Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?

melupakan
Melupakan | Wash My Heart Away by *catchingfyre (devianart)

“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.

Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita.

Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita.

Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita.

Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya.

Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.

Tetapi tidak ada kata mustahil.

Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang.

Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya.

Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.

Tidak perlu lagi kenangan masa belajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah dahulu.

Hapus dan buang jauh-jauh dari hati.

Kembali pada Allah dengan wajah yang bersinar – bersinar.

Kembali kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.

 

Tidak Boleh Melupakan?

Boleh? Apa yang tidak boleh?

Semuanya boleh apabila kita serius berusaha.

Mungkin akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti.

Sebab melupakan orang yang pernah disayangi bukan mudah.

Tetapi manusia diciptakan Allah untuk tidak mudah untuk menyerah kalah.

Kepalkan tangan, kita pasti boleh!

Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk menghapus bayang-bayang si dia.

Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita.

Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa.

Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.

Masalah ini adalah manis!

Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa.

Kencang dan lambat hilang.

Tetapi semua ada masanya.

Memang harus seperti ini. Normal.

Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

123 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
ana
ana
11 tahun yang lalu

Saya terlalu sygkn dia.. Tapi dia tak tau.. Saya nk lupakn dia sebab saya rasa tula jalan terbaik.. Tapi saya tak mampu.. Apa yang patut saya buat ?

mohdmegat
mohdmegat
Reply to  ana
11 tahun yang lalu

sebenarnya untuk apa awak nak mlupakan dia.itu yg awak kena cari dulu jawapanya

Gfan Kan
Gfan Kan
Reply to  ana
9 tahun yang lalu

kalau awak rase melupakannya adelah cara yg terbaik berusaha untuk melupakannya dgn care selalu la awak mendekatkn diri dgn allah. jika masih ada kekeliruan untuk awk melupakan si dia. lakukanla solat sunat istikaharah. insyaallah semuanya akn kembali seperti biasa. amin

medi
medi
11 tahun yang lalu

Terlambat Bagi diri aku untuk menyadari bahwa susah untuk dapat kesempatan ke dua ,, “penyelasalan sangat dalam” ,, kejujuran hati saat ini tidak bisa dipungkiri rasa sakit dihati sangat terasa ,, rasa kasih dan sayang masih sangat besar untuk dia ,, “ibu nama panggilan kekasih ku”

152005
152005
11 tahun yang lalu

setiap perhubungan pasti ada kelemahan… hubungan yg kita impikan akan musnah jika tidak diatasi dgn cepat… kerjasama antara satu sama lain mesti ada.. awak pasti akan bahagia kelak.

tanpanama
tanpanama
11 tahun yang lalu

pernah merasa sakit yang teramat sgt..hingga kini xmmpu melupakan..moga bhgia bersama isteri mu..

reyhaxerra
reyhaxerra
12 tahun yang lalu

sy hmpir wt keje bodoh. Sy tlalu sygkn dy n stres smpi sy cderakan dr sy. Sy tk kuat

syahidatul izzati binti ismail
syahidatul izzati binti ismail
Reply to  reyhaxerra
10 tahun yang lalu

sabarlah awak… kena isi imam di dada.. and harus tahu bukan kita seorang aje y tidak bersama org y kita cintai… ad ramai lagii…sabar ya

1 6 7 8 9 10 15