Bercinta Bila Anda Betul-Betul Dah Bersedia. Jangan Tertipu Dengan Kebahagiaan Palsu (Dibuat-buat) Orang Lain

betul-betul dah bersedia
Bercintalah bila betul-betul dah bersedia, iaitu cinta selepas nikah * no, there’s no light by stanislaw

 Love when you’re ready, not when you’re lonely. “

Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian.

Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang.

Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?”

Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu?

Hati mana yang tak rasa sunyi?

Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama?

Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita?

Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.

Time makan, orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti di luar kelas. Kita?

Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.

Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing.

Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita?

Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik.

Layan movie jugak tapi seorang diri bertemakan laptop.

 

Dari Situ Segalanya Bermula

Kita rasa sunyi.

Kita nampak orang lain bahagia.

Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama?

Mesti best kalau ada ‘boyfriend’. Hari-hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian.

Bila ada yang menghulur salam perkenalan, begitu mudah kita terima dengan berlapang dada.

Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati.

Yeayy ! Aku akan bahagia macam pasangan lain.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata-kata jangan mudah

terpedaya, kadang-kadang ia adalah bisa yang paling bahaya. “

Itu yang dibayangkan.

Kita tertipu dengan kebahagiaan yang ditunjukkan pasangan lain.

Kita yakin mereka betul-betul dah bahagia?

Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara? Untuk menyelamatkan satu hubungan?

Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.

 

Yakin Kita Dah Betul-Betul Bersedia?

Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak.

Kalau belum yakin, belum betul-betul dah bersedia kenapa memilih untuk bercinta?

Kita yang buka ruang untuk hati kita disakiti.

Sebelum ini, kita fikir setiap percintaan hanya penuh dengan kasih sayang.

Itu cuma permainan. Untuk menarik sekeping hati yang kesunyian untuk jatuh cinta.

 

Kenapa nak korbankan segalanya untuk sesuatu yang belum terjamin kebahagiaan dan kegembiraan itu kekal?

menutup aurat
mintalah pertolongan Allah agar kita dapat betul-betul dah bersedia

Saat kita sendirian, kita mungkin rasa sunyi.

Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah.

Kita yang terlalu memikirkan.

Pernah terfikir apa kelebihan bila kita sendirian tanpa seorang teman?

“ Sometimes it’s better to be alone, nobody can hurt you. “

Dalam bersendirian itu ada keindahan (:

Terlalu banyak. Kita tak akan bazirkan air mata kita untuk orang lain.

Air mata kita mahal. Kenapa nak bazirkan untuk menangisi kesedihan hati saat dia lukakan kita?

Hati kita tak akan sakit untuk setiap kesedihan yang bakal kita hadapi saat bercinta.

Kegembiraan saat kita sendirian tak akan sama dengan saat kita berpasangan.

Saat sendirian, kita bebas.

Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan orang lain. Kegembiraan itu bukan penipuan.

Tapi kegembiraan saat kita berpasangan kadang-kadang hanya satu penipuan.

Penipuan yang kita sendiri cipta.

Kita nak biar orang nampak kita dan pasangan kita adalah pasangan serasi. Pasangan terbaik.

Tapi disebalik semua senyuman tu, ada tangisan yang terpaksa kita sorok. Ada hati yang berdarah terpaksa kita rawat sendiri.

Kegembiraan sekadar untuk nampak hebat di mata orang lain.

Fake happiness is still the worst sadness.

Sampai bila nak kekal begitu?

Rasa tak boleh nak lepaskan sebab dah terlalu sayang. Yakin kita sayangkan dia?

Yakin dia sayangkan kita?

Habis, tangisan yang kita sorok sendiri itu apa?

Atau itu memang pengganti pada senyuman untuk setiap pasangan bercinta.

“ The reason people find it so hard to be happy is that they

Always see the past better that it was and the present worse than it is. “

betul-betul dah bersedia
cinta memerlukan kita betul-betul dah bersedia

Duduk.

Renung kembali. Fikir balik.

Betul ke aku betul-betul dah bersedia?

Atau aku hanya nak mengisi kesunyian?

Kalau sekarang aku belum betul-betul dah bersedia, bila akan tiba saat untuk aku betul-betul dah bersedia?

Yakin dengan Allah. Allah itu kan perancang terbaik untuk setiap hambanya.

Hanya dia yang tahu bila saat dan ketika hati betul-betul dah bersedia untuk jatuh cinta.

Serahkan padaNya dan Dia akan isi kekosongan dan kesunyian hati kita.

“ Ya Allah, bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya. Jarakkan kami. Pisahkan kami.

Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang

murkaMu. Temukan kami dengan cinta yang diredhai-Mu. “

 

Setiap manusia diciptakan berpasangan. Jangan takut, andai hari ini belum bersedia, esok dan hari seterusnya masih ada.

Perbaiki diri dan insyaAllah Allah akan hadirkan cinta yang sebenarnya. Cinta yang tak akan menyakitkan.

Kita tak tahu bila akan tiba waktu itu.

Tapi selagi kita yakin, Allah akan bantu kita.

 

Kenapa nak bercinta sekarang di saat kita masih belum mampu jaga hati sendiri?

Bagi yang pernah bercinta, yang pernah jatuh cinta dan yang pernah gagal dalam percintaan macam saya, jangan terlalu untuk bersendiri.

Berhenti pertahankan sesuatu yang memang dah hancur.

“ Jangan menangis untuk orang yang dah sakitkan hati kita. Just senyum dan cakap

Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya cari yang lebih baik. “

 

Jadi Bila Kita Boleh Bercinta Sebenarnya? — Cinta Selepas Nikah. Cinta Yang Halal Lagi Diberkati

Letakkan kepercayaan kepada Allah.

Bercinta bila sudah betul-betul dah bersedia. Allah tahu waktunya. Tak akan terlewat.

Bercinta selepas nikah kan lebih indah? (;

“ Allah has already written the names of your spounses.

What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you’re ready. It is only matter of time. “

 


Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai Cik Daa. Boleh lawati blognya disini

Adakah hati anda sering melalui situasi seperti ini?

Bagaimana anda ketika itu?

Tak mampu menahan kesedihan atau anda memandang perkara ini secara positif?

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

102 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
it's not you it's me
it's not you it's me
3 tahun yang lalu

dah lebih 8 tahun saya sendiri. jaga anak 2 orang bersendirian. berkahwin semula tak pernah terfikir pun. sehinggalah satu masa, ada seseorang ni ketuk pintu hati saya. yang kelakarnya, di saat saya paling serabut, selekeh haha. modal saya cuma, saya jadi diri sendiri. mula tu saya suka perhatian yang diberikan. tapi lama lama saya dah biasa bersendirian, so the thought of having a relationship tu freaked me out. lagipun kami sangat berbeza, macam langit dan bumi. terima kasih sebab beri saya rasa perasaan sayang tu sekali lagi. sekarang ni masih tiada jawapan sebab saya pun tak pasti. kesian kat dia, jenuh tunggu ?

Cameng
Cameng
3 tahun yang lalu

Terima kasih

hawa
hawa
3 tahun yang lalu

aku suka dengan seseorang yang masih sygkan ex dia.. tapi dia bagi aku harapan.. adakah aku perlu teruskan?

it's not you it's me
it's not you it's me
Reply to  hawa
3 tahun yang lalu

ex was his/her past. cakap pada dia, kalau dia nak tunggu ex dia sampai mati, silalah. kalau dia nak awak, kena lupakan ex tu. simple.

Muhamad Amirul Shah
Muhamad Amirul Shah
4 tahun yang lalu

Kalau boleh perbetulkan ejaan In Shaa Allah sebab salah sebenarnya ejaan tu , ejaan yang saya tulis ni baru betul .

Kita sepatutnya tidak menulis “InsyaAllah” ataupun “Insyalah” kerana ianya bermaksud “cipta/buat/mewujudkan Allah”.

Tapi pastikan kita tulis In Shaa ALLAH (dalam 3 patah perkataan) yang membawa maksud, “dengan izin ALLAH”.

Si pipi gebu
Si pipi gebu
4 tahun yang lalu

Saya hampir2 nak nak bercouple tapi tak jadi saya tinggalkan dia sebab mak saya kata saya masih belum matang mengenai percintaan. Tipulah kalau rasa tu tak ada tapi ye lah sabar mungkin Allah akan beri yang lebih baik lagi dan waktu tu pun saya dah cukup bersedia. In Shaa Allah doakan saya bertemu dengan jodoh yang baik dari segi akhlak dan perwatakannya

Hadid
Hadid
4 tahun yang lalu

Dalam kes saya..saya tarik diri lepas 5 bulan kenal..syukur allah jaga saya..hantar sahabat dan guru-guru yang sentiasa berpesan..dan ibu yang sentiasa berkias tak suka anak perempuan keluar malam jika tiasa urusan..dgn ucapan maaf saya tarik diri dari berkenalan dan ucapan balas jaga diri buat diri masing-masing..sakit dan sedih memang ada..insyaallah akan datang baik-baik saja.

Mai
Mai
4 tahun yang lalu

Terima kasih artikel sangat bermakna. Perkongsian yang terbaik.

Nrafifah
Nrafifah
4 tahun yang lalu

Ni kisah aku masa aku tahun 6 lagi. Aku masa tahun 6 aku ada tersuka dengan seorang lelaki ni budak kelas aku. Aku pun tak tahu la asal ak suka sngat kt dia. Tapi satu hari dia dtg dkt aku and maki aku. Dia ckp dekat aku kau cermin la diri kau nk suka aku pun. Aku tahu aku seorang perempuan gemuk yang tak ada rupa masa tu. Hehhehe ? biasa la budak2 lagikan. Dia ckp yang ak cite dekar smua org yg aku suka dia. Padahal aku tak cite sapa2 pun hm. Sejak tu aku jadi benci lelaki walaupun ak masih tahun 6?. And ak dh naik tingkatan 1 masa tu brat badan ak dh turun mendadak smpai kawan2 aku kata aku makan dadah ? bukan dadah ye teman2. Masa tula ramai yg rapat aku. Sejak tu aku baru sedar yang orang tak padang hati tapi rupa. Semenjak tula aku balas dendam dekat lelaki smpai aku hbis skolah. Sebab aku tahu diorg tak ikhlas bercinta dengan aku. Sebab rupa ramai dtg. Hmm skrg aku dh 20 tahun smpai skrg alu xjmpe pasangan mungkin allah nk balas balik dekat aku sebab aku buat dekat semua laki2 yg aku pernah kawan. Dekat sini aku nak beri pengajaran yang aku pernah alami jgn cepat mengalah and apa2 yg terjadi itu ialah ujian allah jgn sesekali terniat dalam hati nak balas dendam atau apa2 sebab apa allah maha besar dia akan balas balik apa yang kita buat. Doakan semoga aku jumpa orang yang memahami aku and boleh terima aku seadanya. Tq sebab sudi baca luahan hati aku

Miss black
Miss black
5 tahun yang lalu

Saya kena tipu oleh seseorg tu. Saya x tahu apa salah saya pada dia. Saya tak tahu nk buat mcm mana sampai kemurungan. Alhamdulillah ada yg menyokong sampai saya kuat kembali. Apa perlu sya buat skrg ni? Sya nk kuat kembali….

Hanani
Hanani
5 tahun yang lalu

I dont know about others, but for me mmg tak pernah seumur 25 thn bercinta * i barely have a few crush back years ago but its just like that. Mybe surrounding sama what makes me takut nak fall in love. And i tak reti nak bercinta atau nak sweet2 ni hahaha . And now im 25 and im still searching for the the yg boleh mendebarkan my heart. I tak harap banyak cuma tolong la kalau diberi kesempatan tu jangan nk cheated. Yg penting menghormati org tua, boleh jaga i.

P/S: [email protected]
We can be friend first kan?