Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Alhamdulillah, betul tu banyakkan istighfar :)

    Bersihkan hati dengan istighfar. Cukup dengan menggunakan kalimat yang pendek iaitu,

    Astagfirullah

    Renung hadis ini apabila ‘ada yang tidak kena’ pada diri,

    Sabda Nabi S.A.W.:

    “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila ia baik, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila ia jahat nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb (hati).” (Riwayat Bukhari)

    Oleh sebab itu, andai ingin perbaiki diri, mulakan dengan hati.

    Kata Dr. Azhar,

    “Jiwa ok, semua ok.”

    Kerana … apabila jiwa kurang connection dengan Allah, diri akan dibelenggu rasa resah, gelisah, risau, dan pelbagai emosi negatif. Oleh sebab kita sudah jauh daripada pemilik mutlak energi positif.

    Maka, tidak hairan mengapa Rasulullah S.A.W. sentiasa berjiwa positif kepada Allah.Kerana … baginda ada connection yang kuat dengan Allah sehingga bengkak kakinya solat malam, khas untuk Allah.

    Juga, rezeki kita yang berkat juga pasti akan lebih deras :) biidznillah. Saya nak share link ini [http://www.sistemmenjemputrezeki.com/hop.php?ref=fafarcaliph] untuk menjemput rezeki. Mudah2an segala kegelisahan hati akan terubat malah hubungan dengan Allah bertambah dekat, ameen3 :)

    Reply
  2. salam, sy ad bf yg sngt sy syg.. tp bru2 ni die ckp ktorg xde keserasian pdahal ktorg xde prtgkaran lgsung.. die prnah brtung n die sngt syg akn tung die. skunk ni bkas tung die da kwin ngn org lain.. sy syg die tp mgkin xde jdoh antra kmi.. cmne nk ilgkn hati ni dr ingt kt die.. n sy hrp suatu ari nti die sdar n x prmainkn prasaan prmpuan..

    Reply
  3. askm ustaz, hati saya slalu xtng sbb saye asyik trfikir akan kawan saye. Kawan sye ini xnk maafkan sye, sye pun xthu ape slah sye. Dia kate dia x akan maafkan sye. Berdosa ke saye lagi,apabila saya sudah tiada dimuka bumi ini kalau dia x nk maafkan sye? Apabila sye bersama keluarga,sdg brseronok tibe2 saye terfikir dosa ke aq.?? Tapi saye hanya redha kepada ALLAH sahaja.

    Reply
  4. assalamualaikum..dari semalam saya tidak dapat tidur. saya mempunyai masalah tentang hati saya. teman lelaki saya sudah pernah berkahwin. dah saya baru mengetahui nya sendiri setelah sekian lama bercinta. apa patut saya lakuakan…samaada meneruskan hubungan ini atau tidak..? teman lelaki memberia alasan takut kehilangan saya sekiranya dia memberitahu perkara sebenar kepada saya.

    Reply
    • salam.. lelaki tu sudah brkahwin tp adakah dia msih suami org? kalau tidak.. knp harus mghukum dia kerana masa silam.. yg pntg agamanya dn keikhlasan nya.. setiap org berhak memulakan hdp bru :-) :-) :-)
      wallahualam :-)

      Reply
  5. ya allah..sesungguhnya hati saya tidak tenang di saat ini..selalu terfikr adakah tidak saya temui jalan.semuanya buntu..sedih sepnjang hari…terlihat entri di blog ini..telah di buka jln untuk saya mencari ketenangan hati…dugaan yg berat yg sy terima di dalam tempoh utk menjejak kaki ke alam rumah tangga..dugaan yg btol2 buat saya lemah..ya allah…:(..

    Reply
  6. komen tiada,pandang ada,hehehe.

    saya rsa sagat bagus,kita semua ada sifat kasih satu sma lain,atau yg kuat tolong yg lemh,sya doa kta semua agar lagi kuat berdepan dgan msalah,kate nasiht,banyakkan besabar & besyukur,dgn ini semua mudahan Allah pemudh segla msalh kta semua,jgan lpa banyakkan la..mulut kta berselawt atas jujungan kta nabi muhammad swa mudah2han apa yg kita buat ada berkat.amin…

    Reply
  7. Assalamualaikum…pada masa ini sya rasa amat sedih n kecewa dgn sikap anak leleki sya ..bru umur 16 thn.. merokok… kuar mln balik pgi main bola katanya…tak mahu dgr nasihat ibu..adakalanya melawan cakap… asalnya budak yg baik.. tapi terpengaruh ngan kawan.. sya sering menangis memikirkan ini.. tapi sya tak nak dia jadi anak derhaka.. tolong la sya ustaz…tima kasih

    Reply
  8. mohon beri nasihat, saya sakit hati dengan seorang lelaki ini dulu dia selalu mengusik saya, sekarang nampaknya dia ego nak tegur pun tak mahu, dah lah dlm facebook macam menyindir saya, saya tahu saya bukan orang baik, cair juga hati saya kalau di usik orang macam itu, sekarang nak sembuhkan hati susah juga tak tahu macam mana nak lupakan semua ini . .

    Reply
  9. mohon bagi nasihat kadang-kadang saya terasa dan sedih bila buka facebook tertentu kdg saya terasa macam ada orang menyindir saya dan saya rasa seorang lelaki ni sengaja nak menyakitkan hati saya

    Reply
  10. Ya Allah…kena bersabar banyak2….Setiap yang berlaku ada hikmahNya…teruskan amal solat tahajjud,dan dekatkan diri dengan Allah…Allah sentiasa menolong hambaNya…….Saya akan doa kan cik puan dalam keadaan sihat…

    Reply
    • Jazakallah hukhairan kathira.

      Semoga Allah memberi pengajaran pada dia agar bertaubat dan kembali sujud padaNya. Dan semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yg bersedih utk mengharungi ujianNya.

      Saya pilih utk jadi kuat. Demi anak2, amanahNya. Dan kerana Allah suka org mukmin yg kuat daripada yg lemah.

      Satu hari nanti, kebahagiaan milik kita kelak, in shaa Allah.

      ‘Dan sesungguhnya selepas kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya selepas kesusahan ada kesenangan.’ (Surah al Insyirah)

      Ayat ini pengubat hati dan memberi harapan. Dan janji Allah itu pasti.

      Hehe… lain kan bila menulis di waktu siang dan malam. Siang saya lebih merasa kuat. Bila malam entah kenapa agak sukar berfikiran positif. Mungkin kerana siang saya perlu berhadapan dgn anak2 dan org lain… fake it till i make it. In shaa Allah.

      Dan saya perlukan peguam syariah. Saya di bangi. Mohon sekiranya ada yg kenal peguam syariah utk dihubungi.

      Reply
  11. Saya baru bercerai. Atas permintaan saya. Kerana sudah cukup merasakan ditipu dan diremehkan.

    11 tahun makan hati. Sentiasa tertanya apa salah saya sehingga dia melayan saya begini. Dan selepas melakukan solat hajat, Allah gerakkan satu persatu pengakuan dari padanya.

    Dia mengaku berzina dengan beberapa org wanita sepanjang usia perkahwinan kami. Naluri isteri telah lama mengiyakan tetapi saya tiada bukti dan saya sedaya upaya cuba untuk husnuzon. Namun sikap saya itulah yg menjadikan kelakuannya makin teruk.

    Sedih bila mengenangkan anak2 yg 3 org itu. Saya istikharah 2 bulan. Dan akhirnya meminta utk dilepaskan kerana padanya zina adalah cara hidup moden dan dia tidak merasa bersalah atas apa yg dia lakukan.
    Saya perlu role model yg baik utk anak2. Yg solat dan bercakap baik dgn kami. Tidak dinafikan dia memberi nafkah zahir dgn baik namun nafkah batin lebih suka diberikan kpd yg haram. Dan saya tidak mahu risiko penyakit kelamin.

    Salahkah saya utk meminta diceraikan?

    Saya redha. Ini ujian saya. Namun sukar rasanya utk membuang rasa sedih itu.

    Betul. Tahajud memberi kekuatan. Dan betul, iman manusia ada pasang surutnya.

    Bantulah saya. Saya merasa seolah makin lemah. Lebih2 lagi bila urusan kerja telah selesai. Siang bertahan. Malam menangis padaNya. Kesihatan mula terganggu.

    Mohon doa kawan2 utk saya tabah harungi ujianNya.

    Reply
  12. Bagaimana klu sihir yg menjadi penyebab nya?Suami saya lansung tak pulang hampir 5 bulan.Saya ada berikhtiar cara perubatan Islam tp keadaan tak berubah.Saya sendiri berusaha dgn zikir2 dan ayat2
    Al-Quran yang di anjurkan.Berbagai pertunjuk diberi melalui mimpi…antara mimpi nya suami mengatakan dia di sihir…Saya terlalu sedih

    Reply
    • As Salam puan. Itu adalah satu ujian daripada Allah untuk melihat kesabaran puan. Jangan berputus asa ya =)

      Reply
  13. Assalmualaikum.. ustaz….sy baru kehilangan isteri yag dicinta kerana di tuduh menggelapkan wang syarikat dan telah dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan.. walaupun dia di persalahkan atas surat kuasa… sy sangat sebak melihat tangannya digari.. dan dibawa ke penjara wanita kajang… naluri sy sebagai suaminya merasakan dia teraniaya dengan syarikat yang ingin menuntut insurans atas kehilangan wang projek.. dan sy tidak nampak sedikit pun kemewahan yang diambil daripada syarikat itu.. namun sy redha dengan dugaan yg Allah turunkan.. cuma hati sy kurang tenang dalam kehidupan seterusnya kerana.. sy kena bertanggungjawab membesarkan anak2 seramai 4 orang berusia 10 tahun hingga 4 bulan… saya sebak melihat muka anak2 sy yg memerlukan kasih sayang ibunya… jika sy tenang dan jika sy melihat gelagat mereka saya sedih.. tapi Allah memberi sy kemudahan dalam menbuat ibadah seperti ke mesjid atau majlis yassin… anak sy yg berumur 4 bulan, dijaga oleh kakaknya yg berumur 10 tahun,, mgkin inilah hikmah yang Allah bagi kat sy… minta ustaz beri pandangan keadaan sy ini…

    Reply
    • As Salam.. Saya harap tuan tabah dan sabar menghadapi dugaan yang berat seperti ini. Tapi yakinlah, tuan akan jumpa hikmah disebalik ujian yang Allah beri, cuma tuan kena lapangkan dada dan tidak berputus asa kepada-Nya. InsyaaAllah

      Reply
  14. T mampu ku berucap saat aku baca hanya air mata yg dpt mewakili ap yg hendak aku tuliskn. Begitu jauhnya diri ini dgn kberadaanmu ya Tuhan…!!!!
    !

    Reply
  15. subhanallah..terima kasih atas perkongsian ini.sangat membantu saya yang sedang merawat hati. Jazakumullahukhairan kathira

    Reply
  16. subhalloh….syukron katsir….
    saat ini hati ini terasa perih…suami tiba2 menghilang tak tau dimana….
    Alhamdulilah saya juga menerapkan tips diatas,…
    Alhamdulilah bisa membuat hati tenang…

    Reply
  17. saya bekas isteri kedua yg di aniaya oleh bekas madu dan mertua. bekas suami ternyata lelaki yg tidak berdaya, hanya mampu mengikut telunjuk. akhirnya saya di ceraikan melalui SMS. melalui kepahitan demi mengubat hati, saya amalkan semua yg disebut di atas. sedikit sebnyk mampu mengubat hati sendiri. mohon saya tambahkan satu lagi tips yg ternyata cukup berkesan buat diri saya. Saya amalkan membaca mathurat pagi dan petang. sekadar berkongsi :)

    Reply

Leave a Comment