NIAT & CARA SOLAT SUNAT TAWAF (Panduan Lengkap Rumi)

solat sunat ihram

Bagaimana cara mengerjakan Solat Sunat Tawaf?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Tawaf secara langkah demi langkah secara lengkap ― Termasuk doa selepas Solat Sunat Tawaf.

Setiap bacaan juga dipermudahkan dengan transliterasi Rumi.

Semoga bermanfaat..

Maksud Solat Sunat Tawaf

Solat sunat tawaf merupakan solat yang dilakukan selepas seseorang Muslim menyelesaikan tawaf di Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah. Solat ini adalah amalan yang dianjurkan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah Haji atau Umrah.

Solat ini terdiri daripada dua rakaat dan dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada Allah setelah menyelesaikan tawaf mengelilingi Kaabah, yang merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah.

Menurut Mazhab Syafi’i, solat sunat tawaf adalah sunat muakkad, yang bermaksud ia adalah sunat yang sangat dianjurkan dan hendaklah dilaksanakan jika mampu. Solat ini biasanya dilakukan di belakang Maqam Ibrahim atau di mana-mana tempat dalam Masjidil Haram yang sesuai.

Dalam solat ini, selepas membaca Al-Fatihah, pada rakaat pertama biasanya dibaca Surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua dibaca Surah Al-Ikhlas, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Nota

  • Seseorang yang melaksanakan samada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan melakukan Solat Sunat Tawaf di sisi Baitullah.
  • Solat ini tidak semestinya pada tempat atau masa tertentu, ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dalam Masjidil Haram di Makkah.
  • Adalah lebih afdal sekiranya Solat ini dapat dilakukan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim yang terletak berdekatan dengan pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.
  • Multazam merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa maka seandainya dapat didirikan solat Tawaf di situ maka hendaklah seseorang itu mengambil peluang untuk memperbanyakan doa ketika sujud mahupun setelah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam ke kanan.
  • Sekiranya terdapat kesukaran untuk melaksanakan Solat Tawaf di Maqam Ibrahim, maka diperbolehkan untuk mengerjakannya berhampiran Hijr Ismail atau di bawah pancuran Emas atau di mana-mana kawasan dalam Masjidil Haram mahupun di luarnya.

Daripada Amru bin Dinar katanya, aku mendengar Umar r.a berkata:

Nabi SAW sampai (ke Mekah), lalu Baginda tawaf di Baitullah tujuh kali dan solat di belakang maqam Ibrahim dua rakaat, kemudian Baginda keluar ke Safa, dan sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah SAW contoh yang baik.”

— Riwayat Bukhari

Lafaz Niat Solat Sunat Tawaf

Niat solat sunat tawaf adalah seperti berikut:

Usolli Sunnatal Tawwafi Rak’ataini Lillahi Taala

Sahaja aku solat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tawaf

Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Sunat Tawaf

  • Mulakan Solat Sunat Tawaf dengan Takbiratul Ihram sambil niat dalam hati, “Sahaja aku solat Sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.
  • Baca Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah pilihan seperti Al-Kafirun untuk rakaat pertama dan Al-Ikhlas untuk rakaat kedua.
  • Lakukan Rukuk dan Sujud. Pastikan tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
  • Rakaat Kedua: Bangun dengan takbir, baca Al-Fatihah dan surah pilihan yang lain, diikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Tahiyyat Akhir dan Salam. Duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.

Solat Sunat Tawaf adalah sebahagian dari ibadah umrah dan haji. Hukumnya sunat dan dilakukan selepas menunaikan tawaf di Kaabah.

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Tawaf

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tawaf dalam hati:

Niat solat sunat tawaf

 Usolli Sunnatal Tawwafi Rak’ataini Lillahi Taala 

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat Sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Bacalah Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-Kafirun


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

  • Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.

13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Doa Selepas Solat Sunat Tawaf

Selesai solat, bacalah doa ini. Sebaik-baiknya doa ini dibacakan di bawah pancur emas dan sebaik-baiknya di Multazam.

doa selepas solat sunat tawaf

Allahumma Ya Rabbal-Baitil-‘atiq, A’tiq Riqaabana Wa Riqaaba Aabaaina Wa Ummahaatina Wa Ikhwaanina Wa Aulaadina Minan-naar, Ya Zal-birri Wal-juudi Wal-karami Wal-fadhli Wal-‘atho-I Wal-ihsaan, Allahumma Ahsin ‘Aaqibatana Fil-umuuri Kulliha, Wa Ajirna Min Khizyid-dunya Wa ‘Azaabil-aakhirah, Allahumma Inni ‘Abduka Wabnu ‘Abdika Waaqifun Tahta Baabika Multazamun Bi A’taabika Mutazallilun Baina Yadaika, Arju Rahmataka Wa Akhsya ‘Azaabaka, Yaa Qadiimul-ihsaan, Allahumma Inni As-aluka An Tarfaa Zikri Watadhoa Wizri Wa Tusliha Amri Wa Tuthohhira Qalbi Wa Tunawwwira Li Fi Qabri Wa Taghfirali Zanbi Wa As-alukad-darajaatil-‘ulaa Minal-jannah. Amin

Maksudnya:

Ya Allah, ya Tuhan Yang Memiliki rumah al-‘Atiq (Yang Maha Memberi Kemerdekaan), berilah kemerdekaan (kelepasan) kepada kami, ayah dan ibu kami, saudara-saudara dan anak-anak kami daripada neraka. Wahai Tuhan Yang Memiliki Kebaikan, Maha Pemurah, Memiliki Kemulian, Kelebihan dan Anugerah, Kurniaan dan Ihsan.

Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada kami dalam segala kesudahan pekerjaan kami, dan peliharalah kami daripada kehinaan dunia dan seksa akhirat.

Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan putera daripada hambaMu. Aku berdiri memohon di bawah pintuMu (Multazam) dan merendah diri di sisiMu. Aku memohon rahmatMu dan aku sangat takut akan azab nerakaMu. Ya Tuhan yang berkekalan kebaikan, Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya ditinggikan sebutan namaku, dihapuskan dosaku dan diperbaiki urusanku. Aku mohon disucikan hatiku, dan diberi cahaya pada kuburku. Ampunilah dosaku dan aku memohon kepadaMu kedudukan yang tinggi (kelak) di syurga.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Pn.nur
Pn.nur
6 bulan yang lalu

Terima kasih atas perkongsian yang sangat jelas..halalkan sy membacanya..ilmu yg bermanfaat..

Zulkifli
Zulkifli
8 bulan yang lalu

Terima Kasih atas ilmunini.Halalkan ye utk membacanya.

Roslan B Manan
Roslan B Manan
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah..
Terima Kasih atas perkongsian ilmu ini…

Sharifah Shariff
Sharifah Shariff
2 tahun yang lalu

Alhamdulillah….
Terima kasih perkongsian ilmunya.
Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Redho Allah.

Fiazah
Fiazah
5 tahun yang lalu

Subhanallah… sy rasa bersyukur sgt.. banyak panduan yg sy dapat dari paparan ni… Tajuk dan cara yg mudah utk solat dan mudah di fahami. Terima kasih banyak2 di atas perkongsian ini dan di harap kan pihak tuan di permudahkan dunia dan akhirat.

Sanah
Sanah
5 tahun yang lalu

Alhamdulillah. Kandungan isi setiap tajuk ringkas, padat dan senang difahami. Bermanafaat utk semua.