Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Alhamdulilah, saya mendapat pencerahan setelah membaca artikel ini. Saya yakin Allah SWT mengarahkan saya ke blog ini. Terima kasih, sangat bermanfaat.

    Reply
  2. As salam. Alhamdulillah, terima kasih admin. Tips yang sangat bermanfaat. Saya bukan seseorang yang mudah bercerita mengenai masalah saya, cukup saya katakan yang entri admin ini sangat bermanfaat bagi saya, pada waktu dan ketika ini. Terima kasih sekali lagi. Semoga Allah menberkati.

    Reply
  3. Alhamdulillah saya telah menemui blog ini.. Saya rasa risau tanpa tahu sebabnya.. dalam tengah sibuk buat kerja saya tiba-tiba risau. lama juga mahu hilang hingga saya jumpa blog ni. saya tanya semua keluarga, Alhamdulillah mereka semua ok.. Wallahu’alam.. hanya Allah yg tahu kenapa saya risau.

    Alhamdulillah juga saya ingin kongsikan..saya masa ini pun menerima ujian yang sangat hebat daripada Allah swt. sebagaimana yg kita maklum, jodoh pertemuan dan perpisahan ditangan Allah. Kadang kala saya tidak dapat terima hakikat. walau dalam ketenangan saya masih menyimpan sedikit harapan utk kami bersatu kembali. Semuanya saya serahkan bulat2 kepada Allah SWT. Saya tidak tahu rencanaNya, saya hanya dapat bertawakal dan berusaha meneruskan kehidupan tanpa memikirkan kepasrahan hati. Biar keadaan yang menentukan segalanya. Sesungguhnya bila saya dekat dengan Allah saya akan berasa tenang.. jika saya menjauhiNya saya seperti jatuh dalam pelbagai perasaan seperti gelisah dan tidak tenang. Walau apapun tips Admin di atas amat saya hargai. Melalui perkongsian ilmu Insya Allah akan saya praktikkan bagi memaksimumkan ketenangan hati.

    Reply
  4. Artikel yg bgus..sesungguhnya selagi kita hdup, selagi itulh kita d uji..sesungguhnya hati ini tgh di uji..sgguh berat rasanya, berkenaln secara tiba2, di beri harapan palsu..tpi akhirnya di kecewakan..yg pling myedihkn sggup melamar diri ini untuk seseorang, sedangkn dia dah pnh hdir dlm hidup ini..moga hati ini terus tbah..

    Reply
  5. Assalamuailaikum All ,

    I nak share satu keajiban Allah Taala to me today . Beberapa hari yg lalu hati saya di selubungi resah , berdebar2x , malas solat dan mcm2x lagi . I tak tau nak buat ape dah .. I share kat husband di pun tak tau pulak benda2x mcm ni. Nak pendekkan cite afer lunch today I gagahkan ambil wudhuk & terus solat zohor , g pelik nya msh tgh ambil wudhuk pintu office I bunyi mcm kena hempas! I continue wudhuk terus solat .. YA Allah masa solat bdn I berpeluh2x plus shaking mcm rase nak takut yg amat sgt2x!! Degupan jantung Ya Allah dia je yg tau rase Nye mcm mne . I Teringkat ada satu blong yg I bace zikir boleh tenangkan hati . I google & cari , terjumpa blog u I bace 7 ikut apa yg tertulis kat atas . Subhanallah! Hati I tenang bru I bace perenggan pertama , Ampun kan lah dosa ku Ya Allah ! Besar nya kuasa Mu Ya Allah ! I berzikir sampai menangis ! Ya Allah Engkau Maha Mengetahui Kebenarnya Di Sebalik Apa yg terjadi kepada hamba mu ini .

    Reply
  6. Assalam, sy seorang suri rumah. Sy sudah terkeba sihir org yg membuat sy benci pd sikap suami sy. Sy sering nangis setiap mlm. Jiwa ini seperti tidak pernah tenang. Sy sendiri tidak tahu ape yg benar2 terjadipd diri sy.

    Reply
  7. Salam..aku juga sedang di uji dengan mslh yg membuat hati ni sangat kecewa..3 tahun bercinta, 1 tahun bertunang, tp rupanya dia telah mengahwini perempuan lain secara senyap ketika kami masih bertunang..setelah 2 tahun berkahwin baru semua ni terbongkar..Allahuakbar..ujian yg besar utkku.. setiap hari bermain airmata..namun skrg lebih tenang sbb aku tanamkn dlm diri ni yg ujian ni utk hapus dosa-dosa ku yg byk..ujian ni utk mendekatkn diriku kembali kpd sang pencipta..ujian ni adalah permulaan utk sesuatu yg lebih baik Allah aturkn utkku dan anakku..InsyaAllah..

    kpd kawan2 yg sedang kecewa atau bersedih, la tahzan..sesungguhnya Allah takkn menguji apa yg hambanya tidak mampu..

    Reply
  8. Begitu perit bila mengetahui suami main kayu tiga masa tgh sarat mengandung kn ank num2, hari2 berlinang air mata mengingatkan pe yg berlaku walaupon dia berjanji takan ulangi lagi selama 4tahun kami kenal n bersama ni pertama kali dia curang da taktahu nak buat pe skrg ni, da taktahan bermain dgn air mata, saya btol2 perlukan ketenangan hati,

    Reply
    • semoga anda kuat..

      tiada satu musibah pun yang menimpa manusia melainkan ianya telah tertulis di luh mahfuz.. hidup kita tak lama, kita kena tahan ujian sampai umur 60 je (rata2 umur umat muhammad saw). kalau dapat kembali kepada Allah lebih cepat, lebih baik.. memandangkan mmg syurga adalah janji Allah walau iman yg ada sekecil biji sawi.

      hati kita bersedih, hati kita milik Allah, hati kita dibolak balikkan oleh Allah.. biarkan suami, urusannya dgn Allah. hati kita, kita sahaja yang mampu pelihara.. wahai Allah, sesungguhnya aku akan kembali kepadaMu..

      Reply
  9. Terima kasih di atas post yg amat bermnfaat. Saya telah hidup selama 3dekad dan ini lah kali pertama sy merasakan ujian hati yg paling berat. Mudahan2 tips yg di post saudara admin membantu saya.

    Reply
  10. Assalam admin.sgt bguna ilmu yg dikongsikan. Sy amat kecewa skrg shingga mgoogle zikir2 dan doa2 yg dpt mnenanfkan sy shingga sy btemu laman ini. Alhamdulillah. sy sntiasa bsagka baik thadap Allah kerana apa yg blaku adalah kehendak dia dan dia tahu apa yg tbaik utk kita. mmg salit utk trima dan hadapi kekecewaan ini. tp, jika kita ikhlas dan redha, insyaAllah hati kita menjadi tenang..

    Reply
  11. Saya sering berjumpa dengan orang yang salah. Hati saya terlalu kerap disakiti. Semuanya berjanji dan memberikan harapan palsu pada saya. Tak tahu dimana silapnya. Mungkin belum jodoh saya. Tapi terus terang saya katakan, saya terlalu kecewa sampai berdendam. Walaupun saya tak mahu berdendam tetapi rasa marah, kecewa, sedih dsb terlalu payah untuk saya atasi. Kadangkala sampai saya tertanya2 ketika berdoa kenapa saya perlu hadapi ujian seperti ini berulang kali. Saya tahu sebagai hambaNya saya tak layak nak persoalkan semua tu. Tetapi kadangkala ia terkeluar sendiri dari mulut saya. Saya minta sesiapa yg terbaca komen ini, doakan la supaya saya sentiasa bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian dariNya. Saya tau saya boleh. Insyallah.

    Reply
  12. sesungguhnya Allah maha mengetahui dan mengasihani hambanya. terima kasih Allah kerana sentiasa bersama ku. Hanya Engkau mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. dan hanya Engkaulah tempat aku berharap untuk terus berada di sisi hambaMu yang aku cintai.

    Reply
  13. engkau yang dedang patah hati , galau , kecewa , al ahyai minhum wal amwat …

    dengarkan ini ..
    smua terjadi atas kehendak allah , allah menginginkan itu terjadi dan ada hikmah dibalik itu ….

    perdalam lagi arti surat al mulk ayat 2..
    Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup)- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun,

    Reply
  14. kecewanya saya bukan lah sebab bercinta. tapi kecewa kerana sahabat. sahabat baik saya yang saya jumpa setiap hari, setiap masa. kami kerja sama..duduk bilik sekali. saya jadi kecewa bilamana saya hendak berubah ke arah kebaikan..tapi kawan saya berubah ke arah yang tidak patut. saya perasan sahabat saya mula tidak solat. saya mula rasa sgt sedih. saya taj tahu dari mana datang perasaan tu. tp saye sedih tgk kawan saya mcm tu. saya rasa bersalah..tak kan saya je nk solat dan saya biarkan je kawan saya tak solat. nnt klw kat akhirat..Allah tanya saya nape biarkan kawan saya hanyut saya nk jawab ape?? saya pernah tegur dia pasal hal ni, tp jawapan yang saya dapat sangat-sangat la mengewakan. rasa luluh hati dengar jawapan dia. lpas tu saya ada nampak kawan saya solat, rasa lapang dada saya. At least dia igt lg nk solat. tapi benda tu tak tahan lama, kawan saya mula tggalkan solat lg..dan rasa kecewa saya tu datang balik besarang kat hati saya. macam mane ye nak buat kawan saya ni sedar. takkan saya je nak buat baik..saya nk kawan saya join jugak. takkan saya je nk kejar syurga, saya nk orang yang saya sayang ikut sama. saya tahu hati manusia Allah yang pegang, tapi sebagai kawan rapat saya perlu jalankan tanggungjawab saya.

    Reply
    • smua terjadi atas kehendak allah , allah menginginkan itu terjadi dan ada hikmah dibalik itu ….

      perdalam lagi arti surat al mulk ayat 2..
      Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup)- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun,

      Reply
    • As Salam.. biasalah manusia, bukan senang untuk menerima teguran. Dan tak ramai orang dapat menerima teguran dengan baik buat kali pertama. InyaAllah dia akan ok. Slow-slow ye dalam menegur.

      Maybe awak boleh dapat Idea dari video mat lutfi ni:

      YouTube video

      Reply
  15. Assalammualaikum..
    Sy jga mempunyai mslh seperti saudari2 jga..sy knl dgn sorng laki yg baek dan kmi brkwn sdh sethn dn spnjng itu jga kami xpnh brjmpe..tp bru2 ni sy dikjutkan ble die tbe2 brubah..die bgtahu sy yg die sakit kne buatan org..Lps tu kami dh mule xcntct antre 1 sme laen..
    Tp skng die ckp kt sy yg die bncikan sy dan xnk sy hubungi dia lgi..
    Sy cuba tuk terima ape yg dia inginkan tp sy xrse sy boleh terima sume ini..
    Mungkin dgn cra2 ni sy dpt melupakan dia..

    Reply
    • InsyaAllah.. mungkin dia bukan jodoh awak. Kuatkan hati dan percaya semuanya ada hikmah. Semoga awak positif dan binalah hubungan baru dengan orang lain

      Reply
  16. tq admin ats tips tersebut. saya mahu menceritakan masalah saya..saya dan bf sy bekerja di satu tempat dan kami sudah bercouple selama 3thn. dlm ms 3 thn itu mcm2 perkara berlaku dan beliau juga mempunyai gf lain bermakna sepanjang kami bercouple, beliau mempunyai org lain tanpa pengetahuan saya sehingga satu hari beliau terkantoi.akan tetapi saya masih menerimanya kembali walaupun sy sedar, beliau banyak menggunakan sy untuk kesenangan dirinya dan apabila beliau telah maju. perlahan-lahan berliau melupakan sy dan cuba menjauhkan diri daripada sy. sy juga mengetahui beliau msh berhubung dgn wanita lain yg mempunyai hubungan istimewa dgn nya. sy sgt tertekan dgn keadaan tersebut dimana semakin sy nk lupe..semakin kuat ingatan sy terhadapnya kerana kami bekerja di tempat yg sama.

    Reply
    • Hidup mesti diteruskan. Daripada awak menderita mengigati kisah-kisah lalu, ada baiknya awak mencari pengganti dirinya sebagai teman hidup awak, sebagai suami yang sah yang ikhlas mencintai diri awak.

      Soal kenangan bersama bf yang sebelum ini? Jangan risau. Ini hanya berkenaan soal masa. InsyaAllah awak pasti akan dapat melupakannya. =)

      Reply
  17. terima kasih di atas post ini.. kekecewaan sy masih berbekas walau dah setahun lebih. lebih lagi sy masih merindui dan menyayanginya walau byk perkara menyakitkan telah sy lalui..

    Dlm merawat luka, ada masa dia akan mengatakan betapa sedihnya dia(baru2 ini), apa perlu sy lakukan krn dia sdh bertunang. sy tdk suka dgr dia bersedih namun rs agak penting diri utk dia mengatakan kesedihan kpd saya. mcm manapun sy akan teringat perbuatan serta kata2 menyakitkan yg telah dia katakan. tp tiba2 akan dtg sms bila dia kesedihan.sy tidak suka berkata2 sindir atau mengungkit tp bila dia berhubung, sy ingin membalasnya.

    krn kami bermula dgn kawan, hati sy semakin sedih krn setelah segala duka itu, sy tdk akan dpt menerima nya sbg kawan biasa semula..krn sy menyayangi dan merinduinya. sy telah memintanya tdk menghubungi sy. krn dia tlh bertunang dan akan berkahwin 4 bulan lagi. sesuatu yg masih sy tangisi..sy minta utk die tdk menyukarkan keadaan sy. walaupun itu bermakna silaturrahim terputus,,sy tdk suka..tp perlu sy lakukan agar sy tdk teringat ttg kesakitan itu.. sy tdk ingin wanita lain merasa sama. namun pada masa sama, perit utk sy krn sy masih merinduinya.

    semoga usaha ke arah ketenangan dpt dicapai..dgn istIqamah dan tanpa putus asa

    Reply
    • Awak hanya perlu bersabar. biarkan sahaja perasaan Awak pulih seiring berjalannya waktu.. InsyaaAllah :)

      Reply
    • dan sy mngalami masalah spt awk.
      bru smalam yg lpas sy kecewa yg teramat.sy menyukai seorg lelaki ini.dah hmpir 5 bln kami berhubung.tp last2 sy dpt tau die dh bertunang dan kahwin bln 12 tahun ini.sedihnye hati ini.tersentap rase bile die bgtau.dan sy cuba utk berhenti berhubung dgn dia baik melalui msj atau perbualan.tp die ckp die sdih jika sy berbuat bgitu.
      baik sy yg pergi dlu drpd sy ditinggalkan kmudian hari.die yg akn berbahagia manakala sy ditinggalkan sepi mcm tu je.wktu dpt tau die da nk kawin,sy bagai hilang arah.menangis bagai org gila,drive kereta tnpa arah tuju.air mata slalu jatuh.

      tp ape sy nk kongsikan.sy mula percaya stiap yg berlaku ada hikmah.sblm ni sy alpa dan lupa untuk berdoa kpd Tuhan.dan sy xmalu untuk mngaku sblm ni sy jarang solat.kalau rse nk solat je bru sy solat.kalau sibuk sy abaikan je.ya Allah berdosa Nye sy.saat mnaip ni pn hati sy sebak.tp skarang sy mula solat dan nekad tidak akan ssekali mninggalkan solat,mnjaga hubungan dgn tuhan.dan wktu sy kecewa yg teramat,mula terdetik di hati sy,hanya tuhan lah maha sgala galanya.siapa kite utk menentang takdir.tuhan pncipta kite.dia maha mengetahui sgalanya tiap buruk dan baik.dan hari ni sy mula redha.tp adakalanya air mata tu ttap jtuh.itu normal sbb kte hanya mnusia biasa,insan yg lemah.wlau beribu kali kte ckp redha dan pasrah,mgkn ade sdikit atau sbesar zarah perasaan memberontak dan kecewa.

      jd jgn lah bersedih jika kecewa.kembalilah kpd pencipta.stiap yg berlaku ada hikmah.kite hanya berusaha Allah jua yg menentukan.

      rose

      Reply
  18. Salam . Sy pula bukanlah couple tapi cuma bercinta jarak jauh baru 3 bulan & sy cuma gadis biasa yg bertudung . Dan , kekasih sy seorang yg mementingkan agama . Dia membuatkan sy terasa makin berubah ke arah utk mnjadi muslimah sempurna . Dia selalu menasihati sy utk ‘sayang orang sekadar-kadarnya, benci orang sekadar-kadarnya’ . Kami berdua masih belajar dan sedar banyak perjalanan yg harus kami tempuhi .

    Namun , saya rasa sungguh sedih setelah membaca pesanannya , katanya jikalau saya berjumpa dgn org yg sesuai , cubalah ambil org itu mungkin dia boleh menjadi jodoh saya & jika dia adalah yg terbaik utk sy, dia akn terima sy seadanya . Dia juga kata yg dia tidak mahu terikat dgn apa² krn dia mahukan prhubungn yg fleksibel . Hidup ini cuma sekali & meminta sy sama² istikharah utk diberikan petunjuk . Sekali lg dia pesan , utk sayang orang sekadar-kadarnya, benci orang sekadar-kadarnya .

    Dan , selepas itu sy tidak dpt melelapkan mata & berasa terlalu sedih . Sy tahu kami masih belajar wlupun di tmpt yg sama namun berlainan semester , tapi dlm soal ini apalagi membabitkn soal jodoh sering kali buat sy sedih & gelisah krn sy tidak sanggup utk bertukar rasa syg dgn org lain juga dia seolah² tidak yakin utk jodoh bersama dgn sy . Andai Allah makbulkan doa sy utk bersatu dgnnya pd suatu hari nnti & keluar dr kisah percintaan yg rumit . Perlukah sy cuba utk solat istikharah di usia yg baru 20-an ini wlupun masih byk yg sy perlu kejarkan selain jodoh ?

    Sy hrp saudara memberikan pendapat . Terima kasih :)

    Reply
    • miris baca komennya @Fara diatas,
      Menurut pemilik blog, tipe laki-laki apa orang yang diceritakan dikomen? benar2 seriuskah?
      Saya pernah ketemu dengan 1 laki-laki yg berkata hampir sama seperti itu, walaupun lebih sadis lagi.
      IMHO, dari pengalaman saya, itu tipe laki-laki yang tidak cinta sama wanitanya tapi memakai agama sebagai tameng. *tipe yang paling sadis karena bisa membuat wanita yang jadi korbannya kehilangan Tuhannya.
      tameng buat apa? buat menutupi ketidakseriusannya.. menggunakan agama untuk itu… benar-benar banci yang paling kejam menurut saya.
      kalau tidak mau terikat & ingin fleksibel/bebas, ya sejak awal jangan didekati wanitanya, kasian kan anak orang jadi seperti dipermainkan perasaannya.
      & pesan yg paling PENTING untuk laki-laki yg bersikap seperti itu:
      Tolong, please, tolong, Jangan bersikap (sok) agamis tapi melakukan hal yg kaya gitu. itu bisa buat wanitanya jadi bingung, sedih, & bisa jadi kafir/murtad* selamat nanggung dosanya!
      Bisa bikin dia jadi sangsi untuk bergantung ke Tuhannya, karena timbul pertanyaan: koq dia yang dekat dengan tuhan bisa berbuat begitu?
      Padahal kalau bukan ke Tuhanya, kemana lagi itu wanita bisa bergantung? Jangan kejam2lah jadi manusia.
      Jadi akan lebih bijak kalau laki-lakinya mengatakan ‘putus’ tanpa embel-embel nasihat yg berbau-bau agama menurut saya.saya sebagai wanita lebih menghargai sikap seperti itu.
      Buat laki-laki itu & laki-laki lain bertipe seperti itu (Pemberi Harapan Palsu sok agamis), semoga dibalas setimpal oleh Allah SWT, aamiin. saya doain diwaktu-waktu mustajab lho

      Reply
    • same dgan situasi yg sy alami skg ni..si dia pd mulenye mberi harapan..dan die tibe2 berubah fikiran dgn alasan takot dan merasekn tidak ad ape2 lg or erti kate len berharte..die pesan sekirenye sy berjmpe dgn org len yg lebih baik or die ad pilihan lain die akn pilih org tu..sy sgat sedih tp cube utk terime ape yg die kate sbb sy tau jodoh ditgn Allah..dan sy sudah berusaha berdoa yg terbaik tuk kami..mybe ad hikmah disebalik yg berlaku..

      Reply

Leave a Comment