Ketika ramai rakan di sekeliling anda mempunyai teman di sisi, anda masih sendiri meniti hari yang mendatang.
Tipulah jika tiada rasa cemburu kan?
Kerana fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai.
Jika anda masih bersendirian, jangan bersedih.
Kadang-kadang terlintas di fikiran kita:
“Bahagianya dicintai dan mencintai. Bilalah aku nak rasa macam tu”
“Kenapalah orang lain dah berteman? Aku seorang je yang single”
“Aku ni tak cantik/kacak ke sampai tak ada orang pun nak jatuh cinta dengan aku”
“Tuhan tak sayang aku agaknya. Sebab tu dia tak bagi aku pakwe / makwe macam kawan-kawan aku tu”
Bila kita bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang kita.
Sebab Allah sayang kitalah, dia beri kita masa untuk bersendirian.
Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian.