
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Tips supaya mudah nak bangun
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup:
Bagaimana?
Rasa masih belum kuat?
Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:
- Bagaimana Menguatkan Hati bila rasa Lemah itu Menjengah?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
- Ujian Daripada Allah
- Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.
Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)
Salam ustaz, saya baru saja putus cinta, perasaan sedih ,binggong,
tak tenteram menyelubungi jiwa saya.Asyik terdengar2 suara nya dan
perasaan macam orang ketakutan..susah untok saya melupakan nya.
Saya selalu membaca yassin dgn niat agar kasih sayang kami kekal hingga akhir hayat. ada kah dgn niat ini yg membuat saya rasa merana dan asyik sangat mengingati nya. Harap ustaz bole membantu
mengapa masih belum mahu melepaskan si dia dengan seikhlas hati? Niatkan dan doakan agar dikurniakan jalan hidup yang terbaik dan indah.. Dan redha terhadap segata takdir yang Allah tetapkan..
Letakkan cinta pertama kita pada Allah, bukan makhluk.. Nescaya redha itu akan hadir perlahan-lahan
Salam. .sy da berumur 27 thn. hdup sy sntiasa ada dugaan..dr hdup brsma mak ayah..sehinggalah berkahwin..Allah swt sja tau peritnya hati d jiwa ni..terima kash ats pengisian y dberi..mohon share..
bersabarlah… hikmahnya pasti tersingkap.. cepat atau lambat sahaja..
Salam…. Sy msih muda lg… Sy bcinta bwat kali pertama n sy dh ptus…. Walaupun dh empat bulan luka itu msih ada n sy perlukn nafas yg bru.. Sy dh bwat seperti yg diats tp sy msih mmpunyai sisa kekecwaan dlm ati… Bleh bantu sy?
As Salam.. Awak, kite perlukan masa.. jangan putus asa ya? Insyaallah, saya dan sahabat2 disini akan sedia membantu.. =)
salam…saya fikir saya seorang je yang rasa kecewa…rupanya ramai..thanks atas perkongsian ilmu..moga hati ini lebih tenang dan redha…mungkin ada hikmah disebalik ujian ni…
Semuanya berhikmah. Segala yang Allah takdirkan itu adalah baik.. Insyaallah semoga bermanfaat kepada awak.. =)
Saya Nur seperti komen di bawah @ 01/09/2013 at 11:47 PM. Jom la buat whatsapp group untuk support satu sama lain. Ustaz jadi admin group. Buat buat perkongsian di sana. Amacam? :)
As Salam.. maaf ya, sy tiada whatsapp.. telefon x canggih lagi.. hi3
sy ingin berubah menjadi insan yang normal..ingin memiliki keluarga sendiri..baru2 ini disaat sy ingin bertaubat.seseorg telah melamar saya menjadi suri hatinya.dan sy yakin beliau seorg insan yg mampu merubah khidupan saya.permasalah nya sekarang pasangan saya tidak dapat menerima hakikat akan perhijrahan saya. dia menganggap saya telah berlaku curang…kerana menyayanginya lah saya ingin kami kembali ke pangkal jalan…tapi sehingga kini dia masih tidak menerimanya sehingga saya buntu dan tertekan.mohon bantu saya untuk mencari jalan penyelesaian.terima kasih
Pilih kerana Agama.. Tetapkan hati kerana agama. Insyaallah, Allah akan memudahkan urusan kita..
Assalamualaikum Ustaz.
Rasanya ramai yang sampai ke link ni kerana sedang menghadapi kekecewaan dan mencari cara untuk mengatasinya. Apa kata Ustaz adakah program ta’aruf untuk muslimin dan muslimat yang masih single ni… nak kawin tapi jodoh belum sampai dan tak tau macam mana nak kenal dengan orang (dalam kes saya, mak ayah pon takde nak tolong carikkan.) Pasti ramai yang setuju :)
As Salam Nur, terima kasih atas cadangan tersebut. Apapun, post ini hanyalah perkongsian dari pengalaman2 yang lepas.. Pasal program taaruf seperti yang awak cdangkan ini, buat masa ini pihak kami masih mengalami beberapa kekangan yang masih belum dapat dielakkan..
Insyaallah mungkin pada suatu masa nanti kita akan buat program seperti itu. Aminn.. semoga dipermudahkan =)
Assalamualaikum ustaz,
saya baru sahaja mula mencintai seorang lelaki, tetapi sedang dalam tempoh pengenalan, sy diuji bile die bermimpikan wanita lain dan setelah membuat istikarah. die mimpi org len yg selamtkn die didalam mmpi itu. bukan saya. tanpa berfikir panjang. die trus memutuskan hubungan kami. saya rase amat terkejut dengan apa yg berlaku. saya buntu, apa yg harus saya lakukan. benarkan mimpi itu? atau sebenarnye kami masih bole berusaha lagi sekiranye die benar2 menyayangi.
Salam.. saya baru 3 bulan mendirikan rumah tangga dan alhamdulillah sy sudah mengandung. Tp saya baru tahu yang saya ni isteri ke dua ketika saat saya mengandung sekarang ni.. sejak saya tahu semua ni hati sy bagai dihiris. Saya selalu menangis dan murung. Kerja saya terganggu mengenangkan nasib sy. Tapi walau macam mana sekali pun saya tetap sayangkan suami saya. Cuma, untuk mendapat kesabaran itu amat perit. Kadang2 emosi saya sgt terganggu. Kesian anak dlm perut ni. Saya hanya mampu berserah dan sy yakin semua ni ujian dari-NYA. Terima kasih dgn tips anda yang sgt berguna. Semakin kita diuji, semakin tu diri kita dekat pada-NYA. Ya Allah…
As Salam puan.. semoga puan terus kuat dalam menempuh hidup.
Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.
Saya sedang dilanda ketidak tenangan bhatin, saya sudah semua saya jalani, berzikir, berdoa, sholat, tapi hati ini selalu dilanda ke gelisahan, Ya Alloh saya bingung saya harus berbuat apa lagi tentang keutuhan rumah tangga saya, saya kasihan kepada anak-anak yang masih kecil dan perlu bimbingan kedua orang tuanya, istri saya minta cerai, tapi saya tidak mau, karena alasan anak2 masih kecil.wassalam.
Semoga tuan dikuatkan semangat untuk menyelesaikan masalah ini secara berhikmah dan bijaksana, demi masa depan anak2 dan tuan sendiri.
Tuan boleh amalkan tiga kalimat saat mengalami kesedihan dan ketidaktenangan:
– Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
– Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
AS-SALAM..
Hampir sebulan saya sudah putus cinta.. kadang kala saya okey dan kadang kala saya berasa sangat gelisah dan keliru.. Saya merupakan seorang mahasiswi tahun akhir.. masalah saya apabila saya harus menjalani kuliah bersama-sama ex saya selama 6 bulan lagi.. saya rasa gelisah bila memikirkan bagaimana untuk menghadapi tempoh 6 bulan itu..
Wassalam.. awk rasa gelisah kerana terlalu memikirkan..
Cuba lupakan, sibukkan diri dengan benda lain.. Jangan lupa amalkan surah Yaasin (setiap waktu selepas solat), insyaallah awak akan mendapat kekuatan..
Benar amalkan yasin selepas solat memang menenangkan hati. Sya seorang wanita yg disakiti suami..sya merantau jauh dri keluarga..tak ada tempat untuk mengadu kecuali hanya padanya allah maha pengasih..sya dimadykan aleh suami sya dan istrinya diletakkan berdekatan rumah sya..tpi dia tak balik rmah sya..bayangkan sakitnya yg sya rasa. Hanya dgn sujud kpdanya lah sya kuat dan skang sya iklas..
Jj
Assalamualaikum. .
Saya sudah 4 tahun menjalani hubungan ini. Dulu ia mengaku duda ternyata sudah 2 tahun bersama msh beristri. Saya sdh terima dgn ikhlas. Kami pernah berpisah tp kembali lagi..saya pernah buat salah kpdnya.itu jg awalnya karena dia. Tapi dia jg berulang2 kali berbuat salah kpd saya. Pernah sy bertanya saat tau dia selingkuh dan dia pukuli saya serta hampir membunuh saya. Tp saya masih memaafkannya krn msh sayang kpdnya. Semakin lama sikap dan katanya semakin kasar. Selalu menghina,menuduh saya berbuat zinah etc. saya begitu sabar terima semua ini. . Dia berulang x meminta pisah tetapi saya msh tetap bertahan padahl saya tak bahagia. Setiap hari dia menyakiti perasaan saya dan buat saya bersedih. Namun saya belum ikhlas utk kehilangan dia krn saya sgt sayang dia dan saya selalu ingat kebaikan dia saat dulu.. Saya memohon kpd Allah agar diberikan jalan yang terbaik. Namun hati selalu gelisah..saya merasa putus asa entah harus bagaimana lagi bersikap kpdnya. Mohon ustad bisa berikan petunjuk doa agar hidup bisa tenang.
Syukron..wassalam
As Salam.. sesungguhnya puan memerlukan kesabaran yg sgt banyak untuk menghadapi semua ini. Yang penting puan harus menyelesaikan masalah ini tanpa terikut dengan emosi yang bergelora dihati. Cuba selesaikan masalah ini dengan percakapan dari hati ke hati
Insyaallah, cuba amalkan surah ini untuk berlindung dari rasa yang duka, dikuatkan hati dan diselesaikan masalah:
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
maksudnya:
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Puan, usah risau. Kuatkan semangat.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)
jika lelaki kahwin lebih daripada seorang, adakah itu jodohnya??
Jodoh, rezeki dan ajal, kita semua tidak tahu.. bukan satu.. mungkin lebih.. :)
Alhamdulillah..terima kasih admin..
sama-sama..
Bagaimana utk menenangkan hati drpd seseorg yg bernama perampas? Haruskah redha dgn pemergian si dia atau perlu menegakkan hak sy yg telah lama menyulam cinta sejak 6thun lps.
Kalau awak yakin dengan konsep jodoh, Insyaallah awk akan redha.. =)
iya pak ustad,,Alhamdulillah sekarang sdh sedikit tenang dn bisa menerima keadaan
Alhamdulilllah.. masa akan menyembuhkan awak.. :)
asslm wr wb..,terima kasih atas tips yg sudah sya baca ini,karna tips ini sangat bermanfa’at untuk sya,hati saya menjadi tenang saat saya baca tips ini,,,
Alhamdulilllah.. semoga memberi manfaat yang baik kepada awak,, :)
itu mmg fungsi sistem komentar diblog, thread system.. usah risau ya.. :)
kenapa seorang penghianat tdk brfikir bahwa kelsk dia jg akan mati,,dia yg selalu mengingatkan saya tentang kematian agar saya selalu mendekatkan dri pada Allah tp dia sendiri seperti itu apakah orang seperti itu tercipta dg kepribadian ganda? di sisi lain dia sangat sempurna dan di sisi lain dia seorang pengecut ?
Hati yang berbolak balik. Itukan lumrah terjadi kepada makhluk bernama manusia. Apatah lagi bila mendapat bantuan ransangan dan jentikan lembut saban masa dari naluri dan nafsu, dan yang utama helah dan tipu daya syaitan yang tiada penat atau lelah mengajak hati2 manusia pada kemungkaran dan terus leka hingga lupa detik kematian yang menjadi pemutus segala kelazatan itu.
usah dipersoalkan lagi mengapa dan mengapa, yang penting kita berusaha menjaga hati kita sendiri ya? =)
maaf,,kenapa balasan komen saya jadi memanjang tulisan nya ?
Lagi 2 minggu genab setahun saya putus tunang. Saya yang putuskan, dan rasa bersalah tu buat hati rasa tak tenang, menangis setiap kali sendiri, tak boleh tidur, etc. Lebih-lebih lagi sebab dah 6 tahun dengan dia. Keliru sama ada betul ke tindakan putuskan tunang tu?
Sebelum semua ni jadi, saya tak pernah solat. Bila hati tak tenang, baru lah saya belajar sendiri, dari cuba solat hanya satu waktu sehari, sekarang mampu solat 5 waktu sehari, alhamdulillah akhirnya saya tenang. Baru ni dapat tahu bekas tunang dah jumpa pengganti baru yang baik, saya happy sangat untuk dia. Rasa bersalah dah kian hilang.
Bila putus tunang ingatkan itu situasi yang paling buruk, rupanya besar hikmahnya. Saya masih dalam proses untuk perbaiki diri jadi lebih baik. Si dia pun lebih bahagia dengan orang baru disisi. Dan alhamdulillah hubungan saya dengan bekas tunang pun masih baik. Walaupun tak end up macam yang diharapkan (nikah), Allah lebih tahu apa dan siapa yang terbaik buat kita. :)
Alhamdulillah… Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya.. Insyaallah =)
Mungkin kita boleh amalkan sama2 doa ini, agar dikurniakan Keampunan, Hidayah dan rezeki
اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezeki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.
Waktu ini hati sy sangat2 sedih & kecewa, tanpa angin tanpa hujan…tiba2 tsunami melanda. Bagai halilintar suami mengaku telah berkahwin lain pd bulan mac lalu….terasa gelap dunia. Inikah hadiah hari raya yg suami berikan? Sy rasa tertipu, sakit hati, geram, semua perasaan bercampur baur…..kalau ikut hati mau terjun bangunan. Segala pengorbanan sy selama lebih 20 thn dibalas dgn penipuan….sungguh kejam lelaki ini.
Alhamdulillah sy terjumpa artikel ini…..insyaallah sy akan cuba amalkan nasihat yg diberi supaya hati sy kembali tenang. Tq
As Salam.. jangan mengikut perasaan. Bertenang dan banyakkan istigfar mengingati Allah.. hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. ( QS Ar Ra’d : 28 )
Salam , saya mohon lebih tips dari saudara . Saya baru sahaja putus cinta . Hampir 5 tahun saya bersama dengan dia . Tapi kesalahan ni berpunca dari saya . Sekarang saya termakan diri saya semula . Saya mencari cari dia dan merayu pada dia untuk bersama saya semula . Tetapi tak dia endah rayuan saya . Kemudian, si dia meminta supaya jadi kawan sahaja tak lebih dari itu . Saya setuju , tapi masalah saya sekarang perasaan cemburu sangat kuat dalam hati saya . Kerana dia dah mula bergaul dengan lelaki lain . Saya cuba untuk kawal perasaan dan emosi tapi masih gagal . Harap saudara dapat tolong saya . Salam ke atas kamu .
As Salam.. Banyakkan solat sunat dan istigfar mengingati Allah.. Cuba jangan terlalu mengingati kisah2 lampau ya, cuba buat kerja atau aktiviti lain yang kita minati.. Satu-satunya senjata awak sekarang ini jika Ikhlas mahu memperisterikan dia, adalah doa.. berdoalah dengan sesungguh doa, dengan sepenuh hati.. Dan tanamkan rasa redha walau apa yang terjadi..Insyaallah awk akan tenang =)
mohonlah pada Allah swt. keringanan masalah dengan membaca doa ini
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]
Saya br jer puus cinta setelah 4 tahun menyemai kasih. Niat di hati nak berkahwin menjadi isteri dan ada keluarga hancur mcm tu jer.Ikut senang hati dier jer kata tak boleh nak nikah sbb nak kena dgr ckp ibunya di kampung. Rasa sedih sgt…tp masih lg ingat Allahkan maha penyayang…kalau sidia tak sayang…biar lepas nie bercinta dengan Allah jer. Biar Allah yang putuskan kehidupan mcm mana lepas nie.?.
Insyaallah.. semua yang Allah tetapkan tu adalah terbaik.. nanti kita akan jumpa hikmahnya nanti.. mungkin esok, lusa atau bila-bila masa sahaja dari sekarang.. cepat atau lambat, semuanya berhikmah =)