Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. bukan mudah nk lalui kekecewaan……….. hati jadi gundah gelana … serba x tentu….. kejadiaan menimpa saya baru sebulan yg lalu……… semoga cara diatas dapat membantu saya……. sesungguhnya segalanya datang daripada Allah…….

    Reply
    • Allah knows you’re tired. Allah knows your difficulty. You must also know that: Allah would never put you in a situation you couldn’t handle

      Reply
  2. terima kasih perkongsiaan ini, saya telah sedih..esok nk exam final dah utk thn akhir, stress sgt2..bila org yg kita cintai, tipu kita selama ni, dan dia kini dgn wanita lain..sakit sgt bila kenang kata2 janji2 manisnya dulu. ya Allah..bantu la hambamu ni mnghadapi ujian mu yg sgt berat :(

    Reply
  3. sy bru shja ptus tunang stelah 4thun bercinta dan 7bulan kami mngikat cinta, lagi 2bln kami akan di nikahkan… tapi hakikat,, kmi terpaksa leraikan semua ikatan atas dsar kuaga yg menghimpit kami… ya Allah,,, xsgup rsanya utk mneruskan hidup….. hidup bgaikan kosong…. menangis bgaikan sebati … setiap detik airmata akn gugur tnpa di pinta…. time ksih atas perkongsian ini..

    Reply
    • Yang hilang, boleh dicari. Yang berlalu, biarkan ia pergi. Yang lampau, tak dapat diulangi.

      Yang penting, hari ini kita hargai..

      Jangan putus Asa kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik utk kita =)

      Reply
  4. Subhanallah Maha Agung Allah…Setiap pe tang berlaku samaada sedih atau gembira hanya Die sahaja yang mengetahui yang tersirat n tersurat.

    Reply
  5. Nasihat yang sangat baik, menyejukan hati dan sangat berguna.. ;)

    Tapi maaf, disini anda meyebut Allah SWT dengan kata2 “He” atau “Him”.. kalau boleh saya mau koreksi sedikit, jangan lah menyebutNYA seperti itu.. karena kita tidak ada yang tau Dzat Allah..itu semua kuasa Allah SWT.. kita tidak ada yang tau apakah dia laki2 atau perempuan.. jadi kalau anda menyebutNYA “He” atau “Him” berarti anda memutuskan bahwa DIA laki2.. Astaghfirullahaladzim.. tiada yang maha tau selain Allah SWT.. dan kita semua hambanya tidak mengetahui apa2 mengenai dzat NYA dan janganlah kita menjadi orang yg kufur..

    Mohon maaf sebelum dan sesudahnya… saya hanya ingin berbagi.. ;)

    Terima kasih,

    Reply
    • Salam. Terima kasih atas pendapat yg anda share kan.. hati kita lemah tanpa Allah. Sedih kita xkan tenang bila xda Allah.. kerana dtg smua dari Allah.. sy lebih positive bila bca artikel ni.. sedih bila org kita syg tgglkn kita. But Allah knows the best for us. Tq

      Reply
  6. Sy penah alami kesedihan,sy amalkan surah yasin setiap hari,solat hajat setiap mlm,solat tahajud dan solat taubat,Allah maha kuasa dan maha mengetahui,tanpa sedar hati sy x lg pk kekecewaan,ntah bile sy lpe akn kesedihan,kebahagian diberikan pd cr yg halus,yg hanya sy je merasakan,Allah Maha Mengetahui setiap kejadianNya,yakin la kesedihan yg dtg bkn krn nasib hidup,tp krn Allah syg kan kita,kita msh didlm perhatianNya..in sha Allah..

    Reply
  7. Allah..
    Alhamdulillah..
    seakan2 Allah beri jawapan kepada saya melalui artikel ini..
    syukran..

    Reply
  8. saat ini hati sya sakit sagat….tiap saat rasa nk mengalir jew air mata….nk luahkan xde tmpat…hanya allahswt jw thu
    ati saya….

    Reply
  9. bila hati sy tdak tenang n sedih sy sllu mgamal kn zikir ni (Hasbunallaah wa ni’mal wakiil)
    alhamdulillah berkesan..

    Reply
    • Alhamdulillah.. semoga kesedihan2 kita selama ni Allah akan tukar dengan kegembiraan yang hakiki =)

      Reply
  10. Alhamduliliah…makasih…tak tau nak kata apa…tika ayat ni ditaip…sy bersendirian di masjid dan sedang membelik nasihat dari inernet yg ada…terjumpalah artikrl ini…bak adanya seorang kawan didepan saya menasihati sy..makasih

    Reply
    • Alhamdulillah.. semoga memberi manfaat kepada awak ya. Muhasabah diri & sentiasalah ingat pada Allah =)

      Reply
  11. Terima kasih atas perkongsian ini… sejak akhir-akhir ni hati selalu tak tenteram…bukan sebab orang lain, tp mungkin diri ini terlampau sibukkan urusan dunia…diri sedang berusaha nak bgn tahajjud, tp sejak pertukaran musim, mlm semakin pendek agak mencabar jugak nk bgn tu…ada soalan disini, boleh ke kita buat tahajjud sebelum tido??

    Reply
  12. alhamdulillah..terima kasih atas tips berguna di blog ini.

    rata2 kita byk kecewa kerana cinta. putus cinta setelah bermatian pertahankannya. sy pun begitu. pd mulanya mmg sampai rasa hidup ni tiada arah, tp sbnrnya kita kena muhasabah diri. takkanlah kita hidup sbb cinta kpd manusia saja? apa yg kita buat tak betul…ujian cinta ni, hikmah dr Allah utk sedarkan kita ttg kekurangan kita. percaya pd qada dan qadar Allah, yakin dgn Allah yg Dia simpan seseorang yg lebih sesuai dgn kita.

    sy byk bertanya pd mak dan kwn2 sy..mak sy sllu suggest bykkan solat2 sunat malam, terutamanya solat taubat, hajat dan tahajjud. baca quran, sesungguhnya quran byk menenangkan sy ketika sedih. kwn sy pula galakkan berzikir..jika tiba2 teringat kisah sedih tu, bykkan istighfar. in shaa Allah, sama2 kita bangkit. baiki hubungan kita dgn Allah dahulu…

    Reply
    • benar. kita hidup bukan sekadar kerana untuk mencintai sesama manusia, ada lagi matlamat yg lebih besar. Iaitu mencintai dan dicintai oleh Allah.

      Keep calm. be strong. Allah will love you no matter what =)

      Reply
  13. Tq ustaz untk info ini..sy amat2 memrlukan tips2 ni kerana sy mmg amat sedih skrg ini..org yg prnh mnabur jnji bagai nk rak, dh nk kawen dgn pmpuan lain..Insyaa Allah sy akan amalkan semua ini n berusaha berjuang untuk meletakkan cinta ini hanya pada Allah dan rasulnya..

    Reply
  14. sy sdg kesedihan dan tidak tenang.tiada tempat untuk meluah kecuali kpd allah.sy yakin tips berkenaan dapat mbantu.insyaallah.doakan utk sy.

    Reply
  15. Syukran, saudari /saudara,
    artikel yg kalian beri ini amat brmafaat bg saya..
    trutama skali ktika saya dlam keadaan yg amat kecewa krana tindakan sy yg melulu
    trhdap ibu bapa sya..
    sy mmbrontak dan tak tahu apa yg hndak dlakukan bg mnylesaikannya,,..
    alhamdulillah slpas bbrpa hari.. sy mngamalkan surah yasin dan brzikir..
    sy brasa mula berani utk brdpan smula dgn keluarga dan
    mngakui ksalahan sy..
    jazakallah khairan kasiro

    Reply

Leave a Comment