Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. Untuk tatapan pembaca yang singgah ke blog ini. Saya telah hampir setahun mengharungi ujian Allah, siang malam resah gelisah menangis tak kira waktu dalam menghadapi ujian kesempitan rezeki. Puas diusahkan perlbagai cara tapi seperti ada sahaj jalan yang menghalang. Puas saya membaca segala pemulisan tentang menghadapi ujian ini. Tahu menyemput redha, tawakal, sabar tapi hanya sekadar menyebut sahaja.Dihati tetap juga mempersoalkan kenapa saya Allah buat begini.
    Melakukan solat tahajud, taubat dan hajat agak kerap walau pun tidak lah setiap malam demi memohon pertolongan Allah.
    Akhirnya baru ini saya dapat mengerti dengan mendalam apa kah itu redha dan sabar dengan erti sebenarnya. Kini saya tidak lagi menangis bila dah boleh menerima hikmah disebalik kesempitan ini rupanya saya tidak tinggal solat dan zikir sentiasa dihati. Tiada susah untuk bangun tahajud dan yang paling saya rasai saya tidak boleh tidak membaca AlQuraan, terasa sesuatu yg kurang jika ia tidak saya baca. Bacaan saya yang kurang lancar dulu kini agak lancar dan begitu asyik membaca sambil menghayati makna Al Quran.
    Kini asya mula nampak jalan keluar dari kesempitan itu. Mohon empunya blog dan pembaca sekelian mendoakan segala yang terbaik untuk saya dan agar saya terus menjadi hamba yang beristiqamah dalam mengerjakan ibadah pada Allah. Sesungguhnya amalan membaca surah Yassin itu amat menenangkan hati seolah kegusaran itu terus terpadam sebaik selesai membaca surat ini. Alhamdullilah.

    Reply
  2. Untuk tatapan pembaca yang singgah ke blog ini. Saya telah hampir setahun mengharungi ujian Allah, siang malam resah gelisah menangis tak kira waktu dalam menghadapi ujian kesempitan rezeki. Puas diusahkan perlbagai cara tapi seperti ada sahaj jalan yang menghalang. Puas saya membaca segala pemulisan tentang menghadapi ujian ini. Tahu menyemput redha, tawakal, sabar tapi hanya sekadar menyebut sahaja.Dihati tetap juga mempersoalkan kenapa saya Allah buat begini.
    Melakukan solat tahajud, taubat dan hajat agak kerap walau pun tidak lah setiap malam demi memohon pertolongan Allah.
    Akhirnya baru ini saya dapat mengerti dengan mendalam apa kah itu redha dan sabar dengan erti sebenarnya. Kini saya tidak lagi menangis bila dah boleh menerima hikmah disebalik kesempitan ini rupanya saya tidak tinggal solat dan zikir sentiasa dihati. Tiada susah untuk bangun tahajud dan yang paling saya rasai saya tidak boleh tidak membaca AlQuraan, terasa sesuatu yg kurang jika ia tidak saya baca. Bacaan saya yang kurang lancar dulu kini agak lancar dan begitu asyik membaca sambil menghayati makna Al Quran.
    Kini asya mula nampak jalan keluar dari kesempitan itu. Mohon empunya blog dan pembaca sekelian mendoakan segala yang terbaik untuk saya dan agar saya terus menjadi hamba yang beristiqamah dalam mengerjakan ibadah pada Allah. Sesungguhnya amalan membaca surah Yassin itu amat menenangkan hati seolah kegusaran itu terus terpadam sebaik selesai membaca surat ini. Alhamdullilah.

    Reply
  3. Assalammualaikum . pada usia yg sebegini muda saya tak layak untuk bercinta . oleh itu, saya telah memutuskan untuk menamatkan hubungan ni. Saya ada azam utk berhijrah tp kadang saya kuat dan kadang sya lemah selepas saya tau yg dia hanyalah memainkan perasaan saya. Saya cuba utk redha tp ada masa hati niy tidak kuat. apa yg patut saya lakukan utk meredhakan semua kesakitan ni?

    Reply
    • Bersabar dan dekatkan diri kepada Allah.
      Mungkin awak boleh fokuskan kepada pelajaran,

      Bangun untuk solat Tahajud adalah cara terbaik untuk membina kekuatan.. :’)

      Reply
  4. terima kasih mungkin yang saudara ku sampaikan diatas adalah petunjuk buat saya, dan merupakan wujud sayang allah kepada ku dengan membaca blog yang telah saudara tuliskan… amin ya rob

    Reply
  5. Saya baru saja memutuskan hubungan sama pacar saya, karena tidak ada restu dari keluarga saya buat pacaran sama dia :( saya bingung saya sayang sama dia krena dia sering x dijelek2in sama keluarga saya makannya saya putuskan dia, smjak putus saya lbih banyak terdiam dan menyendiri dari teman* dan keluarga:( tapi begitu saya baca blok ini begitu banyak inspirasi yang saya dpat dan saya sudah mulai bergaul dan tidan perna menyendiri, terimah kasi atas saran nya :)

    Reply
  6. ditingalkan suami tanpa apa2 sebab..suami mngikut telunjuk ibu..hanya allah yg tahu apa di dlm hati..brhari2 ncari ttpi tdk juga brtemu..kering sudah air mata..mncari ketenangan dan cuba untuk bangkit..mncuba untuk senyum..ttpi bibor umbara roda taaar lori yang terasa berat untuk senyum

    Reply
  7. Tanpa belas dn simpati, dia menghadiahkn kepada saya luka ini lg..remuk dn hncur jiwa ini..dia mngambil ank angkat yg bru lahir tnpa trlebih dlu mberitahu sya. Sedangkn dia telah brjanji utk hidup bersama sya. Sya tdk setuju dgn kputusan yg telah diambilnya itu. Dan dgn selamba dia berkata “sya trima jka awk nk ptuskn hubungan ini jika awk tdk stuju dgn baby yg sya ambil ini”. Hncur hati sya..trnyta dia lbh memilih baby itu drpd mmilih sya. Knp perlu mngmbil ank angkat sdgkn dia dn sya tlh mrancang utk hdup
    brsama? Knp dia buat sya bgini utk kdua kali? Knp..mudahnya seorg prempuan melukakn hti lelaki..

    Reply
  8. sy terpanggil untuk melakarkan komen . sy putus tunang selepas hari raya aidlifitri yg lepas . sy yang putuskan pertunangan tersebut . sebelum sy membuat keputusan tersebut sy sentiasa berdoa supaya ALLAH tunjukkan jalan yg terbaik utk hubungan kami . alhamdulilah ALLAh beri sy petunjuk dgn perbuatan dia . hubungan kami mula bermasalah apabila dia mula menipu . dia kembali bercinta dengan bekas kekasih . dengan perempuan tersebut dia bg harapan dan ckp yg dia telah putus tunang dgn sy sedangkan pada masa tersebut dia masih tunang sy . dengan sy dia bagi harapan y sama . perbuatan dia menjelaskan semuanya . sy jadi tertekan dan serabut dgn situasi begini . sy berdoa dan memohon dr ALLAH . mungkin dia bukan yg terbaik utk sy . ALLAH meminjamkan dia utk sy cuma sekejap utk sy kenal dengan perangai manusia yg bermacam ragam . Ya ALLAH betapa agung nya kuasa MU . satu persatu ALLAH bagi sy petunjuk . tp y buat sy rs terkilan dia tidak pernah utk berubah atau menyesal . dan dia terus salahkan sy dalam hal ni . mana ada seorang perempuan boleh bersabar jika cinta dipermainkan . semoga sy terus diberi kekuatan utk menghadapi bermacam ragam dan perangai manusia .

    Reply
    • As salam sis, saya bersimpati dengan apa yang sdg di hadapi oleh sis ketika ini. Insan yg kita sayangi..dan menaruh hrpn yg tinggi nmun ianya hancur di robek dek krn skp ‘penipu’ bks tunang. Dlm pd itu..sis tlh mengmbil jln trbaik iaitu dgn mmohon petunjuk dari Nya dn bkn mmbuat kptsn di saat prsn yg sdg marah. Pd pndgn saya..adlh lbh baik sis brhenti saja mmikirkn mslh ini dgn..melapangkn fkrn mungkin dgn melihat kehijauan pokok tumbuhan..awan yg biru dan semua yg trjadi ada hikmah di sebaliknya.iainya mematangkn kita dan hdp ini penuh dgn warni warna.yg pahit akn berakhir dgn yg manis. Sis, teruskn dgn brdoa dan solat istikhoroh agr dpt jodoh yg baik.. ya Allah ya Rahman ya Rahim..insyaa Allah

      Reply
  9. Kita smua boleh berubah. Yg penting kita nak berubah. Kita buat bnyak kesilapan n keterlanjuran, ttp Allah ttap memaafkan dan mnerima taubat bila2 masa shj. Asalkan makhluk-Nya meminta n x melupakan-Nya. InshaAllah Allah menemukan anda dngn sseorg yg telah direncanakan oleh-Nya. InshaAllah.

    Reply
  10. sy pun mengalami masalah yang sama..suami saya ingat kepada bekas tunangnya dan ingin kembali kepada tunangnya yang sekarang berstatus janda.. aku hanya memohon kepada allah.. jika dia bukan jodohku pisahkan aku dengan cara yang baik.. kalau dia masih jodohku kuatkan ikatan kasih sayang kami.. memang lalui saat2 ni sangat buat aku lemah… aku tidak henti2 berdoa agar di berikan petunjuk yang sebaik2nya…

    Reply
  11. Bismillah..
    Artikel anda sangat menginspirasi saya …saya remaja 19tahun .seperti wanita pada umumnya yg sdg trbuai oleh sakitnya cinta pertama dlm hidup saya..hub.kami sdh brlgsg 4tahun
    Berat rasanya..hdp tnp dia.pda awalnya dia mmnt sy untk tdk pacaran lagi dg nya.tp sy selalu mggp dia pcr karena tuntutan yg g bs sy jlskn dlm cerita ini
    Stlh waktu berjalan ternyata dia dkt dg seorang ukhti yg sesungguhnya.btp hancur hati saya

    Mau mnljtkan hdp sj sulit skli

    Reply
  12. assalamualaikum
    saya sekarang mengalami masalah percintaan. si dia selama ini yang saya nanti dan syg rupanya mempunyai yg lain. si dia jatuh hati dgn janda ank 2. hati terasa sakit dan terasa di khianati. namun saya muhasabah diri, cermin diri & sedar diri… ini kerana mungkin saya kurang baik dan leka dgn amalan thadap Allah. oleh itu Allah jauhkan dia dr saya. namun saya memilih untuk kembali kepada Allah. mengadu dan terus mengadu…tiada lain yg saya pinta hanya ketenangan dan redha di hati. saya sedar jodoh maut semua d tangan Allah… siapa kita nak menghalang. doakan saya terus mendapat ketenanganNya.

    Reply
  13. terima kasih atas nasihat&dorongan yg diberikan oleh admin. Sy pernah rasa kecewa yg amat sangat dulu. kecewa dlm cinta.tp kini sy sedar cinta manusia,janji manusia adalah palsu. Janji Allah itu pasti. sekarang ni sy rasa hilang semangat sejak ayah sy meninggal,cukup sadis.sy belum sempat berbakti kpd arwah. di luar memang sy xmenunjukan riak wajah sedih,tp tiap2 mlm memang sy rindu arwah ayah, lemah semangat nk belajar,lemah semangat utk teruskan hidup ni.

    Reply
  14. ples tell me what shud i do now. Ujian ini sangat berat buat saya. Saya kehilangan motivasi dan keyakinan untuk meneruskan hidup.

    Reply
  15. assalam admin.
    saya baru berpisah dgn kekasih saya. walaupun sedih, kecewa yg teramat sangat, saya bersyukur. Sepanjang kami bersama kmi terlanjur beberapa kali walaupun pada awalnya sy bukanlah seorang gadis yg liar. sy mendapat didikan yg sempurna drp kedua orang tua namun sy manusia biasa yg tewas dgn pujukan dengan pjuk rayu manusia. sy bersyukur kerana selama bersama dia, hati sy tidak pernah tenteram sebab selalu melakukan dosa. sy bertaubat, namun tidak lama sy akan kmbali melakukan dosa yg sama. Saya terlalu mencintai dia sehingga saya mencintai Dia yg lebih menyayangi sy di dunia ni. Sy terlalu takut ditinggalkan sekiranya tidak menurut kemahuan kekasih saya. mungkin takdir yg dicipta Sang Pencipta utk memisahkn kami akan menjauhkan diri saya daripada kemaksiatan ini. Cuma, sekarang saya terlalu risau. sy rasa tidak layak untuk disayangi oleh seorang lelaki kerana saya bukanlah wanita yg baik dan suci. Saya pernah melakukan dosa yg xmungkin akan dapat diterima oleh seorag lelaki yg sepatutnya menjadi suami saya. Saya juga ingin bahagia seperti wanita yg lain

    Reply
    • Wasalam…

      sy tpanggil utk mberi komen di post awak… Entahlah, sy juga mcm awk bru saja ptus cinta..ttpi pcayalah, krna Allah sygkn kita, dia putuskan kita dripada perhubungan yang tidak sihat, tidak diredhai, penuh dosa dan lalai.. krna syg, kita buta mata, buta hati..kita sanggup lakukan apa shja smata2 krna tidak sanggup utk khilangannya… ttpi pcayalah, dia bukan jdoh yg tbaik utk kita atau Allah ingin menjarakkn hubungan tsebut memandangkan bgelumang dgn dosa.. sesungguhnya Allah myayangi saudari. Terus pohon doa dan btaubat kpdNya dgn seikhlas hati.. Jgn risau pasal jodoh. Jodoh, Ajal, maut, Allah yg tentukan… Jika dia (bakal jodoh) memang sudah ditentukan buatmu, dia pasti akan dpt trima saudari seadany.. tidak ada satu manusia pn yg bna2 suci dpd dosa. Justeru, apa yg plu saudari plu lakukn, hanyalah terus bdoa, bdoa, bdoa, tawakal, dan berusaha (utk jodoh dan btaubat)

      Reply

Leave a Comment