Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. As salam…ustaz sy berumur 36thn d mempunyai 5 org anak…masalah sy ialah sy rasa ragu2 dgn kejujuran suami sy…. sy tggl d mlk manakala suami pula bkerja di sabah… sejak bkerja di sana suami sy byk brubah…dulu selalu hubungi sy…tp skrg tdk lg…alasannya sibuk dgn kerja…allah tue maha kuasa…bila bil hphone sampai sy check d dpti dia ada mjlnkan hubungan dgn wanita d sana…bila di tya katanya urusan keje…x msk akal sampai pkl 12tgh mlm bbincang psl keje…ht sy betul2 hancur… apa yg patut sy buat?

    Reply
  2. Assalamualaikum ustaz,, sbnarnya saya tramatlah kecewa dgn sikap adik beradik saya,, sya mrsakan saya tdk dihargai sbgai seorang adik,. saya sentiasa trsenyum dgn mreka tetapi dalam hati saya hanya ALLAH yg tahu,,. saya mohon nasihat daripada ustaz

    Reply
  3. Assalamu’alaikum :)
    Terkadang ditiap mlm hari sy menangis lq nginget dia, tapi saat sy sendiri sy nangis, lq ngumpul bareng temen2 serasa sy gk ada inget siapa2 kecuali Allah, nah apakah baik sy menangisi org yg blm tentu jadi mahrom sy ?, mohon solusinya dan sarannya :)

    Reply
  4. Jazakallah ustaz atas perkongsian. Sy ingin minta nasihat ustaz mahupun rakan2 di sini. Saya berkahwin suka sama suka. 9thn. 3 org cahaya mata. 1/5 shj kos saraan di bwh suami memandangkan sy bergaji lebih.

    Sblm ini suami pernah bcinta ttp dicantas oleh sy. Kami berbaik dan sy akui punca mslh juga dr sy yg tidak melayan suami dgn baik.

    Kini kami bermasalah lg. Suami bhijrah ke KL utk mbina kerjaya. Namun 2bln lepas suami bcinta lg.gadis tsebut tidak tahu status suami. Bila terbongkar, sy minta suami memilih. Bermadu itu bknlah pilihan kerana dr segi kewangan suami mmg tidak mmpu.

    Malangnya, semasa suami kembali ke KL, mereka telah bzina. Bagi sy, cukuplah sampai di sini. In shaa Allah… sy mmpu menyara hidup sy dan anak2.

    Adakah sy terlalu ego? Sepeninggalan suami ,tidak lgsg dia btanya khabar saya mhupun anak.

    Reply
  5. Asalamualaikum wr wb
    Alhamdulilah atas segala yang ku alami sekarang ini
    hamba hanya bisa pasra kepadamu segalanya ya ALLAH mungkin inilah sebuah ujian
    da cobaan semoga jah ada khikmah nya AMIN Yaroball amin

    Reply
  6. Asslamualaikum..

    Terima kasih atas perkongsian yang diberikan. sungguh bermakna. saya sedang di dalam kekecawaan yang amat sangat apabila hubungan yg dibina bertahun tahun hancur sekelip mata gara2 teman lelaki saya berjumpa dgn gadis lain lalu meninggalkan saya.ini adalah kai ke 3 dia tinggalkn sy utk perempuan lain. tetapi, apabila mmbaca komen2 diatas, sesungguhnya kekecewaan saya hanyalah kecil jika dibandingkan ape yang diceritakan oleh orang lain di atas.
    Allah sayangkan sy. Dia mahu saya sedar bahawa dia bukanlah jodoh yg terbaik utk saya. Sekarang, sy cuba untuk baiki diri saya supaya dekat dgn Allah.

    Reply
    • As Salam.. Beristigfar dan ucapkanlah syukur. Maybe itu reason atau hikmah yang Allah nak tunjukkan bahawa lelaki itu bukanlah lelaki yang baik untuk awak jadi calon bakal imam awak..

      Lihat perkara ini dari sudut positif ya?

      Reply
  7. Assalamualaikum ustaz..saya sebenarnya buntu tentang perjalanan hidup saya.saya baru habis degree n berumur 26, n masih tidak mempunyai kerjaya..plan saya sebenarnya adalah berkawin after habis belajar tetapi tunang sy mepunyai masalah iaitu sakit “perbuatan sihir”. saya dah bertunang hampir 1 tahun lebih dan dah mengenali nya hampir 7 tahun.tunang saya dah banyak kali berubat tp masih tidak baik..perbuatan sihir (orang yang suka dekat saya yang buat) tu sebenarnya ditujukan oleh saya tetapi tunang sy kena n sakit sedang kan saya tiada effect apa2 .adakah pernah berlaku perbuatan sihir seperti ini?dan apakah patut saya lakukan kerana family saya suruh minta putus dengan nya apabila tahu tunang sy sakit dan menyangka tunang saya tidak akan sembuh…ada kah perlu saya minta kata putus sebab sy masih sayang tunang saya dan patut ke saya tinggal dalam keadaan yang mcm ni?tunang sy skrg xboleh keluar rumah n kerete n kerjanya terabai..minta pandangan ustaz…

    Reply
    • As Salam.. perkara ini adalah perkara yang besar. Apa yang terbaik adalah lakukan perbincangan antara dua pihak keluarga agar dapat mencari penyelesaian terbaik dan memelihara ukhwah

      Reply
  8. kadang2 masalah hati perempuan…tempat yg betul2 fhm adalah org perempuan jugak..sy xde kisah mcm di atas, cma sy di ganggu oleh suami org walau dh berbuih2 sy marahkan dia..mesti jugak dia datang. actually sya kenal baik ngn dia seblum dia kawin, lps dia beritahu sya dia nk kwin..terus sy hilangkan diri kerana kecewa.tp dia ni ttp jugak mencari sy walaupun dh kawin…xbyk respon dia bg walau pjg lebar sy menolak..panggil banyak pn” ok…xpe la…” ini pun sy xfhm..sy akui sy masih ingatkan dia…tp peristiwa ngeri( dia berkahwin) xmampu sy padam..kdg2 terfikir jugak sy untk berkwan semula dgn dia tapi sy fikir banyak buruk dari baik, buruknya akan kena pada saya, sya takut sy kembali meletak harapan pada dia,..takut mcm2..paling takut…kalu2 dia dh endahkan sya suatu hari nanti, jdi lebih baik xberkawan langsung…bila sy baca di sini, sy rasa mmg xptut berkwan dgn suami org yg kita ada hati dgnnya, pulak dia tau kita ada kat dia…bahaya..!! bila ada masalah..pasti lelaki tu akan cari kita dan kita pn akan sedaya upaya menenangkan dan membantu lelaki tu. Sy pk dalam2 sy taknak suami saya kelak mcm ni…jd lebih baik sy jaga diri sendiri. Sy sedih dan simpati dengan cite2 di atas..saya doa Allah beri petunjuk kepada isteri2 yg dpat suami macam di atas,..apakah jalan terbaik? ada org kata…kita kena trus bersabar dan berdoa? tapi smpai bilia? ada org kata sampai bla2…tapi bila sy bukak buku motivasi la tahzan sy beli..penulis ada bgtau..”jangan tangguh lama2″…ambil tindakan segera..penulis mengaitkan cerita seorg lelaki yg menceraikan isterinya setelah 6 thn bersabar…dan perbuatan itu adalah tidak patut. Saya tidak mencadangkan perceraian…tp memohon Allah memberi petunjuk..lambat laun akan datang jua pertolongan.Seperti sepupu saya yg selalu di pukul selama 10 thn, dia ttap berdoa..hingga keluarga masuk campur dan mereka di pisahkan.dia redha menerima walau sakit kerana masih syang…menderita kerana suami tu pn mahu bersama kembali, tetapi beliau nekad dan tak mahu lagi sakit hati mcm dulu..skrg dia pn dh bertemu jodoh baru yang lebih baik dari suaminya dulu…ada juga yg berubah setelah sesuatu berlaku pada si suami dan isterilah yng menanggung segala susah..akhirnya dia insaf dan setia semula…begitulah harapnya…sy turut igtkan diri sya supaya kita semua tak berhenti berdoa….

    Reply
    • As Salam.. Sebaiknya jauhkan diri dari lelaki tersebut dan terangkan secara jelas yang awak tidak mahu ada apa-apa kaitan dengannya lagi dan minta dia menjaga rumah tangganya. Kita bimbang jikalau awak yang akan menjadi mangsa keadaan nanti.

      Mintalah petunjuk dan pertolongan daripada Allah, InsyaAllah He will guide you =)

      Reply
  9. Assalamualaikum ustz,, sy buntu dgn mslh yg sy hadapi skrg.. sy trlalu rasa kecewa yg tramat sgt.. sy dah berkahwin slma 5thn.. dan dikurniakn 2org ank lelaki,, swktu sy lps bersalinkn ank ke duo thn lps.. suami sy tlh menodai seorg pljr die d sek. Dan akhir nye tlh berkhwin dgnnye tnpa pgetahuan sy,, sehinggalh allah tunjukkn sy yg suami sy tlh brkhwin laen semasa sy mseh sket bersalin.. suami sy dlu nye seorg yg sgt baek dan soleh,, sy xpnh mnygka die kn buat prkara ni.. sy dh berusaha mnjdi seorg istri yg solehah,, sy x brkrja smta2 tuk jga kprluan suami dan ank2.. sy dh berusaha jd istri yg trbaek.. tp akhirnye sy trpkse bermadu dgn seorg pljr dbwh umo… sy sygkn suami sy.. sgla nasiht yg tlh cube smpikn pd nye die wat xendh je.. sy pasrah dan cube redho ngn ketentuan allah… dan stiap hari sy sgt2 sket bile mgenangkn prbuatan suami sy.. tp sy cube bersbr dan berserah pd allah.. dan allah dh tunjukkn jln pd suami sy yg bdk tu xbaek tuk die.. bdk tu tlah curang ngn die brsma lelaki laen dan mrk dh brcerai.. sy igt ujian ni smpi situ je.. tp sbleknye apbila bdk tu merayu2 pd suami sy dblkg pgetahuan sy mntk suami sy rjuk die blek dgn alsan suami sy xbg masa pdanya.. dan ugut suami sy tntg prbuatan mrk tuk crita pd sy hal yg sbnr smpi nk mreport polis dan memalukn suami sy blek.. dan akhirnye suami sy tnpa brbincg dgn sy die mrujuk kmbli pljrnye itu tanpa pgetahuan sy dan menipu sy sehingga 6bln dgn kuasa allah,, sy dpt mimpi yg suami sy tlh rujuknye kmbli.. tp yg mnyedehkn sy bile sy critekn mimpi sy suami sy cube tngkn sy dan mnafikn prbuatan die.. die ckp sy jgn mudh prcyekn mimpi,, jgn prcye kata2 org.. sy cube brsbr lg.. dan allah maha kuasa,, xlama slps tu mak sedara bdk tu call sy mntk sy dtg jmpe die sbb katanya suami sy nk pasang seorg lg.. sy tramat2 kcewa bila thu hal yg sbnr.. pd mulanya sy xbrp pcye sbb suami sy buat2 jujur ngn sy smpi sy xbleh syak pape pun.. sy g tmpt mne yg suami sy prgi dan trbukti benar ape yg dkatakn mak sdara bdk tu.. hampa hti sy bila dpt thu sumuanye.. sy dktkn dri ngn allah.. sy berserah pdnye.. tp ustz,, sy xbleh nk redho ngn sume ni.. sy dtipu bulat2.. sy prnh lari tinggalkn suami sy dgn dunia dia spya allah bg ksedaran pdnye,, tp apa yg sy dpt ptunjuk dri allah mntk sy brthn lg bahtera yg tggal nk karam d tgh2 lautan ni.. sy ksian kn ank2 yg mseh kecil mahukn ksehsyg kami.. dan suami sy dh brjnji xkn tipu sy lg sbb suami sy tipusy sbb die xnk sy kcewa klo tau hal yg sbnr.. die seorg yg tggi pgaggann agama sy cube lg brthn dgn sume ni demi ank2 dan sy mseh sygkn suami sy.. sy xnk die hncur krn bdk tu.. bdk tu seorg yg sosial dan brlatar blkg yg xde didikn agmadan kluarga yg brpch blh.. suami sy ckp die penin ngn sikp bdk tu.. sjk bdk tu hdir dlm hdup kami.. sgala nye allah uji kmi dgn plbgai fitnh dan tomahn.. sy lah yg selalu kne ngn msyarkt.. dsmping tu antra pnyebab sy xleh trima die dlm hdup sy sbb die xpnh hrmt sy sbgai istri prtama.. mlh, bile suami sy bg lbehkn masa ngn sy dan ank2 demi nk pjuk sy agr jgn tggalkn die.. bdk tu melemparkn berbgai2 tomahan dan cacian trhdp sy.. suami sy mrhkn die.. tp trnyata hnye ddpn suami sysje die cube blkon demi nk merebut kmbli kseh syg suami sy.. sy xmmpu nk berbuat apa… sy sdeh sgt… smpailh mak mrtua sy tau, die tlah mghalau suami sy dan suh ceraikn istri ke2nye,, sy xpnh bkk mulut dan crite pape pun pd mrk.. tp allah yg tnjuk sndri.. skrg ni mslhnye suami sy dh sedar dan twar hti pd bini ke2nye,, tp xbleh nk lpskn bdk tu sbb dh mgndung 3bln.. sy harus bgaimna tuk slmtkn kluarga sy… suami sy nikah di thailand sbb bdk tu baru 14thn.. dan skrgni suami sy hadapi mslh pling berat sbb mseh blm report dan uruskn surat nikh mrk.. yg sdehnye.. sy jga tempias nk hadapi sume ni.. mgkin suami sy ke pnjra dan dbuang krje,, @ mgkin prlu byr bribu2 demi tuk slmtkn nma ank suami sy ngn bdk tu,, sy buntu.. sy harus wat ape bg mak mrtua sy trima kmi smua dan sy bleh hdup bahagie..

    Reply
  10. As salam. Saya memang mencari artikel ini untuk memujuk hati. Baru-baru ini saya terbaca mesej dari seorang perempuan yang bernama aisyah. Antara mesejnya ..”abg…nanti dia syak”.. Bila saya tanya suami katanya aisyah adalah ex-student di di Poly. Yang mengecewakan saya adakah ex-student boleh memanggil “abg” pada lecturernya yang telah berumur 54 tahun sekiranya tiada perasaan sayang. Saya juga mencari artikel “bagaimana menangani suami curang dalam konteks islam” untuk dibuat panduan dan pedoman bagi saya mengatasi masalah ini.

    Reply
    • Harap puan dapat bertenang dan membuat pertimbangan yang baik. Jangan sampai terkasar bahasa kerana bagaimanapun dia adalah tetap suami puan.. =)

      Reply
  11. Salam. Dengan izin Allah setelah mengikuti tips dlm blok ni hati saya menjadi tenang. Syukur pd Mu Ya Allah. Terima kasih Ustaz Muhamad Naim.

    Reply
  12. Assaalamuallaikum “sangat bermanfaat”sukron Ya Akhui Muhamad Naim….InsyaAllah banyak yg mengaalknnya..aminya robbal alamin

    Reply
  13. Assalamualaikum , ustaz, nak tanya sikit macam mana kalau hati ni kekandang teluka sebab tindakan ibu bapa ? kadang-kadang tak tertahan jugaklah hati ni . . apa nasihat , pandangan ustaz . Nak marah, kate ibu bapa kita kan ? tak boleh marah-marah , takut derhaka pulakk . . kalau kita wat perkara betul tapi tetap dipandang salah je kat mata ibu bapa ni , mcm mana ye nak atasi , dengan sakit hati nye lagi .

    Reply
    • Sebaik-baiknya jika memberitahu ibu bapa dengan cara yang baik. Jika rasa tidak mampu, ada baiknya diam dan menjauhkan diri sahaja.. Dari kita pula yang terkeluar kata-kata yang mengguris hati..=)

      Reply
  14. xtau macam mana saya boleh terjumpa link ni.. mungkin Allah nak saya baca =)..
    Hati kecewa dan sedih skrg tapi saya akan cuba kuat.. terima kasih

    Reply
  15. Assalamualaikum .
    Ustads saya mau cerita .
    Pada saat seblum ulangan saya selalu udah bljar dam memahami .
    Pda ulangan , semua itu hilang dan saya lupa .
    Sehingga itu membuat beban mental saya sebagai cewek sendiri di klas dan malu sekali sama gurunya .
    Itu bagaimana ustads . ?

    Reply
  16. salam.sy dh berumur 27 thn dan belum menemui jodoh lg,sekarang nie amat tertekan apabila semua org bertanya soalan bila nk kahwin?hinggakan ibubapa sy selalu mendesak dan selalu bertanyakan ttg hal nie..masalahnya bukannya sy x berkawan tp semuanya x berkekalan hinggakan sy betul2 dh malas nk bercinta lg.untuk pengetahuan ustaz sebelum nie sy dh lama menangungg penyakit sihir sehinggakan sy jd antisosial,jd pendiam,nk kerja pun dah tak ada mood,kalau berkawan dgn lelaki pun pasti takkan kekal lama. kadang2 hati nie jadi x tenang.apa yg patut sy buat?

    Reply
    • Wassalam… Pada pandangan saya, ada baiknya saudari jangan berputus asa untuk mengubati “buatan sihir” tersebut. Sentiasalah untuk positif untuk menunggu kebaikan dan hikmah yang bakal Allah tunjukkan..

      Hanya perlu yakin =)

      Reply
  17. Assalamualaikum…trma ksih ustaz kerana b’kongsi ilmu…s’sungguhnya saya adalah golongan org yg kecewa,t’luka dan tdak tenang m’mikirkan masalah yg saya hadapi…saya dan suami dah b’khawin slama 3thn dan di kurniakan 2 org cahaya mata…tetapi suami saya jatuh cinta dgn kwn saya sndiri yg juga tunang org…saya kecewa,terluka bila dia ckp yg dia suka dgn kwn saya ttapi dlm pada masa yg sama dia syg dgn saya…saya sngat kecewa dan t’luka ustaz stiap kali saya fkir masalah ni air mata saya slalu m’galir…hati saya hancur bila d khianati oleh org yg saya syg….saya harap dgn ilmu yg ustaz berikan dapat m’nenangkan hati saya..

    Reply
    • Wassalam.. Puan, jangan beranggapan sedemikian, kerana sy juga insan biasa seperti puan yang sentiasa khilaf dan lemah. Hanya Allah sahaja yang mampu memberi ketenangan kepada hamba-hambanya.

      Puan mohonlah kepada Allah agar dikurniakan ketenangan hati. Muhasabah diri dosa2 yang lalu dan sentiasalah untuk bertahajjud ditengah malam =)

      Reply
  18. As’ salam.. terima kasih ustaz kerana sudi berkongsikan ilmu kpd kami utk mengatasi masalah ini. Tetapi sy bukanlah tergolong dalam golongan yang di kecewakan , cuma saya hanya mencari ketenangan dihati. Kerana kadang kala ketika solat fikiran sy diganggu utk memikirkan hal didunia sedangkan ketika itu sy menghadap yg Ehsa. Kadangkala sy berasa iri hati pada pencapaian orang yg lebih berjaya pada saya. Kemunginan itu merupakan salah satu faktor saya tidak mendapat ketenangan hati. Sy ingin meminta tips dari ustaz utk menghindari masalah yang sy lalui ini. Terima kasih.

    Dari
    Gadis celaru

    Reply
    • Wassalam.. Mayb awak patut bace novel karya Hlovate, Contengan Jalanan.. ada “sesuatu” dalam novel tu yang megajar tentang ketenangan dan kehidupan =)

      Reply

Leave a Comment