
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Tips supaya mudah nak bangun
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup:
Bagaimana?
Rasa masih belum kuat?
Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:
- Bagaimana Menguatkan Hati bila rasa Lemah itu Menjengah?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
- Ujian Daripada Allah
- Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.
Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)
Assalamualaikum.
Apa hamba yg berdosa pantas untuk hidup dengan tenang dan pergi dengan tenang??
setelah aku membuat orng tercinta pergi dan tak mngkin untuk bisa kembali…saat itu saya sangat down, tak ada arti lagi dalam hidup ini untuk melalukan sesuatu.. pernah meninggalkan cita-cita hanya untuk dirinya ..jg keinginan nya… saat udh pasti aku yakinkan untuk bersama selamanya..dia pergi..meninggalkan tanpa pamitan..sedih, sakit, hancur, dan rusak semua nya..apa yg sudah di bangun begitu saja langsung roboh dan tak bisa kokoh lagi..
entah apa yang harus saya lakukan lagi..sudah menjadi tiada arti..hidup tak enak dan hati merasa kecewa karna kepergiaannya..
semoga dengan cerita seperti ini saya bisa kembali pada diri saya yg dulu kuat dan slalu bisa kuat selalu
Apakah orang seperti saya ini pantas berkomentar di artikel antom,
Saya orangnya lemah semangat, hati saye gundah, pikiran saye kalut tak tentu arah,
Ingin saye teriak, pernah terlintas untuk bunuh diri, pernah terlitas untuk membunuh orang, tapi itu hanya pikiran yg membuat saya makin terjerumus dalam maslah saya,
Antom tau sendiri bagaimana orang yang kuliahnya di DO, padahal tinggal sekripsi,
Iya saya tau , saya gagal.
Tapi kenapa orang2 hanya tau menghina dan merendahkan saya, di ajak tes susai dg jurusan saya ambil malah diam,
Memang saya tidak mempunyai gelar atau sertifikat apapun, tapi saya tau bagaiman tata caranya… Kadang orang yang mempunya gelar S2 atau S3.
Itu cuma mengandalkan ilmu duniawi saja,
Ahlak mulia lah yg gelarnya tinggi. Bukan itu
Assalammualaikum. sepanjang saya bercinta, sya jarang sekali solat. apabila saya sudah kecewa. saya mula dekat dgn Allah. hati saya sentiasa berbolak balik. sudah masuk 5 bulan saya alami penderitaan ini. saya kecewa. sangat kecewa. sehingga saya tdk tahu apa yg harus saya lakukan. hati sayang menjadi sakit setiap masa. saya tdk faham apa yang dia inginkan pada saya. saat saya mahu lupakan dia. dia dtg kpda saya dan saya pula berharap tetapi saya sedar dia ada wanita lain. saya sakit dan hanya berserah kepada Allah.
Jangan tinggalkan solat 5 waktu sehari. Bacalah Al-Quran paling kurang selepas subuh dan selepas maghrib.Kalau boleh solat dhuha dan solat tahajjud
pun jangan tinggal.
Assalammualaikum, saya berumur 19 tahun, pasan umur saya 18 tahun ayah saya telah meninggal Dunia, kepergian arwah ayah saya benar2 membuatkan hati saya sayu dan Tak mampu untuk terima. Sebelum arwah ayah Dayan pergi buat selamanya, selama 4 bulan lamanya saya tak bertegur dengan ayah saya disebabkan pertelingkahan kecil, belum sempat untuk saya meminta maaf ayah telah pergi kerahmatullah, hati saya benar2 disayat pilu. Namun apakan daya, segalanya ketentuan Allah. Saya harap arwah ayah tenang di atas Sana. Selepas kepergian ayah pada tahun 31.01.2019 saya telah berjumpa dengan pasangan dengan harapan día take kembalikan ceria saya, ya jujur saya bahagia Dengan día, Dan día berjanji ingin menghalalkan saya dengan segera, hati saya teruja dan sangat bersyukur kerana dapat bertemu dengannya, namun segalanya hanya sementara, saya mula hilang satu persatu yang saya ada, kawan2 mula meminggirkan saya atas sebab saya sendiri tidak tahu, malah abang dan kakak saya menghina dan memfitnah saya pelbagai cara. Dan pasangan saya mula mengabaikan saya. Sungguh berat untuk saya Terima satu persatu masalah. Saya mula tidak berminat untuk belajar akibat masalah saya yang berpanjangan, dengan harapan pasangan dapat membahagiakan saya, tapi lama kelamaan kami selalu bertengkar, día mula mengabaikan saya dan selalu berkata kasar kepada saya, sungguh saya berasa kecewa dan terluka dengan tindakannya, día tidak pernah mengaku salah Dan mengalah dengan setiap apa yANG dilakukan olehnya. Dan saya tidak mampu untuk menahan kekecewaan saya, saya ambilkeputusan untuk berpisah dengannya. Kakak jugak sering menghina saya dan juga punca saya dengan dia sering bergaduh, kakak membuka aib saya dan menyebarkan pada pasangan saya, sungguh saya terkilan dengan tindakannnya itu, Semoga Allah Kuatkan hati saya untuk lebih tabah dalam menghadapi pelbagai ujian ..
Saya diuji dengan anak istimewa dan saya tak mengeluh malah bersyukur allah nk bagi saya syurga. Tp bila Allah uji dengan suami yang tidak setia..berat saya tanggung hati yang terluka. Sy cuba bangkit demi anak. Setahun saya hilang tumpuan pada anak syurga saya kerana menanggung segala derita. Harapan saya tidak pernah pudar dan tidak pernah putus berdoa pada Allah. Hingga saat ini air mata saya sudahpun kering. Hati saya sgt tawar. Tp saya tetap berdoa pada Allah semoga suatu hari nanti..bahagia saya akan datang jua..tolong doakan saya kuat dan masalah saya selesai. Saya juga berjanji pada diri akan menjaga anak syurga saya dengan sempurna sehingga akhir nafas saya walaupun hati ini terluka..ALLAHUAKBAR
Setiap orang ada ujian tersendiri,saya sendiri ketika ini sedang berduka,entah kenapa senang tersentuh tak kira waktu dan ketika.Rasanya saya terlalu berkorban utk mereka,tapi seoertinya tak ada yg menghargai.Cukuplah sekadar mrnghormati masa dan ketika,saya juga ingin ruang utk diti sendiri bersama rakanl.Tapi seoertinya saya yg perlu tanggung semua,sedih benar rasanya….
Saya tengah menghadapai maslaah denga nsuami dan jugak kedua ibu bapa.hampir 10 tahun saya menerima padah akibat sy berkeras untuk berkahwin dengan orang yang ibu saya tidak berkenan…
Saya seolah tidak tahu hala tuju dengan anak2 yang masih kecil..Setiap hari menangis..sudah memohon pada Allah untuk ampunkan dosa-dosa dan kesilapan saya yang lalu..Kabulkan hajat saya untuk tidak bersedih lagi…Kalau ada nasihat aau cadangan untuk saya tidak susah hat setiap hari lg..tolonglah ye berikan pandangan di sini..
Jangan menyerah kak…tetap semangat,allah pazti ada…
Puan terpilih mlalui dugaan ini..bersangka baik dgn takdir Allah..Allah tidak tidur atau leka,tiap derita n kesedian puan tlh dsediakn ganjarannya..cuma kita sbgai hambany kne berusaha mndekatiNya
Saya sakit hati dengan adik saya sendiri. Dia dah buat saya sakit hati dan sekarang dia sombong dengan saya. Depan ibu ayah saya dia pandai berlakon macam dia lah mangsa. Memang saya pendam rasa dendam rasa nak bunuh-bunuh dia. Kerja yang dia dapat sekarang saya yang tolong dapatkan tapi dia tak pernah berterima kasih pada saya dan buat sombong dengan saya. Saya dan ibu dilayan seperti orang gaji kena siapkan semua keperluan dia. Tapi dia senang sikit tak pernah bahagiakan hati kami sekeluarha. Dia hanya keluar berjalan jalan dengan rakan dia sahaja. Bila mengadu pada ibu ayah, mereka akan salahkan saya kata saya tak pandai jaga adik adik. Balik balik saya yang disalahkan. Saya rasa nak keluar dari rumah ni taknak balik sampai bila bila. Saya takkan mengaku dia adik saya selamanya. Saya buang dia dari hidup saya. Apa apa mesti ibu ayah suruh saya minta maaf dengan dia . Dan dia akan buat muka puas hati sebab saya kalah dengan dia. Saya takkan halalkan sampai kiamat semua duit usaha bantuan yang saya bagi kat dia dari dulu sampai kiamat. Semoga Allah lembutkan hati saya untuk terima dia balik.
Saya ni selalu bersedih sebab saya tak faham kenapa orang suka pinggirkan saya tapi bila mereka dalam kesusahan mereka datang kat saya. puas saya pujuk hati yang saya tak perlukan mereka,cukup Allah ada untuk saya
Saya pun begitu,bila diperlukan begitu baik dgn kita,tp dibrlakang lain pila,hargailah pengorbanan org juga ,tapi seolah olah mereka mengambil kesempatan tanpa memikirkan perasaan kita.Sedih hati tiada org mengerti,menangis senditi…siapa tahu..
Membangun komitmen untuk percaya yakin lagi dan memperjuangkan seseorang, setelah sekian kali di kecewakan itu memang tidak mudah.
Mungkin itu yg membuat rasa kecewa yg teramat dalam.
Tapi harus yakin mungkin Allah akan memberi seseorang yg jauh lebih baik dari dia.
Tidak mengapa, ambillah masa.
Memang tak mudah untuk move on dan melupakan.
Tapi seiring masa, doa, dan usaha, inshaAllah semuanya akan menjadi baik-baik saja :)
Terima kasih perkongsian ilmu dan pengalaman.
Sama-sama puan
Selalu rasa down, bila fikirkan soal jodoh. Saya wanita, usia dah 29 tahun, Tiap masa berdoa agar Allah permudahkan urusan jodoh. Mungkin belum masanya. Seronok tengok kawan2 lain bahagia dengan suaimi, anak2. Tapi saya keseorangan. Bila malam2 mula menangis, sebab risau hidup macamni untuk selamanya :(. Bila rakan sekerja sembang pasal boyfriend/suami diorang, mula lah saya rasa bitter. Mood terus hilang. Patutnya saya gembira bila dengar kisah bahagia diorang. Entahla, rasa tak boleh kawal emosi dan sensitif bab2 macamni. Doakan saya dipermudahkan urusan jodoh dengan lelaki yang baik.
Ya saya faham apa yang dihadapi cik.
Bersabarlah, perbanyakkan istigfar dan berdoa.
Sememangnya semua manusia ingin berumahtangga, tetapi soal jodoh adalah diluar bidang kuasa kita.
Tidak semua rumahtangga itu bahagia. Ramai yang menderita akibat tersilap memilih pasangan hidup.
Mungkin saja Allah masih menangguh jodoh cik dan memberi kebebasan dalam hidup tanpa apa-apa ikatan.
Lihatlah dari sudut positif.
InsyaaAllah kita akan melihat keindahan kehidupan ini.
Inshaallah Allah akan temui nya nanti . Saya juga hadapi masalah yg sama
Terbaik….saya akan cuba amalkan…semoga saya sentiasa kuat lagi lagi sedang menuntut ilmu di alam baru
Sory..
sy sorg istri, rumahtangga kami mencecah 13thn…. sblom ni hubungan kami ada pasang surutnya… kejap ok kejap gaduh.. dan pd penghujung 2018 suami ada buat business partime dgn berapa share partners.. sejak itu bermulanya kisah hidup sy yg menyedihkan.. pd awal 2019 rahsia suami terbongkar dia ada hubungan dengan share partners… hati sy hancur, sejak dr kejadian itu sy mula berubah menjadi sorg isteri yg sentiasa menjaga perasaan suami.. dan suami melihat perubahan sy.. dia berasa sgt bersalah atas perbuatannya dan berjanji xakan menyakiti hati sy lagi. sy memaafkan nya… tapi hati dan perasaan sy masih xdpt melupakan peristiwa itu… kini sy terus berdoa semoga hati sy akan pulih.. :(
mm
Sy anak perantau , kekacauan yg berlaku dlm hati sy nie berpunca dari ejekan sepupu yg tak henti henti bergurau . Sehinggakan dari sy sporting sampailah takde mood . Insya Allah sy kuat dgn tips yg diberikan ?.
Bestt
Kwn saye kena gangguan so die target saye utk dibunuh jadi saye tkut …kemudian saye rase mcm saye nih terlampau jahat kerana membiarkan die menanggung suma masalah yg dihadpi ..saye xthu nk buat ape dh..doakan saye dpt melawan die ye?
Saya seorang suami, baru berkahwin belum sampai 3 bulan. Isteri saya berterus terang yang bahawa hatinya sudah rasa kosong dan tidak ada rasa sayang lagi pada saya. Betapa hancurnya hati saya, subhanallah hanya Allah sahaha yang mengetahuinya.. saya harus tetap kuat untuk menyelamatkan rumahtangga saya. Semoga saya tetap istikhomah dalam setiap apa jua yang saya usahakan.
InsyaaAllah, lakukan apa yang tuan rasa terbaik dan perbanyakkan sabar.
In shaa Allah.. kisah kami semasa bercinta amat bahagia, sungguh tak sangka boleh jadi macam ni Allahuakhbar .
Pasti ada sebabnya hingga istri encik jadi sebegitu. Cuba bawa berbincang. Semoga ALLAH permudahkan segala2nya aminnnn…
Anak perempuan belum pun 2 tahun berumahtangga sudah duduk berasingan. Tiada komunikasi. Dia seolah2 tidak mampu bertahan lagi. Kesedihan nya jauh d lubuk hati tanpa nampak pada sesiapa.
Semoga anak puan lembut hati dan trbuka hati dia sama2 dengan suami dia .. in shaa Allah kita sma2 berdoa.
Sya dah berbincang, tapi dia tetap dengan pendirian dia, dia cakap hati dia kosong dan tak boleh utk rasa sygg pada sya.. sya dh buntu utk menyelesaikan masalah ini. Hanya doa yg mmpu sya pinta.. ?