
Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal?
Ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir, yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.
Sasaran pembaca panduan ini adalah untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.
Apa yang menarik:
Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.
Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..
Pengenalan
Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir adalah rukun dalam solat.
Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.
Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.
Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.
Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.
Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.
Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.
Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.
Syarat-Syarat Tasyahud (Tahiyat)
Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:
- Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud
- Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud. Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
- Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.
- Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
- Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
- Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.
- Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.
Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.
Bacaan Tahiyat Awal
Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

Attahiyyatul Mubarakaatush SolaWaaTuth ThayyiBaTu Lillaah,
AssaLaaMu’aLaika AyyuHan Nabiyyu WarahMatulLaahi WabaraKaaTuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
AsyHadu alLaa ilaaHa ilLalLaah,
WaAsyHadu Anna MuhamMadan RasuuLullaah.
AllahHumma Solli ‘Alaa Sayyidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir
Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

AtTaHiyaTul MubaRakaTush SolawaTuth ThayYiBaTu Lillah.
Assalamu’alaika AyyuHan NabiyYu WarahMatullaHi WaBaRaKaTuh.
Assalamu’Alayna Wa ’Alaa ‘ibaDilLaHis Solihin.
Asyahadu alLaa ilaHa ilLallah.
Wa ’AsyHadu Anna Muhammadar Rasulullah.
AllahumMa Solli ’Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.
Kama SollayTa ’Ala Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim.
Wabarik ‘Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.
Kama BarakTa ‘Alaa Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim Fil ‘AlaMin inNaka Hamidum-Majid.
Makna bacaan Tahiyat Akhir
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Syarat Sah Selawat Dalam Tahiyat
Terdapat beberapa syarat semasa mengucapkan selawat dalam bacaan Tahiyat.
- Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mendengar — sekiranya pendengaran dia baik.
- Hendaklah menggunakan lafaz “Muhammad” ataupun “Ar-Rasul” ataupun “An-Nabi”. Tidak memadai ataupun tidak sah selawat sekiranya hanya menyebut Ahmad.
- Membacanya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun, dia diwajibkan mempelajarinya dalam bahasa Arab.
- Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu membaca dalam bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa, tetapi dia wajib mempelajarinya dalam bahasa Arab.
- Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj ataupun tidak mempedulikan syaddahnya, ataupun tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah makna, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulangi semula.
- Membaca mengikut susunan ayat yang sudah diajar Rasulullah.
Fadhilat & Kelebihan Tahiyat
Apakah kelebihan Tahiyat?
Tahiyat merupakan saat kita mempersembahkan penghormatan kepada Pengurus langit dan bumi yang dibesar-besarkan, yang diagung-agungkan, yang dipuja dan dipuji.
Terdapat empat bentuk penghormatan yang dipersembahkan dalam tahiyat:
- Penghormatan khusus kepada al-Kholid, Pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan اَلتَّحِيَّاتُ (segala penghormatan / ucapan selamat)
- Penghormatan kepada Rasulullah dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ (salam sejahtera ke atas kamu)
- Penghormatan dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا (salam sejahtera ke atas kami)
- Penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ (hamba-hamba yang soleh)
Setelah kita melafaz penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh, kita perkukuhkan keanggotaan kita dalam kumpulan besar makhluk-makhluk Allah yang soleh di dunia ini dengan melafaz syahadah.
Hal ini membuktikan bahawa penyaksian tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sama dengan penyaksian mereka.
Keimanan kita juga sama dengan keimanan mereka terhadap Allah dan rasul pesuruhNya.
Penutup
Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.
Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Salam tuan naim.. kalau saya baca tahiyat akhir sampai ( Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. ) Sah tak solat ?
Wassalam,
Iya, sah sebab tuan telah membaca yang rukun.
Bacaan selebihnya, iaitu selawat keatas keluarga Rasulullah dan selawat Ibrahimiah adalah hanya sunat ab’adh dan sunat hai’ah.
Alhamdulillah.. terima kasih tuan naim..
Sama-sama :-)
Maaf saya ingin meluaskan lagi ilmu pengetahuan berkenaan solat,
Adakah solat sah jika dibaxa tahiyat awal, manakala untuk tahiyat akhir di baca sama dgn tahiyat awal.. Bermaksud solat 4 rakaat rakaat kedua tahiyat awal, dan yg terakhir tahiyat awal juga. Adakah sah solat?
Wassalam,
1. Solat akan sah selagi tuan tidak meninggalkan rukun solat. Tuan boleh rujuk disini: https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-solat/
2. Iya sah, jika bacaan tahiyat itu dibaca sehingga sampai ke “Allahumma solli’ala Muhammad”
Ok terima kasih tas penerangan.. Saya amat hargai
Sama-sama
Apa yang saya perlu buat jika membaca tahiyat akhir di dalam tahiyat awal?
Tiada masalah.
Solatlah seperti biasa.
Maaf saya ingin bertanya.. Boleh kah sembahyang hanya di baca tahiyat awal sahaja, adakah sah solat tanpa tahiyat akhir?
Solat akn sah sekiranya dilakukan dgn tertib
tak sah
Tidak sah sebab tahiyat akhir adalah rukun dalam solat:
Sila rujuk disini mengenai rukun dalam solat: https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-solat/#rukun-solat
Maaf bertanya tapi adakah sah solat saya jika tidak membaca tahiyat awal dan hanya membaca tahiyat akhir?
Tidak sah solat kerana tidak melengkapi rukun solat.
As salam …
maaf terlebih dahulu…dn tahniah utk artikel ilmu ini..
A. Cuma nk berkongsi dari segi hukum tajwid. Iatu berkenaan hukum mad (dipanjangkan bacaan)
Pada setiap sebutan kalimah ALLAH ada hukum mad … Jadi kita panjangkan bacaan “LAH” sekurang2nya 2 harkat…
1. Semasa mmbaca “Atthiyatul…. di akhirnya ada sebutan LILLAH yg sepatutnya dibaca dgn mad sekurang2 2 harkat
2. Semasa mengucap pd kedua2 kalimah syahadat…baca dgn mad pd kalimah Allah..
Maaf jika sy ada tersalah…
Bkn komen cuma perkongsian..
Wallahualam..
Salam..ada kesalahan dalam ayat diatas..mintak rujuk balik..ada 2 tanda yang sabdunya hilang..boleh buat org salah bacaannya..Wallahuallam
Adakah sah solat jika tahiyat akhir dibaca hingga “Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.” Sahaja?
Wassalam,
Ya sudah sah.
Tuan boleh rujuk rukun solat: https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-solat/#rukun-solat
Assalammualaikum…
Apa hukum solat untuk seseorang yang tidak tahu membaca tahiyat awal dan akhir?
Wassalam
Tahiyat adalah rukun dalam solat.
Oleh itu, tidak sah solat jika tidak membaca tahiyat.
Assalualaikum, Kenapa dalam Tahiyat akhir bahasa Arab, comma ada selepas kalimah fil ‘alamin, tetapi dalam tulisan Rumi dan terjemahan, full stop diletak selepas kalimah Ibrahim dan tidak bersambung dengan fil ‘alamin.
Wassalam Tuan Sulaiman,
Terima kasih kerana memaklumkan kesilapan tersebut.
Saya sudah baiki kesalahan tersebut.
Terima kasih sekali lagi.
maaf mencelah tuan utk berkongsi ilmu..
Sepengetahuan sy tuan..
Bacaan dihujung tu “wa’ala a li ibrohim mesti dicantum dgn “fil alamin…hingga habis…kerana utk menepati maksud ayat tersebut..
Wallahualam..
Maaf jika sy tersilap ..
Terima kasih.. tuan saya ada pertanyaan…Bolehkah kita mengambil barangan cina sembahyang hantu. Seperti beras gula minyak dan sebagainya..
Tidak boleh tuan.
Para ulama bersepakat bahawa hukum mengambil atau memakan makanan untuk sembahan agama lain adalah haram.
Terima kasih tuan sangat membantu..