
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Tips supaya mudah nak bangun
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup:
Bagaimana?
Rasa masih belum kuat?
Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:
- Bagaimana Menguatkan Hati bila rasa Lemah itu Menjengah?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
- Ujian Daripada Allah
- Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.
Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)
asslm semua. saya ingin nasihat dari ustaz. saya dah menjalani hubungan dgn kekasih selama 4 tahun,pada mula nya dia memang baik memang seorang yang mengambil berat. dlm masa yg sama,kami telah telanjur ke lembah zina,dan sy sgt menyesali nya.sekarang dia 24tahun dan sy pula 20tahun, dia menggangur dan mengharapkan perbelanjaan dari ibunya, hari semakin hari sikap nya berubah sehinggankan dia menjdi seorang yg tidak btggngjwab, dan tidak melayan sy spti kekasihnya. berulang2 kali dia mengecewakan saya, sehinggakan meninggalkan sy tanpa kabar berita. tpi dia mula berubah ketika dia sakit dan memerlukan sy, tpi selepas sembuh dia kembali ke prangai lamanya. selama ini, hanya sy yg mempertahankan hubungan ini.sy terlalu sygkan dia dan bersedia utk berkahwin dgnnya,ttpi ada sahaja alasan nya.sekarang dia telah meninggalkan sy tanpa berita sdgkan baru mggu lepas kami baik2 shaja. mohon nasihat nya dari kalian.sy sungguh buntu dan sedih atas pengorbanan yg telah sy lakukan.setiap lkali sy cuba utk melupakannya, pasti akan sedih dan sakit. dia akan cari sy balik kalau sekian lama kami tidak berhubung dan pada masa yg sama,saya telah melangkah kehidupan baru,apa bila dia muncul semula, saya pun terpedaya. mohon nasihat.
salam ustaz..terima kasih atas tip2 yang ustaz berikan diatas.ia sedikit sebanyak dapat membantu siti dalam menyelesaikan masalah yang siti sedang alami ktika ini.semoga ALLAH tunjukkan jalan yang btul buat siti dan ank2
Alhamdulillah =)
Tq..tips yg sgt berguna..
Assalammualaikum ustaz, saya memohon pertolongan pendapat dari ustaz, saya bekerja di perantauan ustaz..di negara saudi…pada mula saya dtg ke sini saya begitu kuat utk harungi cbaran2 disini..tetapi bila tibanya disini saya menyedari bahawa saya tak sekuat apa yang disangka..saya seperti jatuh tersungkur, tekanan di tempat kerja, rasa amat rendah diri…dan sebagainya….saya perlukan sokongan…tapi sampai bila kita perlu org lain mnyokong kita..saya mahu baiki kelemahan diri..tapi saya tiada kekuatan..saya nk cri kekuatan itu balik…tapi tak terdaya..tolong ustaz..bg doa atau sebagainya..utk saya atasi dugaan ini..
Wassalam.. Insyaallah, tiada yang perlu dirisaukan. Masa akan memperkuatkankan. Ibarat berlian, terhasil dari masa dan tekanan yang tinggi..
Tabahlah dan bertahanlah, Allah sentiasa ada untuk awak =)
Assalammualaikum ustaz terma kasih bg nasihat..saya mahu bertanya…saya tidak serasi dgn rakan serumah..kerana dia mulut laser..dan saya mudah tersentuh ustaz…jadi salahkah saya bila membertahu kpd org lain bahawa saya tidak tahan dgn sikap dia…sbb saya terlalu stress ustaz….kdg2 saya rasa berdosa..tapi saya manusia biasa ustaz…x mampu nk mnahan rasa sakit hati..apa perlu saya buat ustaz
Wassalam.. banyakkan berzikir ya. Mudah-mudahan dapat menyejukkan hati =)
Selain itu, sentiasalah dalam keadaan wudhu, kerana wudhu mampu memadamkan api kemarahan =)
as salam,
saya dah hampir setahun hati gundah gulana dan jiwa merana..ini krn sy alami tekanan hebat di tmpt kerja..skrg sy jadi seorang yg antisosial..suka memencil diri dan selalu memikirkan apa nak jadi sgn sy..umur dah masuk lewat 30an..selalu pk apa nak jadi kat anak2 dan org rumah sy..sudah merata cari kerja lain tp masih tidak berhasil..saya sgt buntu dan x tau nk buat apa lagi…apa yg menambahkan risau sy ialah sekarang sy menjadi pelupa.. tlg bantu bg siapa yg punya masalah sama..
jiwa_resah,
banyakkan menjemput rezeki….selawat setiap masa dan bersedekah secar konsisten walaupun seringgit sehari
Ya, benar kata HanaKhairi..
Assalam ustaz, buat masa sekarang saya tidak berkerja, dan duduk di rumah sahaja. Sekarang ni saya selalu teringatkan zaman2 dulu, mase saya kecil2. Zaman kesusahan saya mase dulu, dari kecil hingga sekarang. Kerap sangat, apa mungkin sebab saya xde kerja nak buat sebab tu teringat-ingat masa dulu2. Dosa2 saya yang lampau, kesalahan dalam membuat keputusan masa dulu dan banyak lagi,semua ni mmbuatkan saya lagi bertambah sedih dan menyesali apa yang berlaku, kenapa ustaz? Atau pun ada petanda lain?
Alhamdulillah jika awak masih dapat ingat tentang dosa2 yang pernah kita terbuat, itu maknanya Hati kita masih peka dan lembut untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan..
Allah nak awak kembali dekatkan diri padaNya.. Maka jangan lepaskan peluang ini kerana Dia sayangkan Awak =)
as salam ustz sy ni seorg isteri punyai 3 org anak, sy bekerja n telah 7 thn bernikah. tapi suami sy x tau tanggjwb dia yg sebenar benarnya. slama sy nikah ibarat sy yg kena tanggung sume perbelanjaan. bl sy cuba berbincang sy hanya disalahkn. dia jg suami yg panas baran dia jg pernah berkasar ngan sy. skrg ni dia da x blk umah kerana punyai kekasih luar dan da x peduli ngan sy n anak2. sy sgt keliru. sy pernah minta cerai tapi dia selalu kata sy ni yg x betul dan abaikan sy n anak2 berbulan2.pmintaan sy tu dijdkn alasan utk dia x blk umah n abaikn sy. sy sgt x paham sedangkn nafkah anak2 pn dia x peduli ni kan pula sy . sy rs sgt kecewa dan tertekan utk mengambil tindakan yg spatutnya.jiwa sy x tenang kadang rs sgt bersalah. adakah amalan sy selama suami sy ni x blk umah x peduli ngan sy anak beranak tidak diterima Allah. apa yg sepatutnya sy lakukan.
As Salam.. tidak, awk tidak menanggung dosa suami awak. Malah sebaliknya, kerana yang sebenarnya suami adalah pemimpin kepada keluarga, yang memberi nafkah dan perlindungan..
Seeloknya awak panjangkan kes ini ke Jabatan Agama demi masa depan anak-anak awak =)
Saya sangat sedih sekarang ini, dengan hidup saya yang belum stabil, sy Da berumur 25 tahun, melihat rakan lain sudah berkahwin, berkereta dan sudah berkejaya, tapi saya masih menggangur, xde harta, xde kereta tiada ape yang membanggakan. Dah mcm2 cara saya buat untuk mndptkan perkerjaan yg sesuai, sedangkan sy mmpunyai ijazah. Sy juga bersedih sebab masih lagi teringat kan exbf saya walaupun dah 2 thun lebih kami berpisah kerana tiada kepercayaan lagi, die pnh dtg pada saya dan mengajak sy berkahwin tp sy tolak kerana fikir kn hidup saya belum stabil dan menyenangkan masalah dulu belum selesai tp die sudah mengajak sy berkahwin. Dan sekarang saya hanya mampu menangis mengenangkan nasib saya, hanya pada Allah SWT tmpat saya mengadu
As Salam saudari, jangan terlalu mengeluh ya? mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita..
Insyaallah, jodoh saudari hanya tertangguh, tiba masanya Allah akan mudahkan jua. Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive ya :)
Akhir2 ni saya salalu kecewa.. Krna org yang saya cintai slama bertahun2 ni.semakin berubah.semenjak dia ikut gabung club motor nya.dan semenjak dia dikenalkan oleh seorang wanita oleh teman2 nya dia berubah.apa yang harus saya lakukan. Agar saya dapat meninggalkannya.
Berterus-terang. Itu jalan yang terbaik, insyaallah.. =)
assalam ,ustaz sekarang neh sy rase keliru dgn perasaan sy. 3 tahun sy berkawan dgn dia, sampai masanya dia nak masuk minang sy bulan 11 neh. sy tak yakin samada jadi ke tidak,segala persiapan kami dah mula siapkan sikit2, tapi entah kenapa sy rase kurg yakin, samada dari hati atau belum bersedia. 1 sisi lain sy nak sgt jadi isteri dia, hidup bersama ,jage makan minum dia. dan sejak akhir2 neh sy merasakan dia kurang memahami sy, apa cara terbaik untuk sy ustaz ?
Mungkin itu adalah permainan syaitan semata-mata. Banyakkan berdoa minta Allah beri petunjuk dan ditetapkan hati insyaallah.. =)
Sy pernah kecewa dan hubungan putus di tengah jalan akibat tiada restu ibu bapa setelah 10 tahun bercinta. Sy redha dgn ketentuan Allah. walaubagaimanapun tiba tiba ahli keluarga sy memperkenal kan seorang lelaki yg pada pandangan sy tidak sesuai dengan jiwa sy. Lelaki tersebut juga mengaku bahawa dia telah banyak melakukan kesilapan dan mempunyai masa lampau tersendiri. Ada kah perlu mempertimbangkan lelaki tersebut kerana dia telah pun berubah sedikit demi sedikit dan berniat untuk meminang sy dalam masa terdekat. Sy buntu. Adakah ini ujian dari Allah sekali lagi..?
Lakukan istikarah, banyakkan berdoa. Semoga Allah membimbing awak membuat pilihan yang tepat =)
as salam ustaz. dulu saya seorang yg sgt jahat di sisi allah. hilang pertimbangan dalam hukum hakam agama(pergaulanb bebas dan berzina tapi skrng saya sedar dunia hanya skjp utk dilalui. alhamdulillah allah telah beri saya petunjuk utk kembali kpd-Nya. hati saya terlalu lemah apabila memikirkan dosa dosa lalu dan sering menagis.saya betul betul insaf dan bertaubat. saya mengharapkan agar satu hari saya ditemukan dgn jodoh yg dpt membimbing ke arah kebaikan, menuju ke jln allah dan dpt menerima saya seadanya. di dalam al quran juga allah menjanjikan perempuan yg baik utk laki yg baik, perempuan yg jahat utk laki yg jahat. persoalannya adakah saya kelak akan di jodoh dgn laki yg tdk baik walaupun saya telah berubah?allah akan memberikan balasanyg setimpal atau memakbulkan doa saya tk menemui laki yg baik?
kesilapan–> ***memakbulkan doa saya untuk menemui jodoh yg baik?
As Salam.. persoalan ini tiada jawapan sebenarnya bagi saya.. Hanya Allah yang menentukan.. Apa yang pasti, soal jodoh adalah dikategorikan sebagai takdir yang boleh diubah dan kita boleh berdoa serta berusaha untuk mendapat jodoh yang baik..
Assalamualaikum. Ustaz sy nak mintak pndgn. Lari tajuk sikit. Maaf ye. Sy ade masalah dgn abg kandung sy. Haritu sy cuba nak defend mak sy sbab die taknak tolong mak sy tebang pokok. Mak sy mase tu luahkan pada sy yg die asyik main game je bila mintak tolong taknak tolong. Bila sy masuk dalam rumah rupanya mmg betol die tgah main game. Jadi sy cakap dgn die kau tolonglah mak tu. Ustaz tau die buat ape, die tolak sy dan die kate kau jgn ingat kau bagus sgt. Sy taktahu kenapa die buat cmtu. Die tak penah2 mcmtu. Die solat ckup cakap pasap agama pandai tapi bile die buat camni tibe2, hilang respek sy kat die. Pastu tadi sy cuba bincang dgn die depan mak. Kite nak selesaikan cara baik. Sy pulak yg mintak maag kat die
Ustaz tahu die boleh marah sy. Die kate die taknak amik tahu apa2. Die cakap sape sy utk menghukum die. Sy bukan Allay. Sy cuba nak menjernihkan keadaan yg keruh supaya tak jadi lebih buruk. Sy pula yg kena mibkntak maaf kat die ust. Die pulak nak marah2 n tnggikan suara. Ape perlu sy buat ustz? Sy tak sangka ego die setinggi camni. Kami tinggal sebumbung. Die first time cakap sy bodoh. Ya Allah. Die tak sedar kw sume ni salah die. Kenapa die susah sgt nak mintak mf. Hubgn dgn Allah baik, tapi kalo hglbungan gn manusia tak baik tak tentu syurga jugak ust. Ape yg perlu sy buat? Sy taktahu ape yg perlu sy buat skrg. Die boleh cakap sy mcm bagus nak nasihat die. Sy cuba nak mnjernihkan keadaan je.
As Salam.. awak sudah cuba untuk berbaik, menghulurkan kemaafan dan menjernihkan keadaan, tp pihak sana yang tidak mahu menyambutnya.. Kadang2 kita tidak mampu mengubah seseorang mengikut apa yang kita harapkan, kerana perlu kita ingat adalah hati setiap insan itu Allah yang pegang..
Apa yang boleh awak lakukan sekarang ini adalah berdoa agar dia dilembutkan hati dan tidak putus asa untuk berbaik dengannya.. :)
Assalamu’alaikum…sy tengah dilanda kekecewaan. Sy juga keliru dgn apa yang patut dibuat…sebulan sebelum puasa, sy ada berdoa semasa umrah,spy Allah kurniakan sy dan kakak sy jodoh tergolong dari golong org yang baik baik yg boleh membimbing kami…Alhamdulillah sebulan sesudah sy pulang Allah temukan sy dgn seorang lelaki yg sungguh menepati ciri ciri lelaki yg sy pinta. Tapi dia sudah berkahwin. Jadi sy pun mengundurkan diri…banyak kali sy beritahu diri sy spy kuat utk tidak melayan lelaki tu..die sering kali dtg ke rumah memujuk sy utk berkawan..sy x mahu..sampai keadaan terlewat bila isterinya dapat rasakan yg suaminya ada hati dgn perempuan lain. Sy menjadi mangsa keadaan dicaci maki sbgainya. Sy hanya beradu kpd Allah…memohon yg terbaik utk semua..sy buat istikarah, sy bina hubungan yg lebih kuat dari Allah..sy minx petunjuk Allah..maha kuasanya Allah tu apabila suatu hari tu sy berdoa minx Allah tunjukkan jika dia jodoh sy, tunjukkanlah dan jika bukan, berikanlah aku yg terbaik…sebaik sahaja selepas doa sy diaminkan..lelaki tu muncul didepan rumah sy setelah beberapa hari menghilangkan diri dari semua org. Sy ambil itu sbg petunjuk Allah..tetapi sy abaikan istikarah sy atas sbb dia suami org. Telah dia nyatakan hasratnya utk menjadikan saya Zaujah yang ke -2. Dia pun sudah bawa sy berjumpa bersama ayahndanya utk meminta restu dan ayahnya merestui niat lelaki itu utk berpologami. Keluarganya pun sudah redha tetapi isterinya masih tidak redha dan asyik menuntut cerai…jadi sy mengundurkan diri kerana sy tak mahu merosakkan masjid yg telah dibina. Tetapi hati sy kuat mengatakan yg inilah jodoh sy…sy tidak berniat utk merampas..kesemua ini sudah ditulis oleh Allah. Jadi sy cari cara menenangkan hati yg kecewa..Alhamdulillah..sy jumpa blog ni. Sy harap hati ini akan diubati x lama lagi..dan Allah akan memberikan yg terbaik kerana Allah tak akan menguji seseorang itu sesuai dgn kesanggupanya..La Tahzan. Sy memohon pandangan admin…
Salam mungkin Allah mguji awk atau pon dy mungkin jdh awk,,
tapi ingt laa istri dy x restu awk menjadi madu dy,,
sy bersetuju dgn tindakan awk yg x sampai hati meruntuhkan masjid awk,,,
sbg wanita x semua wanita ikhlaskan suaminya untuk berpoligami,,
takdir dtg dari Allah,,tapi takdir jgk boleh di ubah melalui doa,ikhtiar,dan tawakal pd Allah,,
sy hrp awk akn mendpt jodoh yg jauh lbh soleh .. :)
wanita yg baik2 adalah untuk lelaki yg baik2.. :)
pasti istri pertama dy sgt sygkan suami dy,,
sehingga sukar untuk menerima wanita lain menjadi madu nyaa..
sesungguhnya Allah lbh mengetahui dari kita,,
yg penting kita boleh menilai sesuatu dgn baik dan membuat sesuatu semata2 kerana Allah s.w.t
As Salam..
Saya harap cik membuat keputusan yang tepat dan memohon di yakinkan hati oleh Allah. Bagi saya, mungkin boleh menerima lelaki tersebut sebagai suami JIKA lelaki tersebut seorang yang beriman..
ya, mempunyai imam yang baik dan kepimpinan yang baik. Kerana sangat jarang terjumpa lelaki berpoligami yang begitu bijak dan sabar mengendalikan bahtera rumah tangga.
mampu memastikan anak-anaknya walaupun ramai tetapi terdidik dengan baik. Dan memastikan Isteri-isteri terurus dan terkendali dengan stabil. Perjalanan ‘rumah-rumah’ tangganya yang sempurna dan lancar
Jika merasakan lelaki tersebut nipis imannya dan tidak mampu, bagi pandangan saya jangan mengambil risiko.. Gusar nanti akan menyusahkan semua pihak. Baik pihak isteri pertama dan pihak cik sendiri kelak. Kerana bagi saya lelaki yang mempunyai iman yg tinggi sahaja mampu memimpin beberapa wanita..
Benar, mmg dalam hidup ini kadang2 kita terpaksa mengambil beberapa keputusan yang sukar. Jangan putus asa berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati..
Assalammuaikum
Nama saya santi saya lagi ada masalah,suami saya sudah beristri lagi. Tanpa siizin saya dan saya minta suami saya memilih antara saya dan istri mudanya, tapi suami saya lebih memilih istri mudanya.suami saya tlah mnjatuhkan talak kpada saya, padahal saya masih sayang pada suami saya.skarang saya harus bagaimana
Harap puan dapat tabahkan hati. Begitulah hati manusia, sering berbolak balik. Tetapi biasanya orang lelaki ini lama-kelamaan akan menyesal dan akan merujuk kembali isteri pertama (saya bukan memberi harapan, tetapi begitulah kebiasaannya orang lelaki)
Tenangkan hati dengan mengingati Allah.. Banyak solat sunat tahajjud.. banyakkan membaca Al-Quran.. Insyaallah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang =)
Assalamualaikum…ustadz nama sy scha.. hanya nama panggilan..sy ingin sekali berkongsi tentang kehidupan yg saya jalani..kadang sy hampir berputus asa tp sy takut dgn dosa bila sy berputus asa dgn ujian Allah sy sering kali putus cinta tak pernah pun hubungan sy berkekalan walaupun sy dah cuba buat yg terbaik untuk hubungan yg pernah sy jalin dgn kekasih hati sy dr sekolah smpai umur sy 22 sekarang sy kalau bercinta sy akan bercinta dan cintai lelaki yg sy suka dan sayang..tp akhirnya gagal juga bila sy terima lelaki yg sy xcintai sy akan menyakiti mereka ..sy buntu untuk temui pasangan hidup sy sebenar sampai sy dah letih..sekarang sy berteman dgn seseorg yg masih study tp sy sudah bekerja, dia setia dgn sy selama ni walau sy berkawan dgn siapa pun dya tetap setia dgn sy..tp skrg sy mula cintai dya dan dya makin menjauh..yg sy semakin syangkan dia…walau pun kami jarang contact..tapi sy sekarang semakin merindukan dya..tp dia diam mugkin dia sibuk belajar tp tak kan utk 1 sms pun xdpat hantar ke sy..sy sedih dgn situasi sy sekarang.
Jangan sedih dengan masalah hati ini.. berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan jodoh ini. Jangan terlalu memikirkan, jangan terlalu rungsing. Sbb urusan jodoh ini urusan Allah.. boleh datang bila2 masa sahaja, cepat atau lambat. Hanya Allah yang maha mengetahui..
Terima kasih ustad…kerana..sedikit sebanyak sy boleh menerima ..pandangan ustad yg menyedarkan saya bahwa jodoh..adalah ketentuan Allah..Yg harus sy redha menerimanya.Amiin .
sama-sama.. jangan terlalu memikir ya? nnt kita merasakan hidup ini tidak seronok padahal banyak lagi kebahagian dari sudut lain yang Allah datangkan kepada kita =)
Terima kasih telah memberi solusi tentang hati yang kecewa semoga bermanfaat
norsheilla 19/09/2013 at 2:32 AM
Assalamualaikum ustaz,
saya baru sahaja mula mencintai seorang lelaki, tetapi sedang dalam tempoh pengenalan, sy diuji bile die bermimpikan wanita lain dan setelah membuat istikarah. die mimpi org len yg selamtkn die didalam mmpi itu. bukan saya. tanpa berfikir panjang. die trus memutuskan hubungan kami. saya rase amat terkejut dengan apa yg berlaku. saya buntu, apa yg harus saya lakukan. benarkan mimpi itu? atau sebenarnye kami masih bole berusaha lagi sekiranye die benar2 menyayangi.
Reply
Salam ustaz, sy hidup bersama suami hampir 17 tahun.rakan sy lelaki dan perempuan sering memuji sy yg masih kekal cantik spt anak dara walau telah lama berkahwin dan mempunyai anak2. (Suami sy tk penah pn puji sy ats apa yg sy lakukan, tp sy redha).segala keperluan makan minum pakaian anak2 sy urus dgn baik sekali walaupn sy wanita bekerjaya.sy cuba menjadi isteri yg baik pd suami dgn patuh dan taat pd semua kehendaknya (sekali sekala ada juga membantah).namun sejak kebelakangan ini sy dapati dia sering melihat adegan dalam filem berunsur lucah/seks.pelakonnya memang telanjang bulat.sy pernah bertanya padanya adakah sy ini tak dpt memuaskan kehendaknya.jawabnya tidak, katanya dgn selamba dia sekadar suka2 tengok saja dan katanya memang kegemaran org lelaki walau dah berkahwin pn kena tgk gambar mcm tu.dia minta sy terima ja apa yg dia buat seolah2 benda itu tak salah.ustaz, sy rs betul2 dikhianati kerana selama ini sy telah melakukan yg terbaik sebagai isteri.kenapa dia masih lg mencari keseronokan dgn cr itu, sedangkan yg halal ada di depan mata.sy betul2 kecewa dgn sikapnya.sy sentiasa ingatkan dia bhw dosa2 yg
Kita lakukan allah akn kifarahkan melalui anank2.ank2 sy alhamdullillah setakat ini pelajaran mrk bagus.apa yg sy tertanya2 ialah apa lg yg dia mahukan dr isterinya? Tak sedarkah dia perbuatannya itu telah menyebabkn sy berkecil hati? Ya allah sy berdoa agar dikuatkan hati dan iman sy agar tidak tersasar dariMu.sy berdoa agar suami sekurang2nya memikirkan hati dan perasaan sy seblm membuat sstu..
As Salam..
mungkin puan boleh nasihatkan suami puan secara perlahan-lahan.. luahkan melalui sepucuk surat misalnya.. Terangkan dengan baik mengata itu salah dan telah mengecilkan hati puan.. mungkin boleh ingatkan dengan kematian dan dosa..
Selain itu mungkin juga boleh menyorok gambar2 yang tidak elok itu agar suami tidak dapat melihatnya lagi.. Serta menghanar artikel agama mengenai keburukan menonton filem lucah..
masalah ini perlu diselesaikan secara sabar dan berhikmah agar dapat diselesaikan dengan baik-baik sahaja.. Saya doakan puan dapat mencari solusi terbaik..
Terima kasih ustaz.sy akan usahakan..
Assalamualaikum
Syukran kasiiron..subhanallah.smoga hati yang sedang di uji bisa lebih kuat menghadapinya.dan tidak menjadi budak syetan yang mendorong untuk meratapi kesedihan. Artikelnya luar biasa :) lanjutkan,bangkitkan jiwa2 muda yang dicintai Allah .wasalam
Wassalam.. terima kasih, semoga memberi manfaat. Insyaalla blog ini akan sentiasa kongsikan artikel2 yang bermanfaat =)
Assalamualaikum admin. terima kasih atas artikel motivasi ini. Kecewa itu adalah kerana kita terlalu bergantung pada yang namanya cinta manusia. Sedangkan cinta Allah itu yang perlu di raih. saya juga pernah mengalami situasi yang sama, ditinggalkan setelah bertahun lama berkenalan. Rasa amat kecewa, sedih, resah. kini, sebulan telah berlalu, saya menganggap diri sebagai seorang pejuang yang mencari cinta Ilahi. Yakin bahawa setiap anak Adam yang lahir ke dunia telah di tentukan rezeki, ajal dan jodohnya. Bukankah ia rahsia Allah. dan ia masih kekal rahsia. Cuba sedaya mungkin untuk terima qadak dan qadar ini dengan lapang dada. Kita tidak mampu menaikkan kembali hujan yang turun ke bumi, juga tidak mampu untuk menahan siang untuk datangnya malam. maka, terimalah dengan ikhlas, sabar dan tabah akan ujian ini. Insya Allah, akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. Wallahualam. ^_^
Wassalam.. Ya, benar. Kita akan belajar untuk melupakan, kalau kita sedar ada benda yang lebih penting untuk diingati. Kekuatan itu mesti bangkit daripada diri sendiri.
Jika niat itu sudah nekad, Allah akan permudahkan jalan itu.
Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya =)