BACAAN TAHIYAT AKHIR Dan TAHIYAT AWAL (Bantuan Rumi & Audio)

tahiyat akhir

Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal?

Ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir, yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.

Sasaran pembaca panduan ini adalah untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.

Apa yang menarik:

Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.

Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..

Pengenalan

Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir adalah rukun dalam solat.

Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.

Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.

Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.

Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.

Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.

Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.

Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.

Syarat-Syarat Tasyahud (Tahiyat)

Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:

  • Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud
  • Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud. Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
  • Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.
  • Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
  • Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
  • Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.
  • Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.
Takrif tertib

Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.

perbezaan duduk tahiyat awal dan akhir
perbezaan duduk tahiyat awal dan akhir

Bacaan Tahiyat Awal

Nota

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

tahiyat awal
Bacaan Tahiyat Awal
Tahiyat Awal Dalam Rumi

Attahiyyatul Mubarakaatush SolaWaaTuth ThayyiBaTu Lillaah,

AssaLaaMu’aLaika AyyuHan Nabiyyu WarahMatulLaahi WabaraKaaTuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.

AsyHadu alLaa ilaaHa ilLalLaah,

WaAsyHadu Anna MuhamMadan RasuuLullaah.

AllahHumma Solli ‘Alaa Sayyidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan Tahiyat Akhir

Nota

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

tahiyat akhir
Bacaan Tahiyat Akhir
Tahiyat Awal Dalam Rumi

AtTaHiyaTul MubaRakaTush SolawaTuth ThayYiBaTu Lillah.

Assalamu’alaika AyyuHan NabiyYu WarahMatullaHi WaBaRaKaTuh.

Assalamu’Alayna Wa ’Alaa ‘ibaDilLaHis Solihin.

Asyahadu alLaa ilaHa ilLallah.

Wa ’AsyHadu Anna Muhammadar Rasulullah.

AllahumMa Solli ’Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama SollayTa ’Ala Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim.

Wabarik ‘Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama BarakTa ‘Alaa Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim Fil ‘AlaMin inNaka Hamidum-Majid.

Makna bacaan Tahiyat Akhir

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.

Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Syarat Sah Selawat Dalam Tahiyat

Terdapat beberapa syarat semasa mengucapkan selawat dalam bacaan Tahiyat.

  • Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mendengar — sekiranya pendengaran dia baik.
  • Hendaklah menggunakan lafaz “Muhammad” ataupun “Ar-Rasul” ataupun “An-Nabi”. Tidak memadai ataupun tidak sah selawat sekiranya hanya menyebut Ahmad.
  • Membacanya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun, dia diwajibkan mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu membaca dalam bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa, tetapi dia wajib mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj ataupun tidak mempedulikan syaddahnya, ataupun tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah makna, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulangi semula.
  • Membaca mengikut susunan ayat yang sudah diajar Rasulullah.

Fadhilat & Kelebihan Tahiyat

Apakah kelebihan Tahiyat?

Tahiyat merupakan saat kita mempersembahkan penghormatan kepada Pengurus langit dan bumi yang dibesar-besarkan, yang diagung-agungkan, yang dipuja dan dipuji.

Terdapat empat bentuk penghormatan yang dipersembahkan dalam tahiyat:

  1. Penghormatan khusus kepada al-Kholid, Pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan اَلتَّحِيَّاتُ (segala penghormatan / ucapan selamat)
  2. Penghormatan kepada Rasulullah dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ (salam sejahtera ke atas kamu)
  3. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا (salam sejahtera ke atas kami)
  4. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ (hamba-hamba yang soleh)

Setelah kita melafaz penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh, kita perkukuhkan keanggotaan kita dalam kumpulan besar makhluk-makhluk Allah yang soleh di dunia ini dengan melafaz syahadah.

Hal ini membuktikan bahawa penyaksian tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sama dengan penyaksian mereka.

Keimanan kita juga sama dengan keimanan mereka terhadap Allah dan rasul pesuruhNya.

Penutup

Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.

Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

241 thoughts on “BACAAN TAHIYAT AKHIR Dan TAHIYAT AWAL (Bantuan Rumi & Audio)”

  1. Assalamualaikum ustaz…Kenapa tahiyat awal (Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.). Tahiyat akhir (Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.) Satu lagi (Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah) (Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah) yg mana satu betul ?

    Reply
      • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

        Dalam pelbagai mazhab fiqh dan riwayat hadith, terdapat beberapa variasi bacaan tahiyyat. Memang ada perbezaan dalam bacaan berdasarkan sumber-sumber yang berbeza.

        Saya akan cuba jelaskan perbezaan yang anda sebutkan:

        1. Tahiyat awal dan akhir:

          – “Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin”: Ini adalah salah satu bacaan yang sahih berdasarkan sejumlah hadith dan digunakan dalam beberapa mazhab fiqh.

          – “Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin”: Ini juga adalah bacaan yang sahih berdasarkan hadith lain. Perbezaan “wa’alaa” dan “wa’la” adalah sedikit, dan keduanya mempunyai asas dalam riwayat.

        2. Pengakuan terhadap Nabi Muhammad SAW:

          – “Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”: Ini adalah bacaan yang sahih dan diterima dalam banyak mazhab fiqh.

          – “Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah”: Ini juga bacaan yang sahih. Perbezaan “Muhammadar” dan “Muhammadan” berkaitan dengan aturan gramatikal bahasa Arab, dan keduanya adalah betul bergantung pada konteks dan struktur ayat.

        Kesimpulannya, keduanya adalah benar dan mempunyai asas dalam riwayat hadith.

        Oleh itu, seseorang boleh memilih untuk mengikuti apa yang diajarkan oleh guru-gurunya atau mazhab fiqh yang diikutinya, kerana semua bacaan tersebut sahih dan diterima dalam Islam.

        Reply
  2. Assalamualaikum ustaz saya nak bertanya boleh kah kalau masa tahiyat akhir kita tidak baca selepas Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.?

    Reply
    • Ya, solat anda masih sah jika anda tidak melanjutkan dengan bacaan selepas “Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad” dalam Tahiyyat akhir.

      Bahagian wajib dari Tashahhud adalah pengakuan tauhid dan penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW. Bacaan tambahan setelah itu adalah sunnah dan disarankan, tetapi tidak wajib.

      Reply
  3. Assalamualaikum ustaz. Berkenan bacaan tahiyat awal, klau kita baca sampai Wa Aala Ali Muhammad adakah solat kita sah. Sy Baru tahu ni. ?

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Ya, solat anda tetap sah jika dalam Tahiyyat awal (Tashahhud awal) anda hanya membaca hingga “Wa Aala Ali Muhammad”. Bahagian wajib dalam Tahiyyat adalah pengakuan tauhid (“At-tahiyyatu lillahi…”) dan penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW (“Ashhadu alla ilaha illallah, wa ashhadu anna Muhammadar-rasulullah”). 

      Bacaan “Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad…” adalah bahagian dari selawat ke atas Nabi yang biasanya dibaca dalam Tahiyyat akhir, bukan Tahiyyat awal. Walaupun membaca selawat pada Nabi dalam Tahiyyat awal adalah baik dan dianjurkan, ia bukanlah syarat sahnya solat.

      Jadi, solat anda sah walaupun anda hanya membaca hingga “Wa Aala Ali Muhammad” dalam Tahiyyat awal.

      Reply
  4. Salam ustaz, saya nak tanya berkaitan sebutan dalam selawat ibrahimiyyah yang bahagian hujung fil ‘alamin innaka hamidummajid.

    Adakah masud dia berbeza kalau kita sebut fil ‘alamin tak ada bunyi “a” sebab sy confused bunyi sebutan macam fil ‘alamina.

    Selama ni saya sebut fil ‘alamin… Adakah saya telah menukar maknanya dan adakah solat saya sah. Mohon pencerahan ustaz

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Soalan anda berkaitan dengan sebutan dalam Selawat Ibrahimiyah, khususnya pada frasa “fil ‘alamin” (فِي الْعَالَمِينَ). 

      1. Sebutan “Fil ‘Alamin” vs “Fil ‘Aalamin”: Dalam bahasa Arab, “fil ‘alamin” (فِي الْعَالَمِينَ) bermaksud “di dalam alam semesta” atau “di dalam semua alam”. Frasa ini dalam bahasa Arab biasanya disebut dengan “nun” di akhir, yang mewakili tanda “nominatif” dalam bahasa Arab. Dalam konteks Selawat Ibrahimiyah, baik “fil ‘alamin” maupun “fil ‘aalamin” bermakna sama.

      2. Makna dan Sah Solat: Perubahan sebutan tersebut tidak mengubah makna secara signifikan dan tidak mempengaruhi sah solat anda. Dalam konteks ini, perbezaan sebutan lebih kepada dialek atau variasi bacaan dan tidak mempengaruhi maksud dari doa atau selawat.

      3. Sah Solat: Solat anda tetap sah walaupun ada variasi dalam sebutan. Dalam Islam, sah solat lebih bergantung pada niat dan kesempurnaan rukun solat, bukan pada perbezaan kecil dalam sebutan.

      Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang perbezaan sebutan ini. Yang terpenting adalah niat anda dalam melaksanakan solat dan mengikuti rukun-rukunnya dengan benar.

      Allah SWT Maha Mengetahui niat dan usaha hamba-Nya.

      Reply
  5. Salam ustaz. Saya wanita . Saya hanya satu kaki. Maaf nak tny. Adkah cara sy solat duduk ini betul. Iaitu, sy tidak bgn ketika ucap , Allahuakbar dan baca tabiraktul ihram hingga tamat rukuk prtma. Dan kedua ketiga keempat juga sy tidak bgn. Mksd nya saya duduk saja. Sy mmpu nk brdri satu kaki tp tak blh lama krn balance ketika brdri akn hilang kawalan . Sah ke ustaz ? :(

    Reply
    • Wassalam.

      Ya tidak mengapa. Solat puan sah kerana itu adalah kemampuan puan.
      Jika dengan berdiri akan menyebabkan mudharat, maka duduk itu adalah lebih baik.

      Reply

Leave a Comment