Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Saya baru kehilangan org yg saya cintai semalam…sya sanggup memandu ke daerahnya hanya kerana x ingin melepaskan dia…tp apakan daya, sejauh mana sya cuba memujuknya ..dia tetap dengan keputusanya….berkecai hati saya….terus terang sya nk membawa dia ke jalan Allah…mengislamkannya…dia non muslim….ikhlas sya mencintai dia…..munkin sya x cukup ilmu nk membawa dia masuk agama saya….apapun….sya berdoa supaya dia diberikan hidayah….

    Reply
    • Saya mualaf yang memeluk Islam kerana cinta. It isn’t easy. Tetapi jika betul mencintainya, berdoalah kepada Tuhan dan cuba yakinkan dia. Dan jangan hanya sekadar kata-kata. Fikir sedalamnya sebelum berjanji.

      Reply
  2. Thanks for this admin..i find this articel cause im in sad n i dont know this is call dissapointed or what… btw tonight i almost was excident but Allah still save me..and that time i scream “Allahuakhbar” then i stopped crying n going home n i cant drop my tears but im still feel sad…im so dissapointed when i know suddenly he chat me that we are nothing n he dont wanna feel guilty but i just do a suprise to him for his birthday..i use my last money i have in wallet just for appreciate him to treat me before n when i know all just “fake hope” a long time i keep my heart to do not fall in love with anyone n im happy he come to my life…but now everything just gone!!! I hope when i read ur article i will be more fine n keep my heart be better than now insha Allah ? pray for me to be a strong gurl in the world ?

    Reply
    • Dedicating a feelings and remembering someone will always be painful.

      But there are so many farewells, and time goes on. So we have to keep on living with what we have now.

      We will never set free from our broken self if we keeps believing that we could relived our memories.

      Between memories and today, we always have time to decide, to move forward and to be better.

      And whatever we choose to be, be careful with our own heart.

      Think of ourselves first before we try to taking care others.

      DIA tak pernah lalai, DIA tahu apa yang DIA lakukan.
      Kita ni yang serba tak tahu.

      So yeah, whatever flows, flow. Whatever crashes, crashes. We will get something when the time is right.

      Sabar dan doa k?

      Reply
      • Thanks u so much admin for the advice..in getting more strong after read this…alhamdulillah after what happened that night i got one strenght n never stoped to pray…cause i dont wanna dissapointed again n again ? n i hope i can learn more from the past insha Allah Amen

        Reply
  3. Ketika saya harus bertarung dengan rasa kecewa saya dan rasa sayang saya. Itu bukan hal yg mudah. Di satu sisi saya merasakan kekecewaan yg sangat mengiris. Namun di sisi lain saya juga sangat menyayangi suami saya. Saya bingung.. Sampai mana saya melalaikan perasaan saya karena rasa syang saya.

    Reply
    • Think of ourselves first before we try to taking care others.

      Masa lalu tu, betapa pahit pun ia, itulah yang akan mendewasakan kita. Belajar sesuatu dari itu.

      Ya, kita tak boleh ubah masa lalu.
      Kita cuma boleh ubah diri sendiri.

      Cuma dengan ubah diri sendiri, kita boleh dapat masa depan yang baik.

      Reply
  4. Alhamdulilah… Nota yg membangun. Saya baru berpisah dgn suami.. Kerna dpt tapi suami bernikah dgn Kwn baik sy sendiri.Alhamdulilah. Masih belum terlambat. Sy baru dpt tahu 4 hari lepas. Dan sy dilepaskan smlm. Sy sedang diuji. Doakan sy kuat. Sy dijandakan Dan dia memilih janda. Mungkin ade hikmat diatas kehidupan ini.

    Reply
    • Healing needs courage.
      So have the courage to move on.

      Let us hope for love always be with us, even if with a broken heart. And may Allah gives us another love, better than the one that hurt us.

      Reply
    • Allahuakhbar..kuatkan semangat.. situasi kita nampaknya sama (suami menikah dgn janda anak 2 tanpa pengetahuan saya) cuma saya masih lagi terikat dgn suami

      Cuma sekarang masih terfikir untuk stay or move on..
      moga Allah kuatkan hati dan semangat saya..
      dan untuk puan saya doakan ada hadiah besar menanti…
      Aminnnnnn

      Reply
    • Sabar ya. Perpisahan bukanlah satu pengakhiran kehidupan. Masa depan anda masih panjang lagi. Redha…. semua hanya sementara. Anda kuat ?

      Reply
  5. Saya kenal dan bercinta dengan bekas kekasih saya, ketika di Matriks Pahang, dan saya menjaga hubungan saya dengan dia hampir 4 tahun. Dia seorang yg lemah lembut, dan cantik. Kami LDR, dia menyambung pengajian di UITM Samarahan. Kami dipisahkan hanya kerana satu pertelingkahan kecil. Kemudian siapa sangka dia boleh pergi kepada lelaki lain hanya kerana pergaduhan kecil dengan saya. Ketika dia susah, ketika dia gembira, ketika dia senang, dan semuanya, saya ada disisinya. Tetapi hari ini, saya xpernah sangka dia boleh lari pergi kepada lelaki lain. Dan lebih memeritkan, kami pernah berjanji untuk bersama2 menghabiskan matriks, degree, kerja dan kahwin. Tetapi hari ini, saya tersungkur di tengah jalan. Saya sedang belajar di tahun 2 kolej swasta. Result saya tidak memberangsangkan. Saya seperti hilang minat untuk belajar. Dan dia kini bersama orang yang lebih bergaya dari saya, kerja kerajaan. Saya, masih lagi sedang berjuang keseorangan. Doakan terbaik untuk saya.

    Reply
    • Saya juga bergitu. Hanya Allah shj yg tahu. Walaupun kite berlainan situasi tapi rasa peritnya sama. Org yg kita sayang bernikah dengan Kawan baik sy sendiri tanpa saya sedar. Allah maha mengetahui.

      Reply
    • Tak semua ombak bertemu pantai.
      Tak semua cinta bertemu bahagia.
      Tak semua mendung akan hujan.

      Tak semua kehendak akan dipenuhi. Kita cuma hamba.

      It’s okay. Just believe that Allah always gives something good for us, and even when they’re not good, now, they will be good soon enough.

      Sabar dan tetap terus berdoa ok? :-)

      Reply
    • Sesungguhnya ade yg lebih baik menanti that day will come work hard for yourself and your family and bila dah berjaya nnti in shaa Allah akan lebih bahagia dari skrg

      Reply
    • Bangun… Kuatkan semangat… Rajin2lah bangun di sepertiga malam. Berdoa & mengadulah pada ALLAH Insyaallah anda akan rasa tenang. Saya dah lalui macam2. Tak ada siapa boleh kita melainkan diri kita sendiri.

      Reply
  6. Alhamdulillaj. Saya sedang bersedih kerana sikap kawan yang mengecewakan dan menikam saya dari belakang. Begitulah agaknya manusia bila pada asalnya hanya biasa diangkat dan telah mendapat kedudukan tinggi. Sebelum itu adik beradik saya sendiri telah memburukkan saya selepas pertolongan yang saya berikan yang mana ibu saya sendiri juga mengikut sama, dan pada masa yang sama, pekerja saya telag mula memijak kepala saya-mungkin saya terlalu lembut nak jaga hati orang sgt tapi diri sendiri yg terbakar. Perkara ni semua saya anggap bukanlah besar tp tetap meninggalkan kesan dihati saya. Mungkin saya yg telah melakukan kesilapan atau mungkin Allah sedang menjauhkan saya dr sesuatu yg lebih buruk. Wallahualam, saya harus redha dan belajar. Terima kasih atas perkongsian tips ini ya.

    Reply
  7. Alhamdulilah..terima kasih atas perkongsian anda yg sgt bermanafaat buat insan yg lemah spt sy..sy benar2 berasa kecewa..doakan sy agar dpt bangkit semula..Dan membina kehidupan yg Baru..aamin

    Reply
    • DIA tak pernah lalai, DIA tahu apa yang DIA lakukan.
      Kita ni yang serba tak tahu.

      So yeah, whatever flows, flow.
      Whatever crashes, crashes.
      We will get something when the time is right.

      Sabar dan doa.

      Reply
  8. saat saya baca ini, Ummi saya dalam keadaan koma, hati saya sangatlah sedih. semoga Allah kembalikan Ummi saya sedia kala.

    Reply
  9. Tks sangat bermanfaat.. DzikrUllah shalawat salam biidzinIllah barakAllah wa rahmah aamiin yRa

    Reply
  10. Trimakaseh.

    Artikel ini saya jumpa ketika saya benar2 dlm kesedihan, buntu fikiran, terase semangat saya hilang.

    Saya akan cuba panduan yg diberikan. Semoga ianyer sedikit sebanyak dapat menenangkan hati saya yg sedang rawan :(

    Reply
  11. Terima kasih
    Panduan terbaik utk tenangkn fikiran menghilangkn kesedihan yg dialami
    Dan memang benar.
    Apa yang disyorkan cara menenangkn hati dalam perkongsian artikel itu.
    Alhmdulillah

    Reply
  12. Terima Kasih ya… Info ini amat berguna buat kita semua …
    Mudahan Mudahan segala masalah yang kita hadapi berjalan dengan baik dan kita mampu buat yang terbaik

    Reply
  13. Artikelnya sungguh menakjubkan
    Terima kasih yg sudah mengasih tau ini
    Ini sangat berguna bagi orng yg beragama Islam untuk kembali mengingat Allah

    Reply

Leave a Comment