
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
Tips supaya mudah nak bangun
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup:
Bagaimana?
Rasa masih belum kuat?
Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:
- Bagaimana Menguatkan Hati bila rasa Lemah itu Menjengah?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
- Ujian Daripada Allah
- Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.
Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)
Sy trsangat sdih ktika ini…org yg sy syg sdg brjuang dgn maut gara2 kncing tikus..doa kn dia slmat..aminn
Aminn.. insyaallah, Allah akan melindungi..
thankz, info yg sgt membantu
harap dapat membantu =)
nk copy ye
info yang amat bermanfaat :)
terima kasih atas perkongsian ye,, ia amat membantu saya yang sudah setahun bepisah dengan ex, tapi msh tidak dpat melupakannya,, insyaallah, akan saya praktikan..
bab kata pepatah, barang yang lama usah dikenang. Jangan hidup dalam kenangan, sebab kadang – kadang kita akan lemah dengan permainan emosi.
Sebab itu Islam menggalakkan cinta selepas kahwin.. Sebab cinta sebelum kawin, kita akan meletakkan harapan kepada benda yang tiada hitam putih =)
saat mnbaca artikel ini hati sy sdg dilanda kesedihan dn brasa tidak tenang apbla mndapat tahu result peperiksaan sy tidak sperti yg diharapkan..dn ini mrupakan tmparan yg hebat dlm hidup sy shinggakan trasa lmh smgat ntok mnghadapi hari yg mndatang… in sha Allah, sy akan cba praktikan tip2 yg disarankan… smoga beroleh ketenangan & sntiasa bristiqamah dgn apa yg trjadi… aamiin ya rabb…
Insyaallah.. Semoga membantu ya.. ^^
Terima kasih Allah..jika tidak keranaMu daku dah lama rebah kerana terpaksa memikul tanggungjawab yang sangat berat seorang diri..dengan berkat doa dan ingatan ku kepada Mu Allah, aku bangkit dari kejatuhan.kini aku majukan diri dgn sambung belajar secara jarak jauh…berkat keredhaanMu akan ku kaji ilmuMu yang tak pernah habis itu
hampir 4 tahun berlalu..tetapi semakin hari semakin aku mengingatinya, sedih, kecewa, marah, dendam pelbagai emosi, wallhualam..moga Allah permudahkan jalan hidup ku seterusnya…
sudah 4 thn masih tidak lagi hilang dalam ingatan, walaupundah banyak kali bukan kata 6 perkara di atas malah lebih drpd itu..dan sering kali berdoa di hati supaya hilangkan ingnatn itu namun semakin hari semakin ia jelas dan akibatnya bercakap sorang diri, bertepuk sebelah tgn. malas kerja akhirnya sampai la ni jadi pengangur..kerana seseorng itu,.. apakah tidak setimpal dgn dirinya mendapat seperti ini. katakan mana pembelaannya..apakah soal hati tiada pembelaan…( keluhan dari kenalan saya jika boleh bagi motivet sikit .,silakan saya dah malas nak layan dia )
huhu.. jangan la lemah kerana orang lain.. Orang tak sudi kita pun xperlu t’hegeh2 smpai menderita kan? be strong..
am!!n……:)
saya amalkan zikir saat hati lemah dengan dugaan..
dan Allah berikan kekuatan pd saya…alhamdulillah
Insyaallah =)
Assalammualaikum..
Terima kasih.
Saya cuma nak tambah sedikit sahaja. Keluarga boleh membantu terutamanya ibu bapa atau pasangan hidup ketika hati kita bersedih. Lumrahnya, saat kita hampir tersungkur, kita yang orang-orang biasa ini kebiasaanya akan kembali kepada agama dan keluarga. Kasih sayang mereka mampu buatkan kita tersenyum walaupun hati kita bersedih.
Nasihat saya, seburuk mana pun keluarga kita, sayangi mereka. Jika salah, tegur. Jika sakit, lawat.
Semoga usaha saudari diberkati Allah.
Jom ingat Allah sentiasa!
terima kasih Rozek atas penambahan itu ^^
Semoga ALLAH merahmati cik. ..aamiin…
amin.. =)
Kembali pada Allah..saya juga pernah melalui saat2 kecewa dan sedih..saya serahkan segalanya pada Allah..sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk kita..alhamdulillah..dalam keperitan mnghadapi saat itu, ditambah pula dgn beban kerja yg banyak, saya tak pernah rebah…kekuatan itu sentiasa ada..saya masih mampu tersenyum hingga tidak ada yg dpt menghidu kekecewaan itu..terima kasih Allah..sesungguhnya Engkau amat menyayangi hambaMu ini…
Kekecewaan”, perkataan yang perit untuk ditelan, tapi ‘penawar’ yang bagus untuk kekebalan hati :’)
sometime, when we can get through our sadness, it would become a memory that colored our life and might become the inspiration to other people.
so, try to solve our heart’s problem and keep du’a. only Him can change what He has created. InsyaAllah~ ^.^
Sometimes Allah brings a person into your life as a blessing, others may enter as lessons. Learn your lessons and appreciate the blessings..
Sy baru saje melepasi episod kesedihan yg sy dh jangka akan brlaku..dlm masa mghitung hari mnunggu hr kekecewaan tu,sering menangis,jiwa xtenang n rasa amat risau mcm mana sy akan hadapinya bile saat tu tiba.dan mcm mana hari2 sy seterusnya.adakah akn trus brduka..tp alhamdulillah.dlm msa tu sy amalkn zikir yg diberi seorg ustaz “subhanallah,walhamdulillah,walailahalillallah,wallahhuakbar,lahaulawalakuwataillah billah hilaliyulazim”.100x sehari…sesuatu yg xdijangka,sy hadapi hari trsebut dgn tabah.dan skrg rsa jiwa tenang sgt.mane dtg semua rasa ini kalau bukan dr Allah SWT..alhamdulillah
Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian saudari itu..
Assalamualaikum..thankz tk pkongsian artikel ini.sy srnk mbace ny..pkongsian y penuh makne..
Wassalam.. semoga membantu :)
thanks sharing this…=)
most welcome sis.. :)
thank u…..semoga Allh redha =)
Aminn,..
jazakallahu khairan :)
Barakallahufikk.. :)
Thankz…suggest from cik CEO sedikit sebanyak dpt meringankn hati yg pnuh dgn kekecewaan ini..