermakna sy lemah cuma lbh baik begitu utk mengelakkan org yg xbersalah jd mangsa..hanya Allah saja yg tahu..

    Reply
    • Banyakkan bersabar ya.. Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..

      Reply

Leave a Comment