
Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua iaitu sunat hai’ah dan sunat ab’adh.
Namun adakah anda tahu dan faham mengenai:
- Apakah maksud sunat ab’adh?
- Apakah maksud sunat hai’ah?
Oleh itu artikel ini akan membantu anda memahami dua jenis perkara sunat dalam solat ini.
Pengenalan
Solat yang merupakan pasak agama tidak hanya berdiri di atas tiang-tiang rukun yang utama sahaja.
Sebaliknya, ia juga diperindah dan diperkemas dengan sunat-sunatnya.
la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dalam solat.
Tetapi, kerana besar peranannya dalam solat, sebahagian individu terkeliru antara rukun solat dan sunat ini.
Keadaan ini perlu diperbetulkan, kerana sesiapa sahaja yang tidak dapat membezakan antara perbuatan solat yang rukun dan yang sunat, tidak sah solatnya sekalipun dia melakukannya dengan sempurna.
Justeru, itu tidak ada istilah ikut-ikutan dalam ibadat
Sunat Hai’ah Dalam Solat

Sunat hai’ah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa.
Tidak perlu diulang, dan tidak perlu dilakukan sujud sahwi.
Ia mengandungi 14 perkara:
1. Mengangkat Tangan
- Ketika takbiratul ihram. Kedua-dua tapak tangan hendaklah mengadap kiblat dan bersempadan dengan kedua-dua bahu. Manakala ibu jarinya sampai dekat bawah cuping telinga.
- Mengangkat tangan ketika rukuk sebagaimana takbiratul ihram.
- Mengangkat tangan ketika iktidal sebagaimana takbiratul ihram.
- Mengangkat tangan ketika bangun pada rakaat ketiga (selepas tahiyat awal) sebagaimana takbiratul ihram.
2. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri, dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya serta meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana ke sini.
3. Membaca Doa Tawajuh Iftitah (Tawajuh)
Lafaznya ialah:

Maksudnya:
Allah Yang Paling Besar dengan sebesar-besar kebesaranNya dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, dalam keadaanku yang lurus, berserah diri dan tidaklah aku daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian Alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.
4. Membaca A’zubillah (Taawuz)

Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
Syaitan ialah lambang bagi tiap-tiap orang yang degil dan keras kepala
5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah.
Sunat membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang ditentukan, iaitu pada dua rakaat yang pertama solat maghrib, isyak dan subuh, solat Jumaat, dua hari raya, gerhana bulan, minta hujan, tarawih, witir (di dalam bulan Ramadhan) dan solat untuk mengerjakan tawaf (kalau dikerjakan pada waktu malam dan subuh)
Disunatkan pula membaca al-Fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat selain daripada yang disebutkan.
6. Membaca “Amin” selepas al-Fatihah.
Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca “Amin”.
Maksudnya: “perkenankanlah”
Amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata, “Ya Allah, ampunkanlah bagi orang yang berkata, Amin.”
7. Membaca Surah Al-Quran.
Disunatkan membaca surah al-Quran walaupun pendek, selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.
8. Membaca Takbir Ketika Rukuk.
Membaca takbir ketika rukuk.
Ketika bangun daripada rukuk (iktidal) membaca:

Maksudnya:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya”
Dan semasa iktidal sunat membaca:

Rabbanaaa lakal hamdu
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, hanya untuk engkau sahaja segala puji sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara kedua-duanya dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu.”
9. Membaca Tasbih Ketika Rukuk (3 Kali)

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujianNya”
10. Membaca Tasbih Ketika Sujud (3 Kali)
Membaca tasbih ketika sujud iaitu

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya”
11. Meletakkan Kedua-dua Tangan Di Atas Paha Dengan Melepaskan Kesemua Jari.
Ertinya, digenggam semasa duduk antara dua sujud.
Tetapi semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan dilepaskan telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa mengucap perkataan “IllaAllah”
12 Duduk Iftirasy
Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal, duduk antara dua sujud dan juga duduk istirahat (semasa hendak bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga)
13 Duduk Tawaruk
Iaitu duduk tahiyat akhir (duduk tawaruk ini ialah seperti iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuhkan punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki kanan dengan jari dihadapkan ke kiblat).
14 Salam Kedua
Salam yang kedua dengan berpaling ke kiri sehingga sekurang-kurangnya nampak pipi kiri dipandang dari arah belakang.
Sunat Ab’adh Dalam Solat

Selain sunat-sunat hai’ah, sunat ab’adh juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan solat yang sempurna.
Walaupun meninggalkan sunat-sunat ini tidak membatalkan solat, tetapi galakan (sunat) untuk sujud sahwi jika meninggalkannya secara tidak sengaja atau sengaja, adalah gambaran kepentingan dan nilai sunat ab’adh dalam solat.
la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dan melakukan sujud sahwi jika tertinggal.
Takrif Sunat Ab’adh
BAHASA
Ab’adh berasal daripada perkataan ba’ad (بعض) yang bermaksud sebahagian atau setengah.
SYARAK
Sunat ab’adح adalah semua perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.
Sunat ab’adh mengandungi tujuh perkara iaitu:
- Tahiyat awal (pertama)
- Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
- Duduk tahiyat / tasyahud awal
- Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
- Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut
- Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut
- Berdiri semasa berqunut
- Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.
Apa hukum jika tidak baca takbir dengan penuh ketika bangun dari sujud? Cth. Sy sebut Allah sahaja berbanding allahuakbar….sah x solat sy?
tidak sah
Kenapa yaa? Bukan takbir selain takbiratulihram tu sunat ke?
Sah je .. betul tu takbiratul ihram je takbir yg wajib dlm solat .. wallahu a’lam
tetap sah sbb bukan rukun solat
Salam,sekiranya sesorang itu tertinggal tahiyat awal,dan kemudian dia tertinggal/tidak buat sujud syahwi,msh sah kah solat dia
Tetap sahsolat nya.. Cuma cacat dan tidak lengkap
boleh la buat nota UPKK…..
doakan saya dapat 8A upkk Ammin
saya masih menghafal doa qunut.
adakah solat saya tidak sah? jika saya tidak membacakan doa qunut dalam solat subuh saya kerana belum menghafal sepenuhnya.
Solat tetap sah walaupun tidak baca qunut.
Yang penting awak buat semua perkara rukun solat.
doakan sayahar mendapat 8A upkk ammin
BAGUS……. kalau boleh ringgkaskan lagi bagus
Nak ringkas macam mana lagi dik?
Tak payah bang @Muhamad Naim. Dia tu mengada je.Kalau rasa tak puas hati,tengok la artikel lain
Haah.Ok la tu.Kalau buat pendek nanti kau kata kau tak faham.Bongok
Gapo Gak Dio ni
terima kasih atas perkongsian dan mintak halal ilmu nye
Sama-sama.
Ya silakan.
terimakasih ats perkongsian,,minta halal ye
Alhamdullillah…senang difahami..
Alhamdulillah :-)
Terima kasih… Amat mudah difahami…
Sama-sama.
Alhamdulillah :-)
It’s so good thanks for this information. ???
You’re welcome.
Terima kasih minta saya minta halal ilmu ni
Sama-sama.
Ya saya halalkan.
saya minta halal kan ilmu kerana saya akan guna kan pengongsian antuma kepada anak anak murid saya juga..semoga dengan ini allah permudahkan segala urysan kita semua..terima kasih banyak
Ya silakan Ustazah.
Alhamdulillah jika ia dapat membantu anak-anak murid ustazah.
sangat bagus..
Terima kasih.
Salam tuan/ Puan saya menggunakan maklumat yang tuan paparkan untuk mengajar anak anak murid saya. Mohon dihalalkan segala ilmunya
Silakan tuan,
Tiada masalah.
Guna sahaja apa-apa yang dirasakan bagus pada laman web ini.
tahniah, dan teruskan lagi
InsyaaAllah.
Terima kasih
alhamdullillah, usaha yang baik. semoga memberi manfaat kepada pembaca. aamiin
Menafaat kepada semua.
Alhamdulillah
Dlm bhgn sunat ab’adh.. ditulis ade 7, tp dlm senarai ade 8… konfuis sikit..
Maaf ada kesilapan. Nanti saya akan perbetulkan
No.5 dan no 6 tu sama tuan
semoga memberi manfaat kepada kita semua
InsyaaAllah
Syukran ustaz.. Sgt bermanfaat.
Semoga memberi manfaat kepada kita semua