
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Tips supaya mudah nak bangun
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup:
Bagaimana?
Rasa masih belum kuat?
Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:
- Bagaimana Menguatkan Hati bila rasa Lemah itu Menjengah?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
- Ujian Daripada Allah
- Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.
Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)
Salam…saya berasa sedih kerana ketua seksyen (wanita) saya selalu memandang rendah pada saya dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan saya. Malahan kelemahan saya dicanang pada rakan sepejabat yang lain. Daripada sikap beliau, saya berasa rendah diri dan menjadi risau tidak tentu arah. Saya cuba dan berusaha untuk menunjukkan kepada beliau bahawa saya boleh melaksanakan tugas yang diberikan oleh beliau. Apa yang boleh saya lakukan supaya saya berasa tenang dan beliau yang bukan beragama islam sedar akan sikapnya yang suka marah ikut mood.
Waalaikumsalam,. Benar shida.. Saya juga pernah mengalami perkara yang sama.. Sehingga Saya memilih until berhenti kerja.. Semoga Allah Subhanallah Taala lembutkan hatinya Dan terbuka untuk berikan sedikit peluang dan kepercayaan kepada awkk.. Dengan izin Allah Subhanallah Taala..
SEMOGA SAYA JUGA BEROLEH KETENANGAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT
In syaa Allah .. Aaminn..
Assalamualaikum..saya teramat sedih sekarang kerana ditinggalkan seseorang yang saya sayang..macam2 pengorbanan telah dibuat akhirnye ditinggalkn atas alasan yang tidak munasabah..banyak kali gagal dalam perhubungan..kecewa sangat..susah nak melupakan seseorang yang telah lama dengan kita..saya nak dekatkan diri pada allah tapi saya tidak tahu langkah pertama yang perlu saya ambil..sila bantu saya
assalamualaikum … semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan yang maha kuasa , semoga kita umat islam akan tetap terus mengingati Allah dan dengan izinNYA kita mendapat rahmat dan hidayah , semoga kita semua tergolong dalam ahli ahli syurga , sentiasa lah ingat Allah . Allah mendengar setiap doa kita jadi kita harus selalu berdoa meminta pertolongan dari NYA .. Aminn ❤️
Ingin kesyurga
Saya ingin kesyurgamu ya allah…amin rabballamin insyallah…
assalamualaikum , saya rasa sedih sangat sekarang . orang yang sye sayang tingglkan sye dgn alasan yg sgt tdk kukuh … setahun lebih sye bertahan dgn dia,, tapi dia sikit pun tk sedar dengan pngrbanan sye selama ni.. berat untuk sye lupakan dia .. sye berharap dia kmbli smule dlm hidup sye . :(
Waalaikumsalam.. Saya juga mngalaminya .. Tapi kita harus bersyukur kerana Allah Subhanallah Taala Dah buang jauh² dosa besar kita .. Allah Subhanallah Taala jauh kan yg bukan terbaik untuk kita kerana Allah Subhanallah Taala nak kita dekatkan diri dengan Allah Subhanallah Taala .. Allah Subhanallah Taala rindu mendengar rintihan DOA kita kepada Dia ..semoga kita sama² diberkati Allah Subhanallah Taala.. Aaminn..
Assalamualaikum, Sy bru sja ditinggalakan dia ,dgn alasan dia dua hati sma sy ? pdhal sy sgt syg dan cintakan dia. 2tahun bersama tersgt perit untuk terima
Terima kasih saran nya, bismillah akan saya coba
Gimana caranya agar kita tidak berburuk sangka sama pasangan kita
Gampang sih. cuma saling mempercayai doang.
Macam mana pulak kalau kita rasa kecewa dengan diri kita sendiri? Terasa diri ini ‘loser’ dan menjadi beban kepada mak bapak. Rasa ilmu yang kita belajar tu tak diberkati. Kosong..
Dengan cara mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada setiap hamba-Nya. Seperti mensyukuri bahawa kita telah berada dalam keadaan yang aman dan damai. Kesannya menyebabkan hati kita tidak mudah kecewa terhadap setiap dugaan yang dirasai. Kesimpulannya, kita harus ingat bahawa Allah selalu menjaga hamba-Nya dengan cara setiap hamba-Nya melaksanakan semua perintah-Nya dan tidak melanggar larangan yang dimurkai-Nya
Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Saya ini sorg jahilliah.. saya akan cuba buat apa yg dikongsikan oleh anda.. semoga dimanfaatkan oleh sesama kita hamba2 Nye… Aamiin
Assalamualaikum. Saya baru lepas hadiri temuduga biasiswa, selepas tamat temuduga, perasaan kecewa dan sedih kerana tak dapat buat yang terbaik ketika temuduga tersebut, tidak berjalan seperti yang saya prepare, semuanya hancur.. memang saya sudah berusaha dan saya juga tidak berpengalaman hadiri temuduga. Setiap malam saya berdoa kpd Allah supaya saya lulus dlm temuduga ni. Tapi jika flashback kembali performance saya ketika temuduga tu, memang perasaan tidak lulus temuduga tu datang. Jadi bagaimana saya nak atasi semua ni dan yakin apa yg saya rasa ni tidak betul dan utk merasakan saya berkekemungkin lulus biasiswa ni atas kuasa Allah.
Komen dan nasihat dr Puan amatlah saya hargai. T kasih
Assalammualaikum… Tidaklah mudah tuk menjadi insan Allah yg diberi cobaan. Mungkin saja orglain akan berbicara dan berkata sabar, sabar, sabar. Tetapi tidak mudah untuk kita yang benar2 mengalami ujian atau cobaan tersebut. Saat ini pun saya di posisi yg sangat2 merugi. 10thn menerima laki2 yang sebenarnya bukan hak saya. Tetapi entah mengapa saya menjalaninya selama 10thn, bukan waktu yg sebentar kan? Ini thn ke 10, rasa sakit yg teramat dalam, kekecewaan yg teramat dalam membuat sy menjadi paranoid dan labil. Adakalanya saya bersikap baik dan stabil, adakalanya saya merasa takut akan kejadian atau bayangan yg terus menghantui saya. Sampai2 ketika rasa kantuk menyerang dan tiba2 terlintas bayangan serta kejadian itu, seketika rasa kantuk hilang. Sy blm berupaya ke dokter. Sy sdh sangat2 pasrah, mau dikemanakan arah hubungan ini, mau diapakan hubungan ini? Sampai detik ini saya masih bingung. Kemana takdir Allah ini membawa saya???
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirahim,
Sy bersetuju dgn anda bilamana hati sedang kecewa,kita berbalik lah pada Sang Pencipta iaitu Allah swt. Itulah yg sedang sy usahakan. Mendekatkan diri pdNya sekaligus belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai org lain. Oleh kerana kesakitan ini baru berlaku,sy perlukan sedikit semangat dr anda dan secebis luahan hati agar bisa sy merasa sedikit ketenangan hati.
Sungguh ini amat berat tatkala hati dikecewakn oleh seorg yg bergelar “SAHABAT” . sesungguhnya sy masih lagi bisa menerima kesakitan dr seorg kekasih,tp kesakitan ini memberi sy impak yg sgt besar. 8 tahun bersahabat akhirnya terpisah jua.
Izinkan sy bercerita sedikit perihal kehidupan sy ketika berjuang demi sahabat…
Hati dan jiwa aku sakit. Cukup sakit sekali. Bila mana aku mula terkenangkan setiap kisah lama,ia membunuhku. Mungkin sudah ditakdirkan nasib aku sebegini di luth mahfuz. Punyai sahabat,yg akhirnya dikhianati. Dahulu juga sama,punya sahabat. 5 tahun menjalin hubungan berkasih sayang ibarat keluarga sendiri tp akhirnya juga aku ditinggalkan sendiri tanpa mengucapkn selamat tinggal. Sejak kejadian itu,aku mula menjadi seorg pendiam,tidak ramah,tidak mempedulikan serta tidak serius dalam berkawan. Cuba aku elakkan perasaan sebegitu,tetapi hati aku meronta agar aku menghentikannya. Lalu aku menjadi org yg jauh dr dunia. Dunia yg ada hnya dunia aku,hiburan yg ada hnya hiburan aku. Susah senang aku hnyalah diri ku. Knp aku jd begini? Ape yg telah merubahnya? Pastinya aku tau jawapannya. Ialah,dendam pada org2 yg x pernah menghargai. Pelbagai pengorbanan,usaha,wang ringgit dan masa utk menjadi yg terbaik pd sahabat,susah senang bersama,tidak pnh sedikit pon aku berkira. Kerana aku sygkn sahabatku. Sahabat yg aku anggap segalanya. Kini hnya tggal kenangan. Kngan yg harus aku lupakn,dn jadikan ianya suatu pengajaran lalu ku tutup pintu hati utk mngenali seseorg dgn begitu rapat. Tamat kisah sahabatku. Kisah lama yg akan terus aku ingat kerana telah meninggalkn secarik luka di hati meskipon sudah lama berlalu.
Kini,ianya tidak tamat disitu. Dtg pula sahabat lain. Sahabat yg aku rasa akan kekal,kerana aku mula yakin akan sumuanya. Berkenalan di facebook. Pd awalnya aku tidak yakin dgn hubungan ini memandangkn kami masing2 tinggal berjauhan dan tidak pernah bersua muka. Aku masih melayannya seperti biasa,chating di facebook,bersembang mngenai diri masing2. Lama kelamaan aku mula senang dgnnya,kami bertukar phone number,dan masa itu bermula lah cerita kami…
Dia seorg yg baik. Aku senang dgn cara layanannya. Berbeza dengan kawan yg lain hinggalah satu hari aku decide utk bertemu dgnnya. Terbang jauh ke sana. Masa berlalu dgn pantas,aku tidak sangka hubungan kawan ini bisa bertahan lama. Dia lah sahabat,dia lah adik,dialah keluargaku. Semua masalah dpt dikongsi bersama. Aku bahagia. Dia juga bahagia. Bahagia mempunyai sahabat yg baik dan perihatin. Lagi membuatkn aku bahagia bila dia mmbuat keputusan utk tinggal besama aku. Ceriakn hari aku,bersama2 mencipta dunia baru. Maka bermula lah kisah kami di rumah sewa. Kisah yg akan merubah semuanya.
Aku mencari rumah sewa utk keselesaan bersama alhamdulillah rezeki aku baik dpt rumah dgn sewa yg rendah. Rm400 sebulan. Dr tidak punya apa2 dirumah baru,hinggalah ianya penuh dgn perabut,tv,peti ais,dapur,almari,tilam dan sebagainya. Aku berasa bangga dpt memberikn kesenangan dan keselesaan pdnya. Bg aku,apalah sgt harta yg aku ada klu nak dibandingkn dgn nilai persahabatan kami. Ianya sangat mahal dan sukar di cari ganti. Kami lalui hidup kami dgn penuh warna warni,jatuh bangun,susah senang,tangis tawa, dan semua itu cukup indah bila dikenangkan. Aku sygkn sahabatku. Aku sygkn hubungan ini, aku sygkn dia. Hanya tuhan sahaja yg tau betapa ikhlasnya hati aku menyayanginya. Wahai sahabat,meski pon aku selalu marahkn kau,marah itu seperti abg pd adiknya. Jauh di sudut hati aku,aku amat mnyesalinya.
Hari demi hari,kami seperti tidak rapat lagi. Hati aku meronta,sakit memikirkan mengapa seperti ini. Apa yg sedang berlaku. Aku tak mahu hubungan yg telah lama terbina ini lenyap di telan masa. Aku harus perbaikinya. Ya, aku usha perbaikinya. Teringat satu ketika dulu,bergaduh mcm mne pon kami,tetap bersatu kembali. Tp kali ini adakah ianya akn bersatu kembali? Aku sedih memikirkannya. Utk sahabatku… Aku menitiskn air mata menaipkan cerita ringkas kita ini. Aku amat sayangkn kamu. Aku amat cintakan kamu,walaupon keadaan sekarang dah berubah,ianya tidak akan merubah ape yg ada di hati aku. Terlalu banyak kenangan kamu berada tepat disini. Di hati aku. Terlalu banyak nama mu tersemat disini. Di jiwaku. Aku dah berusaha utk pulihkn hubungan baik antara kita,tp sepertinya ianya hnya sia2 jika hnya aku yg berusaha sedangkan kau bahagia disana bersamanya. Kau gantungkan perasaan aku terlalu lama. Sanggup hati kau buat mcm ini pada org yg byk berkorban masa dan usaha. Emosi aku terganggu di saat setiap hari merindui kamu. Rindu sgt. Kamu? Di mana kamu sahabat ku? Setiap hari menunggu kamu. Tp kamu? Kamu menghilang disaat aku memerlukan mu. Berbeza waktu bahagia kita dulu. Aku sentiasa ada utk mu. Aku jemput kamu pergi dn balik kerje. Wlupon kita berbeza tempat kerje. Bahagianya bila mengingatinya. Kan? ????
Aku sgt terkilan sahabatku. Terkilan sgt. Betapa ruginya rasa bila kita terpaksa pisahkn hubungan ini yg sgt lama. Tp aku paham ya sahabat,semua ini bukan salah kau. Tp masa dah merubah semuanya. Kini aku hanya menjadi serpihan dlm kehidupan kamu. Aku juga punya perasaan yg harus di jaga,dirawat,dikasihani. Berakhir kini perjuangan aku. Berjuang mempertahankan hubungan ini dr musnah,tp tidak ada maknanya jika seorg diri berjuang. Terima kasih ya sahabat atas segalanya. Atas kenangan terindah. Aku harus belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai org lain. Teruskn kehidupan tnpa sahabat disisi,tenang dan tidak menoleh kebelakang lagi. Lagi aku bertahan,lagi sakit yg aku rasakn. AKU SAYANGKAN KAU SAHABAT………????
*Sesungguhnya kecewa kerana Sahabat itu lebih menghiriskn drpd kekasih hati.. Kisah yg baru terjadi di hari raya pertama. Terus aku di diamkan….tergamak kau sahabat..
Sabar la wahai hati yang lara..
Assalamualaikum,
Tolong bantu say tuan… Sesungguhnyq saya dah tak mampu menahannya lqgi. Hqti saya amat terluka tqpi saya tak boleh nak move on.
Saya cuba benci dy dengan fikirkan apa yg dibuat belakang saya,tipu saya.. Tak oernah ikhlas pada saya malah saya ni dipergunakan utk kesengan diri dy sendiri.
Hqti saya amat terluka.. Tapi saya tak bileh nak move on, kenapa lah hati saya ni tak boleh lansung nak benci dy malahan saya bertambah sayang pada nya.Kenapalah dy terlalu zalim pada saya, saya menyanyanginya lebih dr diri saya sendiri. Saya sanggup korbankan apa saja untuk dy. Kenapa lah dy sanggup buat saya begini.
Bantu lah saya untuk saya terlepas dari seksaan mainan hati dan perasaan ni.Tolonglah saya.terima kasih.
Sebenarnya untuk melepaskan seseorang yang kita sayang dan cinta bukan perkara yang mudah.kita berada di dunia hanya untuk diuji.sy pernah rasa sedih sampaikan menangis dan merayu pd tuhan untuk hilangkan rasa pilu dan sedih.setiap hari sy merayu.cadangan sy..pertama dapatkan motivasi dari rakan2 yang memahami situasi kita,kedua berdoa pada tuhan dengan bersungguh2,ceritakan ap yang kita rasa,minta pd dia supaya kita diberikan kekuatan untuk hadapi.tuhan itu maha mendengar..dia juga menyayangi kita.setiap insan didunia ini akan sentiasa mempunyai masalah.masalah itu akan bawa kita kepada kekuatan kita yang sebenar.memperbanyakkan berkawan dengan org yg positive supaya kata2 mereka membawa kita kepada jalan yang lebih tenang walaupun situasi keruh.
Terima kasih saran nya
Saya single ada sesiapa sudi???
Saya juga single
ALHAMDULILLAH… THANKS FOR THIS INFORMATION…???? LOVE IT…????
Hati sy mmg x kuat utk hadapi semua ini..tp sy redha semua ketentuan drNya..bila baca semua kata2 d ats,menambahkan rasa semangat utk sy meneruskan kehidupan ini..hnya Allah lah tmpt kita mengadu dan meluahkan Sgla isi hati kita ini.