Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Saya mmpunyai tunang,2 bln lg nk khwin.. kami brgadu besar .. smpailah ia kata selama 10 thn yg dia xada hati.. dia cuma kata kesian dgn sya.. punya hancur luluh hati ini.. kenapa skrg .. kenapa bukan sebelum tunang.. kecewa yg teramat.. skrg tggu kata putus .. xtau mcm mana.. dia brbelah bagi.. dn sya kata xperlu teruskn klu hati x suka.. tp dia masi mcm tu..xtau buat keputusan.. mgkin dia fikir keluarga… apa pun sya redha wlupun hati sedih kecewa.. ermm

    Reply
  2. Allah sebaik-baik perancang…sy diuji dgn suami ada perempuan lain & mereka pernah rancang untuk berkahwin tanpa pengetahuan sy..usia perkahwinan kami baru nk msk 3 tahun & kami dikurniakan seorang putera berumur 2 tahun.Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar….Allah bagi sy petunjuk melalui mimpi tentang perbuatan suami sy.lepas tahu kebenaran, hanya Allah je tahu perasaan sy time tu.hubungan mereka dah jauh terpesong.sy x sanggup bermadu sbb sy tau suami x mampu..bila diberi pilihan, suami memilih sy & keluarga..janji tinggal janji…mereka masih berhubung lepas tu.kemudian,sy masih lagi beri suami peluang ke-3!!!sbb sy fikirkan ank yg masih kecil..admin,tlg doakan sy semoga sy terus tabah menjalani ujian yg mendatang

    Reply
  3. Assalammualaikum…
    bagaimana nk tenangkn hati…bila sering teringat bahawa org yg bt pada sy tidak mahu mengaku salahnya wlau di tnya berkali…sebaliknya menuding jari nmpk keslhan sy pula….tp hati ini terdetik mgatakan yg dia mmg bersalah…bagaimana nk pujuk hati ni utk menerimanya…sbb perkataan maaf ssh keluar dr mulutnya…insan kecewa…sedihh dgn sikap manusia.

    Reply
  4. asslkm.

    Berawal dari pertemuan di tempat kerja. beliau datang tiba2 dengan cerita dan kebaikannya. semua berjalan seperti biasa, kami pergi bersama, makan bersama, main bersama, jalan-jalan bersama, say good night say morning. saling mengingatkan untuk makan dan ibadah. memang tidak ada komitmen bersama dari awal. dia telah membuat kemandirian saya hilang, dia membuat saya bergantung sama dia.
    Sebenarnya saya sadar diri, saya tidak akan bisa memiliki dia, karena keyakinan kami yang berbeda. namun seiring kami sering bersama, perbedaan itu tidak terasa berat. Tapi dia pernah mengatakan “kalau cinta, kesulitan pasti bisa di atasi”. saya selalu berdoa agar allah membukakan pintu hatinya dan keluarga nya, memberikan hidayah islam untuk dia dan keluarga nya.
    Namun, beberapa bulan ini, mulai terasa perubahan dalam dirinya, tak ada lagi dia yang dulu. semua hilang tiba-tiba.
    dan sekarang saya merasa bodoh sekali. mempercayai semua yang dia telah ucapkan.
    saat ini saya pun tersadar, cinta yang selama ini saya berikan, baginya bukan cinta.

    semoga allah melindungi kita dari cinta yang salah.

    wassalam

    Reply
  5. Allah akan selalu ada. Semoga mereka yang kecewa akan dititipkan kebahagian yang abadi, insyaAllah. Youre almost there, just keep moving ♡

    Reply
  6. Hmm.. susah nak dijangka.. somebody leave me without an reason.. u boleh bayangkan, kita memang baru kenal dalam few month. Everyweek keluar together for a movie, dinner, shopping. Kononnya sambil tu untuk mengenali diri masing2 la.. I pernah tanya dia, suka i tak? Dia cakap suka, but better go with the flow. Lps tu i pun confess jugak yg i suka kat dia, tapi xde la i cakap sayang2 semua tu i sorok lagi. I pun buat istiqarah.. Lepas tu dia menjauh, tak text i sume.. i kena friendzone. Mungkin itu jawapan dia.. But suddently a few days ago, dia msg i, cakap life dia lebih baik macam dulu dan berterima kasih atas segala2nya. Seriously itu je. Dia tinggalkan i macam tu je. Bila i tanya apa alasan dia buat mcm ni, i ada buat salah ke apa2, still xde jawapan. So xpe lah.. mungkin dia tiba2 terjumpa someone better. I tau dia still single, memang i tau. Dan dia still searching.. kot ye pun, cakap terus terang, i memang terima, i pernah cakap kat dia, if u found somebody, let me know. Tapi ni? Y should dia layan i macam special gf dia sampai i pun ‘terharap’ kat dia. Dia pun dah remove i dari ig facebook semua. terpaksa lah i bawa hati i yang berkecai????.. nak buat macam mana, xkan kita nak paksa2 kan.. For the 1st few days, i memang sangat down. Sampai xde rasa nak buat apa2, asyik fikir je apa yg i buat sampai dia macam ni. Hari2 bermimpi kan dia.. tapi nasib baik i waras lagi.. 1 je yang i cakap kat diri sendiri, orang dah tak sudi, buat apa nak dipaksa kan.

    Reply
  7. Terima kasih sahabat …akan ku cuba amalkan… kecewa yang teramat dengan percintaan…tapi tak takpe Allah ade… Allahhuakhbar! ????

    Reply
    • Have faith deeply to Him, have a great courage, and hope that this bad memory move away from our heart.

      Reply
  8. Semoga artikel ini bermanfaat.karna sekarang lagi sakit hati ditegur ditempat kerja krna kurang ramah.saya ni orangnya pendiam,pemalu n bukan orang yg mudah bergaul jadi banyak org yg mengira saya ni jutek n sombong.dari dulu awal Bekerja tetap itu juga hal ditegur berkali-kali saya sakit hati ditegur masalah gitu.mungkin kebanyakan orang2 menilai bila pendiam n muka datar itu jutek n kelakuannya buruk padahal belum tentu orang yg periang n supel itu kelakuannya lebih baik daripada​ orang yg pendiam itu.Kecewa saya dibilangin gitu padahal ditempat kerja saya udah berusaha melakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya n disiplin.jadi kalo sudah dibeginikan cuma bisa curhat sama Allah,semoga Allah bisa mengganti sakit hatiku kelak dengan berkah dari dari-Nya.Amin????????

    Reply
  9. Saya bercinta dengan seseorang hampir 8tahun .. kami bercinta dari zaman sekolah. Dia orang yang pertama saya cintai dan dia pun sama sayalah yang pertama dia cintai . Kami susah senang bersama . Saya tunggu dia habis belajar sampailah dia dapat kerja.Dari dia tak ada apa2 dan sekarang dia senang sedikit tapi dia dah mula berubah .dia jumpa perempuan lain . Hati saya hancur saya keweca . Kami putus tak sampai setahun dan baru2 ini saya dapat tahu dia dah bertunang . Apa lagi yang saya manpu kata selain redha. hanya Allah saja yang tahu perasaan saya sekarang . Apa yang paling saya kesal dan sedih dia mudah nya melupakan segalanya antara kami sedangkan saya tengah berusaha melupakan segala nya apa yang terjadi . 8tahun terlalu banyak kenangan tak manpu saya nak padam . Silap saya juga sebab sayangkan manusia lebih dari segala Nya. Apa yang berlaku terlalu berat untuk saya . Tapi saya akan lalui walaupun pahit . Saya yakin akan ada kebahagian untuk saya suatu hari nanti walaupun bukan sekarang .. Terima kasih atas perkongsian .. ianya sangat berguna untuk diri saya yang tengah kecewa .

    Reply
    • Sme mcm sy cite awk..sy ngn ex tunang 9thun kenal..pstu tunang xsmp sthun.. Putus.. Sbb popan lain????????????????????????????

      Reply
  10. asalamuallaikum semua. saya seorang lelaki biasa, yang tidak lari dari buat salah . cinta pertama saya pada usia 20an yang saya kenal di tempat kerja, tapi tidak lama, beberapa bulan sahaja. saya kecewa sampai 3 tahun baru pintu hati saya terbuka kepada seorang perempuan masa tahun 2015. selama 2 tahun bergaduh tu perkara biasa di dalam sesuatu hubungan bagi saya, tapi itu bukan alasan untuk ada orang lain . selepas 2 tahun akhirnya diakhiri dengan kekecewaan yang sangat perit, Allah je tahu macam mana rasa nya apa lagi saya sudah menaruh harapan yang sangat tinggi . selama 2 tahun tempoh kenalan kami , kami sudah melakukan perkara sangat jahil, saya dan dia sudah terlanjur dengan dorongan nafsu masing masing yang tidak dapat kawal. tetapi saya bukan seperti lelaki lain yang hanya didorongi nafsu, setelah puas diaorang tinggal begitu sahaja. saya ingin memperbaiki kesilapan saya dengan mengahwini wanita tersebut dan saya sangat mencintai wanita tersebut. duit yang saya kumpul mungkin sudah cukup tahun depan untuk berkahwin. tetapi pada 1 syawal 2017 dia telah meninggalkan saya, tawar hati kerana kami bergaduh . saya tiada niat untuk tinggal kan dia, saya marah dan berdiam diri sahaja. sehingga 1 syawal saya tidak boleh elak dari perasaan rindu saya berjumpa dia ingin memujuk tapi dia dah tawar hati.saya pujuk membeli cincin untuk memberitahu saya betul betul mahukan dia. tapi sama juga dia tetap tawar hati . kenapa mudah tawar hati? dan senang senang tinggal kan saya macam tu sahaja. saya betul betul tekad dan berharap nak berkahwin dengan dia . bila dia tinggal kan saya macam tu saja betul betul saya kecewa sampai lah sekarang hati rasa sakit tapi sikit pun rasa sayang saya terhadap dia tak pernah pudar. salah ke saya ingin memperbaiki kesilapan saya dengan ingin berkahwim dengan dia? dimana maruah dia sebagai seorang wanita yang mudah mudah tidur dengan lelaki dan dia mudah tawar hati dan tinggal kan macam tu je? selama 2 tahun kenapa bila sekali saya buat silap jalan penyelasain tinggal kan macam tu je ? selama 2 tahun dah tak ada benda baik lagi ke dalam diri saya ? yaAllah, kekecewaan saya tak dapat nak dirungkai kan. Allah je tahu macam mana rasa sakitnya di hati saya ni . saya cuba lupakan dia tapi susah amat . setiap
    masa saya fikir kan dia . saya cuba cerita dekat rakan rakan saya pasal kekecewaan saya dan mereka juga suruh saya lupa kan . tapi sukar, mungkin tips dalam blog ini berguna. terima kasih, dan terima kasih dengar luahan hati saya. assalamualaikum .

    Reply
    • Slm saudara. Alhamdulillah, beruntung sungguh saudara diduga begitu. Allah sayang sungguh pada saudara. Namun, saya faham perasan saudara. Bersyukur sebab apa yang terjadi pada saudara jauh lebih baik dari saya.
      Saya seorang isteri yang bukan sahaja ditipu malah perbuatan suami saya sudah terlalu jauh. Setahun hidup saya tiada haluan. Kerana anak2 saya tunggu dan dia berjanji untuk berubah. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana saya merangkak bangkit. Apa saja untuk redo untuk ketenangan jiwa saya lakukan. Perkara yang disarankan diatas juga saya turuti. Tapi hati saya masih bersedih. Bukan 5-10 tahun hidup bersama2 tapi sudah 17 tahun. Segala kata2 dan perbuatan masih melekat dikota minda walau mulut memberi maaf.
      Sebagai manusia biasa saya gagal kerana masih merasa kesedihan atas apa yang berlaku. Sememangnya Allah yang mentakdirkan tetapi saya rasa kita manusia yang sebenarnya silap mentakbir kehidupan. Allah memudahkan kemahuan kita. Sering saya terfikir kalau berani berdepan, tiada penipuan, mungkin kesan tak sehebat ini.
      Lelaki dicipta untuk melindungi kaum hawa, kami kalau dilayan ikut landasan agama yang Allah tetapkan, kami perempuan tidak akan menghalang. Kami isteri hanya menyintai seorang lelaki iaitu suami sendiri.
      Saya tidak menyesali dugaan ini kerana kita semua hanya hamba semata. Lemah segala. Namun, saya masih bersedih kerana dunia makin jatuh sakit. Sudah kurang lelaki yang bertakwa. Kami isteri didunia terseksa. Lebih berat lagi terseksa dengan pandangan saudara muslimin muslimat kita sendiri.
      Biarpun masih dengan kesedihan saya masih terus berusaha kuat untuk amanah yang saya pegang untuk anak2 bawa ke generasi yang seterusnya.
      Saudara, dari cerita saya mungkin saudara dapat simpulkan yang saudara cukup bertuah. Semoga Allah permudahkan semua kerja2 kita. Amin YRA.

      Reply
  11. Allahuakbar,aku sgt2 perlukan org guide aku utk move on,aku telah menyakiti hati org yg pada asalnya aku ingin membantu,tapi apakan daya benda ini terjadi…aku tak mampu bersendiri Ya Robb

    Reply
  12. masa sekolah menegah dulu2 saya bnyk la jugak couple dgn senior..semuanya tingglkan saya tpi saya x kecewa sngt sbb saya x suka sepenuh dkt org2 tu..then masa saya ting 3 ,saya couple ngn budk f5 ni…mula2 igt nak mainkan perasaan dia…tp lama2 x jadi sebb sya sygkan dia sngt2 scara tiba2..then makin lama dia ajak buat maksiat..contohnya mintk cium mulut, peluk , minta gambar yg x sepatutnya …saya terkejut la..igt dia baik..padahal dia mintk benda lain..hancur hati ni…lpstu die yg tingglkn saya..betapa hancurnya hti saya..smpai lah spm..x couple ngn spe2 pun skrng ni…sbb saya syg EX sya tu mcm x terbuka hati dgn org lain …. skrng umo dh 20..on the way la nak bukk hati ni dkt org…. (saja share),,,

    Reply
  13. Satu hal nk ckap jgn terlalu berharap… Dgn manusia… Tapi berharap lah pd allah… Dulu sy pernah bercinta dan cinta sy dpersiakan… Terlalu lama ambil masa nk move on sampai 3thn… Lps sekian lama hati ini xterbuka pd sesiapa… Hanya tertumpu pd kerjaya…. Selepas tu sy dpt satu kerja pd mulanya niat nk berkerja xterfikir nk buka kn hati pd sesiapa… Tapi selepas seorang perempuan yg sebaya dgn sy menyapa sy dn kami bersembang n sy merasakn dia lain dari yg lain… Tiba-tiba muncul dalam hati sy (sy pandang wajah dia n terniat aku nk jadi kn isteri) xtau lah mcm mana terjadi n boleh dikatakan setiap hari sy berusaha nk dapatkn hati dia sebab sy nk dia jd isteri sy.. Lama kelamaan.. Dia pn menerima mula2 sy test dia pelbagai cara… Makin lama makin lain perasaan sy menjadi kesian pada dia mula2 xpercaya tapi hati mengatakan dia jujur… Dan terasa seperti dia lah org nya… Nk d pendekn cerita… Dia dpt sambung belajar n then sangat rindu sbb berjauhan lama kelamaan hati sy berkata aku kena berubah sebab aku nk jaga dia nk bimbing dia.. Sbb masa tu sy terlalu jahil sy byk berubah… Last dia makin pelik byk putar belit n then dia cakap dia xperlukn sy lagi dia cakap dia dah jatuh cinta pada org lain allah je tahu betapa hancur lebur hati sy dua minggu mkn xlalu tidur xlena sbb sy dh buka seluas luasnya hati sy pd dia… Xterfikir pn yg dia jd begitu yela sbb npk jujur… Dia mengaku yg dia terpikat pada org tu sbb org tu dtg n cakap i nk kenal dgn u… Kekasih sy pn cakap sy dh berpunya… N lelaki tu cakap xpa i wait… Allah.. Sy terkaku dgr benda ni semua byk lagi kalau nk cakap tapi sgt pedih.. Mana xnya hari2 terbayang dalam ingatan saya wajah dia gurau senda dia muka yg cute… Mudah kn manusia berubah hati..sedangkn dia yg beri harapan pd sy.. N dia yg hancur kn… Memang ade yg sy buat dia sakit tapi sy xcurang… Sy setia dgn dia… Setiap hari berdoa pd allah.. N enth makin pelik mimpi yg allah sampaikn mcm benda buruk yg terjadi selalu mimpi pasal dia bersama org lain… N hari tu ya its true ape yg allah sampai kn… Allah nk tunjukn yg dia xsetia… Sbb N selepas tu dia ckap dia xnk ambil tahu psl sy.. Tapi pelik hati sy mcm kosong xrasa sakit yg teramat… Maybe allah dh jaga hati sy dari tergores lagi… Tapi ade rasa tapi just sgt halus.. Hanya ada dia je dlm fikirkan.. Now nk kena buang lah dlm kepala ni wajah dia huhu.. Bersyukur kerana sy dlm jagaan Allah igt lh kita jga hubungan Allah… Allah akan jaga kita… Now dia bkn yg terbaik… Buat ku… Muhasabah diri sendiri lebih baik.. Igt tu..

    Reply
    • sabarlah ya,kita senasib, saya yang tinggalkan dia sebab dia ada pmpuan lain, sy tengah belajar dia boleh kapel dng budak tuuu. dah menyesal, still bolrh maafkan kata dah x contact tngk2 contact lagi,tak bagi peluang dah,cukup hanya sekali

      Reply
    • “Allah menciptakan sebuah jiwa dan dibelah oleh-Nya, jiwa-jiwa yang terbelah itu berterbangan dibawah Arasy (Singgasana-Nya), kemudian Allah akan mempersatukan kembali belahan jiwa tersebut di dunia dengan ikatan pernikahan sesuai dengan takdir yang tertulis di Lauhul Mahfuzh”.

      Yakinlah dengan Allah dan kekal bersangka baik…saya pon salah seorang yg telah dikecewakan cukup teruk dengan ex saya..menipu, tinggalkan saya..disaat hati dah setia dan sayang…tp, sy anggap itu sebagai satu drpd ujian sy..mungkin selama ni sy terlalu asyik dengan kata janji manis si dia..sampaikan satu saat saya ditinggalkan tanpa alasan yang munasabah..x pe la…Allah masih ad..andai tiada bahu untuk dikongsi, kita masih ad lantai untuk bersujud..”

      Reply
  14. Hati saya sedih karena suami sudah tak bisa mencintai lagi sebab masalalu saya yg ia ketahuai setelah sekian lama menikah
    Ia tak bisa menerima apa yg terjadi pada masalalu saya..
    Saya inginkan dia bisa mencintai saya kembali seperti dulu lagi

    Reply
  15. menghadapi dengan manusia yang tak senang dengan kedudukan yang saya miliki..jawatan tertinggi dalam 1 pertubuhan..saya di zalimi dan difitnah sehingga berlarut kepada majikan tempat kerja saya..menjatuhkan airmuka dan maruah saya dengan melobi keadaan yang konon2 nya saya lah yang bersalah.
    ALLAHUAKBAR pedih nya keadaan yang ingin aku lalui..sedih,kecewa perasaan jadi kacau dan segalanya jadi tidak kena..
    Setiap kali bersujud atas sejadah hanya mampu berdoa moga ada kebenaran disebalik keadaan ini..
    kawan2 yang lain selama ini konon nya bersama semuanya hilang untuk selamatkan diri sendiri.
    aku berserah pada Allah..SERAHKAN SEGALANYA….!!!!
    Kerana DIALAH yang Maha Berkuasa atas setiap kejadian…dan aku mula berfikir tiada apa yang kekal didunia selain Allah…
    Mungkin selama ini aku terlupa..namun kini aku kembali padanya..
    Aku cuba memujuk hati kembali pada jalan Allah dan berdoa moga yang menzalimi ku diberi petunjuk dari Allah…
    Innallillahi wainna illaihi rajiun…
    Pada Allah kita Datang dan pada Allah kita kembali…
    Moga aku diberi kekuatan untuk menghadapi keadaan ini..

    Reply
  16. Sedih bila disisikan di tempat kerja, hati bertanya apalah salah dan dosa saya pada mereka. Tidak mengapalah hati memujuk Allah ada…sesaat menjadi tenang..namun datang kembali. Cuba dekati mereka, tapi tidak mampu, tak boleh masuk..cerita mereka bulan dan bintang sedang aku hanya di bumi. Walaupn terasa seakan hina di mata mereka, tapi aku tau aku tak sehina dan seteruk yang mereka sangka…aku di sisihkan…aku direndahkan..aku dihina..namun cuba senyum..walaupuan sebenarnya mahu saja ku menjerit dihadapan muka mereka…kau ingat kau siapa? Perasan bagus?

    Aku tahu ketidak ikhlasan mereka…

    Aku dilihat bermasalah..ye memang..sebab aku pengidap bipolar mood disorder..mereka tidak tahu..mereka tidak faham…aku perlu sedikit masa untuk pulih..dan mereka tidak boleh tahu masalaku ini..insyaAllah aku akan pulih sebab kini aku lebih semangat dan berkeyakinan..

    Mereka suka melihat kita tak bagus…mereka tak suka melihat kita bagus…tu aku perasan…big bos pun complot dengan mereka…depan kita bagus..di belakang…i know yr true color bos..nasiblah dah nak pencen…memang eloklah tu…bos tak boleh pakai sebenarnya…unfair..yelah berlainan pegangan agama…

    Mereka ingat merkalah yang powerful di situ..sedangkan Allah boleh putar 360 º apa yg mereka rancang..haha…sekarang kamu bolotlah semua…emmm….ku pujuk hati..aku xda siapa2 di sini..tapi aku ada Allah..rezeki aku bukan ditangan kamu..rezeki aku Allah yang tentukan..

    Kini ku berdoa agar aku cepat sembuh..agar aku dapat mengulagi kejayaan masa lalu yang dah terganggu akibat penyakitku ini…membina keyakinan diri menjadi yang terbaik biar mereka bertambah-tambah sakit hati..hahah

    Walaupun senyum dalam tangisan..Allah kan ada…apa nak risau..mereka tak dapat apa2 kan aku tanpa izin Allah…

    Aku ada Allah..mereka ada siapa???

    Allahu akhbar…

    Reply

Leave a Comment