
Kahwin Semasa Waktu Belajar?
Isu kahwin semasa waktu belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang.
Berikut adalah petikan dari buku Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust. Burhan Sodiq) mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini:
Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Rasulullah SAW juga bersabda,
“Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”
Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita, dan wanita itu sendiri; janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar.
Namun adakalanya seorang wanita belajar menggapai ilmu yang tidak diperlukan oleh umat Islam.
Dalam kaitannya dengan kes ini, diperlukan pertimbangan dan pemikiran yang saksama.
Menurut pendapat Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin, jika dia telah mampu membaca Al-Quran sekali gus tafsirannya, dan dia juga dapat membaca hadis dan sekaligus tafsirannya, maka hal ini sudah cukup.
Namun tidak mengapa jika dia mendalami ilmu yang sangat diperlukan umat, seperti ilmu kedoktoran dan ilmu semisalnya.
Tetapi dalam proses pembelajaran itu tidak boleh ada perkara-perkara yang diharamkan Allah seperti bergaul secara berlebih-lebihan dengan kaum lelaki dan perkara haram yang lain.
Menurut pandangan Syeikh Nasyirudin Al-Balihi pula, sebahagian remaja perempuan mengatakan sesuatu yang tidak patut untuk dikatakan.
Mereka mengatakan, “Aku tidak akan berkahwin sehingga pelajaranku tamat“.
Menurut Syeikh Nasyirudin, tekad remaja perempuan ini bukanlah suatu masalah, jika pelajarannya akan selesai dalam waktu terdekat.
Namun jika pelajarannya hanya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya (Syeikh Nasyirudin) tidak bersetuju jika remaja perempuan itu menunda perkahwinan dengan alasan untuk menyelesaikan pelajaran, apatah lagi jika dia menghadapi mata pelajaran yang sukar dan tidak tidak sesuai dengan selera pilihannya.
Betapa ramai muslimah yang sudah berusia matang yang masih lagi belum bertemu jodohnya.
Seringkali sebuah nasihat daripada seorang ulama yang hanif, akan memberikan ketenangan hati.
Ibarat sebuah dakapan erat yang menenangkan jiwa bergelojak, ibarat tegukan air segar yang menghilangkan dahaga.
Semoga beberapa nasihat dari para ulama soleh yang sarat akan hikmah-hikmah besar ini dapat menjadi pelipur hati yang sedang menanti, dan jiwa merindu.
Assalamualaikum admin, saya 21 tahun dan masih belajar tahun akhir diploma dan pasangan saya 25 thun, bru mula bekerja, sudah 2 kali kami beritahu hasrat kami kpd ibubapa saya utk izinkan kami menikah awal, tetapi tak dibenarkan, alasannya adalah tggu sehingga saya habis belajar sedangkan saya mungkin ada lagi 3-4 tahun utk tamatkan pengajian dan juga alasannya, kos kahwin semakin tinggi, harga sebentuk cincin lagi, hantaran lagi dan mas kahwin, sedangkan konsep saya dan pasangan hanyalah menunaikan apa yg wajib dlm islam sahaja. Saya agak kurg faham reaksi ibubapa saya, mungkin amin boleh beri sedikit pencerahan. Terima kasih. Mohon balas di email ya.
Saya tidak suka ideal kahwin muda sebab ideal tersebut telah menyusahkan hidup saya.
Terima kasih berkongsi artikel ini. :D
baru gabung
salam admin…
situasi sye agak berlainan..saya dah mempunyai kerjaya ttp sdang melanjutkan pelajaran secara part time. umur sya pun dah mencecah 25 tahun. tapi ibu saya tetap tidak memberi keizinan untuk berkahwin dgn alasan takut saya tidak terpikul tanggungjawab sbgai pelajar, pekerja dan isteri. ibu sangat bimbang pelajaran saya terganggu kerana tanggungjawab bertambah. tetapi berlainan cerita di pihak lelaki. meraka ingin kami berkahwin awl.. ibunya bimbang sekiranya saya berubah hati apabila tamat belajar nanti.
Assalammualaikum . . Saya betol2 keliru sekarang apa yang saya nak lakukan . Saya mempunyai pasangan dan saya terlalu sayangkan dia . Dia nak menikahi saya . Tetapi ayah saya belom izinkan dengan alasan usia saya mUda dan memalukan sebab kahwin awal . Memang usia saya terlalu mUda , usia Pasangan saya dah 22 . Dia pon da kerja dan siap2 untuk lanjutkan perkahwinan or pertunangan ini . Tapi ayah saya tak merestui lagi dan ibu saya masih ragu2 terhadap saya , kerna takot saya tak dapat jadi yang terbaik dan tak dapat fokus pembelajaran . . Ayah saya sekarang yang mualaf and maybe dia fikir ini bukan yang terbaik . Saya nak kahwin awal sebab saya nak mengelak dari melakukan dosa dan perkara yang melalaikan . Cuma itu cara dapat mengelak saya dari semua tu . Kalau saya tak dapat direstui lagi untuk BERKAHWIN , jadi terima lah saya untuk bertunang dulu . Adakah itu Salah juga ?? Tolong beri kerjasama admin ??
salam..
menarik jawapan yg admin berikan bg setiap pndangan pmbaca…admin xmenyebelahi mana2 pihak…
sy punya msalah yg hmpir sma…sy still a student dn dia dah grad…km bcdang nk kawen di siam atas alasan family dy dn sy xbrsetuju sbb km masih muda,sy masih blajar dn dy msih xstabil kwangannya…
sy sndri tau halal haram dlm agama sbb sy plajar skolah agama….sy tau byaknya barakah yg Allah akn bg pd psgan yg brkahwin…dia da stuju,tp sy msih ragu2 sbb sy xsampai hati nk lukakan hati family sy…sy xbrani runtuhkan hubungan fmly sy dgn fmly mama….sy xbrani tgung risiko derhaka pd suami mmndangkan sy agak keras kepala…. sy takut pkahwinan ne bg lbeh byk fitnah…..sy takut……
sy xpasti yg mna satu hasutan syaitan mmndangkan sy xberat pd mna2 pilihan…sy msih 50-50….sy nk bgantung hdup pd yg halal dn hidup dibawah barakah Tuhan….tp sy xnak kputusan sy mmbawa kpd prpecahan kluarga…..
boleh tlong x???
Saya cadangkan awak bersabar dahulu.. restu ibubapa itu penting.. banyakkan berdoa agar Allah melembutkan hati parent.. Banyak bersabar, bersabar dan bersabar ya.
Soalan awak hampir sama dengan soalan saudari huda dibawah, mengenai restu ibu bapa. Admin harap mas boleh refer jawapan tersebut ya.. =)
assalamualaikum..saya betul2 dalam dilema sekarang..sy ingit bkahwin awl,kerana sy ingin yang halal dan diberkati Allah..sy masih belajar dan sngt jauh dgn keluarga..keluarga sebelah lelaki sngt setuju krn dia telah cukup syarat utk bkahwin..sbliknya tidak bg ibu sy..ibu takut sekiranya sy tidak mampu pikul tgjwb sbgai sorg plajar dan seorg isteri..sy takut nk couple lame2,takut menanggung dosa atas perbuatan yg tidak kita sedar..sy juga tidak mahu ibu tggung dosa klau kami terus couple klau tidak nikah..apakah yg harus saya lakukan..adakah saya harus memilih utk menjaga hati ibu atau tpaksa menanggung dosa..buntu..:'(
Pada pandangan admin, pilih lah yang jangan melukakan hati ibu bapa.. banyakkan berdoa agar hati dia dilembutkan.. slow talk dan yakinkan bahawa awak sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.. it would take a time, but toleransi dan sabar itu penting..
assalamualaikum , saya berumur 19 tahun dan begitu juga teman lelaki . kami pelajar tahun dua di UiTM dan mengambil kos yang sama di kelas yang sama . kami sudah berbincang tentang perkahwinan di usia muda kerana kami ingin hidup kami diberkati dan diredhai . semua pro n cons sudah dikaji untuk berkahwin diusia muda . dan masalah besar yang akan kami hadapi ialah masalah kewangan kerana teman lelaki masih belum ada pekerjaan dan pendapatan yang tetap . apa yang harus kami lakukan ? tentang restu ibu bapa , kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan keizinan
Yang terbaik admin cadangkan, bersabar dahulu.. tunjukkan kesungguhan utk mencari rezeki & pendapatan agar dapat meyakinkan ibu bapa,, disamping itu, usah putus asa untuk menerangkan kpd mereka niat awak tu =)
Pesanan Syeikh Ana,
“Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin pabila kamu masih bujang….”
Taffadal.. =)
salam.
bestnya baca artikel n komen2 readers. :)
sy sendiri ada masalah macam ni. ibu bapa sy bg kebenaran kawin awal. malah, diorang sangat gembira. tapi yag jadi masalahnya bila ibu pihak lelaki tak bersetuju. dia suruh tgu smpai abis belajar. kami dah try 3x tapi tetap tak bagi. sedangkan ayh sy bagi. jadi kami tak ada pilihan kena tgu smpai abis belajar. :( kami nak kawen awl tapi tak dapat restu mak si lelaki. kami hormat keputusan dia sebab dia byk pengalaman hidup dr kami. tapi kami sgt menharapkan dia faham situasi kami. :(
p/s: sila reply kat email..tQ :)
rite.. t org emel ya =)
Assalam . Betollah .. Kawan saye pon umur 16 da kawin .. Itulh .. Allah dah tenrukan die kawin awal .. Kalau tunggu die habis belajar .. X tahu umur brape ..belaja x pernah habis .. Sebb ilmu Allah itu luas ..
kalau tak ada orang meminang mcm mana pulak.
Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya. Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.
Cer Yanaz baca artikel ni, semoga dapat beri pencerahan: https://akuislam.com/blog/renungan/perigi-cari-timba-haruskah-hanya-berdiam-diri/#ixzz2IVw81XAS
alahamdulillah..perkongsian yg baguss..
:)
Assalamualaikum semua. terima kasih kpd admin kerana share tajuk yg agak menarik bg remaja. :-)
cuma hrp ad yg menjawab, sy ada soalan bg pihak rakan sy: bagaimana kalau kedua2 pihak tersebut masih belajar, bermksud blum brkerjya & pihak lelaki kurang b’pndapatan u sediakn wang hntaran dsbg?
bgaimana si suami hndak menjalnkn tgjwbnya utk mberi nafkah kpd si isteri, andai mereka telah berumahtangga nti? bukankh itu satu tindakan terburu-buru?
& bgaimana kalau kedua2 ibu bapa mreka tidak atau kurang brsetuju dgn keputusan mereka?
Wassalam.. admin cuba jawab ya dengan ilmu yang dhoif ini. Pertamanya, saya bukan nak kata ‘kahwin awal itu betul’ atau ‘kahwin awal itu salah’. Ada pro dan kontranya.
Untuk soalan wang hantaran itu,perkara asas dalam kahwin adalah akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang.Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Dan jika tidak mampu, tak perlulah bersanding, sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam ( ada pendapat yang kata bersanding depan bukan mahram itu haram )
Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)
Untuk soalan ke2, admin andaikan kedua-dua suami dan isteri masih belajar dan masih ada wang asas untuk hidup ( biasiswa & PTPTN). Dalam hal ini, satu perkara asas yang perlu kita tanamkan dalam pemikiran kita, iaitu PERKAHWINAN ADALAH SATU PERKONGSIAN HIDUP, SUSAH SENANG SEHARUSNYA PASANGAN ITU HARUS BERSAMA-SAMA BERUSAHA MENYELESAIKAN MASALAH. Ya, Perkongsian.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan?
Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.
Lain la kalau isteri mahukan hidup yang mewah. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah.
Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu.Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Yang penting semua pihak memahami (isteri dan suami). Lagi waktu belajar je kan susah? Paling lama 4 tahun (ijazah). Nanti sudah graduate & berkerja, Insyaallah rezeki akan berganda-ganda.
Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)
Soalan terakhir : Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa yang terbaik adalah terangkan secara elok dan bersopan kepada mereka. Yakin kan kepada mereka bahawa kita sudah mampu untuk membina sebuah keluarga. Kita juga jangan lupa untuk berdoa supaya dilembutkan hati mereka.
Walau apa-apa pun sekali yang terjadi, jangan sampai derhaka kepada mereka. Mungkin dalam hal ini, mereka ada alasan atau hajat yang tersendiri. Admin yakin, tiada ibubapa yang ingin melihat anaknya mendiri. Toleransi dan bertolak-ansur adalah solusi terbaik dalam hal ini, supaya kedua pihak mencapai kata sepakat terbaik.
Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
assalam. belajar memang jelas ada exam kena duduk berjam2 belajar dan ulangkaji. walhal perkahwinan juga ada exam.. satu ketikanya kita kana duduk berteleku memikirkan perkara2 yg timbul kemudian duduk untuk menyelesaikannya. bagi saya perkahwinan itu lagilah mempunya exam yg sangat panjang sampailah menuju ke akhirat.. lari dari alam rumah tangga tidak menjamin apa2 melainkan menghadapinya sama seperti kita tidak dapat lari dari duduk exam kat sekolah. setiap manusia pasti ada masalah. masalah tidak datang hanya pada org2 yg berkahwin saja malah kepada org2 single juga.. kita manusia mmng tidak dapat lari dari masalah. melarikan diri dan mengelak dari berhadapan dengan masalah sama seperti kita lari dari menerima takdir Allah
Pada pandangan admin, masalah ini terletak pada mindset kita yang sentiasa beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?
Semua orang mempunyai pandangan masing2, mungkin ada pandangan yang lain? mohon kita kongsikan untuk pencerahan bersama.. :)
mohon share article…
jzkk..=)
silakan jika memberi manfaat.. :)
Sy kira alangkah indahnya alam berumahtangga. Namun pd situasi sekarang, jika si dia punya tanggungjawab yg lebih seumpama menyambung tanggungjawab ketua keluarga bg menyara kehidupan keluarga secepat mungkin setelah tamat belajar, mungkin urusan perkahwinan diboleh tangguhkan? tentu sekali akan susah utk menjaga hati jika sudah terpaut rasa sayang pd seseorang…namun pengorbanan utk keluarga adalah lebih harus didahulukan, mungkin?
Kahwin awal tidak semestinya wajib. Ia ada pro & kontra. Perkara utama yang ingin kita tekan disini adalah, menjaga diri perkara-perkara yang haram seperti zina.
Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri, dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng.” (Muttafaq ‘Alaih).
Kita jgn lupa solusi yang satu lagi, iaitu berpuasa.
Walau apa pun, keluarga mesti diutamakan. Kerana restu ibu bapa adalah paling penting. Mereka yang terlebih dahulu bersusah payah membesarkan kita.
Salam.Betul..senior dan sahabt saya pun ramai jugak kahwin semasa belajar.Kalau nak tunggu habis belajar lamekot..hehe..Tapi kenapa ramai orang ambil keputusan nak tunggu lepas graduate?Sebab takut ganggu study..nanti lepas kahwin,tanggungjawab dah bertambah..Dan sekurang-kurangnye lepas graduate,xyah fikir fasal exam2 lagi..hehe
Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
atau mungkin ada pandangan lain?
Salam,
Admin pembetulan pade teks hadith:
“Jika hal itu kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Tertinggal
“TIDAK”
Jika hal itu TIDAK kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Terima kasih atas teguran tersebut.. da baiki :)