Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Saya berasa sedih akibat kawan saya tinggalkan saya.dia yang paling saya sayang.tolong doakan saya berjaya menghadapi rasa sedih,kecewa dan rasa ditinggalkan ini.

    Reply
  2. Assalamualaikum… Diuji dgn dugaan yg amat berat.. Meruntun hati serta jiwa… Hanya berserah padanya.. Memohon kekuatan dlm menghadapi dugaan ini…

    Reply
  3. saya diuji sekali lagi dgn ujian yg lagi berat… saya menjadi murung & mengalami emosi yg tidak stabil.. suami yg sy cintai spenuh hati, sekali lagi berlaku curang dgn saya.. kalau dulu dia pernah menduakan sy dgn mengahwini studentnya sendiri & kemudian bercerai selepas 3 thn, kini dia ingin bernikah pula dgn seorang janda beranak 3! ALLAHUAKBAR!! pengorbanan yg sy berikan slama ni pdnya adalah sia2.. sy bersabar selama 15 tahun perkahwinan, suami masih lagi melukai hati saya… hanya ALLAH tmpt sy mengadu.. terkadang, air mata menitis tanpa sedar… sy tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan diri saya yg dulu… wpun suami memohon maaf berkali2 & minta sy untuk bersikap positif, sy tetap tidak blh menerimanya kerana dia telah berkali2 melukakan hati ini… sy mohon cerai, tp dia tidak mau melepaskan sy…. kini sy bertahan kerana hakikatnya sy masih sygkan rmhtga ini… bila melihat wajah anak kami, sy menjadi sebak…moga ALLAH berikan saya kekuatan & memakbulkan permintaan & doa2 sy….. :(

    Reply
    • Sabar ya. Semoga ALLAH berikan kekuatan & makbulkan semua doa puan… aminnnn. Tenangkan diri puan. Jawapan ada pd puan sendiri. Jika puan masih ingin menjadi istrinya lagi bersabarlah & ikhlaskan hati, jika tidak puan akan rasa sakit hati. Jangan banyak memikir. Banyakkan mendekatkan diri pada
      ALLAH. Maaf andai apa yang saya tulis ni mengguris hati puan. Saya pernah lalui ini semua. Cara saya mendekatkan diri pada ALLAH & bersabar. Sekarang suami saya dah meninggal. ALLAH lebih mengetahui ???

      Reply
      • terima kasih atas sokongan puan. mmg bkn senang utk terima apa yg dia buat. setiap hari sy berdoa pd Allah agar mereka dijauhkan. sb sy tau kekurangan suami.. dia x mampu utk handle sume ni nnt… sy mohon agar Allah temukan janda tu dgn lelaki lain yg lebih layak jd suami dia berbanding suami saya.. moga Allah makbulkan doa saya ni… sy dh x sgup hari2 bergenang air mata… :(

        Reply
  4. saya diuji olehNya… atas sebab leka dan lalai… kewangan sentiasa sempit… dan ditimpa sakit oleh anak2 kecil… sayu… sebak… dan tertekan… selalu menangis seorang diri… hrp sgt dgn membuat solat ini… dan baca surah ini membantu menenangkan hati yg tidak tenang ini… perkongsian kamu membawa kamu kesyurga sekira nya kami melalukan nya selepas membaca enteri ini… terima kasih atas perkongsian anda… kami selemah lemah umat islam… banyak kekurangan yg perlu diperbaiki…

    Reply
  5. Assalamualaikum, sy Zulhafidz sy kini berasa sgt sedih & sgt sayu mengenangkan sorang hamba Allah yg sy jaga dgn penuh kasih syg. Dia telah mengkhianati sy walaupun sy byk berkorban spjg menjaganya…

    Reply
    • Sabarlah…. hidup hanya sementara, tiada yang kekal. Insyaallah ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik… aminnnn

      Reply
  6. Sy bru putus cinta dgn dia..ats sbb dia tipu sya ..bcinta dgn sy tpi bertunang dgn org lain..slma 2 bulan sy kumpul bukti sbb sblm ni bila sya tanya dia nafikan nya..akhirnya berkat doa ..kebanran tu terbukti…skrg yg sy perlukn kekuatan hati utk move on kn dri sy .dn melupakn kngan sy dgn dia
    Trm ksh dgn artikel ni..sdkit sbyk bole sy cuba amalkn utk sy melupakn dia

    Reply
  7. sy tgh bersedih dan berperang dgn perasaan sy atas msalah rumahtangga sy namun smua nye telah berlalu dan kami telah pown berpisah cuma mslahnye skrang kami berdua msih syg antra satu sma lain ini smua terjadi atas sikap ego sy yg terlmpau tinggi…bntu sy min utk buang ego…

    Reply
  8. Tips yang sangat baik, namun ini hanya berlaku kepada muslim saja, saya pun muslim tp alangkah baiknya jika saran ini kita berikan kepada umum jadi mohon izin kan saya akan cuba berikan tips secara logis untuk umum :

    1. Nikmati perasaan, Saat hati sedang dirundung kekecewaan, nikmatilah rasa itu agar kita tau begitulah rasanya kecewa, sehingga membuat kita bersemangat untuk kedepan agar tidak mau merasakan kekecewaan lagi, lebih hati2 lah memilih partner atau pasangan, jadikan motivasi untuk membangun langkah baru, jangan biarkan hati kita merasakan kecewa untuk selanjutnya, sehingga kita harus memikirkan secara matang sebelum bertindak

    2. Jadilah jiwa yg sportif, kekecewaan itu terjadi apabila kita merasa dikecewakan oleh orang lain, sehingga muncul lah perasaan kecewa, jadi ubah lah mindset anda yaitu dengan menganggap kekecewaan itu bukanlah karena seseorang namun itu hanyalah sebuah resiko/akibat dalam apapun yg kita pilih/kerjakan, sehingga tidak akan ada rasa kecewa karena kita yg memilih/mengerjakan, itu hanya sebuah resiko yg pastinya sudah kita perhitungkan dari awal sebelum memulai memilih/mengerjakan nya, sehingga apabila resiko itu terjadi, kita harus sportif menerima atas kegagalan kita bukan orang lain, atas adanya kejadian ini maka kita harus lebih teliti lagi dengan langkah kedepan yg akan kita hadapi

    3. Jadilah jiwa yg dewasa, Kekecewaan adalah suatu perasaan tidak menerima kenyataan, seharusnya jikalau kita sudah sadar bahwa itu adalah suatu perasaan tidak menerima kenyataan, kita harus mau menerima kenyataan itu sehingga akan membuat kita lebih dewasa, so berusahalah untuk menjadi jiwa yg lebih dewasa

    Mungkin hanya itu dulu sedikit tips dari saya, jikalau ada yang mau menambahkan boleh lah di share kepada kita semua

    Regards
    Indra K

    Reply
  9. Assalamualaikum.. atas izin Allah saya tergerak hati untuk baca entri ni… Innalillahiwaiinnailaihirojiuun.. Alhamdulillah saya terpilih untuk diuji…saya sedang alami situasi seperti saudari/saudara kongsikan diatas.. dan masih mencari kembali kekuatan yang hilang… lima tahun perkenalan… sepanjang 5 tahun, kami jarang bertemu. Hanya banyak melalui ws dan sms. Bukan seperti pasangan yang lain.. hubungan ini seperti tergantung tidak bertali.. tiada kata putus namun masing2 saling menunggu..saya pernah berdoa, jika betul dia bukan jodoh saya biarlah hanya dia sorang saja tersilap percaturan dalam memberi hati, semoga tiba saat Allah ingin tunjukkan, biar perpisahan itu bernokhtah dan bukan meninggalkan persoalan dan semoga Allah tunjukkan kebenaran… 5 tahun menanti, 5 tahun doa yang sama masih tetap melantun walau bermacam ujian..masih tetap bertahan dan berpegang pada tali yang sama yang hampir makan bertahun. Pernah juga insan lain cuba hadir, saya cuba menolak hanya kerana insan yg saya cuba memberi peluang untuk dia memberanikan diri untuk kearah yg lebih serius. Tahun berganti tahun,akhirnya hati mulai tawar namun doa 5 tahun yg lalu masih tetap setia dilantunkan pada Allah.. tiba satu saat, Allah memakbulkan doa saya, setiap persoalan dan terjawab… akhirnya dia memilih utuk memutuskan hubungan. Dengan rahmat dan kasih Allah juga, Allah tunjukkan satu2 doa saya.. akhirnya dia pergi memilih wanita lain.. :) Tiada suatu pun yang berlaku dengan sia sia.. semuanya atas izin Allah.. pasti ada hadiah yang paling terbaik bakal Allah berikan. Semoga Allah kurniakan ku jiwa yang tenang dan sentiasa berlapang dada untuk menerima setiap ujian Nya.. dan semoga Allah kurniakan jiwaku kekuatan dan kebahagiaan untuk memaafkan disaat disakiti dan dikecewakan Aamiin ♡ Sesungguhnya Allah itu tidak pernah tidur. Dan percayalah Allah Maha Adil.

    Reply
    • begitu juga dengan saya., hubungan sy bersama orang yg sy sayang selama 5 tahun 5 bulan semuanya hilang macam tu je. .dia langsung tak fahami apa yang sy rasa. . ?

      Reply
      • In shaa Allah pasti ada hikmah… jgn putus doa dan minta. Alhamdulillah saya bersyukur Allah uji. Tiada yg berlaku dgn sia2. Dan Alhamdulillah hikmahnya sudahpun saya dapat. Teruskan perbaiki diri dan berdoa

        Reply
  10. min saya dah kahwin tak sampi setahun lagi tapi perkahwinan saya sekarang hampir musnah disebab fmly sebelah suami sy selalu masuk campur dalam umahtanga sy.dan selalu hasut suami saya minta diceraikan sy,tpi suami saya nie jenis suka ikut cakap orgtua dia…apa orgtua dia cakap dia ikt jew,smpi satu tahap saya hampir gila.

    Reply
  11. Saya sedang menangis karena di kecewakan seseorang setelah membaca hati agak tenang kalo saya nangis lagi saya pasti baca artikel ini lagi . Sampai hati saya yg terluka terobati

    Reply
  12. hai min, sy tak tahu nak luah cm mana. sbb sekarang ni sy sendiri buntu, macam mana nak tawan hati si dia balik. sbb masalah ni berpunca dr mulut orang. dia jenis ego tggi. dan sy terlanjur cakap bahasa kesat2 dgn dia. bila kita tgh marah, kita xsedar apa yg kita cakapkan. akibatnya sy sndri menanggung perasaan tersiksa ini. sy dh cuba berkali kali untuk meminta maaf. tp tiada respon dr si dia. saya sygkan dia min. sbb dia lah sy boleh jatuh cinta semula. selama ni sy tak dapat nak terima sesapa pon dlm hdup sy. tapi, bila dia hadir dlm hdp saya, sya sgtt2x bersyukur min. sebab dia lah satu2xnya insan yg boleh buka balik pintu hati saya min. sy tak nak kehilangan dia min. bila sy baca artikel ini, sy rasa tenanag min.. saya harap sangat ada jalan penyelesaiannya antara saya dgn si dia. semoga si dia di lembutkan hati utk memaafkan saya segala apa yg dah terjadi.

    Reply
  13. Alahamdulillah.. sy rasa tenang bila membaca post ini. Sbb di saat ini sy sedang berperang dgn perasaan sendiri iaitu untk melupakan kekasih sy. Dia tidak mahu berpisah dan melupakan sy. Tp sy ingin berpisah dgn nya atas permintaan pihak keluarganya. Sy sayang dia tapi bg saya dia harus mengikut apa yg keluarganya mahukan utk dia.mungkin bukan jodoh walaupun ktorg bercinta selama 9 tahun.Doakan sy utk kuat melupakan dia. Aamin.

    Reply
  14. Terima ksh di atas perkongsian anda
    Mungkin mmbntu dri saya nanti..
    Sukar utk diluahkn apa yg slalu buat sy sdih sbnrnya..sy trlalu rasa rndh diri xlayak dimiliki dan memilik seseorf dlm hidup slain mslh keluarga yg sering mghntui hdup sy..kkdg sy rasa putus asa nk truskn hdup..sbb sy x rasa gmbira dgn khidopan sbnr sy.. sy slalu brperang dgn prsaan sy sdri..plig menyedihkn sy xtau la kalo ada org sprti sy ni..hmm sy lebih suka hdup dlm dunia fantasi sy..sy creat cukup smpurna..tp bila sdr khdupan reality..sy menangis sdriann..

    Reply
  15. Alhamdulillah.. saya rasa tenang selepas membaca artikel ni… semoga Allah memberi kelancaran hidup kepada penulis… untuk terus memberi semangat kepada org lain lg…
    Saya dan ibu selalu, berselisih faham.. bg saya saya rasa rendah diri sbb dlm famly.. saya sayalah yg lemah dari semua aspek.. jadi setiap kali berbicara bersama ibu, banyak ayat sindiran kpd saya…

    Reply

Leave a Comment