Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Bagai mana cara mengobati luka wanita yg sdh kita buat kecewa. Karna sdh me gingatkan masalalu nya yg pernah membuat nya sakit hati dan kecewa??

    Reply
  2. Saya bermula dgn berkawan baik di tempat kerja dan akhirnya dia meluahkan perasaan kpd saya. Pada mulanya saya tidak mahu menerima cinta dia sebab dia warga asing dan bukan beragama Islam. Tp kerana kesungguhannya saya terima cinta nya. Pada mulanya mmg manis bercinta tp lama kelamaan dia mula berubah.. saya tahu dia sudah ada yg lain. Saya di perlakukan seperti tidak mengenali diri saya. Tidak menegur saya.. menjauhkan diri drp saya. Selama setahun saya merana.. walaupun dia buat saya mcm itu saya masih kuat nenyintainya. Ntah tiba2 dia berubah balik seperti mahu berbaik2 dgn saya. Saya yg setia memaafkan dia dan menerima dia kerana saya masih sayang. Selama stgh tahun saya gembira tapi akhirnya Kami bertengkar kerana hal kerja. Saya merajuk tapi pada dia perkara ini serious dan tidak menegur saya hingga kini. Facebook saya pun sudah dia block menandakan dia memang sudah membuang saya. Begitu kecewa dan sedihnya saya krn diperlakukan Kali ke2.. saya tahu saya bodoh dan degil kerana masih sayangkan dia sedangkan dia bukan org Islam, tidak berminat dgn Islam dan mungkin dia suka saya untuk berseronok sahaja. Sebab itu saya tak tahu untuk menghadapi semua ini.. saya terlalu lemah dan menangis sahaja..saya sangat tertekan sangat.. bagaimana saya hendak menghadapi semua ini.. bagaimana saya hendak membuang dan melupakan dia dari hidup saya.. sedangkan saya terpaksa menghadap dia setiap hari ditempat kerja.

    Reply
  3. saya pacaran hmpir 2th dan itu tepat pada bulan juni besok, saya dan dia sudah serius dlm hubungan ini dan saya pun sudah bicara dengan nya kalau setelah lebaran saya akan melamar dia, dan kedua orang tua kami pun juga sudah merestui hubungan kami, tp seakan tersambar petir di siang bolong, bulan kemarin dia memutuskan saya sampai saat ini saya msh blm percaya kenapa dia semudah itu memutuskan hubungan ini, memang sblm ny kami sempat ada mslh ttpi entah knp sulit sekali menyelesaikan nya dan akhirnya hbngan ini harus berakhir di saat saya blm sempat melamar dia, kecewa dan sakit hati sampai sekarang msh terasa, apa karena saya tidak cepat-cepat melamar dia? setiap hari saya selalu merasa tidak tenang saya juga merasa apa karena saya merasa sudah lama jauh dengan Allah ssehingga Allah memberikan cobaan berat ini kepada saya ?

    Reply
    • Jika kita kehilangan seseorang yang kita sayang,
      Pasti ada alasan di balik semuanya,
      Alasan yang kadang tak pernah di mengerti,
      Namun percayalah jika allah mengambil sesuatu,
      Telah allah persapkan sesuatu yang lebih baik untu di berikan pada kita,
      Kita hanya bisa berdo’a dan menunggu
      Sebab sesuatu itu akan datang pada
      waktunya….

      Reply
      • Saya juga merasakan hal yang sama, ditinggal pergi pacar saya setelah kita menjalin hubungan selama hampir 3 tahun. Saya punya tujuan dalam hubungan itu. Saya selalu berdoa dalam sholat saya agar hubungan saya bisa berjalan sampai hari pernikahan saya nanti. Apa doa yg saya lakukan itu semua sia-sia? Allah tidak dapat mengabulkannya

        Reply
  4. Saya punya pacar 8 thn tidak di reatui,udah berapa kali yg datang saya tolak lalu saya di maki paman saya,jangan banyak pula Klw gak punya ayah…lalu setahun kemudia yg saya tolak tadi di suru umi saya untuk mendekati,lalu hampir 2 bln kmi dekat tapi dia bilang untuk menjauhi dia skt rasa hati saya ,sedg kan kekasih saya udah saya putus kan untuk memilih perjodohan ini ,yang buat aq kecewa ,di beri bumbu2 lalu saya tak berdaya,ap yg harus saya kata kan ke pd keluarga q…q pendam sendiri sakt hati saya n merenung sendiri,,,,kenapa calon saya berubah deraktis sedang kan kekasih saya kecewa ,rasa hati saya hancur…

    Reply
  5. Hi assalamualaikum. Thanks, sebab entry buat saya pikir positive. Rasa sakit hati dengan manusia, dulunya layan pandang kita lepas dapat apa yang dia dapat terus tak tinggalkan mcm tu. Hati siapa je boleh tahan.

    Reply
  6. Saya merasaaa terhinaa dan kecewaa merasa sellau dislahkan ddengan saudara sayaa, merasa pekerjaan rumah dan kntor yng saya kerjakan tidak ada bnar nya, sya tnggal bersma saudraa, sikap bgaimana yng saya harus hadapi :,)

    Reply
    • Rasa kecewa kesal dan patah hati atau semangat ,perasaan anda bagai mna jika orang yg kita cintai diambil orang ?

      Reply
  7. Assalam..
    Baru tadi saya dapat berita tentang kegagalan saya dapat kerja di tempat yg saya idamkan. Allahu.. walaupun saya berulangkali cuba untuk tidak menaruh harapan tetapi saya tewas pada kehendak sendiri????
    .
    Ya, kerja tersebut menawarkan pelbagai kemudahan dan insentif terutamanya. Hidup dizaman ini semuanya perlukan duit hatta apabila kita meninggal dunia. Ya, saya tak menafikan duit bukanlah segala-galanya tetapi segalanya memerlukan duit????.
    .
    Sebagai seorang ibu kepada 3 org anak, besar harapan saya untuk memberikan kehidupan dan pelajaran yg terbaik untuk anak-anak. Apabila berlaku begini, hati siapa tak hancur ustaz. Lebih2 lagi tidak dapat membantu ibu saya yg bersendirian di kampung juga tak dapat membantu adik2 saya yg masih belajar.
    .
    Entahla..mungkin silap saya meletakkan angan2 terlalut tinggi.. saya bersyukur dgn apa yg saya ada hari ni ustaz..cuma saya perlukan kerja tu untuk langsaikan hutang2 secepat yg mungkin..saya rimas, lemas dgn hutang yg dicipta tangan sendiri..,
    .
    Mungkin akan ada yg mempersoalkan tentang kerja alternatif lain yg boleh dibuat. Tidak..saya tak mahu anak2 terabai..saya x mahu anak2 nampak saya hanya mengejar harta dunia sedangkan sebaliknya berlaku. Anak2 saya adalah amanah Allah..
    .
    Saya masih dalam fasa memujuk hati sendiri..solat tepat waktunya..berdoa sebanyaknya..cuma mungkin belum bertemu dgn ayat yg bisa melembutkan hati saya..
    .
    Terima kasih atas perkongsian ini ustaz..
    Akan saya amalkan, inshaAllah

    Reply
    • InsyaaAllah, sekalipun Allah itu tidak pernah zalim terhadap hambaNya.

      Bersabarlah, mungkin kita melihat sesuatu itu terbaik untuk kita padahal perancangan Allah adalah lebih hebat.

      Perbanyakkan doa dan tawakkal. Mohon Dia berikan petunjuk keluar dari kesusahan.

      InsyaaAllah

      Reply
  8. Kecewa, sedih, mcm nak menangis x yah berenti pun xpe. Bukan masalah cinta tapi masalah keluarga. Diketepikan, pilih kasih, hurm entah la. Mungkin ade salah saya jugak tapi knp seolah” saya mcm x de peluang nk betulkan. Kadang” penat mcm nak lari tapi x de guna kan.ape yang bole buat skrg sabar dgn pendam selagi mana mampu

    Reply
    • Jangan begitu.
      Anggap sahaja ujian mendatang untuk menguatkan, untuk ditinggikan darjat oleh Allah.

      Yakinlah rahmat Allah itu luas.
      InsyaaAllah anda akan nampak hikmat disebalik semua yang terjadi :-)

      Reply
  9. Selama saya hidup..saya tk pernah ada kawan yang ikhlas kawan dengan saya..semua mempergunakan saya..saya rasa kecewa..saya akan cuba cara ini untuk menenangkan hati yang luka.. In Shaa Allah

    Reply
    • Bersabarlah.
      Tenang dan jalani hidup ini dengan sebaiknya.

      Pasti akan muncul sahabat yang akan berkawan dengan kita seikhlas hati.

      Reply
  10. X tau macammana nak mulakan. Remuk dan terluka. Hati sy sgt sedih bila mendapat tau suami sy sukakan org lain. Walaupun telah berkali2 dia menafikan tapi hati sy masih sama. Pilu… Sangat sangat pilu. Ternyata apa yg sy rasa selama ini benar2 berlaku.sejak dia berkawan dgn perempuan tu.. Saat tu lah sy sering dimarah. Dihina… Dikeji. Segalanya salah di mata dia. Sy kecewa dgn layanan dia trhadap sy… Dgn keadaan sy yg berbadan dua.. Sering saje salah dn silap sy serta tingkah laku sy menjengkelkan dia

    Pandangan mata dia kpd sy… Sangat2 meluat.. Hina sgt sy dimata dia. Sy x mampu utk teruskan tulisan ini. Sy sgt2 kecewa dan sgt benci pd diri sy..

    Reply
    • Saudari, jangan biarkan hati terus remuk dan terluka. Walau suami awak sukakan orang lain, itu bukan masalah awak, itu masalah dia. Awak dimarah, dihina dan dikeji ? Biarkan. Sebab Allah Maha Melihat. Yang penting, sebagai isteri, teruskan tugas dan tanggungjawab kerana Allah. Hanya kerana Allah. Kalau kita buat apa-apa kerana manusia, boleh sakit hati jadinya. Segalanya salah di mata dia? Biarkan. Yang penting, Allah tahu awak buat segalanya dengan ikhlas. Awak kecewa dengan layanan dia? Tak perlu. There’s no need to get frustrated. Awak sekarang berbadan dua, jaga kesihatan dan baby. Jangan kecewa dan benci pada diri sendiri. Don’t ever. Why should you? Allah jadikan awak seorang muslimah yang sangat istimewa sekalipun mungkin suami belum nampak keistimewaan awak di mana. So, tenangkan diri dan carilah jalan untuk dekatkan diri dengan Allah. Allah yang memberi segala-galanya yang kita perlukan dalam hidup ini. Pasti tak lama lagi kekecewaan awak akan hilang. Insya Allah.

      Reply
      • Saudari, harap tulisan saya di atas tidak disalahertikan. Saya bukan bermaksud awak patut biarkan saja apa yang suami buat. Cadangan seperti di atas adalah supaya awak tenang2kan diri dulu. Banyak2kan bersabar. Memang tak mudah bersabar dalam keadaan ini tapi cubalah. Fikirkan tentang baby dan cubalah untuk bersabar. Bila dah tenang dan hati tak lagi kecewa, barulah boleh fikirkan langkah selanjutnya, whatever it is. Selalulah berbaik sangka dengan Allah. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

        Reply
  11. Assalamualaikum..buat shbat smua sya ingin kongsikn bhawa hati sya tidak tenang smjak sja putus cinta tpi dgn ilmu2 yg kwn kongsi kpda sya..inshaAllah sya blajar dan sya amalkn dgn zkir & solat dan brdoakn kpada Allah..moga2 hati sya mrasa tenang pda mlm ni

    Reply
  12. Saya berkenalan dgn seorng lelaki.namun aku takut percaya..tapi hati ni amat mencintai dia.dn dia pun mencintai saya..tpi hati masi ragu2 lgi.kerna dia bkn lah di tempat saya.dia di Uk sementara saya di malaysia.apa yang harus aku lakukan.aku hanya berdoa pada Allah.jika niatnya baik.maka dktlh tunjukan lah.jika dia tkde niat yang baik maka jahukn lah dia..sesunggunya jodoh dan pertemuan. Hanya Allah yang mengetahuinya..doa apa kah yg harus aku amalkan..

    Reply

Leave a Comment