Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini. . Semoga dengan keberkatan artikel ni awak dirahmati di dunia dan akhirat. ?

    Reply
  2. saya amat menyukai setiap artikel yg diberi kerana saya boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

    Reply
  3. Terimakasih sharingnya akan saya catat.. belum lama ini sy ditinggalkan suami dalam keadaan hamil dengan alasan merasa tidak cocok. Hati hancur seketika krn blm setahun menikah dan pernah gagal di tinggal lg

    Reply
  4. Harus bersikap seperti apa , saya terhadap suami saya , yang sudah sering menyakiti hati dan perasaan saya , saya adalah wanita yang amat lemah untuk menentang suami , tapi hati ini amat lah sakit sekali , dan hanya ke Allah SWT lah aku mengadu

    Reply
  5. Sya hrp dpt tenngkn hti sy insyahAllah hrp prkogsian ni dpt buat sy bangkit dlm khdupn kita tidak keseorgn tp kita ada Allah yg sntisa brda d sisi nmun dia beri kita ujian utk kita berimn kpdanya. Prsaan tu skit tp biarkn ia pelan” smbuh bgtu jgk dgn dosa..kita bertaubt dgn perlhan” kita tidak smpurna dlm melakukn hal yg baik di dunia..sedngkn kita ckp org itu mngumpt stu dosa..kita x thu jdi sm” kita prbaiki diri d jln Allah insyahAllah ..
    *hti sya trksiksa dn dia luka sbb silp sy ingkar janji utk jga prsaanya sy hrp klu ada jdoh ada la tp sy nk hti tu x buat slmnya wlpun msa akn brubah jdikn la stu knngn yg trindh dlm hdup yg pnuh ujian…masyahAllah sm” prbaiki diri

    Reply
  6. Ya allah saya xtahu macam mana nak cakap…semua ni salah saya…tapi suami xbg langsung peluang ke dua..saya dah mintak mf pada dia..alhamdulillah dia mf kn tapi dia xnk trima saya kembali…saya dapat surat mahkamah pn daripada orang lain…betapa dia benci saya…seblm ni kami ada masalh pn..dia xnak langsung berbincang dgn saya…saya kawen xsampai pn lagi setahun…harap2 saya tabah hadapi semua ni…

    Reply
  7. Dalam hidup ni haya allah swt yang menggtur jodoh dan rizki maut .terkadang aku di sekolah sllu di tanyak kapan nikah saya cuma menjawab blm ada jodoh jodoh itu emng sudah di tentukan allah swt tapi kenapa blm datang apa ada masalah di diri kita terkadang aku berdoa sama allah agar jodoh itu cepat datang tapi kenapa ngk datang perasaan ku sekarang kecewa gundah sakit hati apa yang harus di lakukan

    Reply
  8. Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh .. ayat ni berjaya buat sy menitik air mata.. ;(

    Reply
  9. Susah juga nak mengubat hati yang luka.isteri saya curang sehingga melakukan zina.rupanya sebelum majlis perkahwinan dia hendak batalkan majlis tapi mengenangkan ayahnya dah mengeluarkan belanja yang besar untuk majlis, maka di teruskan.Patutlah daripada awal perkahwinan masalah yang timbul adalah dia menhubungi bekas kekasihnya.dalam tempoh perkahwinan ini, benda yang sama juga terjadi.sehingga benda yang kemuncak.saya solat istikarah minta petunjuk yang jelas tapi masih tidak ada petunjuk.Nak ikut gerak hati, tapi adakah gerak hati tu petunjuk atau hasutan panglima setan.sehingga sekarang saya masih cuba mencari ketenangan hati.Allah takkan uji hambanya jika hambanya tidak mampu .Adakah jika jalan perpisahan yang di pilih, maka kita tewas dengan ujian Allah?

    Reply
    • Ajak isteri anda pergi kaunseling agama…..berjupa ustaz atau ustazah utk diberi nasihat rumah tangga.
      kalau isteri anda masih tidak mahu berubah dan tidak menerima nasihat ……anggap sahaja perkahwinan ini hanya ujian berat sementara dpd allah…..kita tak perlu menanggung aib dan derita seumur hidup dpd pasangan yg tidak menyayangi dan berlaku curang

      Reply
  10. Alhamdulillah.. terbaik, terima kasih berkongsi info dan panduan. Saya akan cuba yang terbaik bagi mendapatkan ketenangan di hati. Insya Allah.

    Reply
  11. Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah…

    Reply
  12. saya nak kongsikan sedikit sebanyak ilmu saya yang tak seberapa dgn orang ramai, saya nak overcome sikap malu di pentas, saya nak bila orang tengok saya di pentas, org yakin dan dapat apa yang saya cuba nak sampaikan. tapi bila setiap kali saya naik pentas mesti messedp up, habis semua ke laut. i wanted to be different from the others. but all i did even worst from them ☹️

    Reply
    • Amalkan baca zikir
      Ya Aziz
      Ya Jabbar
      Ya Mutakabbir

      Dan baca doa ini :
      Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.

      Dan yakinla Allah Yg Maha Berkuasa dr sesuatu yg lain.dan lakukanlah presentation/meeting/ujian dgn yakin bahawa Allah Yg sgt Berkuasa
      Good luck.

      Reply
  13. Sy rase sakit hati Dan tk tenang saat ini.sy bercinta dh lma tiba2 kekasih hati skrg sedang asyik mengayat perempuan lain.selalu sgt die buat mcm ni tpi sy sllu maafkn die.membuat sy brfkr kalo sy brkwen dgn die nnti mcm mna hdup sy nnti.sdgkn die sllu buat sy skit hati psal prmpuan.bg la pndangan.

    Reply
  14. People lie but Allah never lies. Percaya dan yakinlah bhw semua yg terjadi ada hikmahnya, walaupun kita tak nampak. Sy sendiri tahu betapa susah nak terima dan nak telan ayat tu. Ujian sy sendiri tak tau pass atau fail. Payah nak redha kan hati. Payah nak maafkan. Kalau payung emas diungkit, memang rasa macam nak belasah dengan payung besi. Sy sendiri selalu mengamalkan doa Ya Hayyu Ya Qayyum birahmatika astaghith. Sy baca bila2 rasa negatif. Berkali2 sampai jadi zikir. Alhamdulillah hilang. Bila larat sy solat tahajjud, solat taubat tengah malam (selalunya tak larat). Sy tak rajin lg solat sunat malam, tapi dah mula sikit2. Sy cuba ikhlaskan hati minta ampunkan dosa suami & madu. Sy masih nangis pd Allah tapi beban ujian dah kurang beratnya.

    Reply
  15. Bila kwn yg dulu baik tp kini berubah kerana hndk mnunjukkn anaknya yg terbaik..setiap kata2nya mnunjukkn bahawa anknya yg terbaik..lama2 keadaan mnjadi jelek pd sy…sy mmbiarknnya hnya melihat perangainya yg sedemikian…sy berusaha,berzikir,berdoa n tawakal spy usaha sy pd anak2 diberkati…tidak mahu mnjadi sptnya cuma mngharapkn yg baik2 pd semua ibu2 yg mnghadapi masalah anak tak kira dlm pelajaran atau emosi ank2.terjumpa artikel ini kerana sy tidak tahan dgn perangai mereka2 ini…

    Reply
  16. Sy dikhianati suami brkali2, hati rasa hancur sgt, tp kli ni suami kata sdg berubah, hati ni susah nk percaya, nk lepaskn dia tp sy tk kuat, dah bt istkharah masih keliru

    Reply
    • Sy faham perasaan tu. Baru bulan lepas dpt tahu suami dah kahwin lain dan ada anak usia 2thn. Sy ada anak darjah 1. Itu ujian besar pertama sy. Mmg remuk hati Allah sj yg tahu dan sy juga solat istikharah utk cari panduan. Hati sy mula2 tergerak utk masih bersama suami walaupun tlh dimadukan. Tetapi sy dpt rasakan hati ini makin menjauhi suami, walaupun sy selalu mendoakan yang terbaik utk kami semua. Ujian ke2 tiba apabila sy mendpt tahu bahawa isteri ke2 mengandung lg, walaupun dahulu suami pernah mengatakan kpd sy anak 1 sudah mencukupi. Hati yg remuk rasa bagai dicincang pula. Ya Allah, jika sy ditakdirkan bersamanya, mengapa Engkau menjauhkan hatiku darinya, Engkau yang memegang hati kami. Walaupun payah, redha & tawakallah. Kita tak tahu apa yg tlh ditentukan. Sy doakan Pn.

      Reply
  17. semua yg anda sarankan itu sudah saya lakukan semua termasuk kegiatan rutin setiap hari…Allhamdulillah ..tp masih jg

    Reply

Leave a Comment