Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?

melupakan
Melupakan | Wash My Heart Away by *catchingfyre (devianart)

“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.

Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita.

Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita.

Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita.

Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya.

Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.

Tetapi tidak ada kata mustahil.

Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang.

Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya.

Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.

Tidak perlu lagi kenangan masa belajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah dahulu.

Hapus dan buang jauh-jauh dari hati.

Kembali pada Allah dengan wajah yang bersinar – bersinar.

Kembali kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.

 

Tidak Boleh Melupakan?

Boleh? Apa yang tidak boleh?

Semuanya boleh apabila kita serius berusaha.

Mungkin akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti.

Sebab melupakan orang yang pernah disayangi bukan mudah.

Tetapi manusia diciptakan Allah untuk tidak mudah untuk menyerah kalah.

Kepalkan tangan, kita pasti boleh!

Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk menghapus bayang-bayang si dia.

Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita.

Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa.

Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.

Masalah ini adalah manis!

Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa.

Kencang dan lambat hilang.

Tetapi semua ada masanya.

Memang harus seperti ini. Normal.

Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

123 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
natasyasakura25
natasyasakura25
12 tahun yang lalu

asalamualaikum.
saye sering di munculkan mimpi mimpi yang indah bersama seseorang
sye dah cuba macam untuk buat si dia pergi dari hidup sye
hingga sye berdoa kepada allah mintak lupakkan dia tpi allah lebih maha mengetahui dari saye
dh sye cuma pelik kenapa allah makin kuat ingat kt si dia..
mohon share

NUR SHAFIKAH BINTI MOHD FIKRI .
NUR SHAFIKAH BINTI MOHD FIKRI .
Reply to  natasyasakura25
11 tahun yang lalu

kadang2 mimpi itu daripada fikiran dan emosi kita sebelum tidur dan fikiran kita sepanjang hari…Mungkin sebelum tido kamu hanya terfikir-fikir tentangnya..sebab tu terbawa-bawa hingga ke tidur…Ini kita x sedar..sebab kejadian ini Unconsious mind bagi manusia..jadi sebelum tidur bacalah doa dan zikir ataupun dengar ayat al-quran…berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segalanya…

fizah
fizah
12 tahun yang lalu

aslkm..
saya akui saya sangat sayangkan dia,hampir setiap saat saya akan fikirkan tentng dia..dia sekarang adalah suami orang..kami rancang untuk berkawin tapi isteri dia sekarang merancang menfitnah hubungan kami..akhirnye sidia terpaksa dikahwin dengan isterinya sekarang..sangat susah untuk saya terima hakikat dengan sekelip mata sebuah hubunganyang indah kami cipta kan hancur disebabkan busuk hati orang lain..macam mane saya nak hadapi semua ini sedangkan saya tahu die akan terima dan bahagia dengan isteri dia…

eila
eila
12 tahun yang lalu

Salam..sy ingin melupakan sseorg yg penah hadir dlm diri sy.yg membuatkan hidup sy bahagia.tp skrg,dia bersama ex gf nya,disebabkan konflik antara kami. Dulu mcm2 dijanjikan..sy xboleh lupakan dia.kami 1 ofis,tiap hari jmp.sy mohon pada Allah,supaya kuatkan hati ini.tp setiap kali jmp dia,Hati sgt Pedih..Admin,tlg bg apa yg perlu sy buat..setiap kali solat,airmata pasti menitis.sy xmampu nk hadapi semua ini ;'(

zia
zia
12 tahun yang lalu

Sy isteri org tp masih x dpt lupakan bekas kekasih..sy rase sguh tertekan..terasa diri ini terkurung dlm perasaan sendiri..sedangkn sy ingin bebas bahagia ngn suami sy skrg.

zia
zia
Reply to  Muhamad Naim
12 tahun yang lalu

Sudh hampir 6 thn kawen..sy masih gagal lupakan dia..

sitangankecil
sitangankecil
Reply to  zia
12 tahun yang lalu

baru 6 tahun kahwin.. jgn risau, masih banyak lagi masa yg anda ada untuk diluangkan bersama, untuk dating dgn suami. biar kadangkala suami tidak dapat buat anda jatuh cinta padanya. teruskan sahaja layanan yg baik dan istimewa.. Allah akan tumbuhkan cinta dalam hati anda.. yakinlah. kerana bahagia perlu dicipta :)

Allah tak kejam.. anda usaha, anda akan dapat juga cinta. ameen :)

nurjannah
nurjannah
12 tahun yang lalu

pa yg perlu dibuat??sekiranya si fulan nie xpnah sbut dia nk tnggalkan sy..dia layan sy dngn elok..cuma km jrg contact..kdg2 rasa mcm dia da org lain…sbb bila sy msg dia susah utk balas..sy hnya tnggu dia contact ja..mcm mna..haruskah sy menanti atau tnggalkan..harap boleh bg pendapat..tq.. :)

mohdmegat
mohdmegat
Reply to  nurjannah
11 tahun yang lalu

sebnarnya kita manusia ni xpernah hargai apa yg kita ada sekarang.klu kuta bersyukur dgn apa yg kita dpt semua tu xakan tjadi.tu sbb allah jadikan di dunia ni.ada jahat baik.ada polis dan ada pjara.jadi cuma fikirkan yg tbaik

1 5 6 7 8 9 15