Bercinta Bila Anda Betul-Betul Dah Bersedia. Jangan Tertipu Dengan Kebahagiaan Palsu (Dibuat-buat) Orang Lain

betul-betul dah bersedia
Bercintalah bila betul-betul dah bersedia, iaitu cinta selepas nikah * no, there’s no light by stanislaw

 Love when you’re ready, not when you’re lonely. “

Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian.

Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang.

Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?”

Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu?

Hati mana yang tak rasa sunyi?

Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama?

Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita?

Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.

Time makan, orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti di luar kelas. Kita?

Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.

Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing.

Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita?

Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik.

Layan movie jugak tapi seorang diri bertemakan laptop.

 

Dari Situ Segalanya Bermula

Kita rasa sunyi.

Kita nampak orang lain bahagia.

Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama?

Mesti best kalau ada ‘boyfriend’. Hari-hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian.

Bila ada yang menghulur salam perkenalan, begitu mudah kita terima dengan berlapang dada.

Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati.

Yeayy ! Aku akan bahagia macam pasangan lain.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata-kata jangan mudah

terpedaya, kadang-kadang ia adalah bisa yang paling bahaya. “

Itu yang dibayangkan.

Kita tertipu dengan kebahagiaan yang ditunjukkan pasangan lain.

Kita yakin mereka betul-betul dah bahagia?

Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara? Untuk menyelamatkan satu hubungan?

Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.

 

Yakin Kita Dah Betul-Betul Bersedia?

Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak.

Kalau belum yakin, belum betul-betul dah bersedia kenapa memilih untuk bercinta?

Kita yang buka ruang untuk hati kita disakiti.

Sebelum ini, kita fikir setiap percintaan hanya penuh dengan kasih sayang.

Itu cuma permainan. Untuk menarik sekeping hati yang kesunyian untuk jatuh cinta.

 

Kenapa nak korbankan segalanya untuk sesuatu yang belum terjamin kebahagiaan dan kegembiraan itu kekal?

menutup aurat
mintalah pertolongan Allah agar kita dapat betul-betul dah bersedia

Saat kita sendirian, kita mungkin rasa sunyi.

Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah.

Kita yang terlalu memikirkan.

Pernah terfikir apa kelebihan bila kita sendirian tanpa seorang teman?

“ Sometimes it’s better to be alone, nobody can hurt you. “

Dalam bersendirian itu ada keindahan (:

Terlalu banyak. Kita tak akan bazirkan air mata kita untuk orang lain.

Air mata kita mahal. Kenapa nak bazirkan untuk menangisi kesedihan hati saat dia lukakan kita?

Hati kita tak akan sakit untuk setiap kesedihan yang bakal kita hadapi saat bercinta.

Kegembiraan saat kita sendirian tak akan sama dengan saat kita berpasangan.

Saat sendirian, kita bebas.

Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan orang lain. Kegembiraan itu bukan penipuan.

Tapi kegembiraan saat kita berpasangan kadang-kadang hanya satu penipuan.

Penipuan yang kita sendiri cipta.

Kita nak biar orang nampak kita dan pasangan kita adalah pasangan serasi. Pasangan terbaik.

Tapi disebalik semua senyuman tu, ada tangisan yang terpaksa kita sorok. Ada hati yang berdarah terpaksa kita rawat sendiri.

Kegembiraan sekadar untuk nampak hebat di mata orang lain.

Fake happiness is still the worst sadness.

Sampai bila nak kekal begitu?

Rasa tak boleh nak lepaskan sebab dah terlalu sayang. Yakin kita sayangkan dia?

Yakin dia sayangkan kita?

Habis, tangisan yang kita sorok sendiri itu apa?

Atau itu memang pengganti pada senyuman untuk setiap pasangan bercinta.

“ The reason people find it so hard to be happy is that they

Always see the past better that it was and the present worse than it is. “

betul-betul dah bersedia
cinta memerlukan kita betul-betul dah bersedia

Duduk.

Renung kembali. Fikir balik.

Betul ke aku betul-betul dah bersedia?

Atau aku hanya nak mengisi kesunyian?

Kalau sekarang aku belum betul-betul dah bersedia, bila akan tiba saat untuk aku betul-betul dah bersedia?

Yakin dengan Allah. Allah itu kan perancang terbaik untuk setiap hambanya.

Hanya dia yang tahu bila saat dan ketika hati betul-betul dah bersedia untuk jatuh cinta.

Serahkan padaNya dan Dia akan isi kekosongan dan kesunyian hati kita.

“ Ya Allah, bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya. Jarakkan kami. Pisahkan kami.

Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang

murkaMu. Temukan kami dengan cinta yang diredhai-Mu. “

 

Setiap manusia diciptakan berpasangan. Jangan takut, andai hari ini belum bersedia, esok dan hari seterusnya masih ada.

Perbaiki diri dan insyaAllah Allah akan hadirkan cinta yang sebenarnya. Cinta yang tak akan menyakitkan.

Kita tak tahu bila akan tiba waktu itu.

Tapi selagi kita yakin, Allah akan bantu kita.

 

Kenapa nak bercinta sekarang di saat kita masih belum mampu jaga hati sendiri?

Bagi yang pernah bercinta, yang pernah jatuh cinta dan yang pernah gagal dalam percintaan macam saya, jangan terlalu untuk bersendiri.

Berhenti pertahankan sesuatu yang memang dah hancur.

“ Jangan menangis untuk orang yang dah sakitkan hati kita. Just senyum dan cakap

Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya cari yang lebih baik. “

 

Jadi Bila Kita Boleh Bercinta Sebenarnya? — Cinta Selepas Nikah. Cinta Yang Halal Lagi Diberkati

Letakkan kepercayaan kepada Allah.

Bercinta bila sudah betul-betul dah bersedia. Allah tahu waktunya. Tak akan terlewat.

Bercinta selepas nikah kan lebih indah? (;

“ Allah has already written the names of your spounses.

What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you’re ready. It is only matter of time. “

 


Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai Cik Daa. Boleh lawati blognya disini

Adakah hati anda sering melalui situasi seperti ini?

Bagaimana anda ketika itu?

Tak mampu menahan kesedihan atau anda memandang perkara ini secara positif?

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

102 thoughts on “Bercinta Bila Anda Betul-Betul Dah Bersedia. Jangan Tertipu Dengan Kebahagiaan Palsu (Dibuat-buat) Orang Lain”

  1. Alhamdullilah tersenyum saya baca artikel ini . sangat memberi rangsangan . nampaknya bukan saya saje yg diuji sebegini . pasti ada !

    Reply
  2. Saya hanya mampu berdoa zalimlah Allah kpd org yg menzalimi sy sbgai hamba yg lemah. Sungguh saya xmampu . ni merupakan kali kedua sy menghadapi ujia n besar sperti ini. Saya dikecwakan smpai sy hilangg ingtn hilang kpercayaan dri… Dtg lagi skali musibah buat sy. Kalau dlu sy terpksa ambil msa setahun lebih skrg sy benar2 tidak mampu hanya Allah yg tahu. Sy redha tp sy tetap xkan pernah redha kpd mereka yg menzaliimi sy. Nauzubilahiminaazalik.. Zalimi lah yaAllah kpd mereka yg menzalimiku.

    Reply
  3. saya susah nak percaya dan terima lelaki. Tapi, saya fikir kalau kita nak berkahwin kita kena berusaha kan. Tapi saya sedih sebab bila saya kenal dengan seorang lelaki ni saya ingatkan dia ikhlas nak kenal dengan saya. Rupanya dia just nak ambil kesempatan kat saya mungkin dia nampak yang saya kesunyian masa tu. Ataupun saya sendiri tak sedar yang saya dah tunjukkan yang hati saya sedang sunyi dalam proses dia kenali saya. Lelaki yang saya kenal ni seorang yang sweet talker, so memang tertipu la dengan ayat2 dia. Mula2 memang saya tak layan dia, saya dingin dengan dia, tapi dia cuba jugak ambik hati semua, cakap suka la, sayang la, ikhlas la, then, sampai masa bila dia dah nampak yang kita suka kat dia betul2, then, dia pergi macam tu je. Saya paham yang lelaki ada banyak sangat pilihan kat luar sana, yang saya sedih tu kenapa dia tak nak explain kat saya yang dia dah tak berminat. Saya hantar whatssap kat dia memang dia tak balas, then, bila saya komen kat laman sosial dia baru dia nak minta maaf, persoalannya ikhlas ke maaf dia tu? ke sebab dia malu saya komen perli2 pasal dia. Then, saya decide utk delete everything about him. But now, when i’m start to increase my confidence level after i have been rejected, then, i see my friends have their own happiness with their boyfriend. Then, i see they have someone who can give inspiration to them. So, sekarang saya rasa sedih sebab bila saya nak rasa kebahagiaan tu ia pergi. Saya rasa saya ni macam tak layak untuk dipilih oleh lelaki ke. Sedih betul perasaan bila diri dah tak disukai oleh org yg kita suka. Tapi betul la kata penulis bila kita memberi peluang pada lelaki bila kita kesunyian, mungkin kita akan terdedah pada lelaki yang ingin ambil kesempatan pada kita. Tapi once hati kita dah bersedia untuk terima lelaki, masa tu baru kita dapat menilai antara kaca dan permata. Thank u for this article because have made me to stop crying after read this.

    Reply
  4. Berkahwin sebab kesian kat mak. Maka bercinta lps nikah. Jodoh x panjang.
    Berkenalan dgn lelaki lain dgn harapan dialah yg akan membawa mencari redha Allah….. x kemana juga….
    Kenal dgn lelaki ke dua. Terlalu banyak persamaan.
    Knl setahun….
    Tapi hanya kita yg ikhlas dan jujur
    Kantoi ada perempuan lain rupanya
    Sebulan menangis
    Sebab saya bkn jns mudah jatuh cinta
    Lelaki ke dua membuatkan saya knl apa itu cinta
    Allah maha adil…..
    Pengajaran utk diri sendiri
    Jgn mengejar dan mencari cinta manusia
    Walaupun lelaki yg menagih cinta dahulu pd kita
    Semua itu hanya fake
    X ikhlas
    Allah x pernah menghina hambaNYA
    kesimpulannya…..
    Bertahajudlah pd maha pencipta minta dilindungi dari lelaki2 yg tidak mencari redha Allah dalam menjalankan taaruf

    Reply
  5. Alhamdulillah selepas baca artikel ini sedikit sebanyak hati saya terubat juga. Saya yang salah sebab membuka terlalu besar ruang dihati untuk disakiti sebab itulah saya kecewa berkali. Saya yang terlalu lemah. Ya Allah. :'(

    Reply
  6. sekarang just serah pada Allah..cukup lah kejar cinta dunia yang sia sia..dah banyak kali kecewa dan last ni paling teruk kena tipu..buta sebab cinta..bertabahlah untuk hari hari akan datang..

    Reply
  7. Baru putus tunang. Amat perit sekali perasaan nya. Walaupun belum ikhlas melepaskan, tapi hati sudah redha. Mungkin ada yg lebih baik yg menanti. Betul, redha dan ikhlas tidak semestinya tidak sedih dan sakit hati, tetapi asalkan niat betul, Insya Allah, akan hilang juga rasa sayang dan sakit hati ni.

    Saye sendiri banyak berdoa agar rasa sayang ni dihapuskan sekiranya si dia bukan jodoh saya. Alhamdulillah, sekarang rasa sayang sudah tiada. Cuma terkenang kenang tu saja masih ada. Memang betul ungkapan ‘trust Allah with your heart, and He will not let you down’.

    Disebabkan rasa sedih dan ingin dekatkan diri dengan Allah, tak tahu dah brape banyak surah translation yg dah dibaca. Tak lama lagi boleh khatam dah hahahaha.

    Kalaulah boleh khatam dengan bace Quran translation je kan? Hahaha

    Reply
  8. Alhamdulillah…semua qu lakukan niat kerana Allah.selalu memohon padaNYA dibukakan jodoh dgn pilihanNYA.Insyaallah bukn sbb kesunyian.trima kasih ats prkongsian artikelnya.

    Reply
  9. i’m crying while read this article.
    Ya Allah bertapa aku x sabar sebenarnya.
    it’s true hakikatnya indah khabar dari rupa about bercinta nie.
    i always have crush and when i cannot handle the feeling anymore, i told them about my feeling.
    rejected and me are bestfriend.
    yes. i’m being reject.
    i’m stress when see my housemate having call and hang out with someone they love.
    why should i not do same thing?
    is it i’m too ugly?
    this article made me realize everything.
    dear me,
    you not ready. please be patience. when the time is come, there is hope for you.
    thanks for build my motivation again.

    Reply
  10. Btol kan..mula2 sedih gak sbb asyik gagal jek bcinta..mula2 dorg excited kawan..hari2 nk jumpa..baru bkawan dh ajak kawen..tapi rupanya smua tu taktik je..bila kita dh rasa dialah pasangan kita..mulalah dorg ambil kesempatan pd kita..mmg sy bkawan dgn mereka sbb nk hilangkan sunyi dan derita lps x jadi kawen ngn kekasih sy..tp rupanya mereka yg ambil kesempatan atas sy..sejak putus, sy selesa sendiri..xde siapa nk sakitkan hati..dh x mcm org gila..tkejar2 dia, mencari2 dia..sejak tu, sy menolak cinta2 yg dtg..trutama kalo x sekufu..bukan apa..biarlah sama taraf pekerjaan..hampir sama tinggi pelajaran..bila kita pegawai berkawan dgn pekerja bahagian bawahan..dorg nmpk kita sbg lubuk duit je..baik bujang atau suami org..sama je..dulu takut, kalo tua, siapa nk jaga sy kalo sy x kawen..tapi lama2 sy redha..Allah kan ada..biarlah Dia yg mengatur hidup kita..

    Reply
    • Yes kita serupa.. ada llki yg sengaja ambil kesempatan sbb kita pegawai bergaji *sikit* besar.. dia org umpan kita ngan cinta.. and time kita dh btul2 fall in love.. dia belasah duit kita habis2 .

      Reply
  11. Sabarnya….family Sy pun Dah tak kesah Sy ni kawin ke tak sejak putus tunang…. Radha je pasrah dgn ketentuan Allah swt….

    Reply
  12. Artikel yang sangat membina dan saya sedang melaluinya sekarang..Alhamdulillah hati lebih tenang..Tengs for the article

    Reply
  13. Deep perkongsian ni.
    Sy sanggup putus dgn bf sy krana pilihan ibu. Pilihan ibu seorg ustaz. Yg kononnya terbaik. Selepas 3bln bertunang tiba2 dia putuskan dgn alasan kami jauh. Takde adab putus kan tanpa jumpa ahli keluarga saya dan putus melalui saya. Call dr family sy tak dilayan. Sy hampir aje benci sesiapa yg ber’title’ ustaz. Kdg2 sy berasa keliru dgn ketentuan ini. Tp sy tahu Allah is the best planner and He will never say no unless there are for our own good. And now, ex bf sy dah ade pengganti dan ex tunang pun bakal berkahwin. Sy pasrah n sy redha.

    Reply
  14. thnx sgt2…suke bce blog ni..rse tenang skit walaupun hati masih keliru dgn apa yg sdang sy alami..trima org yg lbih sygkn sy…sdangkan hti ni msih mncintai si dia….mngkin penerimaan sy dsbbkn sy sdah letih mnunggu si dia slma brthun2…tp sy sering brtnye knape si dia lyan sy dgn baik jika dia tiada mnaruh rsa cinta kpd sy.tp skrg ni sy cube utk lupekn si dia n brusaha utk mnerima n mnyayangi org lain yg lbih sygkn sy..in sha Allah sy cbe tuk setia…..

    Reply
  15. assalamualaikum, bila saya baca artikel nie..hati saya dah tak sedih…kalo ikut kan..dah 7 tahun asyik silih berganti pasangan( pakwe) sume nya buat saya sedih dengan sikap diorang…mungkin silap saya terima diorang time saya sedih dan kesunyian….saya tak nampak ape diorang nak dari saya….mungkin saya perempuan yang tengah bersedih dan perlukan lelaki. diorang amik kesempatan keatas saya…maksubnya…mintak duit, kalo angin tak ok saya di maki….bukan sorang tapi hampir 10 lelaki yang saya jupe berperangai yang sama……dan sekrang nie..hati saya dah tak boleh terima lelaki sebagai psangan….dalam mase yang sama keluarga saya dah tak kisah dah saya nie kawen ke x sbb adik adik saya akan berkawen……dan sekrang nie saya dah tak nampak dah yang saya nie akan ade suami……mungkin saya akan jadi andartu

    Reply
    • Simpati pada cerita anda tapi jgn la sampai mcam tu sekali pemikirnn anda semoga anda dpt apa yg anda inginkn selama ini

      Reply
  16. sekali gagal perkahwinan bkn mudah nk menghadapi lebih2 lg d saat pregnant anak ke 2……. Lemahnya hati ini sekali cinta itu 1 je la cinta buat saya… setelah 1 tahun bercerai n perlahan2 mulai redha.. hati terdetik menerima seorg lelaki… seorg yg sangat baik tetapi adakala tegasnya mmpu mngguris hati.. tp dia yg bnyk ada di sisi sy waktu susah senang jatuh bangkit….. baru hampir 1 tahun kami berhubungan akhirnya dengan mudah dia ingin melepaskan sy…… ya Allah… sy bnr2 lemah saat ni… Berkali2 sy memujuk… mengalah… memohon maaf wlupun sy x tawu ape sbnrnya berlaku…. bce artikel buat sy sedar… CINTA ITU TAK BERMAKNA DIMILIKI…… Sakit itu hanya Allah yg tahu… melalui kehidupan selama ini mengejar cinta kpd manusia yg akhirnya bersifat sementara……. Sy x ikhlaskan hati dan x meredhai ape yg berlaku….. akhirnya hati ini yg tersiksa menderita… mengejar org yg memaki hamun di saat diri x di perlukan…. merendahkan ego krn berharap….. Rasanya dah x perlu lagi…. cukup lah sampai di sini derita ini… Sye cbe belajar untuk meredhai……………..

    Reply
  17. Sangat bermanfaat sekali apa yang anda sampaikan di blog ini :)
    Tapi saya sudah terlanjur mencintai seseorang, dan inginnya bisa mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat bersama dia. Semoga dia yg terbaik untuk saya. ^_^

    Keren juga nih blog
    #Respect

    Reply
  18. assalam.. sy tdk pernah bcinta n tak pernah brasa ksunyian.. sy slalu dgr masalah rumah tngga org myebabkan sy tak nak bkhwin .. tp sy suka kanak2 n cdgn nak amik anak angkat.. but bila sy usulkn dkt kat ibu sy.. ibu tak nak anak2 dia adartu.. huhuhu.. keliru coz sy rasa sy boleh hidup tnpa suami.. frust bila famili or kwn2 nak jodoh kn sy mana2 llaki or mana2 llki ngangu sy coz sy tau klemahn sy bila bkahwin nnt ..hurm.. wlaupn ramai kata Lepas khwin kita akan brubah dgn sndirinya ttp sy tak percaya ngn diri sndiri coz sy tau Lepas khwin bnyk hati kena jaga kn.. kalo boleh sy nak jaga hati mak sy je bkn org Len ttp xboleh kn…. sy rasa ramai wanita Di luar sana Ada masalah macam sy kn… sy bserah pd takdir n thanks to this blog owner.. now I realize I not ready yet with any guy.. thanks..

    Reply
  19. Saye x pernah bercinta. Memang x bagus kalau putus cinta tapi nak buat macamane dia bukan jodoh kita.saye harap kalau saye bercinta saye x akn putus cinta dan cinta kekal sampai kawen.saye masih mncari awek untuk kawen.

    Reply

Leave a Comment