
Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal?
Ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir, yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.
Sasaran pembaca panduan ini adalah untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.
Apa yang menarik:
Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.
Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..
Pengenalan
Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir adalah rukun dalam solat.
Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.
Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.
Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.
Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.
Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.
Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.
Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.
Syarat-Syarat Tasyahud (Tahiyat)
Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:
- Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud
- Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud. Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
- Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.
- Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
- Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
- Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.
- Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.
Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.
Bacaan Tahiyat Awal
Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

Attahiyyatul Mubarakaatush SolaWaaTuth ThayyiBaTu Lillaah,
AssaLaaMu’aLaika AyyuHan Nabiyyu WarahMatulLaahi WabaraKaaTuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
AsyHadu alLaa ilaaHa ilLalLaah,
WaAsyHadu Anna MuhamMadan RasuuLullaah.
AllahHumma Solli ‘Alaa Sayyidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir
Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

AtTaHiyaTul MubaRakaTush SolawaTuth ThayYiBaTu Lillah.
Assalamu’alaika AyyuHan NabiyYu WarahMatullaHi WaBaRaKaTuh.
Assalamu’Alayna Wa ’Alaa ‘ibaDilLaHis Solihin.
Asyahadu alLaa ilaHa ilLallah.
Wa ’AsyHadu Anna Muhammadar Rasulullah.
AllahumMa Solli ’Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.
Kama SollayTa ’Ala Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim.
Wabarik ‘Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.
Kama BarakTa ‘Alaa Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim Fil ‘AlaMin inNaka Hamidum-Majid.
Makna bacaan Tahiyat Akhir
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Syarat Sah Selawat Dalam Tahiyat
Terdapat beberapa syarat semasa mengucapkan selawat dalam bacaan Tahiyat.
- Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mendengar — sekiranya pendengaran dia baik.
- Hendaklah menggunakan lafaz “Muhammad” ataupun “Ar-Rasul” ataupun “An-Nabi”. Tidak memadai ataupun tidak sah selawat sekiranya hanya menyebut Ahmad.
- Membacanya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun, dia diwajibkan mempelajarinya dalam bahasa Arab.
- Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu membaca dalam bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa, tetapi dia wajib mempelajarinya dalam bahasa Arab.
- Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj ataupun tidak mempedulikan syaddahnya, ataupun tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah makna, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulangi semula.
- Membaca mengikut susunan ayat yang sudah diajar Rasulullah.
Fadhilat & Kelebihan Tahiyat
Apakah kelebihan Tahiyat?
Tahiyat merupakan saat kita mempersembahkan penghormatan kepada Pengurus langit dan bumi yang dibesar-besarkan, yang diagung-agungkan, yang dipuja dan dipuji.
Terdapat empat bentuk penghormatan yang dipersembahkan dalam tahiyat:
- Penghormatan khusus kepada al-Kholid, Pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan اَلتَّحِيَّاتُ (segala penghormatan / ucapan selamat)
- Penghormatan kepada Rasulullah dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ (salam sejahtera ke atas kamu)
- Penghormatan dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا (salam sejahtera ke atas kami)
- Penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ (hamba-hamba yang soleh)
Setelah kita melafaz penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh, kita perkukuhkan keanggotaan kita dalam kumpulan besar makhluk-makhluk Allah yang soleh di dunia ini dengan melafaz syahadah.
Hal ini membuktikan bahawa penyaksian tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sama dengan penyaksian mereka.
Keimanan kita juga sama dengan keimanan mereka terhadap Allah dan rasul pesuruhNya.
Penutup
Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.
Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Bacaan tahiyat awal Dan akhir pada bahagian Rumi itu perlu Di tukar Anla kepada Alla Kan?
Yang betul “Anlaa”
Jadi kalau baca alla batal ke solat ustaz
Ustaz bole taksaye lupa tahiyat masa nk bace tahiyat tu kite pasang audio tahiyat sebab nk ikut audio tu sah ke tak solat kite?
Boleh jika pasang awal2 sebelum mula solat.
Sebab kalau sudah solat, kita sudah tidak boleh lakukan pergerakan lain.
Assalamualaikum ustaz kalau kita baca “attahiyatulmubarokatussolawatuttoyibatulila” adakah batal solat kita? Yg saya keliru “tulila” @ “tulilah”
Wassalam,
Yang betul adalah “Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.”
(ٱلتَّحِيَّاتُ ٱلْمُبَارَكَاتُ ٱلصَّلَوَاتُ ٱلطَّيِّبَاتُ لِلَّٰهِ)
Adakah silap bacaan akan membatalkan solat?
Jawapannya adalah YA.
Assalamualaikum ustaz saya keliru
Tulillah atau tulilla
Aslm. Saya mohon pencerahan di atas bacaan tahiyat akhir. Saya perhatikan seperti ada beberapa versi bacaan. Saya selalu membaca dlm lafadz ‘kama barakta ala ibrahim wa ala Ibrahim, wabarik ala Muhammad wa ala ali Muhammad….’ tetapi ada bacaan yg seperti ditambah iaitu, ‘kama barakta ala ibrahim wa ala ibrahim innaka hamidum majid,…mohon pencerahan dari syaikh. Amin
Wassalam,
Terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi SAW telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.
Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA.
Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.
Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:
Maksudnya:
Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”
ustaz Camana nak hafal solat
Saya sebelum ni membaca Allahumma solli’ala sayyidina Muhammad wa’ala ali Muhammad . Mcm mana ustz. Adakah sah solat sy. Allahu
Tak tau
Sah
Assalamualaikum ustaz, yang mana satu betul bacaan
adakah dua2 mempunyai maksud berbeza? Saya confuse. Yang mana satu yg patut dibaca?
Rasa² mcm mna?
Cecite??
terima kasih…. semoga beroleh pahala berpanjangan…
Semasa mengucapkan syahadat (Asyahadu anlaa illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.,) hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan. << jari telunjuk akan diturunkan selepas bacaan tahiyat akhir/awal?