
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Tips supaya mudah nak bangun
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup:
Bagaimana?
Rasa masih belum kuat?
Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:
- Bagaimana Menguatkan Hati bila rasa Lemah itu Menjengah?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
- Ujian Daripada Allah
- Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.
Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)
assalamualaikum semua…sy juga sedang mencari kekuatan rohaniah kerana sekarang suami sy ingin berkahwin lagi dgn wanita lain yng lbih muda cantik dsbnya..walaupun tahu dia tidak mampu untuk berlaku adil terutamanya dari segi kewangan krn saat ini sy yg lbh bnyak menanggung keluarga ini berbanding dia..namun begitu kluarga pempuan tu tak kisah dan sanggup untuk menangung kesusahan suami saya.,..sy sgt sedih kerana kami mempunyai sepasang anak yag msih kecil dan perlukan perhatian dari seorang ayah. dia lebih suka berkongsi masalahnya, kegembiraan kesedihan dgn perempua itu berbanding saya.malah dia juga tidak benarkan sy menyentuhnya atau menganggunya…sgt2 sedih..tp perlukah saya bercerai dengannya disebabkan msalah ini..tolonglah saya…
Terima kasih sy mmg tengah kecewa dan sedih skng. 10 thn sy mgamalkn surah2 meringankan jodoh namun hingga saat ini sy masih sendiri.sy panjatkan doa lewat sujud dlm setiap solat Dan masih berdoa shiingga saat ini.sy tidak berputus asa kerana sy percaya rahmat Allah lebih besar dr kekecewaan sy.sy mmpunyai teman lelaki yg dikenali hmpir 6 thn namun shingga saat ini, jodoh kami belum smpi2 lg. Dia bukan lelaki yg beragama, solat pun entah buat entah tidak. Tetapi dia mmg menyayangi sy sepenuh hati.sy pulak bkn perempuan solehah tetapi berusaha mnjadi wanita muslimah yg baik.mungkinkah ini sbbnya Allah tahan jodoh sy ini. 2 – 3 bulan lalu sy berbincang dgn teman lelaki ttg status perhubungan kami.slps itu sy amalkn mbc yaasin stiap hari dgn niat semoga Allah mbantu sy ditunjukkn jln keluar dlm segala keserabutan hidup.hati sy sya pasrahkn atas segala ujian dan jln keluar yg bakal Allah tentukn.tiba2 sy disapa lelaki yg bekerja 1 ofis melalui whatapps, dr situ sy mula mgenali lelaki yg pada mulanya sy sangkakan suami org.sy mlyn sbgai kwn biasa dan tiba2 apabila dia bertnya status sy samada single or taken.sy tak mampu mnjawab dgn tepat.akhirnya sy mberi jwpn sy masih sendiri. Selepas itu dia sudah berhenti mnghubungi sy, sy akui mmg tersiksa dgn situasi ini.d ofis sy masih mampu senyum dan bertegur sapa.namun hati sy kecewa sangat2.
boleh saya th ape y terjadi dengan kenalan 6 thun awak dan kenapa kenalan baru awak berdiam selepas awak bgth status awak??
nk tambah,seharusnya surah al mulk dibaca sampai habis before tido kerana shafaat surah al mulk ni sgt dahsyat mampu melindungi kita dri azab kubur..
Terima kasih di atas perkongsian ni.
Semoga saya dapat apply apa yang di sarankan.
Alhamdullilah. Terima kasih diatas perkongsian ini.. mohon share ye??
Terima kasih atas perkongsian..saya nk tnya mcm mna cara untuk kita zikir yg bkn setkat pda mulut je.. yg mcm admin ckp?
As Salam.. Berzikirlah dengan sepenuh hati kita, tumpukan fikiran kita pada zikir itu :)
Salam kpd smua pmbca..
Sy juga mngalami kesedihan n kekecewaan ats prkhwinan yg bru nk msuk 4thun..mmpunyai 1org ank llki..suami kerap curang diblkg sy.. n. Sy xtau apa yg di buat di blkg sy.. sy kerap trjumpa msj2x dia ske brtanya hal2x pompuan utk menaikkn ghairahnya..n msj brsma rakan llki yg brsuhabat nk kuar dgn awek2x yg nk kuar dgn mereka..
Sy rsa amat trtipu dan sy trllu bremosi bila somi lari ke toilet apabila sy sdg nmpk die msj pompuan. Sy ingin rmpas nset tu tp die trus off nset n mrh2x.. die menipu sy kerap… sy dah putus asa nk slmtkn prkhwnan kmi..
Rsa nk mgadu prbuatan somi pd keluarga n mertua utk menuntut die lepaskn sy…
Somi hnya menegakkn benang yg bsah bila ditanya brulang2x.. hati isteri mna xhancur somi xjujur d blkg n dpan istri… :'(
Sy mncari artikel ni utk dpt membantu mslh emosi yg sy hadapi.. terima kasihh sbb memberi sdkt smngat buat sy..
Subhanallah,,tipsnya sungguh sangat mengena di hati. Kita senantiasa memang harus selalu berserah diri hanya kepada Allah semata.
Alhamdulillah.. perkongsian yang simple tapi menusuk kalbu… Kadangkala kita tak tahu kenapa kita merasa tidak tenang.. terima kasih. Kalau berkesempatan, lawatilah kindhearty.blogspot.com.
Allahu.. terima kasih atas perkongsian. taktau nak gambarkan perasaan bila terbaca entri ni. Allah… terima kasih sangat sangat :’) semoga Allah memberkati kehidupan awak dan keluarga. InshaAllah.
saya suka entri sebegini..dapat memberi motivasi!
asalammualaikum admin terima kasih diatas kata2 hikmah ni semoga saya kuat dalam segala kesedihan yg melanda hati ini
assalammualaikum admin,
saya telah jatuh hati pada hamba Allah ini dan bercinta selama 5 tahun akan tetapi dia telah bertunang dengan lelaki lain. Segala2nya telah saya korbankan untuk dia kerana terlalu cinta, sayang dan ikhlas. bagaimanakah caranya untuk saya lupakan dia?. Bagaimana hendak menghadapi realiti ini? kesedihan dan kesunyian selalu menyelubungi hati saya. Adakah saya perlu meminta dia memutuskan hubungan dengan tunangnya ataupun adakah saya harus terus mengharap kepastian yang tiada jawapan. Adakah saya patut menunggu dia sampai nafas saya yang terakhir? Setiap kali saya berdoa pada yang maha Esa, saya akan memohon agar kami disatukan semula, adakah tindakan saya ni benar ataupun tidak, sedangkan pada masa yang sama, saya sudah tahu dia telah bertunang.
assalamualaikum. izinkan sy bg kata nasihat pada bro skit2. nasib kita mcm sama ja. tp xpa, usah bersedih. Allah kan ada. sedih tu mmg sedih jgakkan. tp nak wat mcm mna. bnda dah trjdi. bljr redha pada takdir Allah. InsyaAllah, kita redha dgn kehilangan seseorg, Allah akn gnti seseorg yg lbih baik. apa yg boleh sy katakan, bro brhnti la brhrp pada si dia. kalo bro still brhrp, mmg ssh, sbb ini melibatkan prasaan kita org lelaki. kalo kita still brhrp, tngk2, dia ttp brkhwin dgn tunang dia tu, lg merana kita. bro perbnykkan baca surah yasin dan yg plg pntg solat tahajjud. solat tahajjud ni sngt pntg sbb melalui pngalaman saya, solat tahajjud sngt menenangkan jiwa waktu kita bersedih ni, dan berdoalah pada Allah, minta pada Allah sngh2 apa yg kita hjtkan. insyaAllah berkesan bro. saya pon x la pndai sngt nak nsht org, tp boleh la skit2. huhu. apa2, prbnykkan aktiviti brsama kawan2 dan family spaya x bersedih sngt. insyaAllah u will better. gudluck bro. sama2 berubah cari redha Allah and gudluck for u bro Mohammad.
saya setuju dgn nasihat bro
Assalamualaikum…..
saya sekarang tgh kecewa baru memutuskan cinta dengan seorg awek…saya xtau r apa yg harus sy buat…kebetulan saya ada berkenalan dengan seorg awek ni npk mcm ustazah xp hampeh…bila kuar dating nak sentuh tngan xblh die kta haram xp die tipu sy n permainkn perasaan saya halal ke cmtu…sy sngp dtg cri krja kt kl smta2 nk bersama dengan die…xp die plk jd mcm ni kt kg baik je peragai xp bila sampai kl huh baru npk pergai sebenar.bg sy xgna hidup dlm dunia yg penuh penipuan ini..saya pn xtau betul atau tidak tindakan sy..knp Allah uji sya begini
Waalaikumsalam w.m. Skadar berkongsi ye maaf jika sya ade salah ckp atau ade kekurangan dlm sy share ni..
Wan, stiap ujian yg Allah beri pasti ade hikmahnye.. Allah x pernah menzalimi hambanya sbliknye hambanya yg menzalimi dr sndiri. Dalam hal wan ni jgn salahkn takdir & knapa diuji..krn stiap ujian ade hikmahnya & akhirnya adalah utk kbaikan wan jga. Yg dh terjadi tu biarlah, syukurla Allah mberi petunjuk pd Wan ttg prgai perempuan itu sbenar dan jgan la berputus-asa & mmandang yg negatif sume yg terjadi pasti ade hikmah. Banyakkan bersabar & redho atas ape yg dh terjadi. Moga ksakitan yg terjadi adalah penghapus dosa2 kte yg lalu.
Wan mmg haram jika bukan muhrim berpegangan tangan tetapi jika dia jga menipu & mmpermainkn perasaan Wan pun berdosa ttpi itu antara dia dgn Allah. Tetapi tindakan dia mberi nasihat pd Wan itu adalah betul. Janganla wan mmpertikaikan ttg kebnarn yg berpegangan tgn bukan muhrim mmg haram apatah lg lbih dr itu krn ia mmg boleh menjerumuskn dr pd kemaksiatan.
Wan, jika benar sudah suka pd seseorg cara kta kenali hati budi dia adalah dgn cara yg di ajar oleh Islam. Iaitu dgn proses pertunangan seterusnye perkahwinan. tetapi utk mbuat pilihan yg terbaik harus la kte byk berdoa pd Allah atau boleh jga buat solat sunat Istikharah minta pd Allah agar mberi ptunjuk / pilihan dlm mencari jodoh. Tetapi jika Wan rasa itu sume masih terlalu awal, apa kata cuba dgn perkenalan sbgai seorg kawan & pd masa yg sama menjga adab2 hubungan sbg seorg Islam. Jika ber’couple’ pun masih terapkn cara keIslaman dimana jgan berdua2an. Minta izin & restu ibu-bapa masing2 jika ingin keluar.
In shaa Allah 1 day pasti Wan akan bertemu jodoh. Ingat kata2 ini “Org baik utk org yg baik, & org yg kurang baik utk org yg kurang baik” maksudnye.. jika kte ingin pasangan yg baik kte haruslah mengubah diri kte mjadi baik agar Allah kirimkn psagan yg baik & terbaik tuk kte. In shaa Allah.. mudah2an Wan cpat sembuh dr luka itu. Teruskan sabar, jga solat & berdoa pd Allah ye. Good luck & All the best. Moga dberikan jodh/ isteri yg solehah. Aamiin
assalamualaikum ..
Sy adalah insan yg gagal dlm hidup.walau sy sorg technicl nampak kuat dan bijak.tp dlm hati sy sbnarnya kosong dan amat kecewa stlh 3th bcinta bsma suami org .sy tlalu syg kpdny shinggakn smua tlh sy brkn pdnye, bsumpah setia dan akn mperisterikn sy hanyalah mainan dan tipu helah drnye. Sx pnah ingin mbunuh diri tp tlh diselamatkn teman serumah.sy tlalu kecewa krna dia yuslan tinggalkn sy sendiri mhadapi dugaan ini sndiri..knape tgamak dia buat sy mcm ne mcm sampah.sy byk bkorban dan pernah melalui hr yg sukar ..berada disisi dia ketika dia susah .walau dia xde 1sen pun sy ttp terima ape adanye dirinye..isterinye tlh pun mgetahui phubungn kami tp tidak iklas menerima sy krna dlm diam dia tlh mrancang agar dia yuslan mbenci sy. Sy tlalu drop hinggakn sakit dan terlantar dihospital..tidak mkn tidak minu dan tidk lg menghias diri..sy hanya menangis dan terkurung didlm bilik..ya allah tolonglah..hambamu yg lemah ini..kembalikanlah keceriaan hambamu ini ya allah…plukah sy tinggalkn saja pekerjaan sy dan pulang disisi keluarga ? Sy tiada lg kepercayaan dlm diri dan tidak tahu dimana hala tuju sy..hati sy tlalu sakit dan kecewa hnya nama dia yg slalu sy sebutkn..hinggakn hati tidak bisa mnidakkn dia tlh tinggalkn sy.
Anakjati johor
lisa
Waalaikumsalam w.m… Ya Allah sedih & simpati sy mendgr ksah awk. Terima ksh krn share buat sy beringat & sentiasa bersyukur dgn life sy yg kdg pun ade yg x best, ade org yg lg susah drpd sy. Tp sy disni krn ingin share & beri pendapt. Sy mendoakn agar Allah melindungi awk & sentiasa dberi hidayah & rahmat pd awk.
Lisa, untuk kembli sembuh keadaan awk pndgan sy awk kene tinggalkn lelaki ini krn lelaki ini mmg tidak baik utk awk. Tergamak dia buat awk mcm ni. Bagi sy lelaki ini mmg x berguna langsung mmg x leh buat suami. Awk kene pk panjang kalau belum kawin dia dh buat awk mcm ni mcmane pulak bile betul2 kahwin? Sy pecaya lg teruk dia siksa hidup awk. bgaimana pulak bile ada anak? awk x kesian ke kt anak awk yg dpt ayah jenis mcmani? silap2 dgn anak2 awk skali akan merana.
Nasihat sy, 1st thing awk kene buat is BERHIJRAH. Berhijrah maksud sy adlh jauhkn dr awk dr lelaki ini & tinggalkan khdupan yg x beri apa2 manfaat pd dr awk. Apa2 yg boleh buat awk x selesa, teringat ke awk harus tinggalkn. kalau perlu tkar tmpat kerja tukar la, seeloknya awk kene cari org yg dpt beri sokongan pd awk spt keluarga awk. Supaya dpt menemani awk & bg awk smangat utk terus hidup.
Lisa, awk perlu tahu membunuh diri itu adalah satu DOSA YG AMAT BESAR. Once awk bunuh diri terus msuk neraka sbb Allah paling benci manusia yg x bersykur atas khdupan yg dberi, awk x takut ke mati dlm keadaan mcm tu?? sy rsa awk dh jauh terpesong krn CINTA itu. Awk perlu tahu CINTA kte pd manusia harus la x lebih dr cinta kte kpd Allah & Rasulullah. Krn cinta manusia akan hilang & pudar satu hari nt tp cinta pd Allah & Rasulullah kekal selama2nya, sentiasa akan dibalas & awk akan rsa ketenangan yg paling indah dr cinta manusia awk itu.
Skrg utk awk bangun smula adlh kembali pd ajaran Agama Islam. Jaga solat 5 waktu, byk berdoa pd Allah, bile sedih bca Al-Quran & dgr org mengaji. Jgn dgr lagu psal kisah cinta sedih2 nt awk akn terpengaruh. Kalau nk dgr lagu, dgr lagu yg beri awk smnagt bukan lagu yg buat awk down. Lepas tu bergaul dgn org2 yg positif. Cari kwn yg sentiasa beri awk sokongan slalu.
Lisa kumbang bkn seekor tau. Jika awk berubah (berhijrah) jd lebih baik, Allah akan hantar seorg lelaki yg lebih baik dr lelaki x guna tu krn sdah tertulis jika kte baik Allah akan beri jodoh yg baik tp jika kte kurang baik Allah akn hantar jodoh yg kurang baik. Jd kalau awk nk bahagia dunia & akhirat awk kene berubah (berhijrah) jd lebih baik. Dkatknn diri dgn Allah adlh yg paling the best. Buka mata lisa hidup ni luas lagi utk awk terokai. Banyak kebahagiaan yg boleh awk dpt bukan semata2 cinta pd manusia penipu itu. Cuba awk tgok sekelilling awk. Tengok org lain yg lbih susah dr awk tuk beri awk semangat yg hdup awk bukan musnah. Awk harus besyukur selalu krn punya keluarga, Allah beri awk ckup sifat xde cacat cela mcm org lain yg buta, yg tempang, yg bisu, yg cacat. Syukur la atas kehidupan yg diberi ada mata leh pandang, ada telinga boleh mdgar. Buka la mata yg hdup ini indah sangat.
kehidupan ni ibarat seperti kejadian dilangit. Ada masa hujan rintik, ade masa hujan lebat, ade masa kilat petir & selepas itu ade nye sinaran matahari, sinaran bintang & bulan & pelangi yg indah. Alhamdulillah. kehidupan di dunia adalah sementara Lisa, spt kte duduk peperiksaan masa sekolah dulu..masa tu kte akan diuji mcm2 soalan. Dan selepas itu kte akan menunggu keputusan & menentukan msa dpan kte. kalau bgus leh msuk universiti. kehduapn yg sebenar & yg kekal abadi adalah di SYURGA lisa percayalah. Jd jgn la bersedih kerana diuiji mcmni krn itu hya sementara shj. khdupan kte yg sbenar adalah di syurga nt. jd arah tuju hidup kte skrg kemana? Ya menuju ke SYURGA. jd nk kesana kte kene bykkan beramal,bersabar & berdoa pd Allah agar dberi rahmat & kekuatan tuk teruskn hidup smpai masa kte betul2 akan dijemput oleh Allah (mati) tpi bkan la jln membunuh diri.
Semoga Allah mberi melindungi serta mberi hidayah pd Lisa & sy doakan agar Lisa kembali mjadi insan yg terbaik terbilang & hamba Allah yg solehah. Aaamiin Ya Allah. All the best tuk awk. be strong ya! Girl POWER :) i believe u can. dont give up now ok :)
Lisa..cite kite same..bleh kite email x..
[email protected]
Lisa email sy..ksh kite sme
[email protected]
Salam Terima kasih di atas tip-tip yang diberi, semoga dapat dimanafaatkan.
sedang galau
Assalammualaikum Admin..terima kasih kerana berkongsi tip2 ini..saya mengandung 3 bulan dan saya hampir2 patah hati krn suami sy tidak mengendahkn sy dia lebih pentingkn org lain iaitu keluarganya dr sy yg sedang hamil. Apabila bersama dgn dia sy sering tidak dberi perhatian. Sbg wanita sy inginkn belaian dan skongan dr suami ttp tdak sperti yg diinginkn. sy byk memendam hati. Krn perkahwinan, krn takut dosa jd sya memilih sbr & diam tetapi hati sy sering bersedih. Sy ingin berkongsi pd org lain tp bimbang jika ia mgaibkn dr sy dn suami. sy seperti ingin memberontak ingin melakukan perkara2 terkutuk ttapi krn takut pd Allah sya mgalah dgn diam & memendam rsa..Alhamdulillah Allah beri sy kekuatan sehingga kini ttapi sy wanita tambahan mengandung sy bimbang jika sy x dpt bertahan. In shaa Allah sy akan cuba bertahan dan sya akan cuba tips2 Admin iaitu dgn lbh mendkatkn dr kpd Allah, dgr Yaasin & zikir slalu agar hati menjdi tenang. Moga suatu hari nanti suami sy akan mengerti akan perasaan sya. Sekadar meluahkn sdkt perasaan. Terima kasih Wsalam
Saya Marian dengan nama. Salam kepada setiap orang yang membaca kesaksian ini. Saya telah ditolak oleh suami saya selepas tiga (3) tahun berkahwin hanya kerana wanita lain mempunyai ejaan pada dia dan dia meninggalkan saya dan kanak-kanak yang menderita. satu hari ketika saya sedang membaca melalui web, saya melihat paparkan dalam bagaimana ini kastor ejaan pada alamat ini dr.okorospelltemple01@ gmail. com, telah membantu seorang wanita untuk kembali suaminya dan saya memberinya suatu jawapan kepada alamatnya dan dia memberitahu saya bahawa seorang wanita mempunyai ejaan pada suami saya dan dia memberitahu saya bahawa dia akan membantu saya dan selepas 3 hari bahawa saya akan mempunyai suami saya kembali. i percaya kepadanya dan hari ini i am gembira untuk memberitahu anda semua tahu bahawa kastor ejaan ini mempunyai kuasa untuk membawa pencinta kembali. kerana i am kini gembira dengan suami saya. Terima kasih untuk Dr Okoro. E-mel beliau: dr.okorospelltemple01@ gmail. com
NOMBOR Dr OKORO: +2348106290941
Salam admin..saya rasa sangat bersyukur saat saya rasa down sangat saya tercari2 artikel ni..dan tips sangat membina saat saya dlm kesedihan dek kecurangan suami setiap kali lepas solat sya baca surah yassin..d sana sya rasa ada ketenangand