Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Asslm.Terima ksih utk artikel ini..ia sngt mmbntu sy krna mlm ini tibe2 saja sy berasa tdk tenang,dan sy jg tdk thu ap yg sebenarnya diri sy mhukn..tmbahan pula mlm ini sy jgk mndgr lgu2 berunsurkn “cinta2” yg mmbuatkn hti dan perasaan sy brasa mkin celaru.Sbb tu sblum sy tdo sy tergerak hti utk google ttg cara utk menengkan hati dan terjupa dgn blog ini..Ianya mmg sngt mmbntu sy?

    Reply
  2. saya selalu tidak dihargai dan susah dimaafkan kalau sy buat salah . kalau dia buat salah sy maafkan even dye dah khianat hati saya byk kali . rupanya dia masih buat perangai lama suke melayan perempuan lain. sy dah banyak kali bg dye pluang . sy dah byk berkorban untuk dia . tp kali nie sy tak boleh terima sbb kami dah bertunang . ya Allah sedihnyaa hati sy . sy ta kuat nk harungi dugaan niee :( . apa yg patut sy buat yee ..

    Reply
    • Allah.. semoga diberikan awak kecekalan hati untuk hadapi Ujian..Nya.
      pendapat akak ..selagi dia bukan suami.. mungkin apa yang awak alami ..adalah gerak hati dari Allah untuk anda memikirkan hubungan awak dgn dia..BAIK atau sebaliknya. selagi tiada ikatan apa2..better jauhkan diri dari lelaki seperti itu. Nauzubillah.

      Reply
    • situasi awak sama seperti saya. tapi saya tak pasti hal itu benar2 berlaku kerana dia dari penyampaian orang lain yang tahu apa yang terjadi ditempat kerjenya. saya sama seperti awak, kite same2 tak kuat. saya lagi dua bulan nak berkahwin. tapi hujung2 ni bile bergaduh saya dipersalahkan kerana tak mempercayai dia. bile difikirkan balik untuk apa kawan sekerjanya menceritakan buruk tentang dia. dan kini, tunang saya ingin memutuskan pertunangan dan dia senyapkan diri malah blog saya di whatssap. sejujurnya memang saya tak kuat. tapi saya yakin satu ALLAH ADA BERSAMA SAYA. walau saya terpakse lalui masalah ini sendirian saya percaya ALLAH DENGAR SETIAP LUAHAN HATI SAYA. awak kene kuat dan yakin pada Allah swt. Insya Allah jika awak letakkan diri awak sepenuhnya pada Dia, insya Allah, dia berikan cerite yang lebih baik untuk kite. semuanya atas izin Allah.

      Reply
  3. Assalamualaikum..
    Terima kasih atas tulisan nya.. Alhamdulillah tulisan anda membuat hati saya tenang.. semoga anda di karunia rahmat Allah SWT… Aamiin
    Sekian dan semoga hari anda menyenangkan
    Wassalamu’alaikum..

    Reply
  4. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah artikel ini sangat membantu sekali.. Insya Allah hati ini akan segera ikhlas..

    Reply
  5. Kadangkala kecewa hanya bersarang sendiri.. Terlalu sukar untuk dilafazkan kerana amat sukar….sukar kerana Ada hati hati insan yang teramat ku sayang yang tak ingin terpalit atas kekecewaan .Hanya pada Allah aku luahkan….aku lagukan zikir zikir pada Pencipta ku… Kerana aku tidak berdaya Dan ingin terus berjalan sampai sangat aku dipanggilNya…

    Reply
  6. Assalammualaikum..
    Alhamdulillah artikel ini memang sangat membantu sekali? Sebelumnya saya jugapernah berjaya mengatasi rasa sedih. Degn cara saya selalu mengingat Allah, dan selalu beranggaopn bahwa pria itu tak baik buat saya sebab itu Allah menjauhkan saya dri nya. Insyaallah seiringnya waktu rasa sedih dan selalu berfikiran tentang dia mulai sirna. Dan setelah kejadian itu saya tak percaya lagi oleh namanya percakapan seorg pria mengenai percintaan sebelum dia memberikan bukti suci. Sebabb takkan ada indah nya arti cinta itu setelah pernikahan.. Jdi bagi wanita” yg pernah patah hati krna terlalu percaya, itu pertanda Allah memberikan tanda bahwa kita harus lebih hati” lagi dalm memilih pasangan hidup. Dan juga kunci utama mendapatkan jodoh yg baik iya lah menjdi pribadi yg lebih baik lagi, agar dipertemukan dgn jodoh yg baik pula. Krna ingatlah Allah itu maha adil, dia tau yg terbaik buatmu. So kedepannya gaush mikiri masa lalu yg menyakitkan, tetapi bangunlah masa depan yg cerah seindah mentari dan menjadi pribadi yg selalu bersyukur, bertaqwa kepada Allah SWT.

    Sekian dri saya berkongsi mengenai artikel ini. Wassalamualaikum..

    Reply
  7. Sedih..bila si dia ckp Sye Dan 1 fmly hina dia..wallahualam.di bahagian mana kami sekeluarga hina dia.tiada niat menghina.tapi memberi peringatan.antara pekerjaan baik dan tak baik.kami tunggu dia tunainkan jnji tp janji tinggal janji..Dah dapat yg diidamkan Sye ditinggalkn.myb Sye terlalu kecewa kerana terlalu berharap dgn sidia..

    Reply
    • kita sama.Sedih apa yang kita harap.. Akhirnya mengecewakan. Tetapi hari ni saya telah pulih. Pertama yang sya lakukan REDAH,KALUAR DENGAN TEMAN2,LUPAKAN KENANGAN. BERDOA DENAGAN ALLAH. MULAKAN HIDUP BARU. Semoga kita smua yg mengalami kekecewaan akan pulih. Amin.

      Reply
  8. Terkadang pasangan hiduplah yg sering memberi rasa kecewa
    bagaimana mesti,, bersikap ditegur salah didiamkan tambah menjadi2

    Reply
  9. Assalamualaikum.. Saya berasa sedih tak terkira kerana dilukai ramai lelaki yang hanya singgah Dan berlalu setelah apa yg mereka hajati tidak Saya turutkan.. Betapa hancur remuk hati Saya .. Saya sentiasa bersyukur dengan setiap insan yang hadir dalam hidup Saya .. Mungkin khilaf Saya kerana terlalu berharap akan hadiran seseorg yg sempurna sehingga alpa dgn tujuan hidup di bumi Allah subhanallah taala ini.. Sesungguhnya mendekatkan diri dengan Allah subhanallah taala itu adalah sebenar-benar cinta yg sempurna Dan abadi .. Subhanallah ??

    Reply

Leave a Comment