Berbahagialah Ketika Diuji Oleh Ujian Yang DiberiNya

ujian yang
Put A Rainbow In Your Life by oO-Rein-Oo | Tabahlah menghadapi ujian yang menimpa

Bismillahirrahmanirrahim,

…Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…”

— An-Najm: 42-44

Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu.

Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.

Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu.

Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu.

Sangat menyayangimu.

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya.

Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.

Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.

Maka, muhasabahlah.

 

Wahai calon penghuni syurga,

Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”

– Al-Mulk: 1-2

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.

Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang.

Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.

 

PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna.

Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya.

Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Wahai sekalian sahabatku yang sedang memperbaiki diri dan memperbaiki iman.

Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah.

  • Dia beri kau nikmat sepasang mata, kerana kau pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
  • Dia beri kau nikmat sepasang kaki, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai kakimu patah dan kau disahkan tidak boleh berjalan lagi?
  • Dia beri kau nikmat sihat, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir betapa banyak manusia yang sakit dihospital amat menginginkan untuk kembali sihat?

Bahkan, Dia juga beri kau nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.

Tapi sayangnya, kau selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.

Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.

 

Percayalah, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita

Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah.

Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak sangka-sangka.

Cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji.

Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.

Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana.

Percayalah dengan hebat bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Memberi.

Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat.

Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.

Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah.

Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

— Al-Baqarah: 153

Tidakkah ayat dariNya itu menggugah jiwamu?

Belum cukup tergerakkah dirimu untuk mencuba tips yang Allah ajari?

 

Lihatlah kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu kita belajar..

Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cubalah belajar dari setiap yang kau perhati.

Mungkin dari situ kau dapat ingat Dia.

Ingin saya membawa diri saya dan pembaca semua satu analogi.

Mudah-mudahan dengan izinNya ada sedikit kefahaman kita mengenai ujian dalam kehidupan ini:

Kita bayangkan sebuah rumah.

Dalam pembuatan rumah sahaja mengambil masa untuk siap.

Perlu ada duit (peruntukan kewangan) untuk membeli bahan-bahan seperti simen, paku, pasir, dan sebagainya.

Prosesnya juga banyak dan pelbagai, susun batu bata, mengecat, pasang mozek, dan sebagainya.

Kadangkala tukang buat rumah itu berhenti seketika, mungkin sebab panas, penat dan ingin berehat sebentar.

Dan mungkin ada ketika tukang itu tidak dapat bekerja kerana hari itu hujan lebat, dia minta cuti, dia sakit dan bermacam-macam lagi.

Lihat.

Untuk membuat rumah saja, mengambil masa dan ada proses-prosesnya  yang harus dilalui.

Tersalah sedikit, akan memberi kesanlah kepada rumah kita, kan.

Begitu juga kita dalam kehidupan ini.

Mungkin ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kita agar kembali kepadaNya.

Allah beri tempoh yang tertentu untuk kita lalui ujian ini.

Pelbagai cara yang kita usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis orang yang kita jumpa.

Mungkin ada masa kau terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya, mungkin ada masa kau mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit dari rasa keputus asaanmu.

Ada masa kau mampu bertahan, namun ada masa kau rebah, tidak tertahan dan airmatamu pun tumpah membasahi pipi.

Kau menangis semahumu, kau berdialog semahumu.

Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang kau lakukan termasuk yang terlintas dihatimu semasa mendepani ujiannya ini.

Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.

 

Dan ada ujian yang lain menanti pula..

Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah.

Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan dalam hidupnya samaada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, dia semakin dekat dengan pencipta.

Dia semakin ingat Dia dan sekaligus berazam untuk kembali kepadaNya.

Amat rugilah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama.

Mengeluh tak berkesudahan.

Menyalahkan itu dan ini.

Ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan itu adalah sunatullah dalam kehidupan.

Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat.

Mahu ataupun tidak mahu, kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang medatang.

Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?

Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang.

 

Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita bersebab.

Mungkin dengan ujian yang hadir itu, Allah nak angkat darjat kita.

Allah nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala pada kita.

Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya.

Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan didunia dan di akhirat,

Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan Allah.

Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu segalanya dengan Dia.

Usahakan untuk perbaiki iman.

Solat jangan tinggal dan usahakan solat diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba buat ibadah yang kau tak pernah buat/ tak biasa buat seperti solat tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya.

Dari situ, insya-Allah kau akan terdidik sedikit demi sedikit untuk kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu.

Dari situ kau akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah.

Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya. Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik.

Saya rasa ada benarnya ayat ini:

Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”

Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami daripada Farahani Md Noor Facebook | Blog | @Farahani137 ] Pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

66 thoughts on “Berbahagialah Ketika Diuji Oleh Ujian Yang DiberiNya”

  1. Salam. Sy tidak tahu sama ada sy sedang diuji atau ditimpa bala musibah oleh Allah, ianya sangat berat, membebankan. Ia seolah olah tiada jalan penyelesaian.sy sudah bangkrap Dan papa kedana olehnya, doakan sy agar Allah permudahkan urusan sy Dan meringgankan musibah ini.

    Reply
    • Musibah datang lagi untuk ratus kalinya. Sy sudah tidak tahan diperas ugut oleh hamba Allah yang bernama said anuar atau Alex, tolong suruh dia berhenti memeras ugut saya,Saya langsung tiada duit sudah untuk diberi kepadanya.musibah ini terlalu berat dan diluar kemampuan saya.Sy cuma mahu dia berhenti memeras ugut saya.

      Reply
        • Gaji sy tinggal RM 200.kad Kredit sy RM 562.sy tidak mampu membayarnya pd minggu lepas. (3.7.2019) adakah ini bermakna apa yg berlaku pd sy adalah hukuman Allah sebab Allah kata ujian itu tidak membebankan.sy tidak tahu di mana LG mo Cari duit. Buntu sudah fikiran sy, sy sangat stress dan resah.

          Reply
          • Encik Syed Anuar Ibrahim itu peras ugut saya lagi. Dia peras ugut sy tentang saman. Katanya dia menumpang tidur di masjid Shah Alam. Orang Sabah. No telefon 01125356582. Ada sesiapa yg boleh tolong saya di sini.Tolong bg dia agar berhenti peras ugut saya

            Reply
  2. Terima kasih artikel ini telah membantu saya dlm menjalani ujian saya..Allah memberi ujian kpd saya, ape nk kata , masa tidak boleh diundur..jika saya tahu sesuatu itu akan berlaku sudah pasti saya tidak akan melakukanya saya menyesal dgn perbuatan saya ,tapi….itulah ujian Allah …semoga ape yg saye lakukan dapat diperbaiki pada Hari esok

    Since…10 October 2018

    Reply
  3. Alhamdulillah. Aku diberi ujian dimana sungguh aku tak terfikir difikiran akn dapat ujian sebigini berat buatku. Namun semua nya sudah ditetapkn oleh Allah swt. Ya Allah kuatkan lah dan tabahkan lah hatiku utk terus kuat menghadapi ujian2 dari Mu. Ya Allah sesungguhnya hnya pada Mu aku berserah. Engkau lah yang Maha Pemuraj lagi Maha Penyayang.

    Reply
  4. Disaat ini aku sedang melalui ujian yg diberikan oleh nya… tak tahu aku nak ungkapkan bertapa perih terduduk nya aku waktu ini… sedang hidup ini mendapat nikmat dari nya aku lalai dengan dunia sibuk mengejar dunia yg aku sediri tidak tahu haluan nya… aku tahu aku jauh dngan nya… jauh sangt2. Moga aku kuat menempuhi ujian yg allah berikan kepada aku kini…

    Reply
  5. Alhamdulillah perancangan Allah adalah sebaik-baiknya…Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hambanya…walau sedih derita… Ingatla Allah maha pengasih n penyayang dan pengampun….Allah sgt syg kite… Diberi ujian untuk kite selalu dgnNya…insyaa Allah ada kemanisan dan hikmah disebalik dugaan n ujian… Ttpla tersenyum walau diuji. Walau sbnrnye kite menangis dlm hati…. Usah bimbang Allah sentiasa tahu apa rasa mu apa kesedihan mu kerana Allah sentiasa memerhatikan kite dgn penuh rasa sayang pd hambaNya tetapla bersabar n redha…Allah telah merencanakan yang terbaik untuk kite…belajar memaafkan walau tersakiti… Allah tahu semuanye…Allah tahu…. Berdoalah selalu untuk moge kite. Semua perolehi. Kebaikan. Di dunia n di akhirat…

    Reply
  6. Salam saye baru diuji Oleh nye sungguh sedih dihati ni untuk terime ujian ini.saye telah diberi kan kifarah Dari Allah s.w.t Diatas Perbuatan saya.saye telah terjerumus kelembah maksiat dan diberi kan penyakit Dari Allah.sunnguh Hiram dan Kelam apabila ianye Melanda diri ini.adakah ini hidayah drpd Allah keatas saye?saye tidak tau bagaimana he dark meneruskn kehidupan saye.adakah Allah terime taubat saye?saye x kuat untuk menghadapi nye.lalu saye Berserah kepada Allah yg tentukn Jon hidup saye.saye Akan mati pada bile2 mase sahaje.haruskah saye mengalah.

    Reply
    • Allah maha pengampun saudara..inshaAllah..

      Semoga saudara tetap diberikan kekuatan dan keyakinan yang tingg kepada Allahi untuk memberikan kesembuhan dan pengampunNya..aamiin

      Reply
  7. Salam, saya tak tahu dah nak buat apa. Sedih sgt2.. 2 bulan saya kenal dgn dia satu kali keluar dgn dia.. wsapp tak pernah sunyi, selalu je kami berwsapp tp segalanya berubah lepas raya hritu dia x balas wsapp saya segala mesej yg sya hntar dia x baca dan delete.. rasa pelik tengok perubahan ketara dia. Bila sy desak2 dia rupanya dia dah jadi milik org lain, no wsapp saya dia simpan lgi. Kenapa dia sembunyikan dari saya.. klau berterus terang dah tentu hati boleh terima, ni lepas sebulan baru dia beritahu. Kenapa dia buat begini, Ya Allah… perit sgt rasanya

    Reply
    • salam..perkara yang sama terjadi pada sy..semua nye terbongkar bile ternampak gambar dia berkahwin di fb..hancur nya hati sy…now hampir 3 tahun perkara tu jadi..saya still tak boleh move on…

      Reply
    • SEbulan? Saya setahun lebih.. dtg jumpa org tua.. minta izin nak berkwn cara yg baik.. nak bina kerjaya dan akan bersama jika dgn Izin-Nya.. tapi.. sekelip mata selepas saya tahu semuanya.. dia hanya terdiam.. hilang.. semua diblock.. macam sudah merancang untuk tinggalkan saya.. allahu.. sakit pedih.. tapi saya selalu ingt saya kena bangkit juga untuk keluarga yg masih taruh harapan untuk saya berjaya.. semua kita ikhlas dan redha dgn ujian allah..

      Reply
  8. Allah adalah sebaik-baiknya perencana. Kemarin adalah hari yang paling menyedihkan dalam 17tahun hidupku. Kemarin air mataku tak pernah tak jatuh. Kemarin pikiran ku sangat kacau dan merasa tidak tahu lagi harus berbuat apa, harus membanggakan orang tua dengan cara bagaimana. Sampai saat ini pun air mataku selalu hampir jatuh namun aku yakin tidaklah boleh aku selalu mengeluh dan menyalahkan diri sendiri maupun keadaan yg terjadi. Kuusap cepat2 air mataku. Aku yakin Allah telah menyiapkan sesuatu yang sangat indah untukku dari jalan yang tidak aku duga2. Aku yakin Allah tidak akan memberikan ujian diluar kemampuan ku, Dia tahu aku mampu melewati ujian ini. Terimakasih untuk artikel ini yang telah menyadarkanku bahwa indahnya nikmat ujian yang diberikan Allah kepadaku, mungkin Allah rindu akan rintihan doaku untuk selalu meminta pertolongan-Nya.

    Reply
  9. Aku cuba tenangkan diri bila rasa sedih. Tahun 2017 ni saja dah berapa air mata aku mengalir ke pipi ;-) aku dulu seorang yang ceria masa sekolah sekarang dah tinggalakan zaman persekolahan semakin banyak masalah yang melanda. Makin dewasa semakin banyak masalah yang datang. ;-) aku harap sangat boleh undurkan masa nak jadi budak sekolah balik. Tak perlu fikirkan apa-apa sangat. Teringin nk rasa bebas dan ceria macam dulu balik ;-) sekarang ni masih lagi boleh tersenyum tapi senyuman ni hanyalah palsu, hanyalah untuk menutup kesedihan dalam hati. Ya Allah kuatkanlah aku..

    Reply
  10. Alhamdulillah Allah Maha Adil..mengurniakan ujian hidup pada diri hamba yang serba kekurangan ini..Baru mau mengenal diri Alhamdulillah diberikan petunjuk pemahaman untuk setiap pertanyaan tentang kehidupan. Amat terharu dan tak dapat diluahkan kebesaranNya.. Sudah disahkan Dr di hospital dah kembali ke rahmatullah namun masih diberikan peluang untuk lunaskan amanah di alam fana ini. Segala yang dirancang tak nampak hasil. 20 tahun tak terasa bagaikan baru semalam. Dengan kehidupan kerja tak kerja sama sahaja. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus.. Tak dinafikan pandangan hamba2 Allah yang biasa tak perlu ungkitlah kerana semuanya merupakan pedoman untuk membina diri mengagungkan kebesaran Allah. Allahuakbar..

    Reply
  11. Puuuiiii!!!lancau allah!!!bg rahmat kt aku aoe bende.mkin jhanamkn hdup aku ade la!!!butuh la allah!!!

    Reply

Leave a Comment