Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?

melupakan
Melupakan | Wash My Heart Away by *catchingfyre (devianart)

“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.

Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita.

Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita.

Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita.

Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya.

Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.

Tetapi tidak ada kata mustahil.

Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang.

Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya.

Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.

Tidak perlu lagi kenangan masa belajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah dahulu.

Hapus dan buang jauh-jauh dari hati.

Kembali pada Allah dengan wajah yang bersinar – bersinar.

Kembali kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.

 

Tidak Boleh Melupakan?

Boleh? Apa yang tidak boleh?

Semuanya boleh apabila kita serius berusaha.

Mungkin akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti.

Sebab melupakan orang yang pernah disayangi bukan mudah.

Tetapi manusia diciptakan Allah untuk tidak mudah untuk menyerah kalah.

Kepalkan tangan, kita pasti boleh!

Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk menghapus bayang-bayang si dia.

Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita.

Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa.

Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.

Masalah ini adalah manis!

Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa.

Kencang dan lambat hilang.

Tetapi semua ada masanya.

Memang harus seperti ini. Normal.

Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

123 thoughts on “Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?”

  1. macam mana saya nak melupakan dia,?? sedangkan dia orang yg paling aqu sayangi,, tak pernah ku bayangkan dia akan putus dengan aku,,
    sekarang bukannya aqu sakit hati,, tapi malah lebih mencintai nya,, aku ciptakan harapan sendiri, suatu saat dia pasti kembali..

    Reply
  2. saya sudah berkahwin (8 thun) mempunyai 2 org anak . Suami seorang yang kasar bila marah kata-kata kesat selalu dilemparkan. 2 bulan yang lalu saya telah terjumpa kembali dengan bekas kekasih. die seorang yang lemah lembut dan sangat mengambil berat. Kami juga putus bukan sebab benci tapi kerana mengejar cita-cita. kami selalu berhubung kadang-kandang kami jumpa untuk melepaskan rindu.. Berdosakah saya pada suami yang tak pernah menghargai pengorbanan saya selama ini.

    Reply
  3. terima kasih untuk tips ini.. saya sebenarnya nak sgt melupakan si dia.. hubungan kami mmg tiada muncul org ketiga tp lebih byk kpd miscommunication.. terlalu byk makan hati dan terlalu lama cuba untuk mempertahankan hubungan nie..semakin lama hati saya semakin tawar dan sehingga ke saat nie sye ingin sgt melupakan sidia..masalah yg sye hadapi sekarang telah byk cara untuk sya melupakan dia tp tak thu kenapa sye sendiri yg akn resah dan mencari balik..jika igt balik dgn ap yg dia buat pada sye mmg mudah untuk melupakan tp tak thu kenpa sye xbole? adekah kerana sye terlalu setia? sampai bila hnya sye yg nk makan hati? sampai bila hnya sye yg berkorban demi dye? sampai bila hnya saja yg selalu mempertahankan hubungan kami? byk peluang yg saya bagi sehingga lbih dri 4kali tapi saya xnampak ap pun perubahan dalam dirinya..

    Reply
  4. Assalamualaikum.
    Thanks tuk article ni..sy sdh pn brmh tangga..suami pn sowg yg baik…p eth np sy ssh nk lupakn ex sy ..die baik n sllu bg smngt kt sy..tllu byk die mngubh sy ke arah yg lebh baik..tp np die sngup tglkn sy..suami sy bkn spt die yg mbimbing…cme die baik,x kongkong,sy x brasa sush pn hidp gn die..why sume ni sy kena hadpi? Pe yg ptt sy lakukn..

    Reply
    • Puan sepatutnya bersyukur dikurniakan suami yang baik. dapt suami baik, itu juga berupa rezeki. Belajarlah menyayangi dirinya. Puan lupakan kisah lama. Mulakan cinta yg baru

      Reply
  5. Assalaamualaikum,

    izinkan saya berkongsi pendapat. sahabat-sahabat yang saya muliakan kerana Allah, saya teringat kata-kata Al-Imam Hasan Al-Banna, ‘walau kamu bercinta 10 tahun sekalipun, belum tentu si dia adalah jodoh yang ditakdirkan untuk kita’. Hakikatnya Allah jua yang menentukan siapa jodoh kita. yakinlah dengan Allah. Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hamba-hambanya.

    sebagai seorang manusia, saya juga sedar, cinta adalah satu fitrah yang Allah kurniakan tetapi perlu dikawal melalui petunjuk iman. dalam hadis tentang penciptaan manusia menceritakan ada 4 perkara yang Allah telah tentukan untuk setiap hamba-hambanya iaitu rezeki, maut, jodoh dan amalan. Jodoh termasuk dalam isu takdir. takdir ada dua jenis, takdir mubrak dan takdir mukallaf (maaf andai tersalah). takdir muburak adalah takdir yang tak berubah dan tak boleh ubah. contohnya mati. manakala takdir mukallaf adalah takdir yang boleh berubah. contohnya jodoh, rezeki dan amalan.

    kalau kita telitikan, jodoh termasuk dalam kategori takdir yang boleh berubah. berubah bermaksud bergantung kepada usaha kita. seperti rezeki, kalau kita tak usaha untuk mencarinya, maka kita takkan dapat hidup.

    Dalam melibatkan soal jodoh, kita haruslah berusaha tetapi bukan melalui couple, akan tetapi berusaha menjadi lebih baik dari sebelum ini. sekiranya kita mengharapkan Allah menghantarkan seseorang yang terbaik untuk kita, maka kita perlu berusaha untuk jadi yang terbaik. mungkin jodoh kita sedang berusaha untuk jadi yang terbaik. tetapi seandainya kita tidak berusaha untuk jadi yang terbaik, tidak mustahil Allah tukarkan jodoh kita dengan orang lain.

    berusahalah menjadi yang terbaik, bukan pada mata manusia tetapi pada pandangan Allah. berusahalah kejar cinta Allah, Allah akan hantarkan seseorang yang dia cintai untuk kita. yakinlah dengan Allah, Allah Maha Berkuasa akan tiap-tiap sesuatu.

    bagi yang kecewa bercinta, belajarlah dari kesilapan. mungkin Allah sedang menegur kita. mungkin dalam tempoh percintaan, tanpa sengaja kita melakukan maksiat kepadaNya. contohnya, mengingati makhlukNya melebihi Allah Azza Wajalla. lagipun, prof dr yusuf alqaradhawi tidak mengiktiraf bercinta sebelum nikah kerana boleh menghilangkan keberkatan dalam berumahtangga. kesannya, mahligai yang dibina tidak bahagia.

    jika ingin melupakan seseorang, janganlah dengan cara membencinya kerana dia juga hamba Allah yang tidak sempurna begitu juga dengan diri kita. akan tetapi, perbanyakkan dengan mengingati Allah. dengan mengingati Allah, hati akan tenang. baiki amalan fardhu, tambahkan amalan sunat. banyakkan melihat kalamullah dan basahkan lidah dengan zikrullah. Allah jualah pemilik hati hamba-hambaNya. perbanyakkan berdoa kepada Allah agar hati kita dipandu dengan iman supaya kita kuat dalam setiap ujian.

    akhir kalam, carilah Allah, cubalah kejarnya cintaNya, kerana cintaNya tidak akan kecewakan kita. Allah sentiasa menunggu cinta kita. Allah lebih mengenali diri kita berbanding kita sendiri. Allah akan berikan apa yang kita perlukan. insyaAllah. kalaupun kita tak dapat berjumpa dengan jodoh kita didunia, yakinlah, jodoh kita sedang menunggu kita disyurga.

    ya Allah,
    izinkanlah,
    aku mencintaiMu,
    mencintai orang-orang yang engkau cintai,
    biarlah diriMu lebih aku cintai,
    dari diriku sendiri,
    keluargaku,
    serta air yang sejuk
    ketika panas yang terik.

    amiiin.

    Wallahu’alam

    ~Hamba yang sedang berusaha mengejar cintaNya~
    ~Allah always with you~

    Reply

Leave a Comment