
“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.
Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita.
Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita.
Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita.
Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya.
Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.
Tetapi tidak ada kata mustahil.
Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang.
Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya.
Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.
Tidak perlu lagi kenangan masa belajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah dahulu.
Hapus dan buang jauh-jauh dari hati.
Kembali pada Allah dengan wajah yang bersinar – bersinar.
Kembali kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.
Tidak Boleh Melupakan?
Boleh? Apa yang tidak boleh?
Semuanya boleh apabila kita serius berusaha.
Mungkin akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti.
Sebab melupakan orang yang pernah disayangi bukan mudah.
Tetapi manusia diciptakan Allah untuk tidak mudah untuk menyerah kalah.
Kepalkan tangan, kita pasti boleh!
Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk menghapus bayang-bayang si dia.
Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita.
Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa.
Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.
Masalah ini adalah manis!
Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa.
Kencang dan lambat hilang.
Tetapi semua ada masanya.
Memang harus seperti ini. Normal.
Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)
inspiring article :)
semoga memberi manfaat.. =)
mmg susah nk lupa..tp in my stuation i dont know why i love with him..bnyk2 doa..sbar..last2..dia perlu ditinggalkan..untk mlindungi diri ini..mmg susah..cra dia bwa hati ni prlahan2 kpadanya..perlu sbb itu maruah…good artikel..never give up!
~Allah didahulukan..diri di utamakan..:))
Insyaallah, bila kita mengutamakan Allah, kita akan dapat yang terbaik.. =)
alhamdulillah, syukran atas perkongsian ini. ‘pertolongan’ yg hadir saat saya benar2 memerlukan. insyaAllah, semoga Allah bantu usaha ini biarpun perit.
Insyaallah kita boleh melupakan, berilah masa. Hati itu seperti angin, mudah berubah. Semua tahu, waktu merubah banyak hal, termasuk urusan hati..
Melupakan seseorang bukanlah mudah, org yg kita sayang akan sentiasa membayangi kita… manakan tidak, ada sahaja kisah2 indah antara kita dengan dia… namun takdir Allah menentukannya, dia harus kita lupakan… adakah Allah kejam kepada kita? Tidak… sama sekali tidak… itu adalah caraNya untuk mendidik kita hambaNya… Artikel ini memang sangat menarik kerana mambantu kita untuk menjalani ujianNya… tidak dinafikan, memang memerlukan masa untuk melupakan si dia… pernah juga melalu peristiwa yg dikatakan “dia cinta matiku”… 5 tahun untuk menghilangkan rasa cinta padanya… dan kini Alhamdulillah… perancangan Allah itu indah, Cuma kadang-kadang kita tidak sabar kerana kita tidak tahu dengan perancangan indahNya… menyerah jangan, terus berusaha… terus bersabar, akhirnya akan ada indahnya…(^_^)
Kesabaran itu pahit. Semua kita tahu begitulah rasanya kesabaran itu. Tapi pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian selanjutnya.
Be strong!
Alhamdulillah..melalui saat sukar n myedikn ni, sy perlu kpd motivasi, nasihat, pandangn n segala mcm tk mguatkn n mgembalikn semangat sy y hilang..alhamdulillah, time ksh n syukur wlaupn x100% sy pulih tp ia byk mbantu dlm proses tk pulih..mmg sakit khilangan org y penah bjnji tk setia bsame..mbina keluarga bahagia, sy perlu kuatkn hati n xlh kalah dgn perasaan kecewa ini..sy time sbagai 1drp ujian-Nya n Allah akn mgantikn dgn y lbh baik..Dia Maha Mengetahui segalanya… time kasih tk artikel niii:-)…
amalkan doa ni ya,
Ya Allah, jika dia bukan yg trbaik, hapuskanlah namanya dari fikiranku, dan andai dia harus hilang, biarkanlah dia hilang tanpa kenangan :’)
salam, pts dah 8bln,,tp sy selalu terfikirkn die..terbygkn ape yg die lalui dgn gf baru die…pnt la fikirkn die, hati ni ikhlas doakn die bahagia & sungguh2 nk hapuskn semua ingatan pd die…tp bln berjaye…tlg doakn sy bahagia…
Insyaallah, DIA akan menggantikan dengan lebih baik. Cuma kita perlu sentiasa membuka hati kita :)
pernah mengalaminya.. mmg susah ingin melupakan nya..mengambil masa yg agak lama..mungkin dlm 3 tahun..kemudian dpt lupakannya sementra namun dia dtg balik dlm diri setahun kemudian..kemudian, apabila dia telah mempunyai kekasih hati..barulah saya berjaya perlahan lahan untuk melupakannya.dan tegaskan dalam hati bahawa ada seseorang yang pasti akan ku curahkan kasih syg kepadanya..iaitu kekasih yg halal :) Allah adalah sebaik baik perancang kn? =)
apa yang Allah beri kepada kita,lebih daripada harapan kita.. :’)
aku pernah putus cinta..hancurnya hati ni…kini aku temui lelaki yg aku inginkan sejak dulu lagi..tapi family dia tidak boleh terima aku..disebabkan taraf pendidikan..aku juga ada kelulusan..tapi x setanding denganya..aku tidak diterima hanya kerana itu..aku sedih dan menangis bila duduk keseorangan..sekarang nie aku perlu sibukkan diri aku..supaya air mata ini tidak lagi menitis..aku tidak tahu sejauh mana hubungan aku denganya..masing2 menyepi..mungkin kecewa kerana hubungan ini tidak diterima oleh keluarga dia hanya disebabkan alasan yg sebegini..namun aku harus kuat dan tabah untuk hadapi masalah ini..aku juga mahu lupakan dia buat sementara waktu…tapi mampukah aku bertahan…
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya. ok?
kisah kita hampir serupa
syukran kasira.. Akn usaha tok lupekn si dia,krn zman blajr bkn zmn yg ssuai untk brcnta.. I will try it! InsyaALLAH!
hati ku di giris ny lgi kali ini lbh dlm & pedih
time heals wounds :) only time will tell if you strong enough or not..be confident with yourself.Allah create us to be strong..and remember..Allah tidak menjanjikan hidup kita akan senang tanpa dugaan tetapi Allah berjanji akan sentisa ada bersama kita menempuhi dugaan dan cabaran dalam hidup :)
kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves us no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Alhamdulillah..ALLAH berikan saya kekuatan..terasa diri ini benar2 disayangi olehNYA..terima kasih ya allah..kekalkan kekuatan yang telah kau berikan ini..aminn..
Insyaallah.. Allah maha mendengar =)
saya akan cuba :’)
Chaiyok!
terima kasih utk artikel yg menbantu ini..
sedang berusaha utk melupakan dia…
semoga Allah permudahkan usaha saya… :)
thanks.. sedikit sebanyak dpt membantu melupakan si dia..
memang susah..
DIA memberi DIA juga akan mengambilnya.. kita cuma hamba..
hanya peminjam semua milikNya..jgn krn nikmat yg sementara singgah dhati & jiwa hamba..kita jadi kufur nikmat..
Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman. Segala yang termiliki akan dipulangkan.
Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya. Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia. Untuk kita belajar berkasih sayang. Untuk kita saling menebarkan peringatan.
insyaallah di coba
Hadirnya tidak dapat kita jangkakan, apalagi untuk menghalangnya. Seberapa hadirnya mendatangkan kesan dan berbekas dalam sanubari, begitulah juga payah untuk melupakannya. Seperti kesan torehan di batang pokok, ia mungkin akan lenyap tertutup tetapi akan melalui proses tempoh masa. Mohonlah pada DIA, agar tiap sesuatu untuk menjadi kebaikan untuk kita….
Ya, betul.. =)
terima kasih….:D…
Sama – sama =)