NIAT & CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

solat sunat gerhana matahari

Ini adalah panduan lengkap cara melakukan Solat Sunat Gerhana Matahari

Dalam panduan ini, anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah sehingga selesai.

Apa yang menarik:

Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang sukar membaca teks arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.

Maksud Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana matahari

Solat Sunat Gerhana juga turut dikenali sebagai Solat Kusuf ataupun Khusuf.

Ia adalah solat sunat dua rakaat berserta khutbah. Ketika berlaku gerhana matahari ataupun bulan, sunat bagi orang Islam mendirikan solat sunat gerhana.

Pengertian Gerhana Matahari (Kusuf)

Kusuf ( كسوف ) bermaksud hilang, berkurangan cahaya matahari, terlindung sebahagian, atau keseluruhan cahayanya.

Kadangkala gerhana matahari juga disebut sebagai Khusuf ( خسوف ). Namun perkataan ini lebih khusus pada gerhana bulan.

Panduan mengenai Solat Gerhana Bulan boleh dirujuk pada pautan ini: Niat & Cara Solat Gerhana Bulan (Panduan Lengkap)

Pensyariatan Solat Sunat Gerhana

Solat sunat gerhana matahari disyariatkan pada tahun kedua hijrah.

Solat gerhana disyariatkan berdasarkan beberapa ayat Allah dan hadis rasulNya.

1. Allah menyatakan dalam Surah Fussilat, ayat 37:

Dan antara tanda-tanda kekuasaan Allah adalah (Dia mencipta) malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah pula kamu sujud kepada matahari dan janganlah kamu sujud kepada bulan. Sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya kamu benar-benar menyembah Allah.

2. Menurut hadis, ketika berlaku gerhana matahari pada hari kematian puteranya Ibrahim, Rasulullah SAW bersabda:

Matahari dan bulan hanyalah dua daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana kerana matinya seseorang atau kerana hidupnya. Apabila kamu menyaksikannya hendaklah kamu bersolat dan berdoa sehingga ia terang kembali.

— Hadis direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim
YouTube video

Waktu Solat Sunat Gerhana

Waktu Solat Gerhana Matahari

Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila permulaan berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu.

Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

Waktu Tamat Solat Gerhana Matahari

Waktu tamat solat gerhana matahari adalah apabila gerhana berakhir. Iaitu apabila matahari tidak lagi ditutup oleh bulan hingga menampakkan sepenuhnya wajah matahari.

Jumlah Rakaat

Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya.

Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

 Usolli Sunnatal KusuuFi Rak’ataini Lillahi Taala 

Sahaja aku solat sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Solat Sunat Gerhana

Cara solat sunat gerhana dari mempunyai sedikit perbezaan dari solat sunat yang lain.

Solat ini mempunyai 2 kali rukuk pada setiap rakaat. Bacaan tasbih pada setiap rukuk dan sujud diperbanyakkan sehingga 100 kali.

Cara mengerjakan Solat Sunat Gerhana adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati.

takbiratul ihram

Niat Solat Gerhana Matahari

Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

Nota

Sunat sekiranya mampu melafazkan niat dalam bahasa arab. Tetapi tiada masalah untuk melafazkan niat dalam sebarang bahasa yang difahami seperti bahasa melayu.


2. Kemudian, tangan diletakkan di antara pusat dan dada. Selepas itu bacalah doa Iftitah.

Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan.

doa iftitah
Doa Iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


3. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


4. Kemudian, baca Surah al-A’la

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-A’la (atau surah yang lain).

Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.


5. Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk pertama pada rakaat pertama.

Bacaan tasbih dalam rakaat ini dibaca sebanyak 100 kali.

 Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (100 kali) 

rukuk solat

6. Selepas selesai rukuk pertama, maka lakukan Qiyam (berdiri sekali lagi) kali kedua pada Rakaat Pertama

Selepas itu, bacalah Surah al-Fatihah

Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada
surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Kemudian bacalah Surah Al-Ghasyiah


7. Selesai membaca surah al-Ghasyiah, teruskan dengan rukuk kedua pada rakaat pertama.

Seperti rukuk pertama, pada rukuk kedua juga dibacakan tasbih sebanyak 100 kali.

 Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (100 Kali) 

rukuk solat

8. Selepas selesai membaca tasbih rukuk 100 kali, maka bangunlah iktidal

iktidal

9. Selepas itu, turunlah sujud dan membaca tasbih sujud sebanyak 100 kali juga.

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (100 Kali) 

sujud

10. Selepas itu, duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)

solat taubat

11. Sujud kedua pada rakaat pertama dan membaca tasbih (90 kali)

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (90 Kali) 

Selesai tasbih sujud 90 kali, maka bangunlah berdiri untuk rakaat kedua.

Rakaat Kedua

12. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


13. Baca surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


14. Membaca Surah asy-Syams

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Asy-Syams:

basmala

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.


15. Lakukan rukuk ketiga pada rakaat kedua.

Untuk rukuk ketiga ini, bacalah tasbih rukuk sebanyak 70 kali.

 Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (70 Kali) 


16. Bangun qiyam kali kedua pada rakaat kedua

Selepas itu bacalah sekali lagi surah al-Fatihah

Kemudian, bacalah surah Az-Zalzalah

basmala

17. Selesai membaca surah Az-Zalzalah, lakukan rukuk keempat pada rakaat kedua.

rukuk solat

Dalam rukuk ini, bacalah tasbih sebanyak 70 kali.

 Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (70 Kali) 


18. Selepas selesai membaca tasbih rukuk 70 kali, maka bangunlah iktidal

iktidal

19. Selepas itu, turunlah sujud ketiga pada rakaat kedua.

Dalam rukuk ketiga ini, bacaan tasbih sujud adalah sebanyak 70 kali juga.

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (70 kali) 


20. Selesai sujud ketiga, maka bangun duduk antara dua sujud

(Disunatkan untuk memanjangkan tempohnya)

solat taubat

21. Selepas itu, turunlah sujud sekali lagi iaitu sujud keempat pada rakaat kedua.

Pada sujud ini, disunatkan untuk membaca tasbih sebanyak 50 kali.

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (50 Kali) 


22. Solat diteruskan dengan tahiyyat akhir

tahiyat akhir

23. Solat diakhiri dengan memberi salam.

salam

Salam pertama diucapkan sambil berpaling ke kanan dan salam kedua sambil berpaling ke kiri.


24. Selepas selesai solat sunat gerhana, maka bacalah khutbah gerhana jika solat berjemaah.

Penerangan mengenai khutbah solat gerhana boleh dirujuk pada bahagian di bawah ini.

Nota
  1. Menurut pendapat ulama Mazhab Hanafi, solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sebagaimana solat dua rakaat yang lain tanpa mengulangi qiyam dan rukuk pada setiap rakaat.
  2. Melakukan solat dua rakaat dengan dua qiyam, dua bacaan al-Fatihah dan surah, serta dua kali rukuk. Semua rukun ini tidak dipanjangkan, tetapi dilakukan dalam jangka masa yang pendek sama seperti solat biasa.
  3. Cara yang sempurna dan mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah cara yang sepakati oleh majoriti ulama. Mereka berpendapat solat gerhana yang sempurna adalah dua rakaat. Dalam setiap rakaat perlu ada dua qiyam, dua bacaan surah, dua rukuk, dan dua sujud. Sebaik-baik bacaan selepas al-Fatihah pada qiyam pertama surah al-Baqarah ataupun surah-surah yang sama panjangnya.
  4. Kemudian pada qiyam kedua rakaat pertama, membaca sebarang surah yang jumlah ayatnya kira-kira 200 ayat seperti surah Ali Imran. Selepas al-Fatihah rakaat kedua pada qiyam pertama membaca surah ataupun beberapa surah yang ayatnya kira-kira 150 ayat, seperti Surah an-Nisa’. Pada qiyam yang kedua selepas al-Fatihah, baca surah yang mempunyai 100 ayat seperti Surah al-Maidah. Ibnu Abbas menceritakan peristiwa gerhana pada zaman Rasulullah SAW beliau berkata:

Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW lalu baginda solat dan berdiri selama bacaan surah al-Baqarah. Kemudian baginda rukuk dengan lama. Kemudian baginda berdiri kembali dengan lama, tetetapi tidak selama berdiri yang pertama. Kemudia baginda rukuk dengan lama, tetapi tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian baginda sujud, kemudian berdiri dengan lama, tetapi tidak selama berdiri yang pertama. Seterusnya baginda rukuk dengan lama, tetapi tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian, baginda bangun berdiri dengan lama, tetapi tidak selama yang awal. Kemudian, baginda rukuk dengan lama, tetapi tidak seperti rukuk yang awal. Selepas itu, baginda sujud dan beredar. Pada ketika itu, matahari sudah kembali terang, iaitu selesai gerhana.

(Hadis direkodkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari pada bab solat gerhana berjemaah)

Khutbah Solat Gerhana Matahari

teks khutbah raya aidilfitri

Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.

Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.

Dari Aisyah r.a. berkata:

Selanjutnya baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari )

Hukum Solat Gerhana

Ulamak berbeza pendapat dalam menetapkan hukum solat gerhana

Sebahagian menghukumnya sebagai sunat muakkad dan sebahagian yang lain mewajibkannya

Pendapat pertama

Hukum solat Gerhana adalah sunat muakkad dan tidak diwajibkan ke atas orang yang Musafir atau Mukim.

Kerana rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengerjakan solat gerhana matahari sebagaimana yang dilaporkan oleh al-bukhari dan muslim, dan solat gerhana bulan, seperti riwayat Ibnu hibban.

Ia disunatkan ke atas lelaki dan perempuan yang diwajibkan solat fardhu lima waktu.

Ulamak yang berpegang kepada pendapat ini berhujah dengan firman Allah dalam Surah Fussilat ayat 37, dan sabda Rasulullah tentang Gerhana yang berlaku selepas kematian puteranya, Ibrahim.

Pendapat ini dipegang oleh Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar, Ibnu Qudamah dan al-Syafi’i.

Bagaimanapun, mak Maliki dan Hanafi berpendapat solat gerhana bulan adalah sunat yang tidak muakkad, dan hanya solat gerhana matahari yang muakkad.

Pendapat Kedua

Sebahagian ulamak mewajibkan solat gerhana matahari dan bulan kerana Rasulullah melakukannya dan mengarahkan agar dikerjakan solat apabila berlaku gerhana.

Antara mereka yang berpegang dengan pendapat ini ialah Abu ‘Uwanah dalam sahihnya, al-‘Alamah al-Sa’di, Ibn ‘Uthaimin dan Ibnu Qayyim.

Masalah Berkaitan Solat Gerhana Matahari

Berikut adalah beberapa situasi yang mungkin berlaku semasa mengerjakan Solat Gerhana:

Gerhana Matahari Telah Selesai Ketika Solat

Sekiranya Gerhana selesai ketika seorang itu masih mengerjakan solat gerhana, dia perlu meneruskan solatnya hingga selesai, tetapi disunatkan meringkaskannya.

Solat Selesai Terlebih Dahulu Sebelum Gerhana Matahari Tamat

Seandainya solat Gerhana telah selesai dikerjakan tetapi Gerhana belum tamat, tidak disunatkan mengulangi solat gerhana. Dan membanyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa.

Apabila Gerhana selesai, tidak disyariatkan lagi melakukan solat gerhana, dan tidak juga perlu diqadha.

Matahari atau Bulan Hilang

Sekiranya ketika melakukan solat gerhana, tiba-tiba matahari atau bulan yang sedang Gerhana itu hilang daripada pandangan kerana ditutupi awan atau sebagainya, solat hendaklah diteruskan.

Ini kerana, pada asalnya Gerhana tersebut benar-benar berlaku, cuma ia tidak dapat dilihat.

Matahari Hilang Pada Waktu yang Sepatutnya

Sekiranya matahari tenggelam ketika berlaku gerhana, tidak disunatkan solat gerhana.

Begitu juga apabila bulan menghilang kerana sampai waktu pagi, sedangkan Gerhana sedang berlaku, tidak perlu solat.

Solat gerhana matahari tidak harus dilakukan dalam dua keadaan:

  1. Matahari kembali terang dan tidak lagi dilindungi bulan, iaitu apabila Gerhana berakhir.
  2. Sekiranya matahari yang sedang Gerhana tenggelam kerana masuk waktu malam, atau gerhana matahari ini berlaku ketika malam.

Masbuk Dalam Solat Gerhana

Sekiranya seseorang itu masbuk dalam solat gerhana, tetapi sempat rukuk bersama imam pada rukuk yang pertama pada rakaat pertama atau kedua, dia dikira mendapat rakaat tersebut.

Tetapi sekiranya dia hanya sempat rukuk bersama imam pada rukuk yang kedua, dia tidak mendapat rakaat tersebut dan perlu mengulangi semula rakaat itu.

Bagaimana Jika Waktu Gerhana Berlaku Bertembung Dengan Solat Yang Lain?

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Bagaimana Jika Bertembung Dengan Solat Jenazah? Yang Mana Perlu Didahulukan?

Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan Solat Jenazah maka didahulukan Solat Jenazah.

Penutup

Fenomena Gerhana bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt.

Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.

Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Semoga artikel dapat membantu anda.

Nota Rujukan

  1. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  2. Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam.
  3. Matla’ Badrai, al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terjemahan : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda.
  4. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

27 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Samsul b. Mohd Sharip
Samsul b. Mohd Sharip
1 tahun yang lalu

Nak tanya sekiranya solat gerhana matahari bacaan dlm solat secara sirri @ jihri sekiranya dilakukan secara berjemaah (bacaan imam)?

Abdullah
Abdullah
3 tahun yang lalu

Salam..mlm ni gerhana bulan ustaz, tasbih buat yg mampu boleh ke atau mmg kne ikut jumlah tu sepertimana solat tasbih kne 300

Adelea
Adelea
4 tahun yang lalu

Apakah hikmah melakukan Solat Sunat Gerhana ini?

Aliana
Aliana
4 tahun yang lalu

Apakah hukum seorang wanita mengerjakan solat khusuf tersebut di rumah sendiri tanpa jemaah, azan dan iqmat? Minta penjelasan dari tuan. Terima kasih.

Khairunnisa Zain
Khairunnisa Zain
4 tahun yang lalu

Alhamdulillah sgt bermanfaat. terima kasih sharing

Jefreey jaafar
Jefreey jaafar
4 tahun yang lalu

Saya nak bertanya tentang solat sunat Gerhana matahari.
Apa hukumnya mengerjakan solat gerhana ni walau di tempat kita tak berlaku pun gerhana matahari seperti hari ini? Gerhana hanya nampak di kawasan SelatanJohor sahaja manakala di utara atau di Selangor tak nampak pun.

Haider
Haider
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum.
Minta izin utk share.
Terima kasih.

Hj Rosli Ab Hadi
Hj Rosli Ab Hadi
4 tahun yang lalu

Alhamdulillah,, amat bermanafaat.

arief
arief
4 tahun yang lalu

Soalan apekah hikmah atau kelebihan melakukan solat gerhana ini??

irman
irman
Reply to  Muhamad Naim
4 tahun yang lalu

nak biskut tiger

mahmud
mahmud
Reply to  arief
4 tahun yang lalu

paco bii

Syarif
Syarif
5 tahun yang lalu

Terima kasih tuan.