
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Tips supaya mudah nak bangun
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup:
Bagaimana?
Rasa masih belum kuat?
Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:
- Bagaimana Menguatkan Hati bila rasa Lemah itu Menjengah?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
- Ujian Daripada Allah
- Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.
Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)
Your story is same to me , sama mmg sama 5tahun dia tinggalkan i sbb prempuan yg baru dia kenal . Today dh msuk sminggu i nngis non stop . Allah je thu betapa sakitnyaa nk lupakan si dia sbb 5thun bukan skjp . Tapi sy percaya apa yng dia buat dia dpt balik dan sy percaya perancangan allah itu hebat. Doakan i terus kut ?
You must stay strong ya. I also had the same experience. We can talk if you want to. So can we can share each other. Email me then [email protected] ?
Takpe.. Aku faham.. Aku dalam sitausi yg sama.. Aku baru putus cinta seminggu lepas.. Alasan awek aku pun sama jugak.. Dia dah tawar hati dan dah berjumpa dengan someone yg baru.. Pedih.. Selama 4 tahun kami bersama.. Aku ada ajak kawen.. Tapi dia menolak.. Dia kata tak ready nak jadi bini atau mak orang.. Dia nak enjoy dulu.. Aku jaga dia dari dia di universiti sampai dia kerja.. Aku yg bawakkan bekal.. Aku masak sendiri.. Aku yg bawak baju2 kotor dia pegi dobi.. Aku semua tu sebab aku pernah jaga arwah mak dan abah aku.. Jadi bila diorg meninggal aku apply benda ni kat awek aku.. Dia nak apa saja aku bagi sebab aku mampu.. Duit belanja aku bagi.. Tapi tula.. Ini balasan yg aku dapat.. Bayangkan la 4 tahun bersama, gambar2 dan video2 dia banyak kat fon, fb, ig.. Tapi aku kuatkan jugak hati untuk buang semua gambar2 kenangan kitorg.. Sekarang aku slowly move on.. Aku banyak buat solat sunat.. Sungguh solat sunat ni banyak membantu dari segi ketenangan.. Dan lagi 1, buat aktiviti yang kau rasa nak buat sebelum ni tapi terbatas sebab tunang kau.. Aku macam tu.. Aku sekarang dah start buat badan.. Makan makanan sihat.. Balik kerja, solat maghrib dan terus ke gym.. Baru2 ni gaji aku.. First time merasa makan gaji sorang.. Ada lebih aku simpan.. Even duit simpanan aku utk kawen aku biarkan dalam akaun sebab aku tau one day akan ada perempuan yg akan hadir dalam hidup aku.. Kadang2 Allah jauhkan kita dari pasangan sebab Dia Maha mengetahui..
kalau ada masa terluang, boleh email saya di [email protected] .
Kesukaran yg sye alami, mmbuat sye mrung..sye tangani dgn cara sye solat dan mmbaca al-quran..hati sye mula tenang..dan setiap lepas solat 1 doa yg sye xprnah lupa..sye akn berdoa”ya allah,,andai dengan cara menjauhkan dri dari mereka adalah cara yg bole mmbhgiakan sye dn keluarga,dan menjauhkan diri dri mereka mmbuatkn sye jauh dr mmbuat dosa..jauhkan la mereka dri sye.bukan niat untuk memutuskan sillatulrahim..tapi demi kebaikan untuk sye dan juga kebaikan utk simpanan akhirat sye” itu doa sye dan ahamdulillah.. perkara yg terjadi sikit2 sye mula lupakan..kini hti sye mulai tenang kmbali..dan skrng sye telah mula melakukan solat2 sunat pd wktu mlm..dan menyibukkan dri dgn membuat aktiviti kegemaran sye dan dgn ank2,suami dan keluarga..untuk ketenangan hti dan jiwa sye..terima kasih dengan perkongsian ini..sye akn cuba amalkan setiap hari.dan sye harap akan bnyak lgi perkongsian dri akuislam.com untuk kita sme2 pelajari kebaikan untuk dri dan agama..wallahualam..tq
Terbaikkkkkk
Terima kasih atas sharingnya,,,insha Allah saya mau menjalani ,,Bismilah
Sama-sama
Alhamdulillah….sy ambil hikmah dr smua kejadian yg sy almi saat ini….Allah menarik sy kmbali untuk senntiasa dkat denganNya melalui perkara ini…wlpun jjur mmang sulit untuk dlupakan…bhkan trkdang sy msih sering mnangis,tdk prcya ap yg trjdi dlm rmh tngga sya…v stelah mmbca artikel ini,sy mnjadi lbih tenang…..krna ap yg ustd smpaikn sbnrnya smua sdah sy lkukan…hnya sya suka sekali mndengar musik yg bertemakan sakit hti…mngkin ini yg mnjdi sy g bsa cpat move on…..trima ksih ustad…smoga kita semua sllu brada dlam lndungan Allah SWT….Aamiiiiin
Simpati dgn nasib puan…tpanggil utk komen pn..sbb sy pernah juga tempuhi semua ini…hrp pn bsabar dan diberikan ganjaran yg puan hrpkan atas ksabaran pn..
Alhamdulillah, saya juga sama seperti Puan Bunda Azky, diuji dengan masalah rumahtangga….. semua cadangan dah buat. Muzik memang lama dah saya tak dengar. Saya masih dirundung kedukaan walaupun perkara dah setahun berlalu (Alhamdulillah, syukur kepada Allah) ….. kerana saya rasa susah nak berlapang dada, susah nak melupakan.
Menangis sehingga diri menjadi hodoh. Alhamdulillah keadaan semakin baik dengan pertolongan dari Allah. Artikel artikel sebegini memang banyak membantu. Nak share sedikit rahsia doa, bila kita doakan kebahagiaan orang lain, masyarakat langit juga akan doakan kita. Jadi saya cuba untuk istiqomah mendoakan kebahagian isteri – isteri di luar sana, terutama isteri-isteri yang menangis meminta pertolongan Allah dalam setiap tahajutnya.
Dengan kuasa Kun Fa Ya Kun dari Allah, malaikat yang beribu di langit mendoakan kita di masa yang sama. Dengan ini hati menjadi gembira kerana tahu pertolongan Allah tu dekat dengan kita. Ikhlaskan diri, berdoa kerana Allah. Semoga pengalaman saya dapat memberi sedikit manafaat kepada mereka yang sedang bersedih. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari saya yang masih belajar.
Terima kasih sdh mendoskn para istri, in sha Allah mudah2an kesedihan yg sy rasakan segera membaik.amiiin,…yra
Bunda azky,
Saya ingin bertanya ttg hati dan perasaan seorang isteri. Apabila seorang isteri patah hati dan tawar hati kpd suaminya dan tuntut cerai, adakah masih Ada peluang utk suami dapatkan hati atau rawat hati isteri itu? Atau memang sudah tertutup segala pintu utk berbaik kembali?
Saya pun tengah merawat hati yang luka.. Gagal 2 x dlm rumahtangga mmg amat menyakitkan..takpelah semoga mendapat suami di surga..
Assalamualaikum, jiwa dan hati saya terguris disebabkan sikap anak2 saya. Menangis saya sorang2 tak siapa tahu.
Masa awal PKP, saya tertekan dgn kerja dirumah dan menjaga ibu yg sakit seorang diri. Saya terr accident jumpa page ni. Alhamdulillah dari website ni saya belajar solat2 sunat, ganti solat yg ditinggalkan. Saya mula bertatih dekatkan diri pada tuhan. Saya lega sikit, kadang2 meroyan juga tp cepat reda. Terima kasih ustaz kerana menulis ilmu2 yg amat berharga utk org yg jahil mcm saya ni. Tolong doakan saya ya ustaz. Terima kasih.
Alhamdulillah.
Teruskan dekatkan diri dengan Allah. Sebab Allah sudah beritahu, hanya dengan mendekati Allah hati akan menjadi tenang.
Assalamualaikum admin page.
Malam ni tergerak hati google and terjumpa page ni . Alhamdulilah . Saya sebenarnya nak kan ketenangan hati melalui solat tahajud ni kalau di izinkan Allah. Cumanya saya ada muhasabah diri. Macamna ye kita nak memaafkan diri kita sendiri yg byk buat dosa dan memaafkan orang sekeliling yang menyakiti kita? . Memaafkan bukan ssuatu yg mudah kan?Saya tahu ia nya memakan masa . Ada tips yg admin boleh share kan?
Wassalam,
Ya, dalam hidup ini memang terlalu banyak perkara di masa silam yang tak dapat dihapuskan waktu. Biarkan.
kerana kita sentiasa boleh berdoa dan berusaha untuk masa depan yang baik, selagi masa dan Tuhan mengizinkan.
Bersabar, ambil masa yang secukupnya.
Kita tidak boleh sembuh secara tiba-tiba dan dapat lupakan masalah dalam satu malam.
Tumpukan untuk membuat perubahan kecil.
Langkah pertama adalah Huda boleh dekatkan diri dahulu dengan Tuhan.
Perbanyakkan solat sunat. perbanyakkan baca al-Quran.
InsyaaAllah perlahan-lahan Huda akan rasa tenang.
Insha’allah admin .saya harap perubahan kecil yang saya cuba buat ni berpanjangan dan harap boleh jumpa ketenangan tu tak lama lagi ats izin allah .Terima kasih atas nasihat.
InsyaaAllah, by the time you’ll be fine.
Saya berasa sangat putus asa dgn diri sendiri… Sebab baru hari ni saya mendapat sesuatu yang sangat perit sekali… Iaitu ttg masalah saya utk sambung belajar.. Tetapi saya tidak di terima langsung oleh upu,,, tambahan pula, keluarga saya asyik saja memikir kan yang mereka sahaja yang betul dan jarang sekali nereka nak dengar luahan hati saya yang dh nak putus asa ni… Dalam problem ini saya tidak dpt sambung balaja, malah di tambah lagi rasa hina nya di marah kaluarga saya sbb saya tidak di terima di Uitm itu… Tiada seorang pun yang nak duduk di sisi saya dan cuba untuk tenangkan saya malah keluarga saya pun sama… Tapi setelah saya baca artikel ni, saya rasa adalah sedikit tenang sbb bila di fikirkan balik Allah sentiasa ada di sisi saya… Saya akan cuba mengikut cara artikel ni utk tenangkan diri…?.
Saya pun tak dapat tawaran sambung belajar☺️ Insyaallah ada rezeki tu.
Cuma BERSABAR okay.
Saya tahu yang ramai lagi tak dapat tawaran sambung belajar.
Masih ada lagi jalan lain untuk sambung belajar, saya yakin, awak kuat semangat untuk hadapi ni.
Hey Izzat Haiqal, senyum okay, jangan sedih-sedih lagi??
kadang-kadang yang terbaik itu bukanlah yang seperti kita mahukan, tetapi yang terbaik itu adalah apa yang telah Allah tentukan.
Takdir memang kadang indah kadang pahit, kadang baik kadang buruk.
Tapi kita tetap kena terima.
Sebab itu adalah bahagian yang telah Tuhan tetapkan untuk kita.
Gagal mencapai sesuatu bukan bermakna ketidakadilan tetapi sebagai peringatan agar kita terus berdoa dan berusaha.
Slowly but surely you will be fine.
Time changes things in our lives.
Yang penting terus berpaut pada jalan Allah dan teruslah percaya bahawa Allah Maha Baik dalam segala hal.
Boleh?
Insha Allah… Boleh…terima kasih?
Sama-sama Izzat.
Yang penting berlapang dada la ye.
terlalu penat dengan perasaan sendiri…gagal dalam hidup…aq cuba berubah kearah kebaikan…tapi aq takut…takut dengan diri sendiri n perasaan aq…n now…aq penat….penat utk cover depan semua orang…
Dalam hidup ni kita kena buat pilihan.
Nak ke depan atau ke belakang, nak ke kiri atau ke kanan, nak ke atas atau ke bawah, ya atau tidak, untuk membenci atau memaafkan, untuk menerima atau terus mempersoalkan.
Kita kena buat pilihan.
Dan kalau pilihan tu tak seperti yang kita harapkan, kita kena terima apa yang dah ditakdirkan untuk kita dan melangkahlah seiring masa.
Kita sentiasa ada Tuhan sebagai tempat bergantung ok?
baik….aq cuba utk terus dekatkan diri aq dengan Allah…terima kasih
Sama-sama :-)
lagi ngerasa kecewa banget, udah dikasih harapan tapi dijatuhkan sejatuh jatuhnya. tapi saya bersyukur udah membaca artikel ini, setidaknya membuat saga sedikit tenang kembali, terimakasih????
Alhamdulillah.
Sometimes we feel sad. We don’t want it but we must experience it.
No one wants to go through pain.
But it will help us to remember that we are human.
We are alive.
And we will moving on.✌
laung azan sorang sorang kuat kuat dlm hati smpai xlarat.
Sedang merasa kekecewaan tapi x pasti nak letak kesalahan pada siapa…hanya mengharap ketengan sebelum mata ini terpejam buat selamanya…?
Sometimes things got so broken that it can’t never be fixed.
But it’s okay, because we still have a chance to rebuild something; our life, our heart, our love
Because somehow, we are going to build things better the second time.
Hmm.. rasa tertarik plk dgn artikel ni.. minta izin utk baca ye.. :-)
Memang rasa kecewa sangat.. Sy sedang mengalami disaat ini.. Moga allah member kekuatan kpd diri sy.. Allahhuakbar ?
For whatever we lose, it’s always come back to Allah.
So pray to Him, inshaallah He will replace it for something better for you.
Macam tak rasa sedih dgn apa pasangan kita buat? Wlaupun kita slalu doa utk dia tuk berubah jadi sesorang yg mbawa kebaikan kpd diri kita didunia Dan akhirt Dan mendekatkan diri dgn Allah swt.
memang tga hati tga sedih dan kecewa..mengalir airmata saat membaca
Maybe you’re wondering why you still hurt.
But, you still alive.
You can learn again.
So live, and learn.
Alhamdulillah… Sy pesakit anxiety… Sy ingin mencari penyelesaian penyakit sy nie. Tgk artikal nie bt sy tenang… Terima kasih tips..
Trmksh masukanx. Jd dingin hati membacax ?
Good talk☺