Jangan Gedik Bertaaruf Secara Membabi Buta Di Dunia Maya

“Ukhti, ana tertarik untuk bertaaruf sama anti.” 

Itulah kalimat yang sering digunakan oleh banyak lelaki.

Banyaknya jaringan sosial di dunia maya seperti facebook, yahoo messenger, dan lain-lain, menjadikan lelaki dan wanita  mudah berinteraksi tanpa batas.

Begitu lembut dan halusnya jebakan dunia maya, tanpa disedari mudah menggelincirkan diri manusia ke jurang kebinasaan.

Dalam kes bertaaruf ini,  lelaki  dengan sewenang-wenangnya mentafsirkan erti bertaaruf

bertaaruf
bertaaruf

Melihat seorang perempuan yang dinilai bagus kualiti agamanya, lelaki tersebut langsung berani mengungkapkan kata ‘taaruf’, tanpa perantara. 

Jangan memaknakan perkataan “taaruf” secara sempit, pelajarilah dahulu serangkaian tata cara taaruf atau kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh Islam.

Jika memakai kata ta’aruf untuk bebas berinteraksi dengan lawan jenis, Oleh itu apa bezanya yang telah orang yang mendapat hidayah dengan yang masih jahiliyah?

Islam telah memberi konsep yang jelas dalam tatacara ta’aruf.

“Assalamualaikum ukhti,” Sapa sang lelaki

“‘Wa’alikumsalam akhi,” Balas si perempuan

“Subhanallah ukhti, ana kagum dengan keperibadian anti, seperti Sumayyah, seperti Khaulah binti azwar, bla.. bla.. bla.. bla…” puji lelaki tersebut.

Apakah berakhir sampai di sini sahaja?

Oh no…. Rupanya yang ditemui ini juga perempuan gedik, maka berlanjutlah perbualan tersebut, si lelaki bertanya apakah si wanita tersebut  sudah mempunyai calon.

lantas si perempuan tadi menjawab.  “Alangkah beruntungnya wanita yang mendapatkan lelaki seperti anta kelak.”

Si lelaki itu juga tidak mahu kalah, memuji kembali perempuan tersebut.Subhanallah, sangat beruntung lelaki yang mendapat bidadari dunia seperti anti.”

Bertaaruf Yang Membabi Buta

Banyaknya jaringan sosial di dunia maya menjadikan lelaki dan wanita  mudah berinteraksi tanpa batas.

Lelaki dengan takruf membabi buta, perempuan pula terpedaya…. 

Oh  mengerikan, lebai – lebai  di dunia maya, syaitan tak mahu mensia-nsiakan kesempatan ini.

Lalu tertancaplah rasa, bermekaran di dada dua sejoli tersebut, yang belum ada ikatan pernikahan. 

Dengan bangganya lelaki tersebut menaburkan janji-janji manis, akan mengajak wanita tersebut hidup di planet marikh, mengunjungi benua-benua di dunia. Hingga hanyut kedua-duanya dalam janji-janji lebai.

Subhanallah, bukan begitu ta’aruf yang Rasulullah ajarkan.

Wahai lelaki, jangan permainkan bertaaruf.  

Muslimah  itu mutiara, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya, tidak sembarang orang boleh memandangnya.

Jika mempunyai keinginan untuk menikahinya, carilah cara yang baik yang dibenarkan Islam.

Carilah  informasi tentang perempuan tersebut melalui pihak ketiga yang boleh dipercayai.

Jika maksud ta’aruf kamu untuk melengkapkan  separuh agama mu, silakan.

Tetapi prosesnya jangan terkeluar dari jalan Islam.

Sedarilah, orang-orang yang kamu kenal di dunia maya tidak semua memberikan informasi yang sebenarnya. Waspadalah..

Berhiaslah dengan akhlak Islam, jangan tergedik-gedik kepada lelaki atau perempuan yang bukan mahram..

Biarkan apa yang ada di dirimu menjadi simpanan manis buat suamimu atau isteri kelak.

Bertaaruf yang sebenar haruslah berdasarkan cara Islam, bukan dengan cara berkasih-kasih sebelum  akad nikah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

9 thoughts on “Jangan Gedik Bertaaruf Secara Membabi Buta Di Dunia Maya”

  1. Assalamualaikum W.b.t nak tanya ttg pdpt.knp proses kawin ni semakin lama semakin sulit?knp tidak di permudahkan.zaman serba moden ni kes kes rogol semakin meningkat di sebab kan kesulitan dlm proses perkahwinan..dan soalan sya di sinu mcm mne bentuk taaruf yg betul utk memudahkan proses perkahwinan bagi mengelakkan perkara2 yg keji?

    Reply
  2. Boleh nak bertaaruf melalui internet. Tapi mesti ada pihak ketiga. Caranya? Lihat contoh seperti baitul muslim buat. Mereka bertaruf sambil diperhatikan oleh staf baitul muslim. Semuanya secara online.

    Reply
  3. salam. Alhamdulillah. artikel yang menarik. Boleh tak kiranya saudara beri panduan atau guideline kpd mereka yang bertaaruf dalam internet? apakah perkara yang sepatutnya dilakukan jika berkenalan secara internet. Sebab bertaaruf tidak salah. cuma perlu ada batas-batas yng perlu dihighlightkan. Mohon pencerahan~

    Moga Allah memberkati. Terima kasih.

    Reply
    • Wassalam. Pada pendapat admin, untuk berta’aruf secara mendalam di internet ni adalah agak mustahil dan sangat bahaya, terutamanya pada kaum muslimah pada masa kini khususnya. Banyak kes penipuan dan jenayah berlaku akibat berkenalan di internet, kerana kita tidak tahu siapa dan bagaimana yang sedang sedang chatting dengan kita dihujung sana. Boleh jadi dia ikhlas atau boleh jadi juga kita sedang diperangkap masuk ke dalam “jerat”

      Sebaik-baiknya jika ikhlas ingin meneruskan ta’aruf dan seterusnya melangsungkan perkahwinan, haruslah diaturkan pertemuan dengan calon pasangan tersebut.

      Selanjutnya, saudari boleh baca artikel ini yang menerangkan ta’ruf dengan lebih lanjut: https://akuislam.com/blog/renungan/sebelum-kamu-bertaaruf/#axzz1lVUUwpSm

      Reply
      • Assalamualaikum.
        Apa pendapat saudara tentang laman web yang menggunakan internet sbagai medium berta’aruf. Cth spt baitul muslim.
        Terima kasih

        Reply

Leave a Comment