Sunat Hai’ah Dan Sunat Ab’adh Dalam Solat

sunat hai'ah dan ab'adh

Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua iaitu sunat hai’ah dan sunat ab’adh.

Namun adakah anda tahu dan faham mengenai:

  • Apakah maksud sunat ab’adh?
  • Apakah maksud sunat hai’ah?

Oleh itu artikel ini akan membantu anda memahami dua jenis perkara sunat dalam solat ini.

Pengenalan

Solat yang merupakan pasak agama tidak hanya berdiri di atas tiang-tiang rukun yang utama sahaja.

Sebaliknya, ia juga diperindah dan diperkemas dengan sunat-sunatnya.

la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dalam solat.

Tetapi, kerana besar peranannya dalam solat, sebahagian individu terkeliru antara rukun solat dan sunat ini.

Keadaan ini perlu diperbetulkan, kerana sesiapa sahaja yang tidak dapat membezakan antara perbuatan solat yang rukun dan yang sunat, tidak sah solatnya sekalipun dia melakukannya dengan sempurna.

Justeru, itu tidak ada istilah ikut-ikutan dalam ibadat

Sunat Hai’ah Dalam Solat

Sunat hai’ah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa.

Tidak perlu diulang, dan tidak perlu dilakukan sujud sahwi.

Ia mengandungi 14 perkara:

1. Mengangkat Tangan

  • Ketika takbiratul ihram. Kedua-dua tapak tangan hendaklah mengadap kiblat dan bersempadan dengan kedua-dua bahu. Manakala ibu jarinya sampai dekat bawah cuping telinga.
  • Mengangkat tangan ketika rukuk sebagaimana takbiratul ihram.
  • Mengangkat tangan ketika iktidal sebagaimana takbiratul ihram.
  • Mengangkat tangan ketika bangun pada rakaat ketiga (selepas tahiyat awal) sebagaimana takbiratul ihram.

2. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri, dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya serta meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana ke sini.


3. Membaca Doa Tawajuh Iftitah (Tawajuh)

Lafaznya ialah:

doa iftitah

Maksudnya:

Allah Yang Paling Besar dengan sebesar-besar kebesaranNya dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, dalam keadaanku yang lurus, berserah diri dan tidaklah aku daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian Alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.


4. Membaca A’zubillah (Taawuz)

sunat hai'ah

Maksudnya:

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Syaitan ialah lambang bagi tiap-tiap orang yang degil dan keras kepala


5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah.

Sunat membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang ditentukan, iaitu pada dua rakaat yang pertama solat maghrib, isyak dan subuh, solat Jumaat, dua hari raya, gerhana bulan, minta hujan, tarawih, witir (di dalam bulan Ramadhan) dan solat untuk mengerjakan tawaf (kalau dikerjakan pada waktu malam dan subuh)

Disunatkan pula membaca al-Fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat selain daripada yang disebutkan.


6. Membaca “Amin” selepas al-Fatihah.

Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca “Amin”.

Maksudnya: “perkenankanlah”

Amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata, “Ya Allah, ampunkanlah bagi orang yang berkata, Amin.”


7. Membaca Surah Al-Quran.

Disunatkan membaca surah al-Quran walaupun pendek, selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.


8. Membaca Takbir Ketika Rukuk.

Membaca takbir ketika rukuk.

Ketika bangun daripada rukuk (iktidal) membaca:

iktidal

Maksudnya:

Allah mendengar pujian orang yang memujinya”

Dan semasa iktidal sunat membaca:

sunat hai'ah

Rabbanaaa lakal hamdu

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, hanya untuk engkau sahaja segala puji sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara kedua-duanya dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu.”


9. Membaca Tasbih Ketika Rukuk (3 Kali)

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujianNya”


10. Membaca Tasbih Ketika Sujud (3 Kali)

Membaca tasbih ketika sujud iaitu

sunat hai'ah

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya”


11. Meletakkan Kedua-dua Tangan Di Atas Paha Dengan Melepaskan Kesemua Jari.

Ertinya, digenggam semasa duduk antara dua sujud.

Tetapi semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan dilepaskan telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa mengucap perkataan “IllaAllah”


12 Duduk Iftirasy

Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal, duduk antara dua sujud dan juga duduk istirahat (semasa hendak bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga)


13 Duduk Tawaruk

Iaitu duduk tahiyat akhir (duduk tawaruk ini ialah seperti iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuhkan punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki kanan dengan jari dihadapkan ke kiblat).


14 Salam Kedua

Salam yang kedua dengan berpaling ke kiri sehingga sekurang-kurangnya nampak pipi kiri dipandang dari arah belakang.

Sunat Ab’adh Dalam Solat

tahiyat awal

Selain sunat-sunat hai’ah, sunat ab’adh juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan solat yang sempurna.

Walaupun meninggalkan sunat-sunat ini tidak membatalkan solat, tetapi galakan (sunat) untuk sujud sahwi jika meninggalkannya secara tidak sengaja atau sengaja, adalah gambaran kepentingan dan nilai sunat ab’adh dalam solat.

la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dan melakukan sujud sahwi jika tertinggal.

Takrif Sunat Ab’adh

BAHASA

Ab’adh berasal daripada perkataan ba’ad (بعض) yang bermaksud sebahagian atau setengah.

SYARAK

Sunat ab’adح adalah semua perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.

Sunat ab’adh mengandungi tujuh perkara iaitu:

  1. Tahiyat awal (pertama)
  2. Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat / tasyahud awal
  4. Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
  5. Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut
  6. Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut
  7. Berdiri semasa berqunut
  8. Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

62 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Leong Sen Siang
Leong Sen Siang
5 jam yang lalu

Keadaan ini perlu diperbetulkan, kerana sesiapa sahaja yang tidak dapat membezakan antara perbuatan solat yang rukun dan yang sunat, tidak sah solatnya sekalipun dia melakukannya dengan sempurna.

ini mesto BOLD!!!!

Md Salleh
Md Salleh
3 bulan yang lalu

Wa ‘alaikum mussalam warahmatullahi wabarakaatuh…!
Jazakallahu Khoiran Kathiran…!
Syukur alhamdulillah…!

Noraini
Noraini
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum.. penerangan yg sangat jelas. Boleh le saya kongsi penulisan ni dgn ahli keluarga atai sahabat yg lain. Minta izin.

Lila
Lila
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Kalau selama ini saya tertukar untuk membuat & membaca iktidal dulu dna kemudian doa qunut semasa solat subuh macam mana? Saya baru perasan, selepas saya bangun daripada rukuk saya terus membaca doa qunut dan kemudian iktidal. Adakah sah solat saya?

Lila
Lila
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Slm admin tq. Boleh admin terangkan lebih lanjut tak knp solat saya sah?

Lila
Lila
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

tq admin. Bolehkah saya thu knp ia dikira sah

Nor
Nor
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum saudara. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah di atas usaha saudara mendirikan blog ini. Bagi saya ianya sangat membantu orang macam saya yang kurang memahami kaedah2 atau tatacara dalam mengerjakan solat2 sunat. Saya rasa pengisian dalam blog saudara ni lengkap dan mudah difahami. Terima kasih diucapkan, moga Allah jua yang memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda serta menjadi amal jariah untuk saudara di atas perkongsian ini amin amin

Unknown
Unknown
3 tahun yang lalu

Artikel ini sangat membantu.Penerangan secara jelas dan teliti.

Mai
Mai
3 tahun yang lalu

Jika kita sebut allahuakbar tp sebutan ro tu tak dengar sangat. Apakah masih sah solat saya? Dan jika sebutan allahuakbar kita mmg salah masa nak turun rukuk atau sujud. Adakah masih sah? Atau saya perlu ulang semula solat?

Misswho
Misswho
3 tahun yang lalu

Apa hukum jika tidak baca takbir dengan penuh ketika bangun dari sujud? Cth. Sy sebut Allah sahaja berbanding allahuakbar….sah x solat sy?

AMIRUL HARIS BIN ASMADI
AMIRUL HARIS BIN ASMADI
Reply to  Misswho
3 tahun yang lalu

tidak sah

Misswho
Misswho
Reply to  AMIRUL HARIS BIN ASMADI
3 tahun yang lalu

Kenapa yaa? Bukan takbir selain takbiratulihram tu sunat ke?

Usman
Usman
Reply to  Misswho
3 tahun yang lalu

Sah je .. betul tu takbiratul ihram je takbir yg wajib dlm solat .. wallahu a’lam

shon
shon
Reply to  AMIRUL HARIS BIN ASMADI
3 tahun yang lalu

tetap sah sbb bukan rukun solat

Anonymous
Anonymous
3 tahun yang lalu

Salam,sekiranya sesorang itu tertinggal tahiyat awal,dan kemudian dia tertinggal/tidak buat sujud syahwi,msh sah kah solat dia

Nazir alkayyis
Nazir alkayyis
Reply to  Anonymous
3 tahun yang lalu

Tetap sahsolat nya.. Cuma cacat dan tidak lengkap

NOORAZILAH
NOORAZILAH
3 tahun yang lalu

boleh la buat nota UPKK…..

iman hurayrah
iman hurayrah
Reply to  NOORAZILAH
3 tahun yang lalu

doakan saya dapat 8A upkk Ammin