
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Tips supaya mudah nak bangun
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup:
Bagaimana?
Rasa masih belum kuat?
Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:
- Bagaimana Menguatkan Hati bila rasa Lemah itu Menjengah?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
- Ujian Daripada Allah
- Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.
Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)
Saya selalu diabaikan Oleh kedua IBU bapa saya.Kedua IBU bapa saya tidak pernah dengar isi hati saya.Bapa saya pulak kahwin dua dan x bersikap adil kepada mak saya dan saya.bapa saya sangat jarang untuk pulang kerumah melihat keadaaan saya(anak).Saya cuba untuk tahan Dari semua bende ni…tapi kadang ii buat saya tertanya kenapa Allah uji saya sampai sebegitu..sehingga saya mengalami stres pada umur 14 tahun yg tahun dpn umur saya 15 tahun..tapi setelah lama saya hadap semua benda ni…harini baru saya sedar bahawa Allah ITU menguji hambanya kerana rindu untuk mendengar rintihan doa hambanya..dan saya Cuba untuk berubah sikit demi sedikit..harap ii korang semua turut mendoakan saya….aminnn
Sdih kerana sikap suami y kadang2 bercakap mengikut perasaan sedangkan smua manusia bkan binatang… kalau istri dah hormat suami … sptutnya suami tau menghormati perasaan istri…..
Saya dlm situasi yg sama. Hati terluka sentiasa dan sering merasa sedih fan keciwa.
Alasan yang selalu dilaungkan suami….mengingkari cakap suami, tak mencium bau syurga.
Haizzz…..bagaimana pulak hak isteri yang sering disakiti dengan bermacam tuduhan.
Sedang dalam kesedihan disebabkan cinta kepada manusia bila si dia dah tiada perasaan itu. Dalam fasa berkawan pun sedihnya dah tak terbendung. Yang sudah masuk fasa hampir berkahwin dan sudah berkahwin lagi berat dugaan dan ujiannya. Sentiasa kena ingatkan diri sendiri orang lain dugaan nya lagi berat dari apa yang sedang saya hadapi sekarang ini.
Kalau tak dihargai, buat apa nak berterusan menghargai lagi? Kalau sering dilukai, buat apa nak berterusan menggenggam lagi?
Don’t give your heart and your love to anyone who doesn’t care about you.
Memang ada benda kita tak akan lupa.
But you won’t make it anywhere if you keep thinking about it.
Try to live, don’t think too much of it.
ya allah kau tabahkanlah hatiku dan ibuku…aminn?
Aaminn InsyaaAllah
setelah saya membaca ayat diatas saya terus minta maaf kepada ibu saya?dan saya berdoa ya allah kau hapuskanlah doanya kerana ainya tengah marah dengan sifatku ini…aminn?
Meminta maaf adalah cara terbaik
Saat sy tulis comment ini, tinggal 4 hari lagi sebelum sy bernikah. Tapi, hati sy sedih. Org yg bakal sy nikahi tak lah sy cintai lg. Kalau putuskan hubungan takot keluarga menanggung malu. Sy berserah shja
Niatlah bernikah kerana Allah.
Minta Allah permudahkan.
InsyaaAllah ada hikmahnya nanti.
saya selalu baca artikel dalam blog ni kalau rasa down ….
Semoga membantu!
Insha allah aku rawat hati dgn semaksima mungkin . Selamat tggl kenangann
Semoga terus kuat!
Trima ksih untuk saran nya smoga bermanfaat
Sama-sama.
Semoga terus kuat saudaraku!
Saya akan cuba buat amalan yg diajar. Allah saja yg tahu apa yg saya alami sekrg ini.
Semoga membantu!
Terima kasih untuk admin
Sama-sama :-)
Assalamualaikum, terima kasih atas artikel dari anda. Sangat membantu di saat hati yang terluka ini cuba memahami mengapa semua ini terjadi pada saya. Tak ada satu hari pun yg berlalu tanpa dia di dalam hati
sy. Tapi selepas ini sy akan cuba untuk mulakan hidup baru kerana sy yakin Allah adalah sebaik2 perancang.
InsyaaAllah, yakinlah Allah adalah sebaik-baik menulis jalan kehidupan terhadap hambaNya
Assalamualaikum.saya baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih.kami bercinta sudah 2 tahun.namun jodoh bukan lah milik kita.cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya.sekarang saya cuba untuk terima kenyataan.doakan saya tabah menghadapi ujian Allah ini.
InsyaaAllah awak kuat! Bersabar dan dekatkan diri dengan Allah.
Dengan berlalunya masa, pasti awak dapat melupakan kenangan lama.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah…terima kasih atas tulisan anda…Selepas baca artikel ni, saya tersedar bahawa Allah lah yg pegang hati manusia. Dia yg berkuasa menghadirkan kasih sayang dlm hati seseorang, malah Dia juga yg mampu tarik balik kasih sayang tersebut. Nak buat orang sayang kita tu bukan kudrat kita walau apa pun usaha dan pengorbanan kita. Jadi, kejarlah kasih sayang dan redha Allah terlebih dahulu. Inshaa Allah, kasih manusia akan mengikut..Btw.. dalam artikel ni, ada satu ayat yg saya suka “He loves you no matter what =)”..Saya harap saya dan juga semua hamba2 Allah yang disayangi terus istiqomah dlm mencari cinta Allah..Inshaa Allah…Aminn
Assalamualaikum setelah sya membca artikel yg dibri amt brksan bgi sya.sya dgn kekasih sya slma2 thn kmi ptus disbbkn pos gmbq org lain tq skrg sya xprludh smua to?
Terbaikkkkkk
Assalammualaikum..
Ketika ini hati saya berasa tidak tenang..dan dgn sendiri jari jemari ni mula mencari artikel mengenai kesedihan..kami bercinta jarak jauh..baru 2 bulan..berhubung hanya melalui msg sahaja!saya xtahu utk percayakan dia atau tidak..tp saya selalu memikirkan ttg dia!setiap kali selesai solat selalu mendoakan utk dia..Dia minta sy utk tunggu kepulangan dia tapi..sy x tahu bilakah saatnya itu?Ada yang mengatakan dia tipu..ada yang mengatakan sy perlu bersabar..dan tunggu saat itu!jiwa ni betul2 tertekan..xtahu ape perlu sy lakukan!saya betul2 sygkan dia sehinggakan sy x beri ruang hati ini utk org lain kenal!!saya pon harap dia begitu..tapi kadangkala perasaan jahat menguasai pemikiran!Adakah dia pon setia sama seperti saya?pada saat ini sy hanya bergantung pada Allah dan doa semata2..saya harap Allah akan makbulkan doa saya bersama dgn org yang saya cintai…
Waalaikummussalam saudara sebenarnya apa yg saudara alami saya pernah alami dan saya menyukai seseorang lebih dari 5 tahun tapi tak berkesudahan dan masih berusaha tanpa putus asa cuma saya tak letakkan pergantungan sepenuhnya pada orang yg saya suka tapi pada Allah S.W.T. , saya sarankan saudara buat solat istikarah dan InshaAllah saudara pasti dipermudahkan-Nya dalam membuat keputusan ?
Assalamualaikum. Hati sentiasa x tenang. Selalu makan hati ngan sikap suami. Sya isteri ke 2. Sya ambil keputusan berkahwin bila suami dpt memberi kasih dan perhatiannya. Suami juga membimbing sya ke jln Allah. Sentiasa ada utk sya. Tp bila 4 bln selepas berkahwin , suami dh kurang perhatian. Alasannya minta sya bersabar. Dia lebih nk menjaga hati isteri pertamanya. Sya kena pujuk hati sendiri. Kurang masa dan perhatian. Bagaimana sya nk bertenang . Sya je yg perlu bersabar. Sampai bila sya perlu bersabar..
Assalamualaikum. Sesungguhnya hati tgh berduka. hubungan dgn pasangan makin hari makin jauh dan tiada noktah. Rutin harian kami hanyalah kerja dan menguruskan hal2 rumah seharian berlalu mcm tu shj. Lama sudah rasanya x bergurau senda mcm dulu lama sudah rasanya tak berborak berkongsi apa didlm hati. Dia nampaknya hanya mementingkan keluarganya dari aku. Penat lelah x pernah dihargai aku dibuatnya mcm tak wujud. Perlu aku hanya utk apa2.
Sedihku tidak berpenghujung..kdg aku rasa ingin pergi tinggalkan semuanya.
Tp aku cuma punya si jantung hati yg masih kecil..aku tidak ada apa keluarga jgk tak mungkin
Hati ku teramat hancur dapatkan ke putusan sepihak dr org yg di sayang yg g pernah menyakiti hatiku selama bersama, sampai suatu ketika dia memutuskan pergi dengan menggantung kan ketidak pastian…yg membuat aku jatuh sakit mencoba untuk mengobati nya tp belum bisa… semoga artikel ini bisa membantu saya terima kasih ya kak salam kenal
Ass.intan rupanya kita senasip. Memang begitu menyakitkan dan membuat sengsara badan bila mendapat kabar tentang keputusan yg tdk berbelas kaseh dari orang yg kita sayangi yg kita pupuk harapan seketika hancur oleh alasan yg sebenarnya tdk patut jadi alasan .oleh krn itu sy pun merasa lega setela membaca pentunjuk disini
Mcm org ckp la stiap prtmuan mesti ada prpishan kn tq sya srh smua kpda Allah swt.agar dya dpt org yg bley bhgiakn dya insyallah..
Sy baru kehilangan abg pada bulan 7 lepas.. abg sy ni laa paling tak rapat.. tinggal serumah tapi tego bila perlu je.. bila dia dah tade, baru rasa kehilangan sgt2 sampai sy meltdown ☹️ Sampai skrg sy masih rasa nak giveup.. dengan umo dah 29 tahun tapi masih timase kerja tetap.. masih mencari kerja macam lps sekolah je… pada sesiapa yg baru putus cinta & kecewa sebab tu je.. bersyukur lah sebab masih ada pekerjaan & family.. hargai ahli keluarga dari fikirkan kesedihan bercinta ni :( putus cinta suma alami..
Ex bf baru je kahwin dengan kawan baik saya minggu lepas. Taktau nak gambarkan macam mana. Tengok gambar dorg rasa sebak,kecewa,pedih tapi dalam masa yang sama saya rasa happy untuk dorg ? Dah setahun saya tak bertegur dengan dorg. Tipu kalau saya cakap tak rindu dkt bff saya tapi hati ni masih rasa kecewa sebab buat saya kawan die sendiri macam ni. Bukan saya nak putuskan hubungan silaturahim tapi saya rasa tu je jalan yang terbaik untuk diri saya move on. Lupakan segalanya ?