Bercinta Bila Anda Betul-Betul Dah Bersedia. Jangan Tertipu Dengan Kebahagiaan Palsu (Dibuat-buat) Orang Lain

betul-betul dah bersedia
Bercintalah bila betul-betul dah bersedia, iaitu cinta selepas nikah * no, there’s no light by stanislaw

 Love when you’re ready, not when you’re lonely. “

Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian.

Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang.

Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?”

Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu?

Hati mana yang tak rasa sunyi?

Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama?

Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita?

Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.

Time makan, orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti di luar kelas. Kita?

Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.

Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing.

Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita?

Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik.

Layan movie jugak tapi seorang diri bertemakan laptop.

 

Dari Situ Segalanya Bermula

Kita rasa sunyi.

Kita nampak orang lain bahagia.

Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama?

Mesti best kalau ada ‘boyfriend’. Hari-hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian.

Bila ada yang menghulur salam perkenalan, begitu mudah kita terima dengan berlapang dada.

Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati.

Yeayy ! Aku akan bahagia macam pasangan lain.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata-kata jangan mudah

terpedaya, kadang-kadang ia adalah bisa yang paling bahaya. “

Itu yang dibayangkan.

Kita tertipu dengan kebahagiaan yang ditunjukkan pasangan lain.

Kita yakin mereka betul-betul dah bahagia?

Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara? Untuk menyelamatkan satu hubungan?

Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.

 

Yakin Kita Dah Betul-Betul Bersedia?

Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak.

Kalau belum yakin, belum betul-betul dah bersedia kenapa memilih untuk bercinta?

Kita yang buka ruang untuk hati kita disakiti.

Sebelum ini, kita fikir setiap percintaan hanya penuh dengan kasih sayang.

Itu cuma permainan. Untuk menarik sekeping hati yang kesunyian untuk jatuh cinta.

 

Kenapa nak korbankan segalanya untuk sesuatu yang belum terjamin kebahagiaan dan kegembiraan itu kekal?

menutup aurat
mintalah pertolongan Allah agar kita dapat betul-betul dah bersedia

Saat kita sendirian, kita mungkin rasa sunyi.

Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah.

Kita yang terlalu memikirkan.

Pernah terfikir apa kelebihan bila kita sendirian tanpa seorang teman?

“ Sometimes it’s better to be alone, nobody can hurt you. “

Dalam bersendirian itu ada keindahan (:

Terlalu banyak. Kita tak akan bazirkan air mata kita untuk orang lain.

Air mata kita mahal. Kenapa nak bazirkan untuk menangisi kesedihan hati saat dia lukakan kita?

Hati kita tak akan sakit untuk setiap kesedihan yang bakal kita hadapi saat bercinta.

Kegembiraan saat kita sendirian tak akan sama dengan saat kita berpasangan.

Saat sendirian, kita bebas.

Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan orang lain. Kegembiraan itu bukan penipuan.

Tapi kegembiraan saat kita berpasangan kadang-kadang hanya satu penipuan.

Penipuan yang kita sendiri cipta.

Kita nak biar orang nampak kita dan pasangan kita adalah pasangan serasi. Pasangan terbaik.

Tapi disebalik semua senyuman tu, ada tangisan yang terpaksa kita sorok. Ada hati yang berdarah terpaksa kita rawat sendiri.

Kegembiraan sekadar untuk nampak hebat di mata orang lain.

Fake happiness is still the worst sadness.

Sampai bila nak kekal begitu?

Rasa tak boleh nak lepaskan sebab dah terlalu sayang. Yakin kita sayangkan dia?

Yakin dia sayangkan kita?

Habis, tangisan yang kita sorok sendiri itu apa?

Atau itu memang pengganti pada senyuman untuk setiap pasangan bercinta.

“ The reason people find it so hard to be happy is that they

Always see the past better that it was and the present worse than it is. “

betul-betul dah bersedia
cinta memerlukan kita betul-betul dah bersedia

Duduk.

Renung kembali. Fikir balik.

Betul ke aku betul-betul dah bersedia?

Atau aku hanya nak mengisi kesunyian?

Kalau sekarang aku belum betul-betul dah bersedia, bila akan tiba saat untuk aku betul-betul dah bersedia?

Yakin dengan Allah. Allah itu kan perancang terbaik untuk setiap hambanya.

Hanya dia yang tahu bila saat dan ketika hati betul-betul dah bersedia untuk jatuh cinta.

Serahkan padaNya dan Dia akan isi kekosongan dan kesunyian hati kita.

“ Ya Allah, bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya. Jarakkan kami. Pisahkan kami.

Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang

murkaMu. Temukan kami dengan cinta yang diredhai-Mu. “

 

Setiap manusia diciptakan berpasangan. Jangan takut, andai hari ini belum bersedia, esok dan hari seterusnya masih ada.

Perbaiki diri dan insyaAllah Allah akan hadirkan cinta yang sebenarnya. Cinta yang tak akan menyakitkan.

Kita tak tahu bila akan tiba waktu itu.

Tapi selagi kita yakin, Allah akan bantu kita.

 

Kenapa nak bercinta sekarang di saat kita masih belum mampu jaga hati sendiri?

Bagi yang pernah bercinta, yang pernah jatuh cinta dan yang pernah gagal dalam percintaan macam saya, jangan terlalu untuk bersendiri.

Berhenti pertahankan sesuatu yang memang dah hancur.

“ Jangan menangis untuk orang yang dah sakitkan hati kita. Just senyum dan cakap

Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya cari yang lebih baik. “

 

Jadi Bila Kita Boleh Bercinta Sebenarnya? — Cinta Selepas Nikah. Cinta Yang Halal Lagi Diberkati

Letakkan kepercayaan kepada Allah.

Bercinta bila sudah betul-betul dah bersedia. Allah tahu waktunya. Tak akan terlewat.

Bercinta selepas nikah kan lebih indah? (;

“ Allah has already written the names of your spounses.

What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you’re ready. It is only matter of time. “

 


Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai Cik Daa. Boleh lawati blognya disini

Adakah hati anda sering melalui situasi seperti ini?

Bagaimana anda ketika itu?

Tak mampu menahan kesedihan atau anda memandang perkara ini secara positif?

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

102 thoughts on “Bercinta Bila Anda Betul-Betul Dah Bersedia. Jangan Tertipu Dengan Kebahagiaan Palsu (Dibuat-buat) Orang Lain”

  1. thanks yer, sy suka artikel ni .. penuh dgn pengajaran dan manfaat nyer.. sy pnh 2 kali gagal dlm percintaan .. sejak tu sy da xde perasaan nk bercinta langsung, biar pun ramai yg meminati sy , sy still xboleh nk menerima cinta tu, sb takut cinta tu xkekal, lagi pun sy rase seronok,bebas n xperlu jage hati pasangan .. sy berserah pada jodoh biar allah yg tentukan.. sy terima seadanya.. bercinta lps nikah kan lbh afdal :)

    Reply
  2. terima kasih utk perkongsian ini…

    (Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya cari yang lebih baik. “ ) sy suka ayat ni dan ia buat sy kuat.

    Reply
    • Sama2 :) Saya doakan awak terus kuat. InsyaAllah satu masa nanti Allah akan hadiahkan yang jauh lebih indah ;)

      Reply
  3. Perpisahan yg berlaku sbnrnya mengajar 1001 prngajaran dlm kehidupan..pgjaran yg paling utama adlh..sbnrnya..smsa brcinta sblm nikah..kita lupakan Allah pd hakikatnya..sbb..sblm nikah..xdk.ayt”psgnku ini yg mndkatkan aku pd Allah”..jd..bljar cintakan Pencipta baru cintakan yg Dicipta

    Reply
  4. Kan, kenapa kena ada rasa begitu ye? Allah. sungguh. . sungguh susah nak kuat kan diri. nak kuat kan hati. Senang untuk cakap, tapi hati ini pedih dia. Allah je tahu macam mana. Kadang tak terasa ingin pun. cema ila dah rapat dengan seseorang, dia pergi macam tu je sebab dah jumpa ‘kawan’ ynag baru. I dont know sama ada ini andaian atau pun. yeah instinct ALlah bagi tu deep sangat. tapi yakin dan kena kuat kan hati jugak :(

    Reply
  5. Bismillah…
    “EXPECTATION” yang terlalu yakin lebih dari yakin dengan ketentuan Allah akan sakitkan hati kita bilamana Allah tarik kembali..
    Bersederhanalah dalam semua perkara…
    Kadang-kadang Allah tarik sebab Allah tengok kita jauh dari Dia…
    Dan bila kita redha dengan ujian tersebut…
    Allah akan hadiahkan yang lebih baik yang kita tak pernah jangka…
    Dalam tempoh nak dapatkan yang terbaik itu maka bersabarlah!bertabahlah!bertahanlah!

    ~mohon doa kepadaNya utk Dia sentiasa pegang ‘hati’ kita bila kita ditimpa ujian seteruk mana pun~

    Reply
    • InsyaAllah. Kembali padaNya, letakkan 100% keyakinan hanya pada Allah sebab manusia hanya mampu berjanji. Belum tentu dapat tunaikan semua janji. Perbaiki diri dan Allah akan ada di sisi untuk menemani setiap langkah. Kita tak akan sunyi. Setiap kesabaran ada hadiah. Allah akan berikan apa yang dia rasa terbaik buat kita :)

      Reply
  6. thank for sharing….
    alhmdulilah lega sgt lpas baca…
    sye suka ayt ni..”Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya cari yang lebih baik. “Insya Allah.
    sentiasa positif..hati akn sntsia tenang.. :)

    Reply
    • Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca artikel saya. Allah takkan ambik sesuatu tanpa menggantikan sesuatu yang lebih indah. Yakin dengan janji Allah. Sampai masa bila benar-benar bersedia, Allah akan hadirkan sesuatu yang jauh lebih indah. Stay strong. Doakan saya jugak ye ;)

      Reply
  7. Sy pernah lalui situasi..pernah jatuh cinta dan pernah putus cinta… Perasaan tu sgt sedih..alhamdulillah hanya mengambil masa satu hari sja untuk pulih..sbb sy masih ada Allah..sy pcya semua tu ujian dariNya..sbb ap dia jauhkan org tu dr saya..sbb DIA nak sy kembali padaNya..btl…x perlu bazirkan air mata utk dia yg bkn milik kita..n kembali kpd tujuan asal kita..kita hdup bukan untuk manusia..tapi kita hidup untuk dapatkan n cari keredahaanNya…alhamdulillah…atasujian perasaan ini..hadirnya ujian tanda sygnya Allaj pada kita…
    :-)

    Reply
    • Bukan baru sekali disakiti. Cuma saya yang terlalu mengejar cinta manusia. Terlalu takut dengan kehilangan. Terlalu takut untuk terima kenyataan. Tapi alhamdulillah untuk kali ni kekuatan tu datang sendiri. Tiada lagi air mata yang menemani. Rasa lebih kuat. Sebab kehilangan banyak mengajar kita untuk kita sedar masih ramai orang sekeliling yang sayangkan kita. Kita ada Allah, ada keluarga. Allah rindukan kita. Sebab tu dia tarik kembali kebahagiaan kita. Dia nak kita kembali. Taknak kita terus tersasar. Sampai masa, kebahagiaan yang sebenarnya bakal tiba. Doakan saya terus kuat dan tabah ;)

      Reply
      • suka sangat nan entry cikdaa..coz ur story same sbijik nan saye nye story..ur entry give me strength to accept all things happen to me..

        Reply
  8. Izin curhat yaa….
    Saya saat ini sedag dilanda rasa galau…
    Saya baru tau beberapa hari yang lalu kalo pacarku selingkuh…
    Sakit banged rasanya….
    Padahal hatiku ini sudah tulus mencintai n menyayangi dia slama 7bulan ini…
    Dia terlalu banyak ngasih harapan”…
    dia bilang,, kalo aku lulus kliah nanti mau langsung dilamar…
    dia,, cintanya juga hnya untuk aku…
    dia juga yang slalu hilangin beban masalah aku…
    Sumpah,, hati aku sakit banged…
    Aku ga tau harus gimana lagi….
    Udah ga ada motivasi” buad aku lagi….

    Reply
  9. Terima kasih tulisannya bagus sekali.
    Bahafia itu sederhana ada didalam hati yang bersyukur ^_^

    Reply
  10. Terbaik..! Thank you :)

    baik mencegah sebelum parah..
    great work.. hasilkan sebanyaknya articlce sebaik ini sbg pedoman masyarakat islam Malaysia khasnya yang x mengerti & buat2 xfaham…

    Reply
  11. Salam terima kasih
    Penjelasan ini sangat bermakna….
    Bersabarlah allah simpan yg lebih baik… :)

    Reply
  12. Allah mengajarkan kita untuk saling mengasihi. Jangan lupa kasihi juga yang ada di langit agar mereka juga mengasihi kita yang di bumi.

    Reply
  13. Kebahagiaan tu bukan diukur dengan siapa kita atau apa kita buat, tapi kebahagiaan akan datang bila kita mengenal Pencipta.. I mean, kalau katanya kita nk cinta, belajar untuk mencintai Yang Maha Pemberi Cinta.. U know what, at one stage, kita takkan rasa perlu pun cinta lelaki perempuan ni.. Kita boleh hidup sendiri, dengan izinNya..pedulikan kata-kata sinis manusia, pandangan Allah lebih utama..

    Reply
  14. Deep!

    bagai kena sangat dengan saya. oh my! semoga hati kuat menahan rasa ‘ingin’.. petua Nabi suruh puasa kan? hihi

    Reply

Leave a Comment